To All My Friend, Lovely & Silent Readers

To All My Friend, Lovely & Silent Readers

Mohon maaf kiranya wiyah a.k.a Tuan Rumah tiada kunjungan balas/backlink /follow ke blog kalian, ini kerana disebabkan oleh ketiadaan link blog tuan/puan utk wiyah follow kalian. Jutaan maaf juga jika jarang ber'blogwalking' ke blog kalian (busy tahap cipan). In sha Allah jika ada kesempatan waktu wiyah akan ke singgah ke blog kalian..Peace No War!!

Followers

Imamku Hingga ke Hembusan Nafas yang Terakhir

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Lilypie Pregnancy tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Premature Baby tickers
"Some Love Stories...Live Forever"
Showing posts with label IKAN. Show all posts
Showing posts with label IKAN. Show all posts

Thursday, September 5, 2013

Ikan Pari Bakar Berempah Air Asam Istimewa

Assalamualaikum wbt

* Haisssh susahnya nak menaip..anakanda sayang dah cabut huruf K kat lappy ni..nak marah sayang!! redho jer la huhu *

Ikan pari fresh dari Tok Bali

Sekejap jer masa berlalu..hari terakhir syawal 1434H, semoga tahun hadapan di panjangkan usia diberikan kesihatan tubuh badan utk kita bertemu semula di Ramadhan & Syawal akan datang inshaAllah.Ok hari ni, perlu kurangkan perkataan disebabkan susah nak menaip..byk huruf yg dah jammed, x perasan anakanda main lappy..nasib baik tak patah skrin..kalo tak meraung banjir la mommy jawabnya ;-(

Di bakar berlapikkan daun kunyit...aromanya aummmm! wangi semacam jer ;-)

Hari ni..wiyah nak share resepi yang biasa2 saja, tp nak share utk air asam nya yang wiyah br dapat penambahan ilmu dari buku Mingguan Wanita.Perkongsian ilmu..semoga mendapat manfaat darinya,.masih menggunakan bahan & kaedah yang sama, cuma sedikit penambahan bahan menjadikannya lagi istimewa..Ini Mr.husband yang cakap..dia sgt sukakan rasa yang baru pd air asam ni ...auwwww ;-D



Ikan Pari Bakar Berempah Bersama Air Asam Istimewa

Bahan-bahan : (hidangan utk 2 org)
  • 1/2 ekor ikan pari segar-  dibakar bersama rempah / di bakar perapan garam kunyit/ dipanggang tawar
Untuk Air Asam: (boleh simpan lebih dr 2minggu)
  • 2 biji tomato sedang *
  • 1 biji bawang besar *
  • 10 cili padi * di potong dadu/ di kisar
  • 2 sudu besar asam jawa extra+1sb sedikit air
  • 2sudu besar gula 
  • 1sk garam
  • jus limau kasturi/limau nipis - wiyah guna 2 biji
  • 1 inci belacan yang dibakar
  • 1/2 genggam daun kesum-dihiris halus
  • 1sb kerisik --> drp buku mingguan wanita ogos 1013
Cara penyediaan:
  • Campurkan semua bahan-bahan & gaul sehingga sebati. Rasa pedas,masam, manis & masinnya sesedap rasa. Kali ni...wiyah blend semua bahan, rasanya lebih sebati & halus.
Ternyata dgn penambahan 2 bahan baru menjadikan air asam ni lebih bangkit aromanya daridaun kesum & kerisik tadi..Simpan dlm peti ais & hidangkan semasa hendak makan, coz air asam ni lebih sedap jika di sediakan lebih awal bagi memberi rasa yang lebih sebati.
dihidangkan bersama sayur taugeh goreng kunyit...very simple but very nice!

p/s : Air asam ini boleh dihidangkan secara berasingan @ dicurahkan atas ikan..juga sesuai dimakan bersama daging bakar @ ayam bakar @ sotong bakar. Ok..selamat mencuba.

Wednesday, August 28, 2013

Laksa Johor di Kelantan yang Ohsem

Assalamualaikum wbt

Melaksa di tengah hari..memang wallah sedap yang teramat tak dapat nak gambarkan dengan kata-kata. Alhamdulillah terlaksana sudah hajat nak makan laksa johor ni..kira ada taste la yer org johor ni, laksa yang di gunakan adalah spaghetti bukan laksa beras/laksa gandum bagai...mmg ada kelllas la org johor ni, nasib baik tak guna ikan salmon buat kuah hihi

lai lai lai..laksa johor $ 4.50 sepinggan! 

Laksa Johor mmg susah nak dapat kot area pantai timur ni , selalu jugak duk ushar kedai tepi jalan kot2 ada jual kan tapi mmg confirm takder!!..yer la kan dah namanya pantai timur semestinya yang ada confirm la laksa terengganu, laksa kelantan, laksam!hermmmm tp satu kemushkilan..kenapa laksa penang ada kat mana-mana jer tak kira negeri utara barat selatan timur even kat sabah serawak pon ramai org jual laksa penang...knp yer??? jawab jawab sape yg tau! hehe

so kalau nak makan sgt ..kena la rajin ke dapur, apa lagi buat la sendiri!! huhu

kat johor pon rasanya masa duk kat batu pahat setahun lebih tak pernah jugak jumpa kedai yg jual laksa johor,, paling banyak nampak org jual nasi beriani, mee rebus, mee bandung, bihun soto , bakso pun banyak memang di merata tempat. hurrrmm mushkil jugak ni..knp org tak jual yer??


