To All My Friend, Lovely & Silent Readers

To All My Friend, Lovely & Silent Readers

Mohon maaf kiranya wiyah a.k.a Tuan Rumah tiada kunjungan balas/backlink /follow ke blog kalian, ini kerana disebabkan oleh ketiadaan link blog tuan/puan utk wiyah follow kalian. Jutaan maaf juga jika jarang ber'blogwalking' ke blog kalian (busy tahap cipan). In sha Allah jika ada kesempatan waktu wiyah akan ke singgah ke blog kalian..Peace No War!!

Followers

Imamku Hingga ke Hembusan Nafas yang Terakhir

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Lilypie Pregnancy tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Premature Baby tickers
"Some Love Stories...Live Forever"
Showing posts with label Minum Petang. Show all posts
Showing posts with label Minum Petang. Show all posts

Tuesday, December 3, 2013

Johnny's Sauce Steamboat : Menu musim hujan!!

Assalamualaikum wbt

Iklan tak berbayar: Jemput Singgah Ke Page wiyah "Vitamin Souq"..supplement/vitamin lengkap untuk anda seisi keluarga.

haiii en tekak..kenapa nak makan benda yang pelik2 hukhuk ..sian kat tuan punya badan asyik kena layan tekak je sbb nak jaga hati perut!! Projek minum petang khamis lepas..knp khamis?? haha jgn fikir yg bukan2 yer..sebabnya hari khamis en.suami balik kerja awal..kul 3.30pm maka nya ada org yang jagakan  anakanda wafi sementara mummy nak masak2 layan tekak..

tak tau la lately asyik lapar aje..dah la tu mengada nak makan yg bukan2..hujan sepanjang hari bercampur dgn angin kuat..kejenya pikir nak apa ..nak makan apa!!

sos steamboat ala2 Johnny's,,,seriously mmg sedap & ada persamaan tp not totally 100% la..TQVM pada blog Aisyrania yang sudi berkongsi resepi ni..wiyah save kat buku, kat lappy takut hilang punya pasal..kuno kan hehe

wiyah takde periuk pressure cooker,slow cooker & periuk khas utk steamboat tak bleh nak grill2 bagai... yang ada cuma rice cooker jer, alhamdulillah ada drp org yg takde kan..angkat naik letak ats meja sambung karen..jadi la kan, asalkan boleh..antara nak ngan tak nak jer !alternatif kata org.. muhehehe jgn marah yer..wiyah gurau jer


  • Combo Steamboat Selection-Semua ada just pilih jer!
  • Tauhu Kering * ini wajib...mumy n babah mmg suka tauhu ni..
  • Cendawan - pilih shitake & jerami
  • Sayur -pilih carrot, brocoli  & kubis cina
  • Ayam atau Udang -buat stok
Note:
  • basuh bersih semua bahan, asingkan dalam bekas ikut kategori... 

masa baca resepi nampak macam agak remeh..tapi bila buat rasanya takde la susah sangat, ok jer..just potong2 then rebus dlm tu..menu sihat tanpa setitik minyak tapi tak sihat tang frozennnn food tu..sekali sekali takpe tp jgn selalu yer, pesan kat diri sendiri jugak..ekeke

  • Air secukupnya
  • Bawang putih 3-4 ulas * dicincang
  • 2 kiub pati ikan bilis / 2 kiub pati ayam * mumy pakai jenama knorr
  • Tulang dan sedikit isi ayam * supaya kuah tu nanti jadi macam stok..
  • Daun ketumbar * dicincang
  • Sedikit garam * kalau kuah masih tawar..lau kuah dah ok tak perlu garam ok...
Cara wiyah: tekan cook..tunggu sampai sup menggelegak..masukkan bahan yang lambat empuk dulu cth mcm ayam, daging (tapi wiyah tak letak sume tu)..simple jer..so letak semua bila dah terapung @ naik atas..masukkan sayur..tunggu kejap dah boleh makan dgn sos..haihhh kecur liur la plak bila duk cite2 ni..mcm nak kena buat lagi jer esok?? perlu ke..perlu ke??
makan berulang2 dari petang hari  sampai ke pagi esoknya..dekat 4x kot wiyah duk ulang ambik kat dapur,,bangun pagi panaskan kuah rebus lebihan & makan lagi. Mmg tak menjemukan sos ni..buat lagi telan liur bila teringat balik..dapppnyer dappnyer ! tak rugi mencuba..

ini pinggan pertama..paling suka cendawan shitake , crab stick, babycorn & sosej


  • 8 tangkai lada merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 5 sb minyak bijan
  • 5 sb apple cider * nak pakai cuka biasa pun boleh 
  • 5 sb sos ikan
  • 2 sb sos tiram
  • 2 sb kicap 
  • 1/2 cawan air
  • 1/2 sb sunquick *  
  • Bijan * disangai 
  • 1 sb tepung jagung * dibancuh dgn sedikit air suam untuk pekatkan sos..
  • Daun ketumbar * racik halus
  • Garam dan gula secukup rasa
CARA :

  1. Kisar lada bersama bawang putih.Masak atas dapur bersama air, minyak bijan,sos ikan,apple cider @ cuka, kicap,sos tiram..
  2. Masak sampai pekat then baru masuk sunquick dan bancuhan tepung jagung ( kalau perlu je ) .
  3. Perasakan dengan garam n gula masukkan sikit bijan yg dah disangai dengan daun ketumbar.
ok..setakat ni jer pelajaran kita hari n i yer, in sha Allah minggu depan kita buka topik lain plak..feeling jadi cikgu jap ekekek

