assalamualaikum..w.b.t
hurm...hari ni cuaca tersangatla mendung macam gerhana matahari jer,,,macam musim tengkujuh sejuk pon ada jugak..berkabus tebal since dr pagi tadi,,mata pun jadi turut mendung & redup la...nak pegang pon pon malas...haih last2 wiyah teringat dengan serbuk kurma yang abg wiyah bagi 3 1 bulan yang lalu,,masih belum terusik ,,,hurm blom di share lagi,,so bila ada masa ni..wiyah try google & complete kan terus...
di sebabkan tak tau apa khasiat & kegunaannya maka ianya masih belom bersentuh...hari ni baru tergerak hati nak google & dapatkan info pasal ni untuk diri sendiri serta kawan2 yang sewaktu dengannya...;-)
sedikit info pasal sejarah & kegunaan bunga kurma ni
Serbuk bunga kurma 100% mirip dengan cairan sperma kaum lelaki ini diambil dari pucuk bunga kurma pilihan di kebun kurma Madinah. Pokok kurma mesti disenyawakaan oleh tangan manusia sahaja, sebab pokok kurma ini Allah s.w.t. jadikan dari lebihan tanah kejadian Nabi Adam a.s. Tabib Arab mengunakannya sebagai herba penambah hormon serta mengentalkan sperma. Juga dikatakan sesuai sebagai kaedah rawatan bagi memperolehi zuriat. Menjadi amalan pasangan di Tanah Arab di awal perkahwinan kerana serbuk bunga kurma dipercayai mampu mengatasi kemandulan bagi suami isteri.
ini lah rupa serbuk serbuk kurma...kotak berbahasa arab & english tanpa arahan cara penggunaannya,,dats y tak tau nak guna [alasan] ;-)
tak faham sepatah perkataan pon...apa yang dia tulis pon tak tau la... huhu! botol serbuk bunga kurma ni sebiji macam macam botol balm harimau [cuba bayangkan besar mana...kehkeh]
rupa/isi dalam serbuk bunga kurma...mcm susu tepung or horlicks je wiyah tengok....drp hasil google wiyah,,katanya serbuk ni ada bau...so far wiyah tak bau yang pelik2 lagi coz masih blom minum kan...nanti bila dah minum wiyah share la ap cite eh
KHASIAT SERBUK BUNGA KURMA
Serbuk bunga kurma dipercayai dapat mengatasi masalah berikut:
* Kemandulan bagi suami isteri
* Menambah hormon lelaki dan menambah jumlah serta mengentalkan [memekatkan] sperma laki-laki
* Menambah keharmonisan pasutri~ wiyah tak paham maksud ayat ni
* Menyuburkan rahim wanita [ tambahan info wiyah]
CARA MINUM SERBUK BUNGA KURMA
Diterangkan bahawa pengambilan serbuk bunga kurma ini seeloknya diminum dengan susu suam,di campur sedikit kedalamnya serbuk bunga kurma diminum pagi dan sebelum tidur.
Juga diminum suami isteri sebelum "bersama".
Yakin dan anggaplah ini sebagai salah satu usaha untuk memperolehi zuriat yang semua inginkan. Di samping kita sentiasa berdoa dan bertawakal kepada Allah S.W.T
ada juga yang sarankan makan dengan madu + 1/4 sudu kecil serbuk bunga kurma tu...
antara mereka-mereka yang telah berjaya mengandung dengan izin dariNya:
wiyah refer kat forum ratuhati.com link kat SINI
Mummy makan serbuk debunga kurma yang macam dalam blog ni. Alhamdulillah, serasi dengan Mummy. :)
Cara Mummy makan:
1. Ambil serbuk debunga kurma ni sikit (sekadar hujung sudu). Ni kes sayang la nih.... Nak dapat punya la susah, so amik sket-sket jek. Hehehe.....
2. Letak madu sket atasnya.
3. Telan je la.... Hihihi....
Baunya agak kurang menyenangkan. Betul, bau macam sperma. :P Tapi nak anak punya pasal, telan je la.... Serbuknya sangat halus! Kekadang termasuk dalam hidung! Hehehee...... Mummy makan serbuk ni setiap hari selama hampir 3-4 bulan (Ogos - November 2010). 1 Disember 2010, Alhamdulillah Mummy disahkan mengandung.
bila baca pengalaman orang yan minum ni berjaya mengandung..rasa macam excited nak minum plak,,insyaAllah mulai dari hari ni wiyah akan kuatkan semangat untuk cuba minum serbuk bunga kurma ni...
p/s : InsyaAllah..pada kawan2 yang masih mencari2 produk ni,,bleh kirim kat kawan2 or sedara mara yang nak g umrah bulan puasa ni ker...tak pon beli online kat link yang wiyah bg kat atas...semoga apa yang kita usahakan membuahkan hasil yang lumayan...Amin Amin Ya rabbal Alamin