To All My Friend, Lovely & Silent Readers

To All My Friend, Lovely & Silent Readers

Mohon maaf kiranya wiyah a.k.a Tuan Rumah tiada kunjungan balas/backlink /follow ke blog kalian, ini kerana disebabkan oleh ketiadaan link blog tuan/puan utk wiyah follow kalian. Jutaan maaf juga jika jarang ber'blogwalking' ke blog kalian (busy tahap cipan). In sha Allah jika ada kesempatan waktu wiyah akan ke singgah ke blog kalian..Peace No War!!

Followers

Imamku Hingga ke Hembusan Nafas yang Terakhir

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Lilypie Pregnancy tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Premature Baby tickers
"Some Love Stories...Live Forever"

Thursday, March 29, 2012

Kue Teow Goreng Mudah

assalamualaikum..wbt

1, 2, 3 & 4....apa tuuu?? herm itu tajuk Semanis Kurma malam ni,, alhamdulillah tajuk yang menarik & sedikit sebanyak dapat menambah ilmu yang sedia ada. Sambil tu wiyah update menu kue teow goreng pedas. Sejak akhir2 ni boleh kata kan tiap hari wiyah makan & masak mee tak kira la maggie, mihun, mee kuning or kue teow. This week periuk nasi masih belum berasap lagi. Banyak plak bebel kan..meh wiyah share dinner kami malam ni..walaupon simple tp syukur alhamdulillah atas nikmat yang diberi..semoga hari2 mendatang kami di rezeki kami akan lebih di berkati olehNYA ..amin ya rabbal alamin ;-)

Kue Teow Goreng Mudah (10 minit masa penyediaan)


Bahan-bahan:
  • 1 bungkus kue teow (cuci & toskan)
  • sedikit isi ayam, udang & sotong
  • 1biji bawang besar, 2 ulas bawang putih [dimayang & ketuk sahaja]
  • 5sb pes cili kering (kalau suka lg pedas boleh tambah lagi)
  • tomato & carrot serta cili jeruk utk tambahan
Cara Penyediaan:
  1. Panaskan 3sb minyak & tumis bahan kisar hingga wangi. Kemudian masukkan pes cili kering hingga naik minyak.
  2. Masukkan isi ayam, udang & sotong & masak seketika.
  3. Masukkan carrot & kue teow , kicap serta tomato. Perasakan sesedap rasa & gaul sebati.
  4. Hidangkan bersama cili jeruk & daun sup, daun bawang.

Kesimpulan: Hasil dari pemerhatian yang sebelum ni, kalau buat mee 1 bungkus mmg confirm tak habis so untuk hidangan kami berdua..wiyah just masak separuh bungkus mee yang 500g tu jer. InsyaAllah kalau lapar mmg akan habis.


Jemput makan semua ;-D

Tuesday, March 27, 2012

2 in 1 recipe: Blueberry & Oreo Light Cheese Cake

assalamualaikum wbt

alhamdulillah akhirnya terialisasi jugak angan2 nak nak buat cheese cake ni setelah berminggu cream cheese tu duk bertapa dalam peti..sian dia! nasib baik la anak buah wiyah datang umah & ajak menge'kek'..katanya nak makan cheese cake..slalunya adam request choc cake jer. Dengan request adam tu makan terjadi la cheese cake pertama dari wiyah..wiyah nak makan yg plian ngan blueberry tp si adam nak yang oreo plak..

hurm..alkisahnya jadi la kedua-duanya. Syukur alhamdulillah berkat sabar ngan karenah adam yang nak kacau la, nak pecah kan telur bagai. akhirnya siap jugak cheese cake ni. apapun syukur..rasanya sgt gebu & moist with cheese. tp awas tak leh makan banyak & selalu buat...nanti bertambah2 bam bam wiyah yg dah sedia tembam! ...ok la wiyah share resepi 1st cheese cake freshly bake from my small kitchen & cute oven tu ;-D


ini mr.husband punya..req nak makan ngan blueberry! wiyah pon suka yang ni juga.. rasa masam2 bluberry so tak muak sangat

jangan tak caya si adam bleh habiskan sebiji cake yang bersaiz sederhana macam ni..dasyat2 baru je bunyi 'ting' dah sebok g ambil pinggan mintak isi kan kek..tak sabar sangat dari waktu membakar asyik g jenguk oven je..haih sweet btol la adam ;-)


LIGHT CHEESE CAKE
Tutorial recipe step by step: Sue-Hasue
Sumber : Izah Daut

BAHAN-BAHAN:
  • 125g cream cheese
  • 300 ml susu segar
  • 80 g mentega atau marjerin -3sb butter
  • 80 g tepung gandum - 5sb tepung naik sendiri
  • 80 gram gula halus - 5sb gula icing
  • 3 biji telur saiz A *saya guna size B
  • beberapa titik esen vanila/jus lemon
CARA PENYEDIAAN:
  1. Masukkan susu segar dalam periuk. Masukkan cream cheese sehingga cair sambil sentiasa dikacau menggunakan hand whisk. Masukkan pula mentega/marjerin,kacau lagi sehingga cair,padamkan api dan ketepikan.
  2. Asingkan putih telur dan kuning telur, pukul putih telur bersama gula halus sehingga menjadi meringue. -meringue ialah adunan putih telur dan gula betul2 ringan (ia tidak tumpah apabila mangkuk cuba diterbalikkan)
  3. Di dalam bekas lain yang lebih besar,pukul kuning telur hingga kembang dan masukkan adunan cheese tadi, kacau seketika..ayakkan tepung sedikit demi sedikit dan pukul lagi, pastikan adunan tidak berketul -kacau menggunakan hand whisk dengan perlahan
  4. Akhir sekali campurkan merigue ke dalam adunan tadi dan berberapa titik esen vanila, gunakan cara kaup balik supaya adunan rata(boleh juga menggunakan hand whisk tapi gaul dengan perlahan2)..
  5. Glis acuan kek dengan marjerin dan alaskan dengan kertas. Masukkan adunan kek di dalam acuan. Pastikan oven sudah dipanaskan sebelum membakar kek
  6. Bakar pada suhu 160 darjah selama 45 minit (atau sehingga masak) menggunakan kaedah bain marie (loyang kek diletakkan di atas loyang yang berisi air panas ketika dibakar)
  7. Hias ikut kreativiti sendiri atau dimakan begitu sahaja. Blueberry topping
OREO LIGHT CHEESE CAKE

Masih menggunakan adunan yang tadi,, cuma loyang yang berl;ainan jer. wiyah gunakan biskut oreo sebagai base & topping. so dapat rasa 2 cheese cake sekali gus ..dasar pemalas kan! haha

Sumber : Fazlinil Irma

Bahan-bahan Untuk kek : Masih menggunakan resepi yang sama seperti diatas.