Tuesday, May 7, 2013

Apam Beras Mekar Setaman

Assalamualaikum wbt

Yahooo..it's May oredi!! apa motif menjerit kat sini...hehe

malasnya nak buka lappy skang ni..busy jer manjang! padahal bukan keje pon..huhu, hurmmm sgt jarang memasak lately ni, kalau masak pon cukup sekadar memasak jer la..sebabnya?? Anak bujang kesayangan kami amatla manja..huhu, xleh nak berenggang langsung asyik nak suruh mengadap dia jer 24 jam ;-D..huhu even wiyah duk dapur wiyah akan letak wafi kat dalam bouncher ataupun stroller..dengan cara itu jer wiyah boleh wat keje! bila mcm ni..terfikir jugak macamana wiyah nak mulakan kerja & nak tinggal wafi kat pengasuh...haihhh mahu meroyan nanti!

banyak plak membebel ek...hehe, sori sori! bila cerita pasal anak mmg la kan..ada je citenya! ok la..back to d n3..disebabkan jarang buat kueh kat en.suami petang2 macam dulu, so wiyah try jugak curi masa utk buat something yg mudah cepat..curi masa time wafi tdo petang! sempatla buat menu yang mudah2 jer..try BW malam2 time wafi tdo jugak hihi..terjumpa kueh ni, thanks pada K.Yah coz share resepi yang mudah & sedap ni..yang penting tak menggunakan telur, minyak, butter bagai!! sangat menyihatkan..byk resepi k.yah yang buat wiyah telan air liur, in sha Allah ada masa nanti bleh try..

alhamdulillah..woww mekar! risau jugak tak menjadi sbb wiyah tak timbang bagai ikut resepi asal (penimbang masih belum unpacked lagi..masih di store huhu)..just agak2 adunan terus bancuh & kukus, biarkan dalam 15min buka penutup tengok semuanya terSENYUM...terus berbunga2 la hati ni tak sabar nak tunggu en.suami balik kerja, kalau tak jadi awal2 lagi isi dalam plastik & masuk tong la jawabnya hehe..mmg takkan tunjuk benda yg tak jadi!! hipokrit kan..welll well utk suami mesti la yang terbaik..perasannnn !! ;-D

 Jom wiyah share plak resepi kat sini yer..(wiyah sukat guna cawan metrik), mintak ampun K.Yah..wiyah alter cket resepi tu ..color asal adalah baby pink & baby blue..tapi dah masak jadi color ala2 oren & hijau la plak! hurm..takpe la janji senyum sudah ler :-D

Apam Beras Mekar Sejambak


Bahan-bahannya:
  • 200gm tepung beras ( 2cawan)
  • 180gm gula pasir (1/4 cawan)
  • 1 cawan susu segar
  • 2 sudu teh baking powder(kak guna double action)
Cara-caranya:
  1. Panaskan pengukus dengan api yang kuat.
  2. Kacau gula dengan susu segar sehingga gula hancur.
  3. Campurkan dengan semua bahan dan kacau biar sebati.
  4. Bahagikan kepada 3 adunan dan warnakan mengikut kesukaan.
  5. Masukkan kertas cupcake ke dalam acuan lompang.
  6. Masukkan adunan ke dalamnya.(untuk mudah masukkan adunan ke dalam paping beg dan paip untuk satu cupcake tiga warna)
  7. Kukus selama 15 minit dengan api yang kuat.
ok daa selamat mencuba...satu adunan ni dapat dlm 27biji  ++ yang dah ngap sambil mengukus hihi

Sunday, March 3, 2013

Moist Choc Cake lagi dan lagi

Assalamualaikum wbt

kek pertama tahun 2013..sesi panaskan periuk kukus! dah lama niat nak mem'baking' tu datang tapi tak berkesempatan..dari segi masa & bahan2 yg tak memenuhi syarat..huhu almaklumlah sepanjang pregnant boleh kira brapa kali wiyah buat kueh/kek.. dah lps 3bulan bersalin baru la nak lap2 sawang & bukak kotak masa berpindah baru2 ni..esok lusa plan nak panaskan oven plak, since bahan2 basic dah dibeli so boleh la tunjuk bakat kat mertua yg nk dtg next week..try dulu wat kek coklat coz dah lama tak menge'kek' ni takut jadi bantat plak ;-)

buat kek sbg menu minum petang kami suami isteri..alhamdulillah syukur atas rezeki yang diberi

alhamdulillah..menjadi walaupun tak sehebat chef! takut gak jadi bantat..hehe, yang ni wiyah punya..choc cake with blueberry yogurt topping..3 4 kali keluar masuk peti ais baru habis ;-)...wiyah suka makan ngan yogurt coz rasa macam perfect..kek yang manis, moist, gebu + yogurt yang masam2.. ;-)

yang ni mr.hubby yang punya..LOVE choc cake with Choc Hershey's topping

tiap kali nak buat kek coklat mmg wiyah akan gunakan resepi ni..rasanya yang lembab, sedap & tak muak..simpan dalam peti keluarkan pon masih still moist jugak! tak pandang yg lain dah haha. Rasanya pernah try 2 3 resepi yang lain..tapi rasanya yg ni paling terbaik! secukup rasa gebu & lembab menawan kalbu...ayat melampau ekeke

