To All My Friend, Lovely & Silent Readers

To All My Friend, Lovely & Silent Readers

Mohon maaf kiranya wiyah a.k.a Tuan Rumah tiada kunjungan balas/backlink /follow ke blog kalian, ini kerana disebabkan oleh ketiadaan link blog tuan/puan utk wiyah follow kalian. Jutaan maaf juga jika jarang ber'blogwalking' ke blog kalian (busy tahap cipan). In sha Allah jika ada kesempatan waktu wiyah akan ke singgah ke blog kalian..Peace No War!!

Followers

Imamku Hingga ke Hembusan Nafas yang Terakhir

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Lilypie Pregnancy tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Premature Baby tickers

Follow by Email

"Some Love Stories...Live Forever"

Monday, February 20, 2012

1st Red Velvet Cake

assalamualaikum wbt

update menu petang semalam, dah lama mengidam nak buat kek ni..alkisahnya bila classmate wiyah kat uthm bawak kek ni gelas...ya Allah sedapnya! terus jatuh cinta , mintak resepi ngan kawan tu dah dkt 4 bulan resepi ni duk terperap kat lappy..hurm baru semalam tergerak hati nak cuba since tak keluar rumah sehari suntuk..hari minggu duk umah mmg bukan kebiasaan wiyah..hehe

ok..jom wiyah share,, wiyah suka resepi ni coz menggunakan sukatan cawan tak payah nak timbang bagai..memudahkan kerja wiyah yg tak berapa pandai tang sukatan2 ni ...alhamdulillah menjadi 1st time try,,tapi part layer & topping tu sedikit comot..tak pandai la menggeletar tangan hehe..


Red Velvet cake
Bahan A
  • 2 1/2 cawan tepung kek
  • 2 sb serbuk koko
  • 1 sk garam
Bahan B (utk buat buttermilk)
  • 1 cawan susu segar/susus cair
  • 1 sk cuka/ perahan lemon
  • 2 sk pewarna merah
Bahan C
  • 1 1/2 cawan minyak/ butter
  • 1 1/2 cawan gula kastor (wiyah  guna 3/4 cawan jer)
  • 2 biji telur
  • 1sk esen vanila
Bahan D
  • 1 1/2 sk soda bikarbonat
  • 2 sk cuka

Bahan E (utk topping cream cheese)
  • 250gm cream cheese
  • 1/2cawan butter
  • 1 bj telur ( wiyah tak letak)
  • 1 sk esen
  • 1/4 cawan gula kastor



CARA-CARA:
  1. Ayakkan bahan A , gaul sebati dan ketepikan
  2. Campurkan bahan B susu dan cuka dalam satu bekas dan biarkan selama 10 minit atau sehingga nampak berketul2 baru masukkan pewarna merah.
  3. Campurkan bahan C & pukul hingga kembang
  4. Masukkan bahan A dan bahan B bergilir2 mengikut urutan A-B-A-B-A dan seterusnya sampai habis.
  5. Kacau dengan spatula hingga sebati.
  6. Satukan bahan D, apabila berlaku tindakbalas terus masukkan kedalam adunan dan kacau segera hingga sebati.
  7. Masukkan dalam bekas pembakar atau paper cup & sedia utk dibakar pada suhu 180C selama 45 minit.
  8. Untuk Topping pukul semua bahan hingga kembang & hiaskan ke atas kek apabila kek dah sejuk,
1st RV from wiyah....Jemput try semua nak ajak rasa dah habis ;-)


6 comments:

Aida nuriezma said...

wahhh...maveles cik yah.....feveret i jugak tu...aishh aida ni sume feveret ptt la makin besau bdn nih..huhu...i x try2 bt pn lg...asik mkn kakak ipar n anan bt je..hehe...

Wiyah said...

aih cepatnye br publish hehehe..tu la i pon peberet gak tapi xleh makan byk kan agak muak,,hehe tiba2 tergerak hati nak buat semlm sebab bosan xder apa nak wat..u cane dah check lom??

Kakzakie said...

Ramainya yg dah buat RV ini... kakak mampu tengok je... Kecur juga tapi tak terbuat lagi..

Wiyah said...

kak zakie jom try,,,sukatan guna cawan je, wiyah dulu pikir susah jugak tp bila dah try hurrm not bad..takde la kritikal sgt hehe..hasilnya mampu tersnyum lebar ;-)

mala said...

RV baru buat sekali untuk birthday anak.

http://alamroon.blogspot.com/2011/03/paula-deens-red-velvet-cakes.html

lepas tu tak baut-buat dah sebab malas nak buat toppign hehehe

Wiyah said...

wah2 nak tgk la RV mala..tol la malas nk wat topping kan ;-)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...