Bahan-bahan untuk dasar biskut :
  • 2 cawan penuh biskut Oreo (kalau suka tebal. Lebihkan lagi)
  • 2 sudu besar  butter
  • 1/4 cawan brown sugar -wiyah tak letak
  • 1 sudu teh serbuk kulit kayu manis -wiyah tak letak
CARA PENYEDIAAN: 
  1. Hancurkan biskut yang dah dikeluarkan krimnya. Kalau ada pengisar kering lagi senang. Cepat kerja. Nak kerja renyah pun ada. Masukkan biskut dalam plastik. Kemudian ketuk dengan lesung batu atau kayu pencanai. hehe.
  2. Gaulkan dengan butter yang telah dicairkan. Masukkan brown sugar dan serbuk kayu manis. Gaul dan cuba genggam sehingga boleh dikepal. Kalau anda tambah kuantiti biskut. Makanya silalah tambah sedikit lagi kuantiti butter ya.
  3. Kemudian tekan di atas loyang yang sudah dialas dengan kertas minyak.
  4. Sejukkan di dalam peti ais sebentar. Kemudian bolehlah teruskan dengan kerja-kerja membuat adunan cheese.
oke..ini oreo cheese cake adam! dah la oreo pastu nak curah coklat plak kat atas kek tu..haih pa daa adam ni! apa pon mmg sedapa cheese cake ni..insyaAllah next  time bleh buat lagi

Saturday, March 24, 2012

Percubaan membuat nasi kukus

assalamualaikum..wbt

hurmmm pernah tak kadang tu rasa bosan makan nasii??? makan mee pon dah bosan..ermm bila bosan apa kata kita try wat nasi kukus plak..rasanya berbeza dengan nasi yang ditanak biasa..wiyah dah try! ..ini antara menu yang wiyah dah try hidangkan dengan nasi kukus ni.. hurm nampaknya nasi kukus yg berlauk simple macam ni...ternyata dapat menambat selera en.suami!! tapi...AWAS mmg takde istilah tambah2 la sebabnya wiyah mmg buat 2 jer nasi kukus ni ..tapi alhamdulillah syukur yang 1 ni pon macam terhabis nak makan..habis gak mana bleh tak habis...hehe

pada pendapat peribadi wiyah la..nasi kukus ni tak sesuai dihidangkan dengan lauk yang agak berkuah sangat contoh macam tom yam or sup,, ianya sesuai dihidangkan dengan lauk yang simple & agak kering...contohnya macam nasi kukus ayam berempah tu kan...lauk yang simple tapi aromanya...wooooowww meletupss!

ini menu dinner : berlaukkan daging black pepper..ada ulam cket,,kalau ada kacang botor lagi best kot! satu lauk jer pun dah cukup,, very simple kan tapi sedap!

yang ni plak menu lunch : berlaukkan..ikan tongkol masak kicap & ikan bilis pedas..kalau ada sambal belacan mesti lagi best ni kan ;-D

Alkisahnya wiyah beli bekas/ loyang nasi kukus ni di Pengkalan Kubur, Kelantan baru2 ni. 1 dozen RM7..murah kan,, dah lama sangat wiyah cari tapi yg jumpa ada yg besar sgt ada yg kecik sgt..tapi bila dah jumpa ambik kau beli sedozen terus.Jom wiyah share cara nak masak / buat nasi kukus ni.

NASI KUKUS WANGI SEMERBAK
Sumber : Chef Hanieliza : Buku 1 Hari 1 Resepi (Page 248)

amacam..jagak2 adi tak?? nampak gebu & nasinya pon panjang2 kan..haha perasan!

Bahan-Bahan:
  • 2 cawan beras  siam wangi -dibasuh & ditoskan dalam 2jam, biar beras hingga mengembang/membengkak
  • 2 cawan air
Cara membuat nasi:
  • Panaskan periuk kukus. Masukkan daun pandan yang disimpul ke dalam air kukusan. 
  • Masukkan 1/2  beras  kedalam bekas/ loyang utk mengukus nasi. Tambahkan sedikit air sama paras dengan beras tadi.
  • Kukuskan loyang berisi beras tadi sehingga naik wap & nasi masak selama lebih kurang 30 minit. (masa mengukus nasi ni rumah wiyah bau daun pandan harum semerbak)
  • Hasilnya...nasi akan masak dengan bumbunya,, & bila buka periuk...wahhh wanginya nasi!
  • Hidangkan bersama lauk kesukaan....ini wiyah tambah haha

Note : Chef hanieliza hidangkan nasi kukus ni bersama-sama dengan ayam goreng berempah, sambal belacan & kari terung. Tapi wiyah dah menderhaka..menghidangkan nasi kukus dengan lauk yang lain haha..