Sumber: Kek Coklat Kukus Munira

Bahan A
  • 1 cawan gula pasir - 3/4 cawan sudah memadai
  • 1 cawan serbuk koko
  • 1 cawan susu cair - wiyah susu segar
  • 1 cawan susu pekat
  • 1 cawan minyak masak
Cara Penyediaan:
  • semua bahan di atas digaul sebati dan masak atas api perlahan sehingga gula larut. Matikan api dan rehatkan sekejap bila dah sebati.
Bahan B - di ayak
  • 3/4 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil (sudu kfc) soda bikarbonat
  • 1 sudu kecil (sudu kfc) baking powder
Bahan C
4 biji telur - diblender (wiyah guna 2 biji telur A)

Cara Penyediaan:
  1. Satukan bahan B dan bahan C ke dlm bahan A secara berselang seli dan gaul dgn senduk aje.
  2. Bila dah sebati masukkan ke dlm loyang yg digris dan dilapik kertas kalis minyak.
  3. Kukus selama 1 jam atau sehingga masak. Jgn buka pengukus semasa proses mengukus 45 min yg pertama takut kek jd mendap..

oke..pengukus yang panas dah sejuk semula, kek pon dah habis in sha allah..panjang umur ada masa ada bahan lain kali boleh panaskan lagi ;-)

Tuesday, October 30, 2012

Donut Kentang with Blueberry Filling

Assalamualaikum wbt

Update resepi petang semalam..donut ni adalah antara donut paling sedap yang wiyah pernah buat...sangat sedap & berpuas hati dengan texture nya..gebu & padat dengan isi ubi kentang yang telah di lenyek..Maaf bukan nak angkat bakul yg besar ni sendiri tp realiti, mungkin dah mmg resepinya sedap & bukan disebabkan wiyah yg buat yer ;-)

tetiba terasa nak makan donut kul 5pm..hurm bila dah teringin tu haruslah terus bangun ke dapur, sediakan bahan & uli adunan..kemudian tutup dengan kain lembab..baru lah tenang nak solat asar! hihi ...sabar jer la kan..donut lg penting dr solat..ouchh bukan begitu sebenarnya cuma nak bagi adunan mengembang terlebih dahulu ;-)


ngam2 mr.husband balik kerja..donut dah siap digoreng cume belum digaul bersama gula icing sahaja! ok la jugak coz tak mengambil masa yang lama utk makan donut yg sedap..just adunkan & biarkan ia mengembang! hurm..tak guna cite panjang bukan bleh tapau pon kan hihi..pernah buat resepi Chineese donut dari k.izah jugak & kali ni  juga nak share resepi yang wiyah godek2 dr dapur k.izah daut - muffin lover!


Donut Kentang & Blueberry
Olahan dari resepi ' Donut Keledek Jepun' : Izah Daut

Bahan-bahan Utama:
  • 200 gm tepung gandum - 2 cawan tepung
  • 100gm ubi kentang - wiyah guna 1 biji sederhana besar
  • 1 1/2 sk yis segera mauripan *
  • 1 sudu besar susu pekat manis *
  • 50gm gula halus*
  • 60ml air suam * (satukan bahan2 bertanda *)
  • 1 1/2 sb mentega
  • 1 biji telur kuning -wiyah tak letak
  • 1/2 sudu teh garam
  • Gula ising untuk salutan
  • Minyak untuk menggoreng
Cara-cara Penyediaan:
  1. Kupas kentang, rebus hingga empuk dan lenyek bersama mentega hingga halus ketika masih panas.Sejukkan.
  2. Satukan tepung, gula dan yis, gaul rata. Masukkan kentang lenyek gaul hingga rata dan masukkan bahan-bahan campuran * sedikit demi sedikit dan uli hingga menjadi doh yang lembut dan elastik.
  3.  Rehatkan adunan selama 15 minit dan tutup dengan kain lembab / plastik sehingga mengembang.
  4. Bulat-bulatkan adunan & masukkan filling bluberry/strawberry/choclate chip atau mengikut bentuk kesukaan anda.
  5. Panaskan minyak dan goreng hingga kekuningan.
  6. Salut dengan gula halus atau coklat mengikut suka.

sekian...wassalam, lain kali kalau tiba2 teringin tengah malam malam pon boleh buat hihi

Monday, October 22, 2012

Sarapan Pagi dengan Laksam Kelantan

Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah mood kembali pulih seperti sedia kala..walaupon tiap masa terbayangkan wajah terakhir arwah, tiap perkara hingga terbawak2 dalam mimpi..kekadang tu wajah ayah mertua kadang tu adik ipar, seakan2 tak dapat terima ketentuan takdir Allah..Ya Allah ampunilah kami semua, kami memohon diberi kerdhoaan utk menerima takdir Mu..kami mendoakan semoga rohnya tenang disana, semoga Allah meringankan azab seksaan kubur..amin ya rabbal alamin

kita yang hidup harus meneruskan tanggungjawab sbg khalifah sebaik-baiknya..wiyah sbg isteri & mommy to be juga perlu menjalankan amanah terbaik dr Allah utk menjadi yang terbaik buat keluarga..InsyaAllah (panjang plak muqaddimah hari ni ..hehe)

ok la..wiyah just nak share resepi Laksam yang wiyah buat beberapa mggu yg lepas tp baru berkesempatan nak update kat sini..utk tatapan kawan2 & rujukan buat wiyah

sesuai dimakan ketika breakfast & minum petang

LAKSAM KELANTAN
Sumber Resepi: Mr Yani
Olahan Resepi : Wiyah

Bahan-bahan utk Laksam: (wiyah buat 1/2 adunan sahaja)
  • 3 cawan tpg beras
  • 1/2 cawan tpg gandum
  • 4 cawan air suam
Note : Juga boleh dibeli yang dah siap, RM2 utk 3batang di pasar Dungun.

