assalamualaikum wbt
hai salam hari khamis semua...apa khabar yer?? mesti ada yang demam kan coz skang ni musim demam.cirit -birit sana sini...rasanya musim la coz cuaca sgt2 la panas,, rasa macam nak keluar umah pon pikir banyak2 kali...adehhh la, kesimpulannya duk berkurung dalam umah jer la..lps tdo tdo lg..makan tak boleh sbb puasa ganti yg byk lg berbaki huhu..
ok la..since wiyah ada masa nak ngadap lappy hr ni..so wiyah nak share menu yang wiyah masak time picnic ngan family..anak buah ramai so wiyah pikir yang paling cepat & diaorang suka makan..wiyah try masak phat phet chicken ball ni..lagi satu senang utk diaorg ambil coz sebiji2 kan & kerja wiyah lagi mudah la kan ..rasa pedas2 manis ckit..biasanya wiyah masak ni gunakan ayam macam wiyah masak kat SINI or lebih kurang jugak dengan Ayam masak hijau ,,lauk ayam diaorang dah biasa kan so chicken ball mmg sesuai utk diaorg yang tak leh lari dari ayam hehe..jom wiyah share resepi
Phat Phet Chicken Ball
dah siap masuk tupperware utk g picnic..kat luar umah mak wiyah jer pon hehe,, syok makan kat luar umah coz berangin sambil borak2 santai...kejap jer susun2 lauk baca doa dah licin semua..assalam,,hehe
- 5 biji cili padi & 2 biji cili besar merah (kalau nak pedas leh tambah lagi....)
- sedikit kunyit hidup
- 3 ulas bawang putih
- 1 biji bawang besar
BAHAN B:
- 500G chicken ball (di goreng dahulu)
- 1 batang serai ( dititik)
- 4 helai daun limau purut
- carrot & tomato
CARA PENYEDIAAN :
- Kisar Bahan A dan tumis sehingga naik bau.. setelah agak kering tumisan tadi.. masukkan secawan air.
- Kemudian masukkan Bahan B, iaitu sebatang serai dititik,chicken ball, daun limau purut , sayuran macam carrot.
- Perasakan SESEDAP RASA, Jika suka berkuah masukkan sedikit air mengikut citarasa sendiri. Ok dah siap. Selamat menjamu selera . ok...selamat menjamu selera ;-)
p/s : rasa masakan ni lebih kurang macam masak pedas or paprik tom yam macam tu sebab ada masukkan serai & daun limau purut sekali..bezanya wiyah gunakan semua cili fresh coz rasa dia lagi sedap! menu ni sangat cepat & mudah untuk di sediakan..
ok daa...kalau kesuntukan masa bleh try masak ni yer ;-)
No comments:
Post a Comment