Ok...selamat mencuba



Friday, March 23, 2012

Laksa Utara..slurrrrp pekat melekat!!

assalamualaikum..wbt

menu minum petang semalam..dah lama teringin nak buat laksa sendiri! pernah makan laksa yg sedap sangat2..tapikadang tu ada jugak laksa yang tak sedap langsung..kuahnya alahai cair jer! so bila nak makan yang kuah pekat2...kena la buat sendiri walaupun tak pandai kan..at least bila kita cuba so kita boleh modified sendiri apa rasa yg kita nak kan??? either nak masam, pedas, manis, telur rebus yg besar or ulam yang bermacam2 kan...kena la buat sendiri okeh! kalau nak semuanya lebih...haha

sambil duk saja..wiyah baca resepi lama yang wiyah kumpul dari majalah mingguan wanita. Memang banyak koleksi resepi dari majalah mingguan wanita..setakat ni dah ada 2 file!! mmg tak ter'buat' kalau di ikutkan betul..semalam tergerak hati nak baca & try resepi laksa utara sebab tgk gambarnya yang sangat menyelerakan..Alhamdulillah rasanya tak mengecewakan...memang puas hati sangat2!! 3x wiyah makan tau..tgh hari, petang & malam...sepanjang hari makan laksa! en.suami pon cakap kuahnya mmg sedap..tak rugi mencuba ;-)..lain kali bleh buat lagi insyaAllah


Laksa Utara
Sumber resepi : Majalah Mingguan Wanita

BAHAN A :
  • Sebungkus mee laksa- wiyah guna yang dah siap rebus 500g Jenama Laksa Panjang (sangat kenyal & laksanya tak putus)
  • 250g ikan kembung/selayang rebus- anggaran 4-5 ekor ikan 
BAHAN B:
  • 2 biji bawang besar *
  • 5 ulas bawang putih *
  • 1 inci belacan *
  • 3 biji cili besar & 10 biji cili padi * wiyah guna pes cili kering (dikisar bersama)
  • 6 keping asam keping/ asam jawa
  • 1 batang bunga kantan
  • 1 ikat daun kesom 

 BAHAN B: ( Ulaman- dihiris halus/ memanjang)

  • daun selom
  • timun batang
  • telur rebus
  • limau kasturi/ limau nipis
  • hirisan cili padi/ cili besar
  • bawang besar
  • hirisan nenas -wiyah tak letak
  • petis udang- wiyah tak letak

CARA PENYEDIAAN:
  1. Rebus ikan kembung/ selayang dan asingkan isi dan tulangnya. Simpan air rebusan ikan tadi.
  2. Kisar bahan A dan masukkan kedalam air rebusan ikan tadi bersama ikan yang telah dikisar. Tulang yang dikisar perlu ditapis sebelum dimasukkan kedalam air rebusan tadi.
  3. Masukkan asam keping,bunga kantan & daun kesom. Biarkan kuah mendidih & sesuaikan rasanya SESEDAP RASA. Rasa masam, masin, pedas perlu sebati barulah sedap.

CARA MENGHIDANG:
  1. Masukkan mee laksa ke dalam mangkuk. Tambah hirisan bahan B ulam timun, daun selom, bawang besar, cili padi,telur rebus. 
  2. Kemudian tuangkan kuah ke atasnya. Perah asam limau nipis/ kasturi mengikut selera masing-masing.

Jemput makan semua...ini round ke-2 wiyah!! haha..rasa masam & pedas nya cukup pekat melekat...tgh menulis ni pon terasa lagi kecur air liur fuhhhh heehe

wiyah makan sampai jadi licin macam ni..abis hirup seme kuahnya!! nasib baik kat umah...kalau kat luar haih malu la den...;-D

ok ...selamat mencuba & wiyah jamin mmg puas hati sangat rasanya!!

Thursday, March 22, 2012

Popiah Oat Berkacang

assalamualaikum..wbt

hai apa khabar semua...panas kan cuaca lately ni! huhu..wiyah nak keluar umah pon malas..asyik duk terperap je dalam umah..hurmm bila bosan duk dalam umah haih jadi la kueh yang org makan time raya..wiyah buat makan hari2 biasa! jadikan kudapan petang sambil tengok tv..;-)

makan jajan2 kerepek macam ni actually buat kita jadi leka & ralit duk depan tv...bermula la dari nak membuatnya duk guling depan tv sehinggalah dah siap pon..makan sambil ngadap tv gak..haih besar btol la pengaruh tv ni kan..jom wiyah share resepi kerepek popiah yang sedap sangat2 neh..tak tipu mmg sedap 1 minggu jer dah bleh habis okeh!!..siang malam duk mengadap kerepek ni..next week mertua datang wiyah ingat nak buat lagi sekali la..p-ak mertua wiyah suka kerepek2 ni,, 



Popiah Oat Berkacang
(Nama asal : Popiah Nestum Horlicks)


Sumber : Sinar Raudhah & Cendana Kasih 
Wiyah ubah suai resepi mengikut apa yang ada kat dapur wiyah ;-)


Popiah Oat Berkacang 
Bahan-bahan:
  • 1 bungkus besar kulit popiah
  • Lidi satay utk menggulung
  • Telur sebagai bahan pelekat- wiyah guna tepung + air sikit sebagai pelekat
  • 1/2 cawan horlicks * wiyah tak letak
  • 1/2 cawan gula *
  • 1 cawan nestum * wiyah guna Oat
  • Kacang tanah goreng * ---> wiyah tambah * Dikisar halus bersama
  • Minyak untuk menggoreng

Kulit popiah yang dah siap di gulung & digunting...sedia utk di goreng


Cara Penyediaan:
  1. Gulung kulit popia gunakan lidi satay, (macam dalam gambar atas tu) tinggalkan dlm 1-2cm untuk lekatkan dgn telur (gam tepung). Buat hingga habis. Tutup bekas berisi popia gulung dengan kain lembab untuk mengelakkannya mengering dan susah dipotong.
  2. Panaskan api. Sementara itu Potong kulit popia yang telah digulung secara serong dengan gunting/pisau jarak 1-2cm.
  3. Goreng potongan kulit popia dengan api kecil sehingga garing. Angkat dan toskan minyak pada kertas tisu.
  4. Setelah popia goreng sejuk pada suhu bilik, tabur dgn horlicks, gula dan nestum kisar.Gaul hingga rata. Simpan dalam bekas kedap udara.