Cara Penyediaan:
  1. Panaskan kukusan sebelum membancuh adunan. Bancuh adunan sehingga sebati. Adunan tak terlalu cair ataupun pekat sgt.
  2. Sapukan sedikit minyak pada tudung periuk/ loyang bagi mengelakkannya daripada melekat.
  3. Tuangkan 1 senduk adunan ke atas tudung periuk (wiyah guna loyang rendah). Kukus lebih kurang 5 minit atau sehingga masak.
  4. Angkat &biarkan seketika kemudian baru digulung utk menghasilkan laksam yang licin dan cantik. Ulangi step 3 & 4 sehingga adunan habis.
Bahan untuk kuah:
  • Ikan selayang/ kembung (direbus,dibuang tulang & dihancurkan isinya)
  • 3 cawan Santan 
  • 4 ulas bwg merahr, 2 ulas bwg putih & 1 inci halia (ditumbuk/kisar)
  • 1sb lada hitam * ditumbuk kasar
  • 2 keping asam gelugur
Cara Penyediaan:
  1. Masukkan santan kedalam periuk & didihkan seketika dengan api yang kecil.Masukkan semua bahan-bahan, kacau sentiasa bg mengelakkan kuah drp berketul-ketul disebabkan oleh isi ikan.
  2. Tambahkan bahan rasa mengikut cita rasa sendiri.
Nota : Kalau mak wiyah tak masukkan garam coz garam disediakan berasingan. Ditambah ketika menghidangkannya. kemasinan bergantung pada tahap masin seseorang.

Bahan untuk ulam:
  • timun batang,kacang panjang,taugeh,kobis,daun kesum(diracikhalus)
Aksesori tambahan:
  • belacan (potong dadu kecil2)
  • garam (bergantung pad individu)
  • limau (kasturi/ nipis)

Sambal cili:

  • cili merah
  • belacan (wiyah tak letak)
  • garam
  • limau (wiyah ganti dg sedikit cuka)

* Blender semua bahan sehingga hancur


Cara menghidang  utk satu hidangan:
  1. Potong laksam mengikut citarasa masing-masing. Kemudian tambahkan kuah ke atasnya & sedikit garam.
  2. Tambahkan bahan-bahan ulam bersama aksesori tambahan. Siap utk dimakan.
wiyah buat sebagai menu sarapan pagi..alhamdulillah kenyang syukur!


Tuesday, October 9, 2012

Karamel Ubi Kayu

Assalamualaikum wbt

Cerita Semalam : wah mendungnya cuaca kat luar tu..mendung tapi meruap2 panas jer! mesti petang/malam ni hujan..kalau makan ubi kayu time hujan mcm ni mesti sedapp ni , bercakap dlm hati sorang2 kat umah! hurm apa lagi terus call mr.hubby mintak balik awal & singgah kat pasar malam beserah hr ni..belikan ubi kayu, harap2 ada org jual la! tunggu punya tunggu..tup2 kul 7pm br mr.husband sampai..mood dah spoil habis! tp disebabkan nak makan sgt, buat2 la senyum & rebus jugak  ubi kayu dengan hati gembira..

inilah hasilnya walaupun hati menangis sbb lambat sgt dapat makan ubi kayu ..tp tetap makan dengan macam org tak pernah makan ubi kayu!! mood mengidam ni sgt teruk lately! huh jgn baby pon ikut mood mommy yer..

plan nak makan ngan kelapa parut tp bila dah lewat sgt so..kita ber'karamel ubi kayu saja la har ni


Karamel Ubi Kayu
Bahan-bahan& cara penyediaan:

  1. 2 batang/ketul ubi kayu - dikupas kulit & direbus bersama sedikit garam sehingga empuk
  2. 1 ketul/kerek gula melaka - direbus bersama 1 cawan air sehingga pekat
Cadangan Hidangan: Curahkan karamel yang telah dimasak tadi ke atas pinggan yang ter'isi' ubi rebus tadi. Dah boleh ngapp, bila dah sejuk jd kurang sedap plak nanti ;-)

sesuai dijadikan sebagai hidangan menu minum petang bersama air kopi di kala hujan turun dengan lebatnya ..;-)

Thursday, September 27, 2012

Musim sotong sudah tiba..Mari kita bikin ketupat!

Assalamualaikum wbt

yeay..musim sotong sudah tiba! sotong segar2 murah2..just RM10/kg! tiap kali pergi beli barang basah mesti nak beli sotong..WAJIB BELI! antara favourite menu yg wiyah & suami ..inilah dia KETUPAT SOTONG..kadang versi terengganu (color putih) & kadang tu versi kelantan (color sedikit pink/merah)..mengikut mood selera wiyah ;-)

slalunya wiyah buat utk menu minum petang..makan sama2 tggu en.suami blik kerja..mmg ber'ekor2' la en.suami makan..suka wiyah tengok & bila tgk suami suka dgn cara masakan wiyah..maka lagi la wiyah suka menerai itu & ini..en.suami adalah pengkritik utama masakan wiyah ;-)

wiyah buat 10 ekor..hambik makan petang + malam sekali, kenyang bersandar ;-)

KETUPAT SOTONG VERSI KLATE

Bahan utama:
  • Sotong 1kg 
  • Lidi pencungkil gigi (utk tutup perut sotong)
  • 2 cawan beras pulut (direndam selama 1/2jam)
  • 1/2 kg santan 
  • 2 ulas bawang merah, sedikit halia (dihiris memanjang)
  • 1 ketul gula melaka/menisan (gula merah)
  • Secubit garam
p/s: ada juga sesetengah org yg masak pulut dulu, kemudian dimasukkan ke dalam perut sotong..tp bg wiyah lebih suka beras pulut dimasak bersama sotong coz bau nya jd lebih wangi bila bercampur santan ;-)

