wiyah terbaca dari blog the inspiration..& terdetik utk dikongsikan bersama,, semoga kita mendapat manfaat daripada ilmu ini..Jom sama-sama kita amalkan & memohon kepadanya...macam-macam petua dikumpul apa pun, berdoalah kepadaNya mohon ikhsan Allah untuk beri rezeki kerana Kun Fayakun Allah maha hebat!
Sumber : share dari blog The Inspiration (tokey homestay kat langkawi) ..view berdekatan dengan sawah padi,, sgt syok!! dah lama mengidam nak stay kat umah tepi bendang,, bangun tgk bendang alahai mesti syok kan ;-)..sambil beramal jom sama kita berhanimun kat homestay villa langkawi..;-),, puan rose ada promosi lg ke??
nice kan..bangun pagi dpt tengok ni & hirup udara segar ;-)
Himpunan petua-petua mohon zuriat
- amalkan makan secara konsisten suami dan isteri,, pesan seorang sahabat --> kismis hitam dengan susu
- ada pula sahabat--> minta cuba amalkan makan buat zuriat buah adam dan hawa
- ini ada lagi petua--> makan kurma dan susu lembu
Kpd psgn yg belum mendapat cahaya mata...segenggam kurma yg dibuang bijinya dari suami, segenggam dari isteri, dicampurkan dgn susu kambing,kemudian di blend together, minum sorang segelas shj.amalkan sekali shja..kemudian setiap pagi amalkan minum susu kambing dan amalkan bacaan surah mariyam ayat 1-12. Insyaallah dlm msa setahun....ianya lebih dari 1000 psgn dah terbukti....wallahu'allam....
P/S: masa mengamalkan ini, elakkan mengambil makanan&minuman tajam spt limau, asam & etc..
ukhtie pula pernah menulis di blognya...Doa mohon zuriat..Doa amalan yang ingin saya kongsikan di sini adalah apa yang dikongsi oleh seorang sahabat saya ketika belajar dahulu.
"Setelah 5 tahun berkahwin dan belum dikurniakan cahaya mata, mereka berusaha melalui perubatan Islam.Mereka bertemu dgn Ustaz Tirmizi Zainal di Melbourne (mereka berada di Melbourne ketika itu).Selepas berubat dengan ustaz, ustaz memberikan doa drp buku Perubatan Islam tulisan Dato' Harun Din."
Mereka suami isteri telah mengamalkan amalan di bawah bermula bulan Ramadhan.Atas rahmat dan kasih sayangNya,sahabat saya disahkan hamil anak sulung mereka(idris) dan hampir setahun selepas kelahiran Idris mereka dikurniakan kembar lelaki pula,SubhanaAllah.
Doa ini memang sengaja dikongsikan sahabat saya ini supaya dikongsi-kongsikan dengan sahabat-sahabat yang lain.Perkongsian ini sangat mengharukan sekali bagi saya.Dan saya tidak tergamak menyimpannya sendiri.
AMALANNYA:
Setiap kali slps solat Subuh dan Maghrib, bacalah ayat di bawah:
1. Al fatihah, diikuti
2. Ayat 89 surah Al-Anbiya'
3. Ayat 38 surah Ali Imran
4. Ayat 30 surah Al-Anbiya'
5. Kemudian baca 7 kali doa berikut:
"Subhanahu man amruhu baynal kaafi wan nuun. Subhanahu man amruhu iza araada syai an an yaquula lahu kun fayakuun. As 'alullah al-'azim rabbul 'arsyil 'azim an yashfiyana.
SELAMAT MENCUBA
5 comments:
i nak cuba yg kurma + susu kambing tu..mil i ade bgtau jgk die tgk rncgan kt tv..insyaallah sama2 kita amalkan ek..:)
i nk try yg kurma tu..insyaAllah sama2 kita cuba, semoga ada rezki kita kan ;-)
thanx for sharing wiyah
sama2 eka ;-)
Post a Comment