1st time wiyah makan laksa johor masa housemate/classmate/anak tuan umah buat open house..mak dia masakkan laksa johor..seriously 1st time makan terus jatuh cinta dgn rasanya yg tersgtlah ohsem..then bila musim open house ni teringatla kat laksa johor mak dia,,mmg sgt sedap!

tiba2 masa keluar..nampak majalah mingguan wanita cover Datuk Ct, apa lagi mestilah buka tengah dulu kan Hidangan Selatan Penuhi Citarasa pucuk dicita ulam  mendatang la..kebetulan jugak mr.husband beli ikan masa g site visit kat pasir puteh..alang2 terus ke Tok Bali mencari stok barang basah kami! menyelam sambil minum air kata orang hihi..

daun selasih, daun kesom, daun kemangi semuanya ada dalam pasu ,percubaan pertama me'Laksa Johor' so apa lagi cargas terus rebus ikan utk buat kuah..planning nak makan petang tp mr.husband ajak mkn lunch..what to do , rebus la spagheti time tu jugak...

mr.husband yg 1st time makan laksa johor ni siap menambah 2x okeh..wiyah tak payah citer la mmg luar kawalan haha, jom wiyah share resepi ni..rasanya mmg cukup sedap seenaknya selazatnya selemaknya..secukup rasa la

Laksa Johor
Sumber: Majalah Mingguan Wanita Ogos 2013 & Jun 2006

Bahan-Bahan:
  • Spagheti secukupnya-direbus & ditos
  • 600g Ikan parang-direbus atau dibakar (wiyah guna ikan kembung)
  • 1paket kecil rempah kari ikan-BABAS
  • 5keping asam keping
  • 2sb kerisik
  • 1 liter santan
  • 1.5liter air rebusan ikan 
  • 2batang serai-dititik
Bahan Kisar:
  • 1sb udang kering
  • 7 biji bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 2inci kunyit
  • 5incicm halia
  • 2inci lengkuas
Bahan untuk Ulam: di hiris/di mayang
  • timun, daun selasih, bawang besar, taugeh, daun kesum, sambal belacan, lobak asin & limau nipis
Cara Penyediaan:
  1. Tumis bahan kisar sehingga naik bau, kemudian masukkan rempah kari. Kacau sehingga naik minyak.
  2. Masukkan ikan, udang segar yang telah dibuang tulang & dikisar. Tambahkan kerisik. Kacau sehingga terbit minyak kemudian masukkan air rebusan ikan, udang , asam keping &biarkan sehingga mendidih.
  3. Masukkan santan & kacau sentiasa utk mengelakkan santan pecah.Perasakan gula & garam sebelum di angkat.
percubaan pertama yg sangat mengujakan..sangat berpuas hati dgn rasanya, bukan nak memuji diri sendiri tapi resepi yang diberi secukupnya! In sha Allah next time bleh try buat lagi..

Thursday, July 4, 2013

Masak Lemak Putih Petola Manis

Assalamualaikum wbt

Haish tenggelam timbul blog ni..bukan takat berabuk terus bersawang! kena rajin lap2 nak raya da kan... haih susahnya la nak update, slalunya tertangguh tak sempat nak habis satu entry dah bangun budak keci ni..aptb!

sesi warming up utk ramadhan nanti..kena rajin buka blog utk dapatkan resepi yg latest n glemer..in sha allah kalo diberi kesempatan wiyah share resepi yang tak seberapa dari dapur kecil wiyah..perkongsian yang bermanfaat dgn niat yang ikhlas in sha allah akan dikurniakan pahala seadanya..;-D


resepi yang cukup ringkas & mudah disediakan. Wiyah lebih suka sediakan bahan lebih awal, bila nak makan baru wiyah masak lauk ni..campak2 5min dah pun siap! syok makan panas ngan ikan goreng + sambal belacan..mmg masak nasi lebih la kalau wat lauk ni..slalunya hr jumaat or sabtu jer wiyah masak ni coz husband ada kat rumah..baru la best ada geng nak makan hihi, hari lain wiyah jarang masak just tapau breakfast or oreng mee/nugget saja..tp badan maintain gak naik mcm kena pam huhu

ok sebelum tu..wiyah just nak share pic dr mr.google rupa petola ni,sayur petola adalah dari keluarga pokok menjalar serta bersifat sejuk! so be ware pd yg tak boleh makan sayur yg sejuk2 ni yer.. kadang tu mungkin jugak ada yg panggil dgn nama lain..wiyah panggil petola tp kat kampung org panggil  sayur'Tenne' (tak tau betol ke tak ejaan & pronouns nya)..hoho apapun sayur yg sama tp nama lain2 ;-D

ehsan dari: mr.google

Masak Lemak Putih Petola Manis
By : wiyah & family

its for our lunch! seriously..sgt2 sedap tp awas coz 'santan' ;-)

