To All My Friend, Lovely & Silent Readers

To All My Friend, Lovely & Silent Readers

Mohon maaf kiranya wiyah a.k.a Tuan Rumah tiada kunjungan balas/backlink /follow ke blog kalian, ini kerana disebabkan oleh ketiadaan link blog tuan/puan utk wiyah follow kalian. Jutaan maaf juga jika jarang ber'blogwalking' ke blog kalian (busy tahap cipan). In sha Allah jika ada kesempatan waktu wiyah akan ke singgah ke blog kalian..Peace No War!!

Followers

Imamku Hingga ke Hembusan Nafas yang Terakhir

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Lilypie Pregnancy tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Premature Baby tickers
"Some Love Stories...Live Forever"
Showing posts with label SEAFOOD. Show all posts
Showing posts with label SEAFOOD. Show all posts

Thursday, September 5, 2013

Ikan Pari Bakar Berempah Air Asam Istimewa

Assalamualaikum wbt

* Haisssh susahnya nak menaip..anakanda sayang dah cabut huruf K kat lappy ni..nak marah sayang!! redho jer la huhu *

Ikan pari fresh dari Tok Bali

Sekejap jer masa berlalu..hari terakhir syawal 1434H, semoga tahun hadapan di panjangkan usia diberikan kesihatan tubuh badan utk kita bertemu semula di Ramadhan & Syawal akan datang inshaAllah.Ok hari ni, perlu kurangkan perkataan disebabkan susah nak menaip..byk huruf yg dah jammed, x perasan anakanda main lappy..nasib baik tak patah skrin..kalo tak meraung banjir la mommy jawabnya ;-(

Di bakar berlapikkan daun kunyit...aromanya aummmm! wangi semacam jer ;-)

Hari ni..wiyah nak share resepi yang biasa2 saja, tp nak share utk air asam nya yang wiyah br dapat penambahan ilmu dari buku Mingguan Wanita.Perkongsian ilmu..semoga mendapat manfaat darinya,.masih menggunakan bahan & kaedah yang sama, cuma sedikit penambahan bahan menjadikannya lagi istimewa..Ini Mr.husband yang cakap..dia sgt sukakan rasa yang baru pd air asam ni ...auwwww ;-D



Ikan Pari Bakar Berempah Bersama Air Asam Istimewa

Bahan-bahan : (hidangan utk 2 org)
  • 1/2 ekor ikan pari segar-  dibakar bersama rempah / di bakar perapan garam kunyit/ dipanggang tawar
Untuk Air Asam: (boleh simpan lebih dr 2minggu)
  • 2 biji tomato sedang *
  • 1 biji bawang besar *
  • 10 cili padi * di potong dadu/ di kisar
  • 2 sudu besar asam jawa extra+1sb sedikit air
  • 2sudu besar gula 
  • 1sk garam
  • jus limau kasturi/limau nipis - wiyah guna 2 biji
  • 1 inci belacan yang dibakar
  • 1/2 genggam daun kesum-dihiris halus
  • 1sb kerisik --> drp buku mingguan wanita ogos 1013
Cara penyediaan:
  • Campurkan semua bahan-bahan & gaul sehingga sebati. Rasa pedas,masam, manis & masinnya sesedap rasa. Kali ni...wiyah blend semua bahan, rasanya lebih sebati & halus.
Ternyata dgn penambahan 2 bahan baru menjadikan air asam ni lebih bangkit aromanya daridaun kesum & kerisik tadi..Simpan dlm peti ais & hidangkan semasa hendak makan, coz air asam ni lebih sedap jika di sediakan lebih awal bagi memberi rasa yang lebih sebati.
dihidangkan bersama sayur taugeh goreng kunyit...very simple but very nice!

p/s : Air asam ini boleh dihidangkan secara berasingan @ dicurahkan atas ikan..juga sesuai dimakan bersama daging bakar @ ayam bakar @ sotong bakar. Ok..selamat mencuba.