Selamat mencuba ;-)



Monday, March 19, 2012

Karipap Keledek Daging Berempah Beriani

assalamualaikum wbt

haai monday blues ke hari ni ?? pada cikgu2 & anak2 yang mula bersekolah hari ni..setelah 1minggu bergolek2 rileks kan..hari ni mesti rasa payah sgt nak bangun pagi kan..apapun tahniah to u all coz dapat melalui hari 1st sekolah lepas cuti ni dengan jayanya

bagi wiyah tak de bezanya..cuti or keje,,hari2 adalah busy megalahkan org yg kerja..haha yer la tu kan! hurm..hari ni baru berkesempatan nak upadate kueh wiyah..lama sungguh rasanya wiyah tak buat kueh..
camana nampak ok tak..1st karipap ber'doh' wiyah ni??? ada daging berempah beriani..

ini 1st time wiyah buat karipap menggunakan doh..tapi rasanya ini dah kali ke3 la buat karipap guna doh ni..tapi semuanya tak sempat nak berfotografi bagai,,tengah goreng panas2 dah ada org menunggu nak makan! so dis time wiyah buat banyak2 (banyak la sgt 15 biuji jer pon) & frozen utk memudahkan kerja wiyah wat menu minum petang hehe..b4 dis buat juga tapi x pernah gunakan doh,, guna kulit popiah  dinamakan sebagai Karipap Popiah, guna puff pastry & wiyah namakan Curry Puff (blom pernah upload kat sini sbb tak sempat nak ambik gambar tangan dah berkali2 ambil kuehnya) & kadang tu ada juga wiyah masak inti karipap then makan dengan capati segera digulung bersama inti karipap kat dalamnya..apa pun intinya wiyah buiat samanya even cara makan nya berbeza..ermm yummy ;-)
ini gorengan kedua..gorengan pertama dah selamat kena ngap! hihi

Resepi Inti Keledek Berdaging
Sumber resepi : K.long wiyah


Kali ni wiyah buat inti karipap menggunakan rempah beriani FAIZA + daging saja nak tukar selera plak...alhamduliullah rasanya memang menepati citarasa & selera wiyah n husband! dah 3 kali berturut2 buat inti karipap ni tau..tapi kali ni baru berkesempatan update! selalunya wiyah gunakan rempah kari ikan ADABI + ikan bilis hancur

Bahan-bahan:
  • 1/2 kg ubi keledek [potong dadu]
  • 100gm daging dicincang dadu atau boleh guna daging cincang yang siap dijual
  • 2 biji bawang besar [potong dadu]
  • 3sb pes cili kering/ cili mesin
  •  5sb rempah beriani Faiza & daun kari 
  • ikan bilis [dikisar kasar]
  • 1 jug sedikit air 
  • Daun sup di potong halus

Cara Penyediaan :
  1. Panaskan seikit minyak & tumis bawang besar +daun kari sehinnga naik bau.
  2. Kemudian masukkan pes cili kering goreng seketika. Masukkan daging dan serbuk beriani. Masak sehingga daging 3/4 empuk boleh masukkan  keledek & tambahkan air.
  3. Masukkan ikan bilis yang dikisar. Perasakan SESEDAP RASA & masak sehingga ubi empuk dan inti menjadi sedikit kering. 
  4. Masukkan daun sup yang dihiris untuk menambah rasa pada inti karipap. Gaul sebati dan biarkan sejuk. Sementara tu kita boleh sediakan dohnya pula.


Resepi Doh Karipap: Tun Telani  [minta izin C&P yer]

sumber : Izah Daud & K.Nor secubit garam

Bahan-bahan:
  • 4 cawan tepung
  • 2 sudu besar margerin ~ k.nor guna butter
  • 1/2 cawan minyak
  • 3/4 cawan air
  • 1/2 sudu teh garam
Cara Penyediaan:
  1. Panaskan margerin + minyak dlm periuk. Tutup api. (k.nor guna kuali utk mudahkan menggaul) 
  2. Tengah panas2 tu, masukkan tepung dlm periuk td dan gaul guna garpu (jgn guna tangan, melecur nnti).
  3. Dah sejuk sikit, campur garam dan air.Uli-uli.. siap! Boleh wat karipap ikut suka inti apa..
oke...jom kita makan karipap petang ni! oppps tapi wiyah puasa..hehe,,bawah air teh sendiri yer kuahnya dah ada...psttt pinggan tu wiyah beli murah sgt 4 biji RM5,, berbaloi kan walaupon x branded ;-D



Friday, March 16, 2012

Mee Rebus Udang Galah Sungai Dungun

assalamualaikum wbt

baru2 ni balik umah mertua kat dungun..bila tau jer we all nak balik sana,, adik ipar wiyah g mancing udang galah coz katanya k.long & a.long tak rasa lagi udang galah musim ni! alhamdulillah dapat gak merasa..ada satu petang tu mr.hubby beriya2 ngan ayah nya nak g mancing udang galah sebab geram tgk adik nya dapat udang besar2..punya la bersemangat lepas asar terus turun bawak enjin bot bagai..last2 tak sampai 1/2 jam call kata dah nak balik..air pasang besar sebab ujan lebat sepanjang hari kot...huhu meroyan mr.hubby nak g mancing! kalo ngan wiyah mmg wiyah tak izinkan coz wiyah takut jadi apa2..tak boleh mmg wiyah pikir yang bukan2 nanti hehe..

mampu ambik gambar macam ni jer..malu nak ambik lebih2 haha

rezeki kami..dapat udang galah sepit biru besar2 12 ekor or lebih kurang 2 kilo macam tu! kalau kat pasaran yang saiz macam tu wiyah survey harganya dalam RM60/ kg...huh mak ai! biras wiyah simpan dalam peti tunggu sampai kami balik..nak tggu masak & makan sama2. ..ermmm mmg puas hati dapat makan udang galah ni tapi pikcer a bit kureng coz malu ngan pak mertua nak amik gambar lebih2 kan ..hihi,, apa yang ada wiyah share kat sini & resepi mee rebus terengganu dari biras wiyah yang bleh tahan gak cara masakannya..boleh menambah2 lagi ;-D