Cara Penyediaan:
  1. Sotong & beras pulut dibersihkan.
  2. Masukkan beras pulut ke dalam  1/3 perut sotong, jangan masukkan terlalu banyak coz takut perutnya pecah nanti ;-)
  3. Masukkan kepala ke dalam perut & pin kan menggunakan lidi tadi dgn kemas. Buat sehinnga habis.
  4. Susun sotong yang telah siap tadi kedalam periuk, masukkan santan dan bahan2 yang lain.
  5. Masak dengan api perlahan & dikacau selalu sehingga sotong masak serta kuahnya menjadi agak pekat. Sedia utk dihidangkan.
ada lebihan beras pulut so wiyah masukkan jer dalam kuah tu..bukan sebab perutnya pecah yer ;-)..ok..selamat mencuba

Friday, March 23, 2012

Laksa Utara..slurrrrp pekat melekat!!

assalamualaikum..wbt

menu minum petang semalam..dah lama teringin nak buat laksa sendiri! pernah makan laksa yg sedap sangat2..tapikadang tu ada jugak laksa yang tak sedap langsung..kuahnya alahai cair jer! so bila nak makan yang kuah pekat2...kena la buat sendiri walaupun tak pandai kan..at least bila kita cuba so kita boleh modified sendiri apa rasa yg kita nak kan??? either nak masam, pedas, manis, telur rebus yg besar or ulam yang bermacam2 kan...kena la buat sendiri okeh! kalau nak semuanya lebih...haha

sambil duk saja..wiyah baca resepi lama yang wiyah kumpul dari majalah mingguan wanita. Memang banyak koleksi resepi dari majalah mingguan wanita..setakat ni dah ada 2 file!! mmg tak ter'buat' kalau di ikutkan betul..semalam tergerak hati nak baca & try resepi laksa utara sebab tgk gambarnya yang sangat menyelerakan..Alhamdulillah rasanya tak mengecewakan...memang puas hati sangat2!! 3x wiyah makan tau..tgh hari, petang & malam...sepanjang hari makan laksa! en.suami pon cakap kuahnya mmg sedap..tak rugi mencuba ;-)..lain kali bleh buat lagi insyaAllah


Laksa Utara
Sumber resepi : Majalah Mingguan Wanita

BAHAN A :
  • Sebungkus mee laksa- wiyah guna yang dah siap rebus 500g Jenama Laksa Panjang (sangat kenyal & laksanya tak putus)
  • 250g ikan kembung/selayang rebus- anggaran 4-5 ekor ikan 
BAHAN B:
  • 2 biji bawang besar *
  • 5 ulas bawang putih *
  • 1 inci belacan *
  • 3 biji cili besar & 10 biji cili padi * wiyah guna pes cili kering (dikisar bersama)
  • 6 keping asam keping/ asam jawa
  • 1 batang bunga kantan
  • 1 ikat daun kesom 

 BAHAN B: ( Ulaman- dihiris halus/ memanjang)

  • daun selom
  • timun batang
  • telur rebus
  • limau kasturi/ limau nipis
  • hirisan cili padi/ cili besar
  • bawang besar
  • hirisan nenas -wiyah tak letak
  • petis udang- wiyah tak letak

CARA PENYEDIAAN:
  1. Rebus ikan kembung/ selayang dan asingkan isi dan tulangnya. Simpan air rebusan ikan tadi.
  2. Kisar bahan A dan masukkan kedalam air rebusan ikan tadi bersama ikan yang telah dikisar. Tulang yang dikisar perlu ditapis sebelum dimasukkan kedalam air rebusan tadi.
  3. Masukkan asam keping,bunga kantan & daun kesom. Biarkan kuah mendidih & sesuaikan rasanya SESEDAP RASA. Rasa masam, masin, pedas perlu sebati barulah sedap.

CARA MENGHIDANG:
  1. Masukkan mee laksa ke dalam mangkuk. Tambah hirisan bahan B ulam timun, daun selom, bawang besar, cili padi,telur rebus. 
  2. Kemudian tuangkan kuah ke atasnya. Perah asam limau nipis/ kasturi mengikut selera masing-masing.

Jemput makan semua...ini round ke-2 wiyah!! haha..rasa masam & pedas nya cukup pekat melekat...tgh menulis ni pon terasa lagi kecur air liur fuhhhh heehe

wiyah makan sampai jadi licin macam ni..abis hirup seme kuahnya!! nasib baik kat umah...kalau kat luar haih malu la den...;-D

ok ...selamat mencuba & wiyah jamin mmg puas hati sangat rasanya!!