Monday, February 25, 2013

1st try..Mee Kari Berapi

Assalamualaikum wbt

terasa nak meng'kari ' jer tapi takde daun kari...pasu pokok kari yg bawak semasa dari kuantan, tak tau la terjatuh dari lori ke hape..sampai sini pokok kari tu takde & bunga yang lain semuanya tercabut..hangin btol la! tak best kalau nak masak kari tp xder daun kari ( itu wiyah la)..then otw balik umah kat tepi taman perlahan kan kereta ternampak pokok kari...so apa lagi kira wakaf la kan, hak kerajaan Malaysia sbb kat tepi jalan kanhaha, siap ambik anak pokok kari lagi tanam kat umah..tak salah kan, lagi pon pokok tu terbiar jer ;-D

cari2 resepi jumpa kat umah kak Rozi Salehin , thanks akak...sodap sgt resepi ni, sori yer wiyah ada alter2 cket mengikut apa yang ada kat umah kecik ni..hehe

my 1st Mee Curry..alhamdulillah menepati citarasi kami ;-)

alkisahnya teringat kat mee kari kakak wiyah..kalau kat umah tu tang kari2 ni dia mmg expert, sbb dia pandai buat so org lain pon ala2 malas la..nak2 wiyah kalo blik umah mak mmg tersgt la malasnya nak ke dapur..rasa nak makan yg org masak jer..

tapi bila duk berjauhan macam ni..terpaksalah rajin kan diri utk masak sendiri, walaupon nak buat tu punyala pikir macam2...susah la renyah la..tp bila dah start buat tu baru la terpikir sebenarnya antara nak dgn tak nak jer..rajin ngan tak rajin jer, semuanya bergantung pada diri sendiri ..paham kan??? hehe


Mee Kari Berapi
Sumber : Rozi Salehin , Olahan oleh: wiyah
Bahan kuah:

  • Santan secukupnya
  • isi ayam + udang segar + isi kerang + ketam segar
  • fish cake &fish ball
  • 5 biji bawang merah*
  • 4 ulas bawang putih *
  • 1cm lengkuas*
  • 1cm halia* dikisar/tumbuk bersama
  • 1tangkai daun kari
  • 1sb udang kering - ditumbuk
  • 4 sb rempah kari ayam/daging BABAS
  • 5sb cili giling  (pedas gila lada kering ni)
  • 1 biji kentang - direbus dan dilecek

Bahan-bahan sampingan: dicelur seketika
  • 1paket mee kuning
  •  sawi
  • taugeh
Cara Penyediaan:

  1. Panaskan sedikit minyak masak dalam periuk, masukkan daun kari & bahan yang bertanda * sehingga naik bau.
  2. Masukkan cili giling & rempah kari,. Masak sehingga naik bau dan pecah minyak. Masukkan  ayam, udang kering, udang segar, isi kerang, ketam segar sehingga separa masak. Masukkan santan. Kacau biar sekata dengan api sederhana tambahkan fish ball & fish cake .
  3. Masukkan kentak yang dilecek bagi memekatkan uah

Cadangan menghidang:

Masukkan mee diikuti kuah serta bahan yang lain. Letakkan sawi & taugeh diatasnya. Tambahkan telur rebus jika suka.

anyone?? ;-D

Monday, February 18, 2013

JJCM @ Mail Ikan Bakar, Tanjung Lumpur

Assalamualaikum wbt

Cerita dah basi..tahun lepas punya cite tapi nak share gak,
ini cite jjcm 2 hari sebelum bersalin..kira last request la kat en.suami..erk ye ke? uhaha..tgh mlm ni br sempat nak update, br perasan ada entry yg blom publish..,ni kedai ikan bakar favourite wiyah & suami..citarasa rempah/rencah ikan bakar dia sgt memikat jiwa hihi..kalau ke tanjung lumpur mmg ni la kedai yang kami terjah! tak kira walaupun org ramaikereta bersusun takde parking..sanggup tunggu turn utk dpt kan parking & meja..hehe

sangat mudah utk cari lokasi kedai ni..berhadapan kedai ana ikan bakar petai jalan menuju ke tanjung lumpur, lokasinya betul2 tepi jalan besar

setiap malam full house..apatah lagi mlm minggu macam ni la ramainya umat manusia kat kedai ni

harga ikan pon not bad..yg penting fresh! masih berbaloi dgn rasanya yg istimewa!

antara menu yg kami order..permintaan sebelum berpantang nanti, en.suami bg green light suka hati nak order apa..credit to en.suami, layan wiyah makan sampai berpeluh2 kat situ hihi

ketam bunga masak merah..pedas berasap telinga ooo!

ikan pari bakar..wiyah nak siakap tp besar sgt confirm tak abis..

