Followers

Imamku Hingga ke Hembusan Nafas yang Terakhir

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Lilypie Pregnancy tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Premature Baby tickers

Follow by Email

"Some Love Stories...Live Forever"

Tuesday, May 7, 2013

Apam Beras Mekar Setaman

Assalamualaikum wbt

Yahooo..it's May oredi!! apa motif menjerit kat sini...hehe

malasnya nak buka lappy skang ni..busy jer manjang! padahal bukan keje pon..huhu, hurmmm sgt jarang memasak lately ni, kalau masak pon cukup sekadar memasak jer la..sebabnya?? Anak bujang kesayangan kami amatla manja..huhu, xleh nak berenggang langsung asyik nak suruh mengadap dia jer 24 jam ;-D..huhu even wiyah duk dapur wiyah akan letak wafi kat dalam bouncher ataupun stroller..dengan cara itu jer wiyah boleh wat keje! bila mcm ni..terfikir jugak macamana wiyah nak mulakan kerja & nak tinggal wafi kat pengasuh...haihhh mahu meroyan nanti!

banyak plak membebel ek...hehe, sori sori! bila cerita pasal anak mmg la kan..ada je citenya! ok la..back to d n3..disebabkan jarang buat kueh kat en.suami petang2 macam dulu, so wiyah try jugak curi masa utk buat something yg mudah cepat..curi masa time wafi tdo petang! sempatla buat menu yang mudah2 jer..try BW malam2 time wafi tdo jugak hihi..terjumpa kueh ni, thanks pada K.Yah coz share resepi yang mudah & sedap ni..yang penting tak menggunakan telur, minyak, butter bagai!! sangat menyihatkan..byk resepi k.yah yang buat wiyah telan air liur, in sha Allah ada masa nanti bleh try..

alhamdulillah..woww mekar! risau jugak tak menjadi sbb wiyah tak timbang bagai ikut resepi asal (penimbang masih belum unpacked lagi..masih di store huhu)..just agak2 adunan terus bancuh & kukus, biarkan dalam 15min buka penutup tengok semuanya terSENYUM...terus berbunga2 la hati ni tak sabar nak tunggu en.suami balik kerja, kalau tak jadi awal2 lagi isi dalam plastik & masuk tong la jawabnya hehe..mmg takkan tunjuk benda yg tak jadi!! hipokrit kan..welll well utk suami mesti la yang terbaik..perasannnn !! ;-D

 Jom wiyah share plak resepi kat sini yer..(wiyah sukat guna cawan metrik), mintak ampun K.Yah..wiyah alter cket resepi tu ..color asal adalah baby pink & baby blue..tapi dah masak jadi color ala2 oren & hijau la plak! hurm..takpe la janji senyum sudah ler :-D

Apam Beras Mekar Sejambak


Bahan-bahannya:
  • 200gm tepung beras ( 2cawan)
  • 180gm gula pasir (1/4 cawan)
  • 1 cawan susu segar
  • 2 sudu teh baking powder(kak guna double action)
Cara-caranya:
  1. Panaskan pengukus dengan api yang kuat.
  2. Kacau gula dengan susu segar sehingga gula hancur.
  3. Campurkan dengan semua bahan dan kacau biar sebati.
  4. Bahagikan kepada 3 adunan dan warnakan mengikut kesukaan.
  5. Masukkan kertas cupcake ke dalam acuan lompang.
  6. Masukkan adunan ke dalamnya.(untuk mudah masukkan adunan ke dalam paping beg dan paip untuk satu cupcake tiga warna)
  7. Kukus selama 15 minit dengan api yang kuat.
ok daa selamat mencuba...satu adunan ni dapat dlm 27biji  ++ yang dah ngap sambil mengukus hihi

Friday, April 26, 2013

JJCM at Omar Roti John Kampung Kadok, Ketereh

Assalamualaikum wbt

JJCM yang tak dirancang..disebabkan wafi tak nak tidur dan asyik merengek jer kat umah, maka berbincang2 ngan mr.daddy jom la bawak wafi keluar kot2 dia bosan agaknya (heyyy 5bulan dah pandai bosan kah?? huhu )..tak tau nak ke mana sebenarnya..bak kata org tua2 tak tau hala tuju pun!! Hurmmm keluar dari simpang rumah kalau ke kiri Wakaf Che Yeh & kalau ke kanan Nilam Puri, Ketereh..sebab dah selalu sgt ke kiri so hari ni kita ke kanan plak..boleh mcm tu?? ikut suka hati jer..