Bahan-bahan:
  • 2biji petola manis- dibuang kulit kerasnya serta dikikiskan sedikit kulit luarnya & di potong menyerong
  • 1cawan santan pekat + 1/2 cawan santan cair
  • 2 ekor ikan selayang/kembung - direbus & ambil isi nya sahaja *
  • 3biji bawang merah*
  • 2ulas bawang putih *
  • 1/2 sk lada hitam * Tumbuk/kisar lumat bersama
  • 1biji bawang besar- potong memanjang
  • 1 biji cili merah - potong memanjang
Cara penyediaan:
  1. Masukkan santan ke dalam periuk, kemudian masukkan bahan yang di tumbuk. Didihkan seketika menggunakan api sederhana. 
  2. Kemudian masukkan sayur petola + bawang besar + cili merah, tunggu sayur sehingga agak layu & masak (tidak menggelegak) untuk mengelakkan santan daripada pecah. 
  3. Tambahkan garam gula sesedap rasa. Angkat & sedia utk di hidangkan.

note: sodap dimakan di waktu lunch..ada nasi panas + ikan goreng/ikan masin garing + sambal belacan! walllllah mmg menambah2 la ..itu kami la mmg makan banyak hikhik 




Thursday, April 18, 2013

Masak Bening Lada Hitam Labu Air

Assalamualaikum wbt

fuhhhhh fuhhh..sapu habuk! hurm..lamanya wiyah cuti ber'blog' & cuti memasak..now back to normal ;-)

ambik mood nak update..jadi lupa plak stail menulis wiyah! hurmmm refresh balik.. hari ni wiyah ber'menu' masakan kampung..dah agak lama jugak rasanya tak masak lauk ni, rindu plak kat kampung time berkumpul makan ramai2 dgn adik beradik ipar duai  anak buah..mak masakkan lauk2 simple mcm ni ..mmg sure tak cukup la nasi..haih rasa mcm nak balik sekarang jer..terasa kemeriahan gelak ketawa kami bercerita..sob sob sob ( padahal tak sampai semggu lagi balik dari kampung hihi)

baru2 ni mak wiyah ada tanam labu air & labu kuning (kami panggil labu peringgi) ni kat kebun...tanam 2 3 pokok jer tapi buah nya masyaallah banyak sungguh..tak habis nak makan. Siap boleh sedekahkan kat org yang nak buat kenduri kawe..bayangkan banyaknya buah! memang tak rugi berbudi pada tanah, buah labu air ni cpt membesar so mak wiyah perlu petik 2 hari sekali.. menjadi rezki jiran tetangga..wiyah pon angkut sebiji masa nak balik dr kuantan baru2 ni..so hari ni baru berkesempatan nak masak , lama btol ambik masa nak masak hehe


step 1: potong labu air mengikut citarasa anda
step 2: didihkan air bersama bahan tumbuk & masukkan labu air bersama daun kesom
step 3: masak seketika & perasakan sesedap rasa
step: sedia utk dihidangkan

Sayur Bening Lada Hitam Labu Air
By : wiyah

Bahan-bahan:
  • 1biji labu air- dikupas kulit & potong mengikut kegemaran
  • daun kesom 
  • 2 ekor ikan selayang-dikukus * 
  • 4ulas bawang kecil *
  • 2 ulas bawang putih *
  • 2sk lada hitam * ditumbuk bersama
  • 5 cawan air (mengikut citarasa masing2)
  • 1sk budu
Cara Penyediaan:
  1. Masukkan air & bahan yang ditumbuk kedalam periuk, masak dengan api sederhana sehingga mendidih.
  2. Kemudian masukkan labu air, budu, daun kesom & gula serta garam sesedap rasa. Masak seketika & padamkan api. Siap utk dihidangkan
P/s: sedap dimakan pada waktu tengah hari, dihari hujan bersama ikan goreng panas1..ditambah lagi ada ulaman dicicah bersama budu. sure menambah2 sampai tak cukup nasi..ekeeke


ok daa..selamat menjamu selera ;-)

Wednesday, March 20, 2013

Siakap Kukus Asam Boi

Assalamualaikum wbt..

hai kawan2...apa khabar semua..sihat? sekarang ni musim demam, ramai yg demam disebabkan keadaan cuaca yang tak menentu..apa pun wiyah doakan semoga semuanya dlm keadaan yg sihat dibawah lindungan Allah swt..in sha allah

alhamdulillah masih diberi kesihatan yang baik utk menguruskan aktiviti harian yang tak pernah habis...erk?? mcm merungut jer, hehe..a bit la! penat jugak rupanya yer jd full time housewife ni..kena btol2 kuat utk jadi wife & super dupper mommy!.panjang plak tazkirah hr ni yer ;-)..