perfect combination..ikan pari bakar + air asam + rempah ikn bakar extra

tengok tu penuh meja..berpeluh nak abiskan semuanya! apa pun janji puas hati..

tahun 2013 kita jelajah restoran kat klate la plak..itu pon kena tggu wafiey dah besar cket dalam 6 bulan, barulah boleh jalan2 malam ;-)

Tuesday, November 13, 2012

Ikan Kembung Bakar Bersama Air Asam Tomato

Assalamualaikum wbt

Happy Diwali..mood berhari raya sambil makan maruku & kueh raya yang office mate en.suami bagi..sbb teringin nak makan maruku original dr kaum india..maka dapat 2 jenis maruku & 1 jenis kueh raya..syukur dah tak telan liur mengenangkan maruku..ekeke

erm hari ni..hujan dari pagi, mood bakar membakar datang since hujan mula turun! lps breakfast terus pergi cari barang basah..hurm nampak ikan kembung segar! makan menu hari ni..mestilah ikan kembung & kembung lagi..hihi , kali  ni just bakar dicicah bersama air asam bersama ulam salad..di antara favorite menu wiyah & suami! sudah cukup nikmat sampai tidur kekenyangan kul 5petang ;-)

just C&P respi dr entry lama kat SINI & SINI


Ikan Kembung Bakar & Air Asam Tomato 
Sumber : Dapur kecil wiyah

Bahan-bahan utama: (hidangan utk 2 org)
  • 2 ekor ikan kembung- diperap bersama garam & kunyit seketika & dibakar
  • 2 biji tomato sedang *
  • 1 biji bawang besar *
  • 10 cili padi * di potong dadu/ di kisar
  • 2 sudu besar asam jawa extra
  • 2sudu besar gula 
  • 1sk garam
  • jus limau kasturi/limau nipis - wiyah guna 2 biji
  • 1 inci belacan yang dibakar
  • 1sb sedikit air
Cara penyediaan:
  1. Campurkan semua bahan-bahan & gaul sehingga sebati. Rasa pedas,masam, manis & masinnya sesedap rasa.
  2. Simpan dlm peti ais & hidangkan semasa hendak makan, coz air asam ni lebih sedap jika di sediakan lebih awal bagi memberi rasa yang lebih sebati.
p/s : Air asam ini boleh dihidangkan secara berasingan @ dicurahkan atas ikan..juga sesuai dimakan bersama daging bakar @ ayam bakar @ sotong bakar

ikan yang selamat dibakar bersama garam & kunyit

Jemput makan semua ;-)

Sekian..wassalam, selamat bercuti panjang, esok kerja lusa cuti tulat kerja & cuti lag..pejam celik wiyah dah warded..huhu takutnya

Thursday, September 27, 2012

Musim sotong sudah tiba..Mari kita bikin ketupat!

Assalamualaikum wbt

yeay..musim sotong sudah tiba! sotong segar2 murah2..just RM10/kg! tiap kali pergi beli barang basah mesti nak beli sotong..WAJIB BELI! antara favourite menu yg wiyah & suami ..inilah dia KETUPAT SOTONG..kadang versi terengganu (color putih) & kadang tu versi kelantan (color sedikit pink/merah)..mengikut mood selera wiyah ;-)

slalunya wiyah buat utk menu minum petang..makan sama2 tggu en.suami blik kerja..mmg ber'ekor2' la en.suami makan..suka wiyah tengok & bila tgk suami suka dgn cara masakan wiyah..maka lagi la wiyah suka menerai itu & ini..en.suami adalah pengkritik utama masakan wiyah ;-)

wiyah buat 10 ekor..hambik makan petang + malam sekali, kenyang bersandar ;-)

KETUPAT SOTONG VERSI KLATE

Bahan utama:
  • Sotong 1kg 
  • Lidi pencungkil gigi (utk tutup perut sotong)
  • 2 cawan beras pulut (direndam selama 1/2jam)
  • 1/2 kg santan 
  • 2 ulas bawang merah, sedikit halia (dihiris memanjang)
  • 1 ketul gula melaka/menisan (gula merah)
  • Secubit garam
p/s: ada juga sesetengah org yg masak pulut dulu, kemudian dimasukkan ke dalam perut sotong..tp bg wiyah lebih suka beras pulut dimasak bersama sotong coz bau nya jd lebih wangi bila bercampur santan ;-)