Mee Rebus Udang Galah Sungai Dungun


Mee Rebus Udang Galah Sungai Dungun
Sumber resepi : Biras wiyah anak jati Terengganu ;-)

Bahan-bahan: (sukatan agak2 jer yer)
  • 2kg Udang galah
  • 2 paket mee kuning @ mihun @ kue teow
  • sedikit sawi ,sebatang carrot, 2 biji tomato, baby corn & boleh tambah sayuran lain jika suka
  • 3 biji telur
  • daun sup & daun bawang, bawang goreng & asam limau utk nak tambah sedap kaww kaww lagi ;-)
Bahan tumis :
  • 1 bungkus kecil rempah 3 sekawan (bunga lawang, cengkih, kulit kayu manis)
  • 2 pek sup bunjut (wiyah guna ADABI)
  • 5 ulas bawang putih *
  • sedikit halia *
  • 2 sb lada hitam * (di tumbuk bersama)
  • sedikit minyak untuk menumis
  • Air (ikut suka nak kuah banyak mana)

 Cara Penyediaan:

  1. Panaskan minyak & masukkan rempah kasar 3 sekawan seketika. Kemudian masukkan bahan tumbuk dan tumis sehingga wangi & garing.
  2. Kemudian masukkan air utk kuah & masukkan sup bunjut. Biarkan mereneh & menggelegak seketika & masukkan udang galah dan sayuran lain. Dalam masa yang sama boleh pecahkan telur kedalam kuah 
  3. Perasakan masin & manis. Masukkan tomato & taburkan daun sup serta daun bawang.
  4. Siap boleh dihiudangkan bersama mee. Cara hidangan : Letakkan mee dalam mangkuk kemudian masukkan kuah & taburkan bersama bawang goreng & perahan asam limau.
p/s : kalau famili mertua wiyah..akan makan mee rebus ni bersama dengan sos cili & kicap cili padi potong. apapun bergantung kepada kegemaran masing2. Bagi wiyah lagi pedas lagi best..sampai berpeluh2 berair mata hehe

sempat jemput 2 jiran sebelah umah..rasa la sikirt sorang kan,, nak ajak u all alahai dah tak de la sori hehe...k daaaa..ok tengah kukus kek coklat moist lagi,,, malam ni ada makan2 kat umah mak...wahhh tak sabar nak makan nasi dagang kelantan malam ni..nyum2 ;-D

Wednesday, March 14, 2012

Puding Triffels Oren & Kiwi

assalamualaikum wbt

skang ni musim hujan..tiap2 hari hujan macam musim banjir la plak rasanya. hurm hari ni nak update resepi last week..masa cuaca panas sangat2,, so bila time panas mesti tekak terasa kering jer kan & nak basahkan tekak dengan benda manis & sejuk. Tapi kalau hari sejuk/hujan taksesuai makan ni sebab nanti asyik nak ulang alik toilet jer haha..Last minute b4 en.suami balik kerja baru terpikir nak buat ni..nasib baik sempat sejuk & mengeras time suami balik keje. Bila dah buat baru la tau..rupa tak la susah sangat buat triffels ni yer,,,mmg tak pernah buat sebab ingat susah hehe,,rupanya tak sampai 1/2 jam pon dah siap sebab nya bahan semuanya readymade just masuk2 jer dah pon siap...zaman canggih so semuanya cepat,, tinggal rajin ngan tak jer kan!! wiyah memang tak la..kena ikut mood hihi

ok..jom wiyah share resepi dari kak hanieliza...sifu masakan wiyah! tak kira la kat blog ke, fotopages ke, buku2 masakan beliau ke...memang tempat rujukan utama wiyah. Baru2 ni kawan wiyah kawen & wiyah hadiahkan buku 1 hari 1 resepi...alhamdulillah pengantin suka sangat2..untuk keberkatan air tangan isteri masak utk suami & anak2 kan insyaAllah..itu la tujuan wiyah sebenarnya ;-)

kombinasi antara kek vanila swiss roll + kastad susu + agar2 perisa sanquick + buah kiwi fresh

Triffels Oren & Kiwi

Bahan-Bahan:  ( wiyah buat 1/3 dari adunan kat bawah ni )
  • 1 bungkus/pek kek swiss roll 
  • 1 kotak agar-agar segera (Lady's Choice) - perisa strawberry - wiyah guna yang asli pastu tambah 2sb pes oren sanquick
  • 1 tin fruit cocktail - wiyah guna potongan buah kiwi fresh / boleh juga guna buah laici dalam tin
  • 2 sudu besar tepung kastard 
  • 3 sudu besar gula 
  • 3 cawan susu segar -wiyah guna susu cair

Cara Penyediaan:
  1. Campurkan tepung kastard, gula dan susu dan masak sehingga menggelegak dan kepekatan. angkat dan biar sejuk. 
  2. Potongkan kek swill roll dan susun ke dalam bekas (kalau nak cantik..masukkan dalam bekas kaca..nanti nampak lapisan triffle ni) sehingga penuh.
  3. Kemudian ambil sedikit jus buah cocktail dan tuangkan keatas kek tadi.-wiyah skip sbb guna buah kiwi fresh
  4. Tuangkan kastard tadi keatas kesemua kek sehingga rata. Biarkan ia mengeras sekejap dalam 15 minit. 
  5. Taburkan buah cocktail/ buah laici/buah fresh keatas kastard tersebut. 
  6. Bancuh agar-agar segera mengikut arahan yang telah disediakan dan tuangkan keatas buah cocktail tadi. 
  7. Masukkan ke dalam peti sejuk. Siap untuk dihidangkan.