apa lagi kalau keluar..mesti lah sesi menambah kg la kerjanya kan hehe, so try cari tempat yang menghidangkan makanan ala2 ringan (konon2 nya la) ..so ternampak la satu kedai kat tepi jalan Omar Roti John Kampung Kadok (kedai bertentangan dengan masjid) ,, nampak macam meriah & ramai..so why not kita try nak tak daddy??..mr.daddy kata ok..then u-turn la semula,niat awal nak akan alas perut ringan2 jer tapi bila dah sampai situ nampak mcm sedap2 jer menunya..hurm apa lagi kita try satu2 eh.. so tak jadi lah makanan ringan2 dah jadi makanan berat jugak sebenarnya sebab makan banyak ekeke

gaya budak tak au tidur..duk layan lampu kat kedai Roti John Omar, Kampung Kadok 

Antara menu yang femes kat sini sbb tengok majoriti pelanggan yang datang wajib order men ni..so kami pon nak order la jugak kahkah..aptb!

antara menu yg femes & wiyah suka walaupon 1st time try..Roti Hemlet Kaya (gabungan antara roti bersalut telur & disapukan dengan home made kaya)...walllah mmg superb la!!  ada 2 versi roti kat sini iaitu baby (roti pendek) & papa ( roti panjang)..hehe walaupun baru nak try dah confident ambik yang papa sbb tgk ramai jer org makan..mesti sedap la kan ;-) ..share ngan mr.daddy sehingga menjilat jari..mmg tak cukup satu..tapi tak order pon, next time bleh datang lagi sebab dekat jer ngan umah..dalam 10minit jer kot rasanya

ini mr.daddy yang punya sama ambil versi papa jugak! ..roti john daging (gabungan antara roti bersalut telur, daging hancur & ditambah kan lagi salad sayuran beserta mayonis + sos cili yang sangat mewah)..mmmg sgt la superb..ada juga roti john ayam & sardin, next time bleh try yang lain plak! wiyah pon join makan..mula2 ambik satu ..eh mcm best la plak..makan lagi & lagi..huahaha abis konon2 nak makan ringan!! huhu, bab makan mmg tak leh nak kata apa daa..bukan tak habis tapi tak cukup tau! hehe

sebab rasa mcm nak nak lagi..so try roti canai telur plak,..syer jer sbb nak try ngan kuah nya..hurrrm  mmg kena dgn selera kami..not bad lain kali bleh datang lagi la..

ok...daa, jumpa lagi ;-)

Thursday, April 18, 2013

Masak Bening Lada Hitam Labu Air

Assalamualaikum wbt

fuhhhhh fuhhh..sapu habuk! hurm..lamanya wiyah cuti ber'blog' & cuti memasak..now back to normal ;-)

ambik mood nak update..jadi lupa plak stail menulis wiyah! hurmmm refresh balik.. hari ni wiyah ber'menu' masakan kampung..dah agak lama jugak rasanya tak masak lauk ni, rindu plak kat kampung time berkumpul makan ramai2 dgn adik beradik ipar duai  anak buah..mak masakkan lauk2 simple mcm ni ..mmg sure tak cukup la nasi..haih rasa mcm nak balik sekarang jer..terasa kemeriahan gelak ketawa kami bercerita..sob sob sob ( padahal tak sampai semggu lagi balik dari kampung hihi)

baru2 ni mak wiyah ada tanam labu air & labu kuning (kami panggil labu peringgi) ni kat kebun...tanam 2 3 pokok jer tapi buah nya masyaallah banyak sungguh..tak habis nak makan. Siap boleh sedekahkan kat org yang nak buat kenduri kawe..bayangkan banyaknya buah! memang tak rugi berbudi pada tanah, buah labu air ni cpt membesar so mak wiyah perlu petik 2 hari sekali.. menjadi rezki jiran tetangga..wiyah pon angkut sebiji masa nak balik dr kuantan baru2 ni..so hari ni baru berkesempatan nak masak , lama btol ambik masa nak masak hehe


step 1: potong labu air mengikut citarasa anda
step 2: didihkan air bersama bahan tumbuk & masukkan labu air bersama daun kesom
step 3: masak seketika & perasakan sesedap rasa
step: sedia utk dihidangkan

Sayur Bening Lada Hitam Labu Air
By : wiyah

Bahan-bahan:
  • 1biji labu air- dikupas kulit & potong mengikut kegemaran
  • daun kesom 
  • 2 ekor ikan selayang-dikukus * 
  • 4ulas bawang kecil *
  • 2 ulas bawang putih *
  • 2sk lada hitam * ditumbuk bersama
  • 5 cawan air (mengikut citarasa masing2)
  • 1sk budu
Cara Penyediaan:
  1. Masukkan air & bahan yang ditumbuk kedalam periuk, masak dengan api sederhana sehingga mendidih.
  2. Kemudian masukkan labu air, budu, daun kesom & gula serta garam sesedap rasa. Masak seketika & padamkan api. Siap utk dihidangkan
P/s: sedap dimakan pada waktu tengah hari, dihari hujan bersama ikan goreng panas1..ditambah lagi ada ulaman dicicah bersama budu. sure menambah2 sampai tak cukup nasi..ekeeke


ok daa..selamat menjamu selera ;-)