Cara Penyediaan:
  1. Sotong & beras pulut dibersihkan.
  2. Masukkan beras pulut ke dalam  1/3 perut sotong, jangan masukkan terlalu banyak coz takut perutnya pecah nanti ;-)
  3. Masukkan kepala ke dalam perut & pin kan menggunakan lidi tadi dgn kemas. Buat sehinnga habis.
  4. Susun sotong yang telah siap tadi kedalam periuk, masukkan santan dan bahan2 yang lain.
  5. Masak dengan api perlahan & dikacau selalu sehingga sotong masak serta kuahnya menjadi agak pekat. Sedia utk dihidangkan.
ada lebihan beras pulut so wiyah masukkan jer dalam kuah tu..bukan sebab perutnya pecah yer ;-)..ok..selamat mencuba

Monday, August 27, 2012

Pernah Makan Mee Lidi Goreng????

Assalamualaikum wbt

Pernah makan mee lidi tak?? pernah tengok mee lidi tak?? may be ada yang tak pernah koz...meh nak cite ckit pengalaman masa wiyah duk Besut dulu ( ni kes mengidam)..last2 blik kuantan beli banyak2,, kat besut mr.husband pergicari kat merata kedai mmg takde jual..siap makcik tu jawab seumur hidup makcik tak pernah dgr lagi mee lidi..apatah lagi makan mee lidi! then tanya lagi rupanya macam mana..mr.husband pon xreti nak cite, almaklumla tahu makan jer..huhu...ingat nak masak utk makcik kedai tu tp xsempat coz mr.husband kena transfer kerja plak..hurm tak merasa la makcik tu! agak2nya apa yang makcik tu bayangkan ek..maybe lidi penyapu tu kot digoreng,,, huahaha

Jom try..bleh jadikan menu sampingan utk tetamu yg datang bertandang musim raya ni ;-)

memperkenalkan inilah..Mee Lidi Goreng!!

Meh wiyah tunjuk ..maybe ada yang 1st time dengar perkataan @ makanan " Mee Lidi" ni..actually Mee lidi ni rupa dia ala2 spagethi macam tu..tapi sedikit lembut dr spagethi la, since wiyah di haramkan dr makan mee kuning oleh doktor kecuali dr anak2 beranak spagethi,, bunyi agak mengada kan!! ...so wiyah dah beli stok Mee Lidi ni banyak2 kat sbg alternatif bila wiyah teringin nak makan mee goreng..Harga Mee Lidi ni..kalau tak silap wiyah  RM1.20 sebungkus..


Mee Lidi Goreng Seafood

Bahan-bahan:
  • 1 bungkus Mee Lidi (direbus sama cara mcam spagethi)
  • Sedikit ayam,sotong & udang
  • 2ulas bawang putih & 3 ulas bawang merah (ditumbuk)
  • 3sb pes cili kering
  • 2sb kicap pekat
  • Sedikit sayur- wiyah letak carrot, kobis & baby corn

Cara Menyediakannya:

  1. Mee lidi direbus bersama sedikit minyak bagi mengelakkannya melekat antara satu sama lain. Basuh & toskan.
  2. Tumiskan bawang yang ditumbuk sehingga wangi, masukkan pes cili kering hingga naik minyak.
  3. Masukkan ayam, udang & sotong, masak seketika. Masukkan kicap pekat & bahan perasa SESEDAP RASA.
  4. Kemudian masukkan Mee Lidi yang telah ditoskan tadi bersama sayuran lain. Gaul sebati & boleh tambahkan sedikit air sekiranya agak terlalu kering.
  5. Siap utk dihidangkan bersama cili jeruk & keropok keping (versi org timur makan mee @ nasi goreng wajib kena da keropok keping)
Mee Lidi ni..lagi sedap kalau dimakan masa panas2 ditambah dengan cili jeruk..memang menambah2!  (itu wiyah & husband la),  bila dah sejuk dia akan sedikit mengembang & may be akan jadi sedikit muak bila makan..or goreng masa naka makan! senang siap terus makan..hehe

