To All My Friend, Lovely & Silent Readers

To All My Friend, Lovely & Silent Readers

Mohon maaf kiranya wiyah a.k.a Tuan Rumah tiada kunjungan balas/backlink /follow ke blog kalian, ini kerana disebabkan oleh ketiadaan link blog tuan/puan utk wiyah follow kalian. Jutaan maaf juga jika jarang ber'blogwalking' ke blog kalian (busy tahap cipan). In sha Allah jika ada kesempatan waktu wiyah akan ke singgah ke blog kalian..Peace No War!!

Followers

Imamku Hingga ke Hembusan Nafas yang Terakhir

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Lilypie Pregnancy tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Premature Baby tickers
"Some Love Stories...Live Forever"

Friday, February 17, 2012

Nasi Goreng Ikan..alfatihah kpd arwah tokwan

assalamualaikum..wbt 

Menu nasi goreng ikan ni adalah menu warisan berzaman..ahaks! pandai2 jer wiyah ni,,hehe actually resepi ni di perkenalkan oleh arwah tokwan wiyah (emak kepada ayah wiyah) yang kembali ke rahmatullah masa wiyah sekolah rendah lagi. Al-fatihan buat arwah tokwan. Tiap kali hari minggu pagi-pagi mesti wiyah akan g ngendap kat umah tokwan (umahnya selang sebuah jer dr umah wiyah ..haha)..org pahang kata nak g ngecek kueh & nak main api & nak main air telaga.. arwah tokwan wiyah masak gunakan kayu api serta guna air telaga utk kegunaan harian..berebut ngan adik2 nak timba air telaga hehe,,thats y masakannya sgt sedap. Wiyah plak ambik peluang nak nyalakan api dapur...antara masakan/lauk yang paling wiyah ingat Nasi goreng Ikan & sayur lemak putih makan bersama ngan ikan goreng & sambal belacan...mmg sedap sesangat la ;-)....skang bila terasa nak makan kena la masak sendiri..step betul ke tak wiyah tak pasti sbb masa tu kecik lagi tak paham bab masak2 ni kan,,untuk itu wiyah share utk kawan2 & anak2 wiyah utk generasi seterusnya ..dengan cara wiyah tersendiri..main agak2 standard step utk masak nasi goreng kan 


Nasi Goreng Ikan

Bahan-bahan:
  • 1 mangkuk nasi sejuk
  • 1 ekor ikan goreng (wiyah guna ikan kembung goreng). Di asingkan tulang & di hancurkan isinya.
  • 2 ulas bawang putih + 3 ulas bawang merah + cili padi (ditumbuk kasar bersama)
  • 3sb minyak bekas goreng ikan sbb lagi terasa aroma ikan goreng kalau dibandingkan guna minyak masak yang baru.
Cara Penyediaan:
  1. Panaskan minyak lebihan goreng ikan tadi & tumis bahan yang telah ditumbuk kasar sehingga garing serta wangi. Memang   berbau wangi sangat yer ;-)
  2. Kemudian masukkan nasi & gaulkan sehingga sebati. Masukkan ikan goreng yang dah dihancurkan, kacau rata.
  3. Jika suka boleh tambahkan sayuran seperti carrot & kubis, wiyah tak letak sayur sebab wiyah nak makan bersama ngan salad fresh. Bagi wiyah tak perku masukkan garam sebab ikan goreng dah di perap dgn garam kunyit.
  4. Angkat & sedia utk dihidangkan.
p/s : Rasa nasi goreng ikan ni sangat asli sebab tiada tambahan kicap, cili boh & bahan2 yang lain. Hanya bawang & ikan goreng sera warna nasi adalah dari warna minyak bekas gereng ikan yang agak kekuningan. Mak wiyah slalu buat nasi goreng macam ni bila ada ikan goreng yang tak habis ..so tak mmembazirkan ;-)


Jemput Makan
Selamat Mencuba ;-)

2 comments:

mala said...

al-fatihah ...

http://alamroon.blogspot.com/2012/02/kerabu-keladi-bunting.html

Wiyah said...

wiyah amin kan yer ;-)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...