Thursday, March 22, 2012

Popiah Oat Berkacang

assalamualaikum..wbt

hai apa khabar semua...panas kan cuaca lately ni! huhu..wiyah nak keluar umah pon malas..asyik duk terperap je dalam umah..hurmm bila bosan duk dalam umah haih jadi la kueh yang org makan time raya..wiyah buat makan hari2 biasa! jadikan kudapan petang sambil tengok tv..;-)

makan jajan2 kerepek macam ni actually buat kita jadi leka & ralit duk depan tv...bermula la dari nak membuatnya duk guling depan tv sehinggalah dah siap pon..makan sambil ngadap tv gak..haih besar btol la pengaruh tv ni kan..jom wiyah share resepi kerepek popiah yang sedap sangat2 neh..tak tipu mmg sedap 1 minggu jer dah bleh habis okeh!!..siang malam duk mengadap kerepek ni..next week mertua datang wiyah ingat nak buat lagi sekali la..p-ak mertua wiyah suka kerepek2 ni,, 



Popiah Oat Berkacang
(Nama asal : Popiah Nestum Horlicks)


Sumber : Sinar Raudhah & Cendana Kasih 
Wiyah ubah suai resepi mengikut apa yang ada kat dapur wiyah ;-)


Popiah Oat Berkacang 
Bahan-bahan:
  • 1 bungkus besar kulit popiah
  • Lidi satay utk menggulung
  • Telur sebagai bahan pelekat- wiyah guna tepung + air sikit sebagai pelekat
  • 1/2 cawan horlicks * wiyah tak letak
  • 1/2 cawan gula *
  • 1 cawan nestum * wiyah guna Oat
  • Kacang tanah goreng * ---> wiyah tambah * Dikisar halus bersama
  • Minyak untuk menggoreng

Kulit popiah yang dah siap di gulung & digunting...sedia utk di goreng


Cara Penyediaan:
  1. Gulung kulit popia gunakan lidi satay, (macam dalam gambar atas tu) tinggalkan dlm 1-2cm untuk lekatkan dgn telur (gam tepung). Buat hingga habis. Tutup bekas berisi popia gulung dengan kain lembab untuk mengelakkannya mengering dan susah dipotong.
  2. Panaskan api. Sementara itu Potong kulit popia yang telah digulung secara serong dengan gunting/pisau jarak 1-2cm.
  3. Goreng potongan kulit popia dengan api kecil sehingga garing. Angkat dan toskan minyak pada kertas tisu.
  4. Setelah popia goreng sejuk pada suhu bilik, tabur dgn horlicks, gula dan nestum kisar.Gaul hingga rata. Simpan dalam bekas kedap udara.

Selamat mencuba ;-)



Monday, March 19, 2012

Karipap Keledek Daging Berempah Beriani

assalamualaikum wbt

haai monday blues ke hari ni ?? pada cikgu2 & anak2 yang mula bersekolah hari ni..setelah 1minggu bergolek2 rileks kan..hari ni mesti rasa payah sgt nak bangun pagi kan..apapun tahniah to u all coz dapat melalui hari 1st sekolah lepas cuti ni dengan jayanya

bagi wiyah tak de bezanya..cuti or keje,,hari2 adalah busy megalahkan org yg kerja..haha yer la tu kan! hurm..hari ni baru berkesempatan nak upadate kueh wiyah..lama sungguh rasanya wiyah tak buat kueh..
camana nampak ok tak..1st karipap ber'doh' wiyah ni??? ada daging berempah beriani..

ini 1st time wiyah buat karipap menggunakan doh..tapi rasanya ini dah kali ke3 la buat karipap guna doh ni..tapi semuanya tak sempat nak berfotografi bagai,,tengah goreng panas2 dah ada org menunggu nak makan! so dis time wiyah buat banyak2 (banyak la sgt 15 biuji jer pon) & frozen utk memudahkan kerja wiyah wat menu minum petang hehe..b4 dis buat juga tapi x pernah gunakan doh,, guna kulit popiah  dinamakan sebagai Karipap Popiah, guna puff pastry & wiyah namakan Curry Puff (blom pernah upload kat sini sbb tak sempat nak ambik gambar tangan dah berkali2 ambil kuehnya) & kadang tu ada juga wiyah masak inti karipap then makan dengan capati segera digulung bersama inti karipap kat dalamnya..apa pun intinya wiyah buiat samanya even cara makan nya berbeza..ermm yummy ;-)
ini gorengan kedua..gorengan pertama dah selamat kena ngap! hihi

Resepi Inti Keledek Berdaging
Sumber resepi : K.long wiyah


Kali ni wiyah buat inti karipap menggunakan rempah beriani FAIZA + daging saja nak tukar selera plak...alhamduliullah rasanya memang menepati citarasa & selera wiyah n husband! dah 3 kali berturut2 buat inti karipap ni tau..tapi kali ni baru berkesempatan update! selalunya wiyah gunakan rempah kari ikan ADABI + ikan bilis hancur

Bahan-bahan:
  • 1/2 kg ubi keledek [potong dadu]
  • 100gm daging dicincang dadu atau boleh guna daging cincang yang siap dijual
  • 2 biji bawang besar [potong dadu]
  • 3sb pes cili kering/ cili mesin
  •  5sb rempah beriani Faiza & daun kari 
  • ikan bilis [dikisar kasar]
  • 1 jug sedikit air 
  • Daun sup di potong halus

Cara Penyediaan :
  1. Panaskan seikit minyak & tumis bawang besar +daun kari sehinnga naik bau.
  2. Kemudian masukkan pes cili kering goreng seketika. Masukkan daging dan serbuk beriani. Masak sehingga daging 3/4 empuk boleh masukkan  keledek & tambahkan air.
  3. Masukkan ikan bilis yang dikisar. Perasakan SESEDAP RASA & masak sehingga ubi empuk dan inti menjadi sedikit kering. 
  4. Masukkan daun sup yang dihiris untuk menambah rasa pada inti karipap. Gaul sebati dan biarkan sejuk. Sementara tu kita boleh sediakan dohnya pula.