Friday, July 13, 2012

Ketam Labuan Masak Phat Phet

assalamualaikum wbt

haih dah lama tak share resepi kat sini sampai lupa dah cara penulisan wiyah..hehe. Hurm rasanya dah lama sgt wiyah tak share resepi kan..almakllumla wiyah pon jarang ke dapur skang ni apatah lagi nak masak..tak berselera dgn masakan sendiri. Wiyah lebih suka beli bahan mentah & bawak balik umah mak , biar mak yang masakkan..wiyah just prepare bahan mentah, pastu makan ramai2..bertambah selera rasanya.

baru2 ni b4 ke sabah..wiyah dah pasang angan2 nak makan ketam fresh kat Labuan coz duk terliur adik wiyah duk tayang lauk ketam jer slalu..teringin nak rasa ketam sana. Hurrrrm bila pergi pasar terjumpa & terus beli, sangat2 murah ketam kat sana. Rm18/kg dah la fresh pastu besar2 plak tu, wiyah ambik 5ekor ngam2 jer 1kg...alhamdulillah rezeki nak makan ketam kat Labuan tercapai dimakbulkan & mak wiyah suruh masak sendiri nak makan style mana coz mak tau wiyah ni cerewet cket..so wiyah masak aje la mengikit bahan yg ada.

actually..bagi seafood ni lebih sedap dimasak dgn cara yg simple bagi mengekalkan kesegaran & keaslian rasa seafood tu sendiri ..utk itu wiyah try masak phat phet, selalunya wiyah gunakan ayam or ikan utk masak thailand style ni.

KETAM PHAT PHET


Ketam Phat Phet
Bahan-bahan :
  • 1kg ketam (dibersihkan, peram garam kunyit & goreng seketika)
  • 3biji cili besar, 10biji cili padi *
  • 3ulas bawang putih, 1 biji bawang besar * [kisar bersama]
  • 2batang serai (dititik)
  • 3helai daun limau purut (wiyah xletak sbb xder stok)
  • 1batang carrot 

Cara Penyediaan:
  1. Goreng ketam yang telah diperap bersama garam kunyit sehingga kemerahan. Angkat & ketepikan.
  2. Asingkan sedikit minyak lebihan goreng ketam tadi & tumiskan bahan2 kisar sehingga naik bau. Masukkan serai & daun limau purut.
  3. Masukkan ketam, carrot & perasakan SESEDAP RASA. Gaul ketam bersama kuah sehingga rata. Sekiranya agak kering boleh tambahkan sedikit air.
  4. Siap & boleh dihidangkan bersama nasi panas.


Mood memasak dah kembali normal & insyaAllah bila dapur dah berasap maka blog ni juga akan ada entry..byk entry yg nak tulis tp kena tggu btol2 stabil dulu kepala ni haha..ok daaa

Friday, March 16, 2012

Mee Rebus Udang Galah Sungai Dungun

assalamualaikum wbt

baru2 ni balik umah mertua kat dungun..bila tau jer we all nak balik sana,, adik ipar wiyah g mancing udang galah coz katanya k.long & a.long tak rasa lagi udang galah musim ni! alhamdulillah dapat gak merasa..ada satu petang tu mr.hubby beriya2 ngan ayah nya nak g mancing udang galah sebab geram tgk adik nya dapat udang besar2..punya la bersemangat lepas asar terus turun bawak enjin bot bagai..last2 tak sampai 1/2 jam call kata dah nak balik..air pasang besar sebab ujan lebat sepanjang hari kot...huhu meroyan mr.hubby nak g mancing! kalo ngan wiyah mmg wiyah tak izinkan coz wiyah takut jadi apa2..tak boleh mmg wiyah pikir yang bukan2 nanti hehe..

mampu ambik gambar macam ni jer..malu nak ambik lebih2 haha

rezeki kami..dapat udang galah sepit biru besar2 12 ekor or lebih kurang 2 kilo macam tu! kalau kat pasaran yang saiz macam tu wiyah survey harganya dalam RM60/ kg...huh mak ai! biras wiyah simpan dalam peti tunggu sampai kami balik..nak tggu masak & makan sama2. ..ermmm mmg puas hati dapat makan udang galah ni tapi pikcer a bit kureng coz malu ngan pak mertua nak amik gambar lebih2 kan ..hihi,, apa yang ada wiyah share kat sini & resepi mee rebus terengganu dari biras wiyah yang bleh tahan gak cara masakannya..boleh menambah2 lagi ;-D