ok la mlm ni nak update resepi kami tadi..Siakap Stim Asam Boi syukur alhamdullillah bluuuurrrp kenyang yg amat..1 lauk jer pon masak mlm ni, RM 6.89 sekor beli kat TESCO..puas hati berbaloi2 !


sejak duk umah ni..1st time masak ikan siakap, hari2 lain byknya ayam & sayur2 jer...cemuih dah rasanya since dr berpantang lauk yg lebih kurang jer selalu kan, skali skala tukar angin la plak

  • 1 ekor ikan siakap
  • 3 cawan air & 2 sb sos ikan nampla
  • 5 batang serai (dititik)
  • 2 inci halia (dihiris)
  • 3 ulas bawang putih & 1 ulas bawang merah (dihiris)
  • 5 biji cili padi (dibelah 2)
  • 1 biji tomato (dipotong 8)- tak letak
  • sedikit carrot (disagat memanjang)
  • 1/2 paket asam masin putih 
  • 5 biji limau kasturi (di ambil jus nya)
  • daun sup/ batang supkukus
Cara Penyediaan:
(since ikan ni lebih besar dari periuk kukus wiyah yang comel tu..so wiyah guna kaedah ala2 kukus a.k.a rebus dalam kuali)
  1. Masukkan air ke dalam kuali  & biarkan hingga mendidih (ikut bajet sendiri nak kuah banyak mana)
  2. Masukkan bahan-bahan lain ke dalam kuali kecuali (ikan, carrot & daun sup). Tutup kuali & biarkan kuah mendidih menggunakan api yang sederhana.Masukkan garam & lain2 SESEDAP RASA. Rasakan masam, masin & manisnya. 
  3. Masukkan ikan & tutup kuali sekali lagi . Biar ikan sehingga betul-betul masak. Tambahkan carrot & daun sup. Tutup api.
  4. Siap untuk dihidangkan.
p/s: kuahnya terasa masam2, manis & masam seperti asam masin. Mmg sesuai bagi yang kurang selera makan. Dimakan bersama dengan nasi panas masa hari hujan..memang selayaknya menambah2 hehehe

Selamat mencuba ^_^

Tuesday, November 13, 2012

Ikan Kembung Bakar Bersama Air Asam Tomato

Assalamualaikum wbt

Happy Diwali..mood berhari raya sambil makan maruku & kueh raya yang office mate en.suami bagi..sbb teringin nak makan maruku original dr kaum india..maka dapat 2 jenis maruku & 1 jenis kueh raya..syukur dah tak telan liur mengenangkan maruku..ekeke

erm hari ni..hujan dari pagi, mood bakar membakar datang since hujan mula turun! lps breakfast terus pergi cari barang basah..hurm nampak ikan kembung segar! makan menu hari ni..mestilah ikan kembung & kembung lagi..hihi , kali  ni just bakar dicicah bersama air asam bersama ulam salad..di antara favorite menu wiyah & suami! sudah cukup nikmat sampai tidur kekenyangan kul 5petang ;-)

just C&P respi dr entry lama kat SINI & SINI


Ikan Kembung Bakar & Air Asam Tomato 
Sumber : Dapur kecil wiyah

Bahan-bahan utama: (hidangan utk 2 org)
  • 2 ekor ikan kembung- diperap bersama garam & kunyit seketika & dibakar
  • 2 biji tomato sedang *
  • 1 biji bawang besar *
  • 10 cili padi * di potong dadu/ di kisar
  • 2 sudu besar asam jawa extra
  • 2sudu besar gula 
  • 1sk garam
  • jus limau kasturi/limau nipis - wiyah guna 2 biji
  • 1 inci belacan yang dibakar
  • 1sb sedikit air
Cara penyediaan:
  1. Campurkan semua bahan-bahan & gaul sehingga sebati. Rasa pedas,masam, manis & masinnya sesedap rasa.
  2. Simpan dlm peti ais & hidangkan semasa hendak makan, coz air asam ni lebih sedap jika di sediakan lebih awal bagi memberi rasa yang lebih sebati.
p/s : Air asam ini boleh dihidangkan secara berasingan @ dicurahkan atas ikan..juga sesuai dimakan bersama daging bakar @ ayam bakar @ sotong bakar

ikan yang selamat dibakar bersama garam & kunyit

Jemput makan semua ;-)

Sekian..wassalam, selamat bercuti panjang, esok kerja lusa cuti tulat kerja & cuti lag..pejam celik wiyah dah warded..huhu takutnya