Resepi Doh Karipap: Tun Telani  [minta izin C&P yer]

sumber : Izah Daud & K.Nor secubit garam

Bahan-bahan:
  • 4 cawan tepung
  • 2 sudu besar margerin ~ k.nor guna butter
  • 1/2 cawan minyak
  • 3/4 cawan air
  • 1/2 sudu teh garam
Cara Penyediaan:
  1. Panaskan margerin + minyak dlm periuk. Tutup api. (k.nor guna kuali utk mudahkan menggaul) 
  2. Tengah panas2 tu, masukkan tepung dlm periuk td dan gaul guna garpu (jgn guna tangan, melecur nnti).
  3. Dah sejuk sikit, campur garam dan air.Uli-uli.. siap! Boleh wat karipap ikut suka inti apa..
oke...jom kita makan karipap petang ni! oppps tapi wiyah puasa..hehe,,bawah air teh sendiri yer kuahnya dah ada...psttt pinggan tu wiyah beli murah sgt 4 biji RM5,, berbaloi kan walaupon x branded ;-D



Monday, February 13, 2012

Chiness Doughnut with Blueberry Filling

assalamualaikum wbt

hai..mium apa petang ni?? Jom kita makan donut nak tak..wiyah terajin cket hari ni ;-)...si sebabkan petang2 balik keje en.suami akan tanya wiyah.. baby buat kueh apa hari ni.??.hurm itu adalah hint utk wiyah kan..so kena la buat kan walaupon tak pandai..even jemput ikan bilis en.suami tak kisah coz suami bukan jenis yang memilih dalam bab makan..apa yang ada,,alhamdulillah kami makan seadanya..yang penting ikhlas dari air tangan isteri kan,, sedap or tak sedap itu blakang kira hehe

oke petang ni wiyah wat donut dari kak Izah Muffin Lover..wiyah tengok resepi ni simple so y not wiyah try kan,, coz wiyah ni beginner dlm dunia masakan so kena la ambil yang mudah2 dulu..hurmmm since ada stock blueberry so wiyah jadikan filling ...best jugak pelbagai kan sekali skala kan ;-)

ada 3 jenis kat sini..yang asli with no filling, bluberry  & chocolate chip filling...so boleh pilih nak rasa yg mana satu..
Chinese doughnut with blueberry & chocolate chip filling

BLUEBERRY CHINESE DONUT
sumber: Izzah Muffin Lover ( mohon C&P yer akak)

Bahan-bahan yang diperlukan:
  • 2 cawan tepung *
  • 1/2 tsp. garam *
  • 2 ½ tsp baking powder * (diayak bersama)
  • 1/3 cwn butter flavored shortening (or butter) 
  • ¾ cwn susu segar 
  • Minyak masak untuk menggoreng
  • gula castor untuk salut donut

Nota : wiyah tambah blueberry & chocolate chip sebagai filling..boleh juga disalut coklat or tabur badam bagai..mesti lagi best wiyah rasa,,tapi tak boleh buat bentuk macam ni la..kena buat bentuk asal donut ;-)

Caranya Penyediaan:
  1. Satukan tepung, garam dan baking powder ke dalam mangkuk.
  2. Masukkan butter ke dalam mangkuk tepung tadi dan gaulkan sehingga menjadi crumble atau menjadi seperti serbuk roti. Gaulkan sehingga tiada ketulan besar.
  3. Masukkan pula susu segar dan gaul hingga menjadi doh berbentuk bola.
  4. Menggunakan tangan, uli lembut (picit-picit) doh 8 ke 12 kali. Jangan terlebih uli.
  5. Panaskan minyak atas api yang sederhana kecil.
  6. Ambil sedikit doh bulatkan berbentuk bola dan leperkan sedikit seperti bentuk biskut.
  7. Gorengkan hingga agak keperangan . Angkat donut & golekkan ke dalam gula kastor untuk salutan.
  8. Nota: Wiyah just buat separuh dari resepi untuk percubaan. wow memeng sedap , gebu & lembut sangat..lain kali nakl wat lagi ;-)
ini adalah 1st donut dalam hidup wiyah..alhamdulillah 1st try menjadi jadi lebih semangat utk try kue lain next time insyaAllah

SELAMAT MENCUBA ;-)

Wednesday, February 1, 2012

Popia Ketam Crispy

assalamualaikum..wbt

selamat malam...tgh maghrib duk online,,, hehe takpe sementara tunggu hubby sembahyang maghrib while wiyah still off day..so y not wiyah habiskan masa dpn lappy kan...ada gak faedahnya dr duk tgk tv tgh2 maghrib ni!! haih baru sedar diri hari ni..hehe

hurm...wiyah nak update menu petang tadi,,,masih panas lagi tau! aje terajin cket hari ni...beli isi ketam dah 2 3 hari tapi tak tau nak wat apa..last2 duk belek buku 1 hari 1 resepi chef hanieliza terus terlintas nak wat popia ketam cripy ni...hubby balik keje baru wiyah goreng so makan masa panas2 kejap je kosong pinggan tu..hehe almaklumla wiyah wat 8 ketul jer..utk 2 org makan! Ok ..Jom tengok resepi minum petang dari umah wiyah hari ni ;-)