Mee Rebus Udang Galah Sungai Dungun


Mee Rebus Udang Galah Sungai Dungun
Sumber resepi : Biras wiyah anak jati Terengganu ;-)

Bahan-bahan: (sukatan agak2 jer yer)
  • 2kg Udang galah
  • 2 paket mee kuning @ mihun @ kue teow
  • sedikit sawi ,sebatang carrot, 2 biji tomato, baby corn & boleh tambah sayuran lain jika suka
  • 3 biji telur
  • daun sup & daun bawang, bawang goreng & asam limau utk nak tambah sedap kaww kaww lagi ;-)
Bahan tumis :
  • 1 bungkus kecil rempah 3 sekawan (bunga lawang, cengkih, kulit kayu manis)
  • 2 pek sup bunjut (wiyah guna ADABI)
  • 5 ulas bawang putih *
  • sedikit halia *
  • 2 sb lada hitam * (di tumbuk bersama)
  • sedikit minyak untuk menumis
  • Air (ikut suka nak kuah banyak mana)

 Cara Penyediaan:

  1. Panaskan minyak & masukkan rempah kasar 3 sekawan seketika. Kemudian masukkan bahan tumbuk dan tumis sehingga wangi & garing.
  2. Kemudian masukkan air utk kuah & masukkan sup bunjut. Biarkan mereneh & menggelegak seketika & masukkan udang galah dan sayuran lain. Dalam masa yang sama boleh pecahkan telur kedalam kuah 
  3. Perasakan masin & manis. Masukkan tomato & taburkan daun sup serta daun bawang.
  4. Siap boleh dihiudangkan bersama mee. Cara hidangan : Letakkan mee dalam mangkuk kemudian masukkan kuah & taburkan bersama bawang goreng & perahan asam limau.
p/s : kalau famili mertua wiyah..akan makan mee rebus ni bersama dengan sos cili & kicap cili padi potong. apapun bergantung kepada kegemaran masing2. Bagi wiyah lagi pedas lagi best..sampai berpeluh2 berair mata hehe

sempat jemput 2 jiran sebelah umah..rasa la sikirt sorang kan,, nak ajak u all alahai dah tak de la sori hehe...k daaaa..ok tengah kukus kek coklat moist lagi,,, malam ni ada makan2 kat umah mak...wahhh tak sabar nak makan nasi dagang kelantan malam ni..nyum2 ;-D

Friday, November 11, 2011

Paprik Campur 111111

assalamualikum...wbt

hehe title tak menahan nak gak 111111 tu..ngehngeh

salam hari jumaat yang mulia...penghulu segala hari disamping salam permulaan nombor..SATU permulaan segala-galanya...111111 sungguh cantik date hari ni,,mungkin tarikh ni yang satu-satunya wujud kat dunia ni dalam seusia kita sekarang..kepada yang menyambut hari jadi & kepada yang melangsungkan perkahwinan & tak lupa juga pada yang menyambut kelahiran bayi hari ni...wiyah ucapkan tahniah & semoga hidup kalian semua di indahi  serta dipenuhi dengan keberkatan,rahmat, kebahagian, syukuri setiap 1 nikmat yang diberi dengan sebaiknya...

oklah sempena 111111 ni wiyah pon nak mulakan segalanya yang baru, penambahbaikan dalam kehidupan sebagai seorang  ISTERI dalam sebuah rumahtangga yang dah berusia 4tahun ++ without baby ;-( ,,segalanya wiyah nak ubah ke arah kebaikan,,insyaAllah secara perlahan-lahan semoga dalam redhoNya..amin

Paprik Campur 111111 

paprik campur 111111 ni wiyah jadikan sebagai titik permulaan...1 step move ;-D

wiyah pernah masak Paprik Ayam + Sotong sebelum ni,,rasanya lebih kurang jer kot

Bahan yang diperlukan:
  • sedikit isi ayam [potong ikut suka kecik or besar]
  • sedikit udang
  • sedikit sotong
  • 2 ulas bawang putih [diketuk] + 1 biji bawang besar [di mayang] +
  • 10biji cili padi [diketuk/tumbuk ~ ikut suka tahap kepedasan]
  • 2batang serai [dititik] + 3helai daun lipau purut [koyak jer]
  • 3sb pes cili kering + 2sb sos ikan
  • baby corn + carrot
  • sedikit air perahan asam limau 
  • daun bawang + daun sup [utk hiasan]

wiyah tambah sedikit kicap pekat sebab mr.hubby lagi suka kalau ditambahhkan dengan kicap dlm apa2 masakan pon..