Jemput makan puding tapi puding dah habis ngappp daa...nak rasa bleh try buat resepi ni eh SELAMAT MENCUBA

Tuesday, March 13, 2012

ARWENDANISH 1ST GIVEAWAY

assalamualaikum wbt

malam ni mood nak join GA..rajin gak wiyah join GA tapi so far blom pernah ada luck dalam GA nie...just utk suka2 & support bloggers yang anjurkan GA..sambil tu boleh tambah kawan baru walaupun sekadar di alam maya but we can make it real kan :-D..selain tu boleh gak dapat info2 terkini yang blogger share tru N3 diaorg..

so kali ni nak try mana tau kot ada luck..hahha,, yer la tu! hurm pada semua yang nak join..Jom kita cuba nasib hehe.. JOM KLIK TO JOIN ...HADIAH nya tersangat la lumayan & syarat2 nye cukup mudah utk dipenuhi ;-)...utk syarat2nya sila scroll sampai ke bawah yer or klik jer link tu utk tahu selanjutnya ...hehee


Jom tengok antara hadiah yang ditawarkan & bakal wiyah menangi hahhaa

english cotton (salah satu 4meter) by

satu handbag dan satu wallet by
snow cap (unisex) by

purse coin, keychain dan headband by

keychain, fm, brooch by
free header design by
TLF

&
special gift dari Arwendanish blogspot

sebuah jam tangan unisex casio silver color 

FM dan tempat letak pen from Hatyai

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN

  • Mesti ade blog sendiri (blog khas tuk contest/GA/biz xboleh) dan juga akaun facebook.---> mmg ada ;-)
  • Korang kene jadi follower: -

         - Arwendanish blogspot (blog tuan tanah) ----> follower ke 1055
         - My Luvly Kids&Baby Collection blogspot ----> follower ke 56
         - Ten Little Fingers (TLF) blogspot ----> follower ke 880

     3. Like / add facebook

        - Pesona Puteri Collections
        - Miemiey Collections Owner
        - Bundle Addict
        - Syafa Shamioon
        - Qaseh Zueieda

   4. Buatkan satu entri bertajuk “ARWENDANISH 1ST GIVEAWAY”, letakkan  banner di atas dalam    entri dan link kan ke entry ni (copy paste jek n3 ni kt blog anda). Letakkan juga banner tersebut di sidebar blog anda dan link kan ke entry ni.

   5. Terpulang pada anda nak tag atau tidak.

   6. Pas dah buat n3 tersebut komen kt n3 sini besertakan link anda tadi.

   7. Antara 5-10 pemenang akan diumumkan secara random. Ikut sape yg bertuah dpt hadiah2 tu ye.

   8. Hadiah akan bertambah dari pihak sponsor jika mendapat sambutan yang mengalakan

   9. Giveaway ini berlangsung 6/3/12 - 5/4/12 jam 11.59pm


10. Pemenang akan diumumkan pada 6/4/12 sempena besday aku ahaks.

11. Anda diminta ikut syarat2 yg diberikan..kalo tidak..penyertaaan anda tidak layak.

Caramel Super Moist Choc Cake

assalamaualaikum wbt

alhamdulillah syukur kerna dapat bersiaran lagi hari ni setelah sekian lama..lebih kurang 3 minggu kot,, mood tak tau pergi ke mana..even nak view blog pun malas apatah lagi nak menulis kan..alhamdulillah hari ni semangat nak ber n3 datang dgn tiba2..tak tau dtg dari mana hihi...so bila dah datang mood tu mesti la cargas cket kan..transfer pikcer, edit pikcer bagai..harap mood nak berblog tak stop macam tu jer..

semalam wiyah terasa nak makan kek..then terus cergas ke kedai bakery walaupun hujan lebat,,haiiih teruk kan! ..balik tu terus buat tung tang tung tang sampaikan nasi pon lupa masak kahkah,, so makan kek jer la we all semalam,,,may be gak mood datang lepas makan kek semalam..ishh bleh plak macam tu kan...hehehe,,apa2 je la wiyah ni..mengarut je ;-D

ok lah..since mood wiyah nak ber n3 hari ni ok,, so wiyah nak share resepi kek yang wiyah buat semalam. Walaupun tak seberapa..tapi syukur alhamdulillah dapat buatkan kek dengan air tangan sendiri untuk suami & keluarga ;-)

Caramel Super Moist Choclate Cake


kek ni adalah combination antara kek coklat super moist yang bagi wiyah mmg the best ever lah hihi dr Puan Munira Baharom di C&P dari blog kak normasni@coretan dari dapur & puding topping dari Sky Blue's Kitchen. Rasa kek ni mmg hebat..ayat poyo haha,, oke2 serius wiyah cakap rasa lembut, lemak puding tu mmg perfect la dengan rasa kek coklat yang tak manis sgt & ada rasa pahit2 cket rasa nescafe sbb tak nak bagi muak sangat...hurm ini 1st ry,, next week bleh buat utk birthday kenduri umah mak wiyah la plak ..introduce hehee

Resepi Topping Karamel

Topping  wiyah C&P resepi dari dapur Sky Blue's Kitchen..baru2 ni  kak ummi ada kongsikan kek karamel coklat tapi menggunakan kaedah bakar,, wiyah mmg tak ada acuan canggih yg boleh masuk oven macam tu! hehe so wiyah adjust cket la guna kaedah kukus..hehe. 

Bahan Puding Karamel 
  • 3 biji kuning telur (wiyah tak letak sbb takut muak + kek coklat yg dah byk telur kan)
  • 1 cawan susu cair 
  • 3/4 cawan susu pekat manis
  • 1/2 sudu teh esen vanila
Cara Penyediaan:
  1. Kacau sebati semua bahan (tak perlu kuat-kuat, kacau lembut sahaja ).
  2. Tapiskan dan tuang atas gula karamel / gula hangus tadi. (wiyah tapis semua bahan & tuang kedalam acuan)
  3. Bakar sekejap dalam oven dengan kaedah "bain-marie" (letak loyang kek dalam loyang berisi air ) selama lebih kurang 20 minit hingga nampak mengeras sikit / pekat sikit permukaan puding tu... jangan terlampau keras pula nanti tak boleh sebati dengan kek - ( pada suhu 160°C dengan menggunakan api atas bawah ). ---> wiyah guna kaedah KUKUS je
  4. Ketepikan dan sejukkan puding lebih kurang 30 minit....(sementara tu sediakan adunan kek coklat ).