Thursday, November 8, 2012

Percik Ikan Kembung Warisan Bonda

Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah dapat bersua lagi..niat di hati nak habiskan n3 yang tertunggak kat folder ni before cuti-cuti bonda bermula nanti..insyaAllah! Menu ni wiyah buat 2 3 hari yang lepas..rasa nak makan nasi tapi pergi jenguk lauk kat 2 3 kedai takde yang berkenan di hati..hurm sudahnya pergi pasar petang & nampak ikan2 kembung yang segar ni..apa lagi sepantas kilat mintak en.suami carikan bahan2 sbb wiyah tak larat nak jalan..just arahkan beli itu & ini

siap suruh tokei ikan tu bersihkan skali gus..balik umah just basuh jer & panggang..yang lain2 en.suami setelkan, wiyah bagi arahan camana nak masak jer..hikhik mudah kan kerja wiyah, makamalam tu kami makan nasi berlaukkan ikan kembung percik + salad..jumpa gak nasi  pd hari berkenaan

lauk favourite famili wiyah..kalau tiba musim ikan kembung memang lauk ni wajib setiap hari ada kat atas meja tu..kuah percik nya mak wiyah buat banyak2 terus coz ianya boleh di simpan dalam tempoh yg agak lama


Ikan kembung yang siap di bakar..menggunakan pemanggang yang tidak ajaib yer! atas dapur gas sahaja ;-)

Percik Ikan Kembung Warisan Ibunda
(Sumber Resepi: Emak Wiyah)

Bahab-Bahan utama:
  • 4 ekor ikan kembung segar- sederhana besar
  • 1/2 kg santan pekat
  • 2 cawan air
  • 6 ulas bawang merah *
  • 2 ulas bawang putih *
  • 2 inci kunyit hidup * dikisar bersama
  • 2 batang serai - dititik
  • 1 keping asam keping
  • 3sb cili giling

Cara Penyediaan :
  1. Ikan dibersihkan & diperap bersama garam kunyit (jika suka) atau boleh juga di panggang tawar. Panggang ikan sehingga masak. Sementara itu, kita sediakan kuah percik nya.
  2. Masukkan santan & bahan2 yang lain kedalam kuali. Masak dengan api yang sederhana sehingga kuah agak pekat mengikut selera masing-masing.
  3. Tahbahkan gula & garam sesedap rasa. Siramkan kuah percik ke atas ikan yang telah siap di panggang..sedia utk dihidangkan .
p/s : Enak di makan bersama nasi panas & hidangan ini tak sedap dimakan bersama lauk yang banyak. Cukup sekadar ini & ulaman memang menambah-nambah. itu wiyah la..ekeke



Alhamdulillah tidur kekenyangan kami pada malam berkenaan..;-)


Thursday, April 5, 2012

Siakap Kukus Asam Masin

assalamualaikum wbt

salam semua,,alahai kejap jer rasanya dah masuk bulan april kan..tak sedar hari2 & masa yang berlalu begitu pantas sekali. Actually ikan ni wiyah beli 1minggu lebih dah kat carefour RM 8.99/ ekor + ikan talapia RM 5.99/ekor..itu pun wiyah just goreng biasa cicah sambal kicap..tak sampai seru nak memasak..alkisahnya sebab tekak ni asyik nak makan mee ajer ..tak kira la mee goreng ke, mee sup ke asalkan berasakan mee..yang lain2 tak boleh nak terima dek tekak..Alhamdulillah mood nak memasak masih ada walaupon sedikit berkurangan..seminggu sekali pon ok la kan,, ;-)


Siakap Kukus Asam Masin
Sumber : Majalah Mingguan Wanita

yang putih & panjang2 tu ialah asam masin putih..wiyah tak pasti apa nama sebenar nya


Bahan-bahan:
  • 1 ekor ikan siakap
  • 3 cawan air & 2 sb sos ikan nampla
  • 5 batang serai (dititik)
  • 2 inci halia (dihiris)
  • 3 ulas bawang putih & 1 ulas bawang merah (dihiris)
  • 5 biji cili padi (dibelah 2)
  • 1 biji tomato (dipotong 8)
  • sedikit carrot (disagat memanjang)
  • 1/2 paket asam masin putih panjang (paket yang 50sen tu)
  • 5 biji limau kasturi ( di ambil jus nya)
  • daun sup/ saderi

Cara Penyediaan:
(since ikan ni lebih besar dari periuk kukus wiyah yang comel tu..so wiyah guna kaedah ala2 kukus a.k.a rebus dalam kuali)

  1. Masukkan air ke dalam kuali  & biarkan hingga mendidih (ikut bajet sendiri nak kuah banyak mana)
  2. Masukkan bahan-bahan lain ke dalam kuali kecuali (ikan, carrot & daun sup). Tutup kuali & biarkan kuah mendidih menggunakan api yang sederhana.Masukkan garam & lain2 SESEDAP RASA. Rasakan masam, masin & manisnya. 
  3. Masukkan ikan & tutup kuali sekali lagi . Biar ikan sehingga betul-betul masak. Tambahkan carrot & daun sup. Tutup api.
  4. Siap untuk dihidangkan.
p/s: kuahnya terasa masam2, manis & masam seperti asam masin. Mmg sesuai bagi yang kurang selera makan. Dimakan bersama dengan nasi panas masa hari hujan..memang selayaknya menambah2 hehehe


alhamdulillah..setelah berminggu wiyah tak masak nasi. Jumaat lepas hubby SMS malam ni kita dinner kat umah yer, masak ikan siakap kukus..nanti abang tolong. & hasil kerjasama kami suami isteri..alhamdulillah licin ikan ini..berkat kan!..insyaAllah next time..hubby kata kita nuat lagi tapi kena tambah kuah sbb just 1 lauk mmg kuahnya tak cukup utk 2 org makan..syukur diatas rezekinya

oke daa..