Cara menyediakannya:
  1. panaskan sedikit minyak & tumiskan bawang putih , cili padi serta bawang besar sampai wangi
  2. masukkan pes cili kering , serai & daun limau purut
  3. masukkan ayam [ masak dalam 3min], baru masukkan udang & sotong
  4. masukkan sos ikan, perahan air asam limau , carrot & baby corn
  5. perasakan dengan gula & garam SESEDAP RASA
  6. siap untuk dihidangkan

p/s : lauk paprik ni lagi sedap dimakan bersma2 dengan telur dadar & sambal belacan  + ulama seperti timun batang  or kacang botor or salad ;-)

Jemput makan semua

OK...SELAMAT MENJAMU SELERA (pssstt makan apa lunch hari ni?) & SELAMAT MENCUBA


Friday, November 4, 2011

Salam Aidiladha & Ketam Masak Tom Yam

assalamualimkum...wbt

hai & salam aidiladha buat semua blogger & reader..berkorban kah anda tahun ni??? hurm..kat sini wiyah nak ambil kesempatan utk ucapkan selamat berwukuf  pada semua jemaah haji Malaysia..semoga dipermudahkan segala urusan merka...amin

hurm sambil2 tgk Anugerah Skrin yang tak berapa nak best langsung tu, wiyah nak update satu resepi la boleh ke??? haha..skarang kan musim ombak bergelora so ikan agak berkurangan tp seafood still ada lagi,,so wiyah prefer beli ketam tadi coz nampak sangat fresh & besar...so apa kata kita check bahan apa yang perlu untuk masak lauk ni ;-)

Ketam Masak Tom Yam


wiyah just beli 3 ekor je tadi...RM18 per kg,,so wiyah beli tiga ekor harganya RM10! hurm murahkan..kalo makan kat luar tu berapa puluhan agaknya yer,,hehe tiba2 nak berkira plak! slalunya makan takde teringat pon tang situ yer...

Ketam Masak Tom Yam

bahan2 yang di perlukan:
  • ketam [ bersihkan & potong 2]
  • 2 ulas bawaang putih + 5biji cili padi + 2 batang serai [ diketuk]
  • 3sb paste tom yam
  • sedikit air
  • carrot + corny flower
  • daun limau purut + air asam limau

cara penyediaan :
  1. panaskan sedikit minyak & tumis bahan yang diketuk
  2. masukkan paste tom yam + ketak 
  3. tutup kuali & masak gunakan api sedang,,[ ~ dlm 5min jer jgn masak lama sgt nanti x sedap]
  4. masukkan carrot + corny flower + daun limau purut + air asam limau
  5. perasakan masakan SESEDAP RASA

wiyah suka lagi pedas lagi la menyengat & lagila banyak tambah nasi wakaka

actually bagi wiyah ..ketam adalah sejenis seafood yang mudah untuk disediakan dari segi cara basuh & just perlu potong 2 nak compare ngan udang & sotong coz banyak ekor,.,.kalau ketam kan 3 ekor jer! hehe tapi nak makannya tersgt la byk masalah...perlu banyak kesabaran serta masa yang panjang utk lunch or dinner kan ...u all camana ada tak tips utk bagi mudah makan ketam???

mr.hubby suka masakan yang sedikit berkuah..so wiyah lebihkan kuah walaupon wiyah kurang suka kuah2 yang banyak ni..apa saja untukmu!

wiyah pernah masak lauk berasaskan ketam macam ketam masak cili padi  & tom yam ketam ,, tak tau la knp suka sangat mkn ketam...kalo pergi ke kedai seafood pon ni menu utama yang wiyah akan pilih..hurm nyumnyum


akhir kata..Salam aidiladha buat semua & kalau makan daging tu sila2 kan beringat bagi yang berpenyakit kencing manis, darah tinggi, jantung, gaut, migrain & lain lagi la..nanti bertambah parah plak,,wiyah remind utk diri sendiri juga coz hari selasa ada appointment hospital lagi..tak habis2 huhu

k daaa... hati2 drive pulang ke kampung halaman, wiyah akan balik ke kampung suami di dungun esok petang..mudah-mudahan selamat sampai ke destinasi yang ditujui amin..