POPIA KETAM CRISPY


Bahan yang di perlukan:
  • 8 keping kulit popia
  • 8 batang jejari ketam
  • 1 batang carrot [ potong memanjang]
  • sedikit kubis ungu [ potong memanjang]
  • sedikit daun bawang [ potong memanjang]
  • 1 ulas bawang putih [ mayang dadu halus] + 2 ekor udang basah/udang kering [potong keci1]
cara menyediakan:
  • mula2 buatkan inti ---> ada gak orang yg tak masak [tak kisah ikut cara masing2]..wiyah just nak ada rasa skit so wiyah tumiskan bawang putih & masukkan udang,perasakan dengan garam SESEDAP RASA
  • tutupkan api dahulu--->kemudian masukkan carrot, kubis & daun bawang
  • bila inti dah sejuk---> boleh la digulungkan macam biasa [ masukkan 1 batang jejari ketam + sedikit carrot + kobis + daun bawang]..gamkan dengan telur
  • goreng dengan api yang sederhana & boleh dihidang kan dengan sos

ori tak sempat nak pelawa join minum petang..sbb mmg tak rajin nak wat banyak2,,at least sekadar ada jer bila hubby balik keje..ada la something yg wiyah hidangkan walaupon just roti sapu ngan jem! kata suri rumah sepenuh masa kan..;-) 

Friday, November 18, 2011

Aiskrim Goreng..Panas diluar Sejuk didalam

assalamualikum..wbt

salam malam jumaat semua..;-D,, apa senyum??? ngehngeh ,hurm tadi baca yassin tak?? hah tak baca?? alahai seminggu sekali jer kawan2,,tak sampai 20 minit pon kan...kepada yang baca & sedekahkan pada semua umat islam yang telah dahulu dijemput oleh Allah swt,,alhamdulillah syukur!..bukan apa at least sekarang kita beringan pada yang dah tiada..dengan harapan bila dah tiada nanti ada juga orang yang akan ingat kita & sedekahkan bacaan yassin untuk kita kan...

p/s : peringatan utk diri sendiri & kawan2 semua yang wiyah sayangi..kalau ada yang berkeci hati seribu kemaafan wiyah pohonkan,, tak berniat untuk menyindir or sakitkan hati sesiapa pon!

malam ni a.k.a pepagi buta kul 12.45am ni wiyah nak tayang aiskrim goreng la..boleh x???

[ versi wiyah..aiskrim goreng rejected] ;-(

[ pikcer diatas sangat jelik & sangat tak menyelerakan..sila abaikan,,tapi still nak tunjuk gak]...tak malu kan!!

cerita macam ni..sambil duk borak2 ngan anak buah semua terkeluar la cerita pasal makanan & pasal aiskrim goreng! terus anak2 buah tanya camana nak buat so wiyah ajarkan pada anak buah cara nak buat semua itu & ini [ walaupon pada amnya wiyah sendiri pon tak pernah try buat tp ex-consultant wiyah pernah ajar 2 tahun yang lalu...uit ingat lagi hehe]..then petang tu dia terus buat dulu,, apa lagi meleleh la air liur makcik dia ni tengok dia duk tayang kat fb,,

wiyah panggil anak buah wiyah kakak,,semua org panggil dia kakak!! tak kira tuar, budak kecik or rg tua...student tahun 2 food technologist kat Uitm kuala pilah N9..1st time kakak buat aiskrim goreng ni tapi terus menjadi tak mcm yang wiyah buat..huhu,bleh tengok & usha blog KAKAK yang tak tau la blog ke berapa dah dia buat,,asyik tukar jer! pening makcik dia nak follow haha...disebabkan sedap sangat & tak cukup then malam tu adik2 dia request dia wat lagi ,,2nd time KAKAK buat untuk adik2 nya! sweet kan..;-D

1st aiskrim goreng dari air tangan kakak..adik2 dia berebut katanya ;-)

then malam tu adik2 dia request mintak buatkan lagi..so si kakak ni pon buatkan la,,sanggup gi beli roti + aiskrim malam2...sama gak ngan wiyah terus ajak mr.hubby g beli aiskrim + roti lepas tgk kakak tayang kat fb..huhu,,mmg tak penyabar langsung wiyah ni,, dan2 gi beli time tu juga ;-)

sape boleh tahan kalau tengok pikcer makanan yang sangat menggiurkan..kan??

opps lupa nak share resepi plak...credit to blog kakak jer la yer coz sama jer stepnya ..hehe

Jom tengok bahan & cara nak buat :
  1. sediakan 1 keping roti sandwich
  2. letakkan beberape scoop aiskrim mengikut citarasa anda kat atas roti tu
  3. kemudia letakkan dengan 1keping roti kat atas roti yang dah diletakkan aiskrim tadi
  4. ambil cawan or gelas...tekap kat bahagian atas kedua2 roti tadi
  5. pusingkan cawan/gelas tadi sampai roti tadi terpotong ikut saiz cawan/gelas tadi
  6. PASTIKAN..dibahagian tepi roti tadi tertutup rapat macam karipap tu yer.
seterusnya
  1. freeze kan selama  3 or 4 jam atau lagi baik semalaman [ kat bahagian atas tau]
  2. kemudian boleh la digoreng   bila hendak dimakan
  3. cara menggoreng lebih kurang macam kita menggoreng cekodok tu je!! kejap jer jangan lama sangat nanti hangus roti tu
ini la rupa yang baru siap di goreng..rangup diluar tapi lembut didalam
[ tapi ini versi anak buah wiyah yer...versi wiyah pikcer yang paling atas & pikcer yang paling bawah ni]
huhu..aiskrim goreng wiyah tak menjadi..maybe sebab peti wiyah tak sejuk or cepat mencair,,habis rosak dah tak cun aiskrim kat dalam tu jadi cair

menyampah tengok aiskrim goreng wiyah..tapi rasanya still sama jer walaupon jadi cair macam ni,,nak sedapkan hati sendiri ;-)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...