Monday, February 27, 2012

Cencaru Seksi Bakar Berempah

assalamualaikum wbt

hurm..since minggu lepas adalah minggu ikan,, macam2 ikan wiyah beli! ada ikan keli (perap ngan garam, kunyit & bawang), ikan talapia merah (goreng biasa..dah abis), ikan kembung (bakar cicah air asam..dah abis), ikan pari , ikan kerisi (masak merah..dah abis) & ikan cencaru..penuh peti! sajer jer dis week tak nak beli ayam, seafood, daging coz dah muak tak tau nak masak apa..alkebetulan semua ikan fresh dr bot..apa lg wiyah rembat la total ikan laut Rm 9 & ikan sungai RM 12..murah kan!

k..wiyah nak share 1 menu yg wiyah sempah amik gambar,,ikut mood kan bila masak ni ada hari rajin menjadi la kalau tiba hari malas..aduyai serba tak kena jer masakknya ;-D,, suka hati jer bagi nama kat ikan ni

Cencaru Seksi Bakar Berempah



Cencaru Seksi Berempah
BAHAN-BAHAN adalah seperti di atas...senang kan tak payah tulis,, hehe saja jer terajia hr ahad lepas nak snap pikcer satu2..namanya suri rumah so xder keje lain la selain duk dapur..ngehngeh,,tapi kena tulis gak sikit kan ;-)
  • Ikan cencaru di belah belakang & dibersihkan
  • 1sb serbuk kunyit *
  • 1sb asam jawa xtra
  • 1sk kecil garam *
  • semua bahan bergambar diatas dihiris halus & dicampurkan dgn bahan bertanda *

 Cara Penyediaan:
  1. Sumbatkan bahan yang di sediakan kedalam badan/ perut ikan cencaru
  2. Ikat perut ikan dengan daun pandan/ daun kunyit utk elakkan dari isinya terkeluar
  3. Perap sekejap & boleh la dogoreng atau dibakar
  4. Dihidangkan bersama sambal kicap / air asam / sambal belacan
wiyah lagi suka bakar compare ngan goreng coz bahan tu tak terkeluar dari perut dek kerana minyak 

SELAMAT MENCUBA ;-)


Saturday, February 18, 2012

Sesekali makan lauk simple memang sedap kan!!

assalamual;aikum..wbt

ini menu org diet ke buruk lantak?? kahkah sekali makan ikan 2 ekor! hihi ni menu wiyah tgh hari semalam..mmg everyday breakfast + lunch sorang2 ...so bila sorang2 macam ni la nak goreng sekor jer mmg tak padan nak panaskan kuali bagai..hurm skali skala makan lauk mcm ni best gak,,tak de kuah, just ikan goreng + ulam + sambal belacan & kicap!! memang sedap..nak2 time nasi panas, haih siap menambah lagi ;-)
Ikan Keli Goreng Berempah

Just perapkan ikan keli (boleh gak guna ikan lain..kalau ikan yang bersisik lagi best) bersama2 bawang merah+ bawang putih + serbuk kunyit + pes cili kering & garam...then goreng dengan api sederhana sampai garing! baunya waaah teramatlah wangi masa menggoreng tu ;-)

makan dengan ulam "pucuk gajus" or wiyah panggil "pucuk jambu golok"..kehkeh mana datangnya golok tu?? hurmm alkisahnya sebab bijinya la macam bentuk golok kan ;-)....mak wiyah bagi, mak ambik otw balik dari kebun..banyak kat tepi jalan nak ke kebun.

skang ni tgh wat projek tanaman berkelompok..tanam tembikai & sayur2 apa ntah..wiyah tak pasti coz baru 2x ke sana ;-) ..nanti  wiyah share cite kami picnic kat kebun..masak awal2 semata2 nak g makan kat kebun...adehh mak & ayah lagi la suka teringat kat zaman time susah dulu..;-(



hurm..bila mak start buka cite lama,,,bergenang la kejap air mata..kejap jer la hati batu katakan ;-)...ok selamat menjamu mata..nak ajak pon ikan dah abis hehe