Resepi Kek Coklat Kukus : Kak Munira 

Bahan A
  • 1 cawan gula pasir - hana dan kak.noor letak 3/4 cawan aje,, wiyah pon sama gak ;-)
  • 1 cawan serbuk koko
  • 1 cawan susu cair - hana gune susu segar
  • 1 cawan susu pekat
  • 1 cawan minyak masak
  • 1 sudu kecil serbuk nescafe - resepi asal xde
Cara Penyediaan:
  1. semua bahan di atas digaul sebati dan masak atas api perlahan sehingga gula larut. Matikan api dan rehatkan sekejap bila dah sebati.
Bahan B - di ayak
  • 3/4 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil (sudu kfc) soda bikarbonat
  • 1 sudu kecil (sudu kfc) baking powder
Bahan C
  • 4 biji telur - diblender ( wiyah guna 2 biji telur A)
Cara Penyediaan:
  • Satukan bahan B dan bahan C ke dlm bahan A secara berselang seli dan gaul dgn senduk aje.
  • Bila dah sebati masukkan ke dlm loyang yg digris dan dilapik kertas kalis minyak.
  • Kukus selama 1 jam atau sehingga masak. Jgn buka pengukus semasa proses mengukus 45 min yg pertama takut kek jd mendap
yang ni kes tak sabar punya pasal haha...since wiyah ada kukus lebihan adunan kek tu tapi tanpa topping caramel la,, so wiyah ngap dulu kek sementara tunggu en. suami balik keje lewat semalam,,ngapp kek dengan yogurt buahan campuran,,, hurm not bad rasanya coz kek yang manis & muak kalau makan banyak la dipadankan dengan yogurt yang masam2 sejuk tu...mmg perfect combination! 

ok..daaa,,huh bercinta depan laptop nak siapkan satu n3 ;-D..SELAMAT MENCUBA

Thursday, March 1, 2012

2nd time..Pink Pavlova !

assalamualaikum

tak tau la tekak ni nak makan macam2 haih...apada perut ni,, alkisahnya sbb wiyah duk ganti pose sepanjang minggu so pantang tgk org tayang makannan apa mesti terliur..huhu,, tang pavlova ni sampai termimpi-mimpi duk makan yummy2...then masa g shoping groceries terjumpa buah kiwi, plum, strawberi, manggo bagai...terus cari bahan2 yg lain & malam tu jugak buat! hehe sgt tak sabar kan wiyah ni...

bila letak atas meja..takde dah versi potong2,, terus guna sudu & garfu ngan mr.suami...tak sampai 1 jam terus licin..pelahap sungguh laki bini ni kan!!..takpe takpe sekali sekala jer..next nak try wat lagi, coz kali ni bulatan agak besar so jadi nipis cket..kalo tebal lagi mesti best! resepi dari blog Fazlinil Irma,,beliau wat online jual kek yg mmg memikat hati wiyah ni sokmo!! wiyah slalu gak BW kat blog k.irma...cuci mata tgk kek2 yg best..nak order alahai jauh sgt nak pick up kat mana kan..kalau la dekat,,, aih tak leh bayangkan hehe...thanks to k.irma coz sudi share resepi pavlova ni && sori k.irma,, wiyah menderhaka gi gatal tangan tambah color pink sbb baru beli esen pink semalam ngehngeh (mintak izin C&P resepi akak kat sini yer)
PAVLOVA

2nd time buat...kali ni wat 1/2 resepi jer!! baru puas hati kek yg ,mabeles  & tebal..alhamdulillah licin tak sampai 20 minit hehhe..kalau ada sytrawberi mesti lagi best kan ;-)


beza antara 1st & 2nd pavlova yang wiyah buat, yang 1st kek agak nipis & tak puas hati dats y wiyah buat lagi skali..kek yang lagi tebal ! pikcer credit to fb Mr.suami...pikcer via ipad,,kualiti pikcer kurang memberansangkan!

Sumber Resepi : Fazlinil Irma


Bahan-bahan : ( wiyah buat separuh jer)
  • 4 biji putih telur
  • 1 cawan gula kastor ( saya guna 3/4 cawan untuk mengurangkan manis)
  • 1/2 sudu teh esen vanilla
  • 1 sudu teh cuka masakan
  • 1/2 sudu besar tepung jagung
Topping/hiasan :
  • 1 cawan (240 ml ) whipping cream
  • 1 1/2 sudu besar gula halus - saya pakai gula icing.
  • 1/2 sudu teh esen vanilla
Tip sebelum membakar :
  1. Pastikan (baca dengan nada garang. hihi) ketika mengasingkan antara telur putih dan kuning, tiada sedikit (langsung) telur kuning yang masuk dalam telur putih. Untuk memudahkan kerja, gunakan telur yang disimpan dalam peti sejuk. Telur yang sejuk, mudah untuk diasingkan antara kuning dan putih. Bila nak digunakan, pastikan putih telur berada dalam suhu bilik. Jangan guna masa telur masih sejuk.
  2. Periksa peralatan yang digunakan bersih dari sebarang air dan kesan minyak. Lain la kalau korang tak kisah. Dalam hati duk kata," apasal la meringue aku tak bertanduk langsung." hehe
Cara-cara :
  1. Pukul putih telur menggunakan hand mixer dengan kelajuan perlahan. Kalau ada stand mixer lagi senang. Tengok je. Tangan tak payah kerja. Pukul sehingga adunan menjadi 'soft peak form'. Apa eh istilah melayu dia.?
  2. Kemudian, dengan kelajuan yang tinggi, masukkan gula sudu demi sudu sambil terus putar adunan. Masa ni adunan akan bertukar menjadi putih tapi belum lagi berkilat. Bila pegang sedikit adunan di tangan terasa lagi gula yang belum hancur.
  3. Teruskan memutar adunan dengan kelajuan tinggi sehingga bertukar menjadi putih berkilat. Bila diangkat dia akan mengeluarkan tanduk. Haha. Jangan risau. Ni tanduk bagus punya. Kalau dah bertanduk tu maknanya jadilah meringue. Jika belum, atau tanduk tak tajam dan belum mantap. Pukul lagi 2-3 minit.
  4. Masukkan esen vanilla dan pukul lagi sampai sebati.Tanda meringue anda dah jadi ialah bila diangkat adunan akan menghasilkan tanduk yang tajam dihujung. Nak lebih yakin, telangkupkan bekas meringue atas kepala. Kalau tak jatuh tu confirm jadi. Agak-agak berani tak?
  5. Masukkan tepung jagung dan cuka. Gaulkan menggunakan spatula atau senduk kayu. Bukan senduk kari ye..! Kang ada pulak rasa kari dalam pavlova.
  6. Buatkan garisan bulat di atas kertas minyak(parchment paper). Saya gunakan tin kek yang bersaiz 7 inci. Zaapp. Dah jadi bulat. 
  7. Bentukkan meringue mengikut bulatan yang kita lukis. Pastikan bahagian tepi lebih tinggi dari tengah. Konon macam tebing pendek la kan. Part ni saya tak buat. Saya buat cara saya sendiri. 
Masa membakar :
  1. Panaskan oven pada suhu 150' C. Saya panaskan 15 minit lebih awal. Letakkan rak di tengah bahagian oven. 
  2. Masukkan adunan meringue. Dalam 15 minit, turunkan suhu kepada 140'C. Masak selama 1 jam. Pavlova dimasak dengan api yang sederhana panas. Bila api terlalu panas, luarnya akan garing tapi dalam tak masak. Bila api tak cukup panas pun tak kena juga. Kang lama pulak nak masak. Takkan nak berkampung depan oven sampai 2 jam? 
  3. Masak sehingga warna meringue bertukar menjadi coklat muda. Bila dipegang terasa garing di luar dan lembut bahagian dalam. Tutup api. Biarkan pintu oven sedikit terbuka. Jangan keluarkan meringue terus dari oven. Tunggu sehingga sejuk.