Wednesday, November 2, 2011

Wordless wednesday???

assalamualaikum..

1st time WW..hehe,,just jamu utk breakfast hari ni! siap2 nak g kelas kul 8.00 jap lagi..harap2 tak berair mat a duk dlm kelas..haishhh tak jd WW la mcm ni kan..;-D






erkkkkkk.....ok dah kenyang! u all kenyang tak? hehhehe

Sunday, August 21, 2011

Ketam Cili Padi~ Iftar ke-20

assalamualaikum..wbt

ahi semua...salam berhujung minggu,,salam ramadhan ke 21,,,kita dah masuk ke fasa terakhir iaitu 10 ramadhan terakhir,,malam2 ganjil yang dijanjikan malam lailatul qadar...alhamdulillah wiyah & suami menjalaninya sekadar yang termampu..

hurm..hari ni wiyah nak share menu ketam cili padi...ketam daripada abang wiyah yang sentiasa murah rezeki,,setiap hari ada jer orang yang datang hantarkan lauk..macam2 ketam, sotong, udang & ikan yang bermacam2 ikan yang tersgt lah fresh...so wiyah just ambik ketam 2 ekor,,xtau nak masak apa last2 masak cili padi...oke jom wiyah share resepi nye..

Ketam masak cili padi ala2 wiyah style...;-)

bahan2 utama :

- 2 ekor ketam [bersihkan & perap ngan garam +kunyit]
- 1 biji bawang besar + 2 ulas bawang putih + 1inci halia + 2biji cili merah + 5biji cili padi [ blender semua bahan-bahan sampai lumat]
- sedikit sos cili

cara masak:

mula2 goreng ketam yang dah diperap tadi sekejap jer...agak2 masak macam ni

t
ketam yang diperap garam & kunyit ...siap digoreng

then....tumiskan bahan2 yang diblender lumat tadi sampai wangi or garing...masukkan bahan tambahan SESEDAP RASA & siap utk dihidangkan dgn nasi panas

p/s : kalau makan seafood tak bes makan dgn banyak2 lauk ...coz masa utk menikmati tu agak lama,,so wiyah masakkan 1 lauk jer utk iftar ke-20 a.k.a MALAS heehe

oke..jemput menjamu selera,,,jemput makan!! ;-) 


Thursday, July 28, 2011

Tom Yam Ketam

assalamualaikum...wbt

hurm,,,,sgt penat hari ni..sampai merah2 muka kepabnasan kat lab! huhu..apa2 pun stil enjoy ngan proffesion skang ni..tiap2 hari adalah sgt seronok,,hak hak over ko wiyah!!

n3 tertunggak & n3 b4 tggu maghrib actually..tgk tv sambil on9 & makan eggless kek batik coklat yang buat petang semalam...insyaAllah nanti wiyah spare resepinya yer...saje je nak masukkkan n3 ni,,just nak update hahaha,,ketam masak tom yam yang wiyah masak last sunday,,nak dekat 1mggu br nak update..dah bau masam pon! ;-)


actually dah banyak minggu wiyah cari ketam tapi asyik takder je..yang ada pon x fresh so of course la reject kan!! last2 hr ahad lps dah siap beli barang basah semua..terjumpa la plak ketam neh,,akibatnya peti jadi penuh ngan barang basah & terpaksa kena masak terus utk lunch time tu jugak....nak tak nak masak la jugak ,,plan asal nak masak lain tp jadi lain la plak...

tom yam ni masam mcm biasa jer...just bahan utama jer wiyah tukar,,,mesti korang sume dah tau kan!! heheh...segan plak wiyah nak tulis kat sini!

style wiyah wat tom yam bleh refer kat SINI

just wat n3 ni utk share idea...selain drp ayam,udang  & sotong ketam jugak sedap utk buat tom yam tau!! wiyah pon pernah buat tom yam ikan siakap...serius mmg sedap! tp kena lebihkan serai & masam coz tak nak bg hanyir sangat ...itu jer heheh

Jom...selamat menjamu selera!..kalo bulan puasa..tgk apa pun sure terliur nya kan...hurm kalo bln puasa tom yam antara menu favorite coz nak bg selera..masam2 kan!! yummmy ;-) 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...