Friday, February 17, 2012

Nasi Goreng Ikan..alfatihah kpd arwah tokwan

assalamualaikum..wbt 

Menu nasi goreng ikan ni adalah menu warisan berzaman..ahaks! pandai2 jer wiyah ni,,hehe actually resepi ni di perkenalkan oleh arwah tokwan wiyah (emak kepada ayah wiyah) yang kembali ke rahmatullah masa wiyah sekolah rendah lagi. Al-fatihan buat arwah tokwan. Tiap kali hari minggu pagi-pagi mesti wiyah akan g ngendap kat umah tokwan (umahnya selang sebuah jer dr umah wiyah ..haha)..org pahang kata nak g ngecek kueh & nak main api & nak main air telaga.. arwah tokwan wiyah masak gunakan kayu api serta guna air telaga utk kegunaan harian..berebut ngan adik2 nak timba air telaga hehe,,thats y masakannya sgt sedap. Wiyah plak ambik peluang nak nyalakan api dapur...antara masakan/lauk yang paling wiyah ingat Nasi goreng Ikan & sayur lemak putih makan bersama ngan ikan goreng & sambal belacan...mmg sedap sesangat la ;-)....skang bila terasa nak makan kena la masak sendiri..step betul ke tak wiyah tak pasti sbb masa tu kecik lagi tak paham bab masak2 ni kan,,untuk itu wiyah share utk kawan2 & anak2 wiyah utk generasi seterusnya ..dengan cara wiyah tersendiri..main agak2 standard step utk masak nasi goreng kan 


Nasi Goreng Ikan

Bahan-bahan:
  • 1 mangkuk nasi sejuk
  • 1 ekor ikan goreng (wiyah guna ikan kembung goreng). Di asingkan tulang & di hancurkan isinya.
  • 2 ulas bawang putih + 3 ulas bawang merah + cili padi (ditumbuk kasar bersama)
  • 3sb minyak bekas goreng ikan sbb lagi terasa aroma ikan goreng kalau dibandingkan guna minyak masak yang baru.
Cara Penyediaan:
  1. Panaskan minyak lebihan goreng ikan tadi & tumis bahan yang telah ditumbuk kasar sehingga garing serta wangi. Memang   berbau wangi sangat yer ;-)
  2. Kemudian masukkan nasi & gaulkan sehingga sebati. Masukkan ikan goreng yang dah dihancurkan, kacau rata.
  3. Jika suka boleh tambahkan sayuran seperti carrot & kubis, wiyah tak letak sayur sebab wiyah nak makan bersama ngan salad fresh. Bagi wiyah tak perku masukkan garam sebab ikan goreng dah di perap dgn garam kunyit.
  4. Angkat & sedia utk dihidangkan.
p/s : Rasa nasi goreng ikan ni sangat asli sebab tiada tambahan kicap, cili boh & bahan2 yang lain. Hanya bawang & ikan goreng sera warna nasi adalah dari warna minyak bekas gereng ikan yang agak kekuningan. Mak wiyah slalu buat nasi goreng macam ni bila ada ikan goreng yang tak habis ..so tak mmembazirkan ;-)


Jemput Makan
Selamat Mencuba ;-)

Thursday, February 9, 2012

Asam Pedas untuk Cik Munawwarah

assalamualaikum wbt

hai..ini masakan sudah basi,, hehe atas permintaan cik Munawwarah yg sgt2 suka makan asam pedas...asam pedas melaka suka kah?? kahkah..oke i create as simple to make it resepi asam pedas ni i harap dapat u nikmati tiap2 hari nanti ;-)..nanti masak ingat kat i yer hehe..kali ni i just gunakan ikan kembung jer,, b4 dis i pernah masak gunakan ikan merah & ikan pari peberet u!!! u bleh tgk n3 huduh2 tu..haha  Asam Pedas Ikan Merah & Asam Pedas Ikan Pari

Asam Pedas Ikan Kembung

 i'll try to make it simple as well...

BAHAN-BAHAN:
  • ikan merah/pari/kembung ( i tau u suka pari kan)
  • cili kering + bawang merah + bawang putih + 1 inci kunyit hidup + 1 inci halia  [blend semua bahan ni]
  • daun kesom + bunga kantan + air asam jawa + buah tomato
  • kacang bendi (u mmg suka sgt2 kan)

CARA PENYEDIAAN:
  1. panaskan minyak & tumiskan bahan yang di blend sehingga wangi dan naik minyak
  2. kemudian masukkan air asam jawa..kalau nak kuah banyak masukkan lebih air asam jawa
  3. kemudian masukkan ikan , bunga kantan, kacang bendi, daun kesom &  tomato
  4. Perasakan SESEDAP RASA ..yang penting rasa masam, manis & masin .siap hidangkan! Selamat menjamu selera Cik Munawwarah ;-)

Jom kita makan...bismillahirrahmanirrahim! ;-)

Wednesday, February 1, 2012

Menu Sihat----> Singgang Ikan Tongkol Klate Style

assalamualaikum...wbt

salam februari 2012..rasa kejap jer dah sebulan berlalu! masa berlalu dgn cepat menandakan dunia kita sudah tua..sehari rasa mcm kejap jer, bangun pagi basuh kain kemas2 umah dah masuk zuhur...relax kejap lipat kain dah petang & malam..kadang tu terasa mcm x sempat nak abiskan aktiviti..sentiasa berkejar ngan masa,,nauzubillah jauhilah kehidupan kami dari segala malapetaka Ya Allah

ok la,,panjang plak muqaddimah hari ni yer ;-)..jom wiyah nak share resepi Ikan Singgang Klate...simple to prepare but delicious to eat...hehe,,menu ni gt sihat coz tak gunakan setitik minyak pon utk menyediakannya..family wiyah mmg suka lauk mcm ni coz x muak nak makan compare ngan masak kari, gulai or masak lemak yg menggunakan santan bagai...tapi kalau family wiyah Ikan singgang ni color kuning versi terengganu & tambah kunyit hidup

Ikan Singgang Klate

Normally..ikan yang paling best utk masak singgang ni ialah Ikan Tongkol/ Ikan Aya? Ikan Nasi Dagang yang fresh  ..ikan ni akan memberi rasa yg berbeza dari ikan2 yang lain..ada gak yang gunakan ikan selayang or kembung ..tapi bagi wiyah kureng kick la kalo guna ikan lain!! 