Cara menghias :
  1. Pukul whipping cream dalam bekas sehingga kental. Satu petua nak mudahkan kerja. Masukkan bekas dalam peti ais bahagian beku selama 2-3 jam sebelum memukul whipping cream. 
  2. Bila whipping cream dah kental. Masukkan gula dan esen vanila. Ini pendapat sayalah kan. Whipping cream tu dah manis. Sekiranya nak kurangkan atau tak masukkan gula pun tak jadi masalah. 
  3. Masukkan whipped cream dalam plastik. Simpan dalam peti ais beku sekejap. Nanti bila nak deco baru keluarkan. 
  4. Bila rasa nak makan, baru picitkan whipped cream dan hias dengan buah-buahan yang siap dipotong. Kalau hias awal sangat nanti takut pavlova tu berderai.

OK..selamat mencuba ;-)

JJCM @ Kelantan ~ Maggie Ketam

assalamualaikum

sambungan dari cite JJCM @ Terengganu..bukan niat nak menujuk or sakitkan hati sape2 ,, wiyah just nak share nikmat dunia makanan di bumi Allah ni...

lepas ke Terengganu we all ke Kelantan la plak..sempat g mancing kat Tok Bali, Kelantan tapi tadak rezki sekor ikan pon tarak dapak haha..lepas mancing tu kawan wiyah bawak we all ke kedai megi ketam yang famous amos kat sana..lokasi kedai megi ketam ni di Cherang Ruku, Semerak Pasir Puteh Kelantan..kedainya tepi jalan jer! kalau tak silap..pak su nama kedai tu, owner kedai ni tak pasti either orang tempatan or orang thailand tapi yang pasti mmg sedap..ketam yang di gunakan adalah ketam nipah yang fresh still hidup lagi duk dalam akuarium dia, 1st time wiyah makan ketam nipah!...yang magicnya ketam ni color hitam tapi bila dah masak jadi color oren merah gitu ;-)..magic ke?? haha bagi wiyah magic la kot..kehkeh

kat kuantan belum ada lagi kedai megi ketam..tapi tak tau la kalau ada kot2 wiyah tak tau kan,, tapi kalau la wiyah tau ada kat kuantan..hurm tiap2 minggu la kot ada muka kat situselagi tak muak ;-)

tu dia..dihidangkan dalam mangkuk tanah claypot..panas berasap-asap..1st time makan megi ketam ni,, hari tu kawan wiyah duk tayang megi ketam ni kat fb..mmg menarik sangat! so since dah sampai sana..request nak merasa megi ketam di tunaikan!...kami di belanja makan megi ketamm...walllah mmg best la, harganya RM 13 per pot! ramai sangat org kat sini..lama jugak menunggu...wiyah just share 1 pot ni ngan hubby coz perut still kenyang makan kenduri petang tu..just nak rasa, alhamdulillah at least dapat rasa pon jadi la kan..bukan utk kenyang ;-)..tiba2 insaf part makan time tu hehe

rasa megi ketam ni macam ala2..megi sup tulang tapi tak tau la rencah apa yg dia gunakan coz rasanya sangat asli kuah original macam sup ayam tu..memang terbaikla! dalam claypot ada lebih kurang 2 1/2 ekor ketam kot..tak larat nak abiskan!

yang ni untuk wiyah..dah di bahagi 2 pon still banyak lagi,, alhamdulillah ini dikatakan rezeki Allah


rencah tambahan utk yang nak tambah pedas, manis, masin & masam..serbuk lada putih di import dari thailand! ada lada jeruk , sos cili & sos tomato! jarang dapat jumpa serbuk lada putih ni kalau kat tempat lain kan..tambah banyak2 mmg best tapi berpada2 takut terdsedak plak nanti kan... oke la ni jer,, next time kalau ada rezki & masa insyaAllah nak gi lagi sekali nak makan puas hati..hurm katanya kat dungun ada lg satu tempat megi ketam ni,, Bistro tapi tak pasti area mana, wiyah kena google dulu dis week balik dungun kalau sempat boleh g terjah kejap kan..k daaa ;-)








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...