To All My Friend, Lovely & Silent Readers

To All My Friend, Lovely & Silent Readers

Mohon maaf kiranya wiyah a.k.a Tuan Rumah tiada kunjungan balas/backlink /follow ke blog kalian, ini kerana disebabkan oleh ketiadaan link blog tuan/puan utk wiyah follow kalian. Jutaan maaf juga jika jarang ber'blogwalking' ke blog kalian (busy tahap cipan). In sha Allah jika ada kesempatan waktu wiyah akan ke singgah ke blog kalian..Peace No War!!

Followers

Imamku Hingga ke Hembusan Nafas yang Terakhir

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Lilypie Pregnancy tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Premature Baby tickers
"Some Love Stories...Live Forever"

Monday, February 13, 2012

Kek Carrot Heavenly Simple dari CMG

assalamualaikum...wbt

hai..apa khabar semua?? dah lunch..wiyah tgh pikir nak masak apa utk buka puasa hr ni,, yg ni duk meroyan tgk menu2 makanan..last2 teringat kat kek carrot yg tak seberapa wiyah buat last week,,1st time wiyah buat kek carrot ni! walaupon rupanya tak cantik tapi rasanya sgt la sedap..1/2 biji kek tu en.suami boleh habiskan! uitss terkejut gak wiyah..wiyah tanya abang lapar ker?? en.suami jawab takla..ntah la tp rasa sedap la kek ni rasa lemak2 carrot + kacang kuali & kurang manis ..abang suka!...wah lps ni bleh la wat lagi since ada org suka makan kan..hehe

ok resepi kek carrot ni wiyah intai2 kat blog dapur sempadan umah CMG terliur tgk kek nya yg amatlah gebu..hurrrmm since carrot pon still berbaki dalam peti ais & jenguk2 apa bahan lain yang ada,,so bleh la kot teruskan niat nak wat kek carrot ni..dah lama mengidam hihu..

Kek Carrot Heavenly
(mohon share C&P resepi kat sini yer)

texture cake yang agak lembab..plus rasa lemak2 topping kacang badam & biji kuaci , biji labu dalam cake,,suka sangat rasa carrot yang fresh ni ;-)

Jom kita tengok resepinya ;-)

BAHAN-BAHANNYA 
  • 1 cawan tepung gandum*
  • 1 camca teh baking powder*
  • 1/2 camca teh soda bicarbonate*
  • 1/2 camca teh garam halus*
  • 1 1/4 camca teh serbuk kulit kayu manis*(*disatukan dan diayak)- wiyah x letak
  • 2 biji telur gred "A"
  • 3/4 cawan minyak jagung
  • 3/4 cawan gula halus (resipi asal guna 1 cawan)-wiyah gantikan dgn 1/2 cawan gula perang 
  • 1 1/4 cawan parutan lobak merah, perah sedikit airnya
  • 1/2 cawan nenas dalam tin, toskan dan cincang kasar- wiyah tak letak
  • 1/2 cawan kelapa kering-wiyah x letak
  • 1/2 cawan kacang walnut, cincang-wiyah guna biji kuaci, biji labu putih & badam

BAHAN CREAM CHEESE TOPING (wiyah tak buat ni,,just taburkan hirisan kacang badam sbg topping kek)
  • 100 g mentega
  • 125 g cream cheese
  • 1 camca teh esen vanilla
  • 1 1/2 camca besar gula aising, diayak


CARA MEMBUATNYA 
  1. Panaskan oven pada suhu 180C, lenser tin berukuran 7 inci x 7 inci x 3 inci dengan sedikit minyak, alas dasar tin dengan kertas minyak. Ketepikan.
  2. Dalam satu bekas, masukkan telur, minyak jagung dan gula, kacau dengan whisk hingga rata, sebati dan gula hancur (kurang lebih 5 minit). Masukkan bahan2 diayak tadi dan gaul perlahan hingga sebati.
  3. Masukkan nenas, lobak merah parut, kelapa kering dan walnut tadi. Gaul rata menggunakan spatula hingga mesra. Tuang dalam tin dan bakar selama 50 minit - 1 jam atau hingga masak.
  4. Sejukkan kek atas jaringan sebelum disapu dengan cream cheese tadi. Simpan kek dalam peti sejuk jika tidah habis dimakan
  5. UNTUK CREAM CHEESE :- Putar cream cheese dan mentega hingga sebati, masukkan gula aising dan esen vanilla, terus memutar hingga gebu dan halus. Gunakan kelajuan sederhana...Boleh sapu atas kek tadi dan hias ikut suka...



 Ok..kalau suka & nak tau rasanya macamana so bleh try buat nanti ...SELAMAT MENCUBA ;-)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...