Bahan yang diperlukan :
  • 1 ekor ikan tongkol yang di potong [ wiyah just guna kepala yg di belah 2 & ekor sahaja]
  • 1 jug air [ ikut kesesuaian kuah banyak mana]
  • 3 ulas bawang merah [ potong 4 je or mayang]
  • 5 ulas bawang putih [ mayang]
  • 2 inci lengkuas [ di hiris ] & daun kunyit [koyakkan]
  • 2 keping asam & 6 biji cili padi [ tak perlu di potong]
  • sedikit gula manisan
  • sedikit kacang bendi [ jika suka]

Cara menyediakan :

  1. Masakkan air dalam periuk yang bersesuaian & masukkan bahan2 yang dihiris sehingga menggelegak agak lama skit
  2. Kemudian masukkan ikan [kepala & ekor]... & asam keping & gula manisan,,masakkan menggunakan api yang sederhana coz lagi lama di reneh maka lagi sedap rasa ikan singgang ni 
  3. Kemudian masukkan cili padi & kacang bendi,,perasakan SESEDAP RASA [ masam & masin]
p/s: Lauk ikan singgang ni lagi sedap dimasak lebih awal bagi memberi rasa yang sebati..contohnya nak makan utk lunch so wiyah suggest kan masak pagi,, tak perlu masa yang lama coz utk masak lauk ni just tinggal & kacau sekali sekala sahaja 



hurm..lauk ni sgt2 TIDAK berkolestrol yer! wiyah kalau ke pasar nampak ikan tongkol yg fresh mmg wiyah akan beli buat stock..boleh juga buat masak kicap, masak pedas, masak acar , goreng kunyit, & mcm2 lg,,alau xder plan apa pon wiyah akan kukus ikan ni & boleh di gunakan dalam menu utk wat lauk nasi lemak mcm org terengganu punya style..mmg best, sekali skala try ubah selera..baru la ada kelllass keh keh..ok daa

Sunday, January 29, 2012

Menu Sihat & Berkhasiat

assalamualaikum w.b.t

salam berhuhjung minggu semua..apa aktiviti hari ni?? mesti best kan dpt spent time with family & friends...huhu hari ni wiyah just duk melangak kat umah jer,, gara2 senggugut yg teramat sangat! ada sape2 yg tau petua utk kurangkan senggugut coz wiyah jarang kena senggugut tp x tau la dis month knp jd macam ni... asyik baring je..nak kuar makan pon x larat..last2 hubby tolong apa yg patut..wiyah gagahkan diri gak masak yg mana termampu..makan ala kadar jer la,,tapi masih terasa bestnya walaupun simple coz kita makan ngan org yg kita sayang kan hehe...gatal kau wiyah! ;-)

ikan tongkol goreng..tak perap ngan apa2 pun,,keluar dari peti ais terus goreng! + celur kangkung & sambal 

lauk tambahan..singgang kepala ikan tongkol + kacang bendi,,semalam punya hehe [ fyi..ikan singgang ni kalo diperangat lagi sedap coz lg terasa masam & ikan lg terasa manisnya]..eh ye keee?? yer..ni mak wiyah slalu praktikkan..nanti wiyah share cara masak singgang klate ni eh...

selain dari celur kangkung..wiyah jadikan salad daun utk tambahan menu,,almaklumlah menu semuanya tawar2 kan...so tambahkan sambal belacan (tapi xder belacan) ckit bg tambahkan kick time lunch..

Sambal Belacan Thai style without  belacan!
  • 10 biji cili padi + 3biji cili merah besar
  • 2 ulas bwg putih dibakar
  • 1biji limau nipis
  • gula & garam
Caranya :
  1. blender semua cili & bawang putih
  2. perasakan dengan garam, gula & air asam limau..[lg sedap kalau lebih rasa manis & masam]
  3. boleh simpan dalam peti utk jangkamasa 1 minggu boleh bertahan
p/s : sedap dimakan dengan semua jenis menu..terutamanya ulam2!




yang lain2 kat just utk tayangan peribadi jer..alang2 wiyah dah edit pikcer so wiyah upload jer la skali kan..;-) perut dah kenyang..mata buntang xleh nak tdo coz sakit perut + pinggang x reda lagi..tggu hubby solat asar jap then nak g lepak2 amik angin kat tepi pantai..harap2 reda ckit sakit ni..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...