Monday, March 25, 2013

Grandmother Hinckley's Blueberry Muffin

Assalamualaikum wbt


malam2 sebelum tdo wiyah suka blogwalking dulu sampai la btol2 mata ni ngantuk..paling wiyah suka singgah kat blog k.azie or Azie Kitchen..resepinya sgt best2, slalu C&P dlm koleksi jer..alhamdulillah akhirnya try gak resepi2 k.azie...antara resepi yg wiyah pernah try perfect vanilla muffin, carrot cc,beriani pakistan,nasi kerabu tp tak sempat nak tayang coz bila bunyi ting jer...dah ada org g yang rajin jenguk oven hihi

wiyah suka baca celoteh k.azie..baca blog nya membayang kan seolah-olah wiyah baca artikel kat magazine ..& novel kalau part cerita flash back k.azie..gambaran ceritanya jelas wiyah dpt gambaran..jauh kan wiyah duk bayang dr tapak asal umah k.azie yg kini dah jadi tapak universiti sekarang ni


normally resepi yang k.azie share khas utk 2-4 org makan jer..dlm 9 biji muffin (wiyah mkn dua org jer)..hehe, sgt memudahkan wiyah utk try mem'baking' sbg hidangan petang..thank yer kak.azie


 dah lama teringin nak buat muffin yang guna fresh blueberry ni sebenarnya..baru semalam hajat kesampaian..alkebetulan ada beli bluberry masa shoping groceries last week, hurmm so b4 blueberry tu habis wiyah ngap tiap kali buka peti ais..lebih baik wiyah penuhi hajat yang dah lama terpendam tu

Oleh: Azie Kitchen 


Bahan bahan: Menghasilkan 9 biji muffin

  • 3 sb butter
  • 2/3 cawan gula kaster
  • 1 biji telur, pukul
  • 1/2 cawan susu
  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 2 sk baking powder
  • 1/2 sk garam
  • 1 - 1 1/2 cawan fresh blueberries
  • 1 sk vanilla extracts (saya tambah)

Cara2 Penyediaan:

  1. Putar mentega bersama gula sebelum dimasukkan telur. Kemudian masukkan susu.
  2. Masukkan pula tepung gandum yang diayak bersama baking powder dan akhir sekali masukkan garam. 
  3. Kemudian masukkan fresh blueberries yang telah dilap kering dengan kertas tisu. Masukkan adunan ke dalam acuan muffin yang telah di spray dengan canola oil atau masukkan ke dalam cawan kertas.   
  4. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170C selama 20-25 minit atau sehingga masak. Keluarkan dari oven.

nak sikit??? meh umah wiyah..nanti wiyah buatkan hehe




Wednesday, March 20, 2013

Siakap Kukus Asam Boi

Assalamualaikum wbt..

hai kawan2...apa khabar semua..sihat? sekarang ni musim demam, ramai yg demam disebabkan keadaan cuaca yang tak menentu..apa pun wiyah doakan semoga semuanya dlm keadaan yg sihat dibawah lindungan Allah swt..in sha allah

alhamdulillah masih diberi kesihatan yang baik utk menguruskan aktiviti harian yang tak pernah habis...erk?? mcm merungut jer, hehe..a bit la! penat jugak rupanya yer jd full time housewife ni..kena btol2 kuat utk jadi wife & super dupper mommy!.panjang plak tazkirah hr ni yer ;-)..

ok la mlm ni nak update resepi kami tadi..Siakap Stim Asam Boi syukur alhamdullillah bluuuurrrp kenyang yg amat..1 lauk jer pon masak mlm ni, RM 6.89 sekor beli kat TESCO..puas hati berbaloi2 !


sejak duk umah ni..1st time masak ikan siakap, hari2 lain byknya ayam & sayur2 jer...cemuih dah rasanya since dr berpantang lauk yg lebih kurang jer selalu kan, skali skala tukar angin la plak

  • 1 ekor ikan siakap
  • 3 cawan air & 2 sb sos ikan nampla
  • 5 batang serai (dititik)
  • 2 inci halia (dihiris)
  • 3 ulas bawang putih & 1 ulas bawang merah (dihiris)
  • 5 biji cili padi (dibelah 2)
  • 1 biji tomato (dipotong 8)- tak letak
  • sedikit carrot (disagat memanjang)
  • 1/2 paket asam masin putih 
  • 5 biji limau kasturi (di ambil jus nya)
  • daun sup/ batang supkukus
Cara Penyediaan:
(since ikan ni lebih besar dari periuk kukus wiyah yang comel tu..so wiyah guna kaedah ala2 kukus a.k.a rebus dalam kuali)
  1. Masukkan air ke dalam kuali  & biarkan hingga mendidih (ikut bajet sendiri nak kuah banyak mana)
  2. Masukkan bahan-bahan lain ke dalam kuali kecuali (ikan, carrot & daun sup). Tutup kuali & biarkan kuah mendidih menggunakan api yang sederhana.Masukkan garam & lain2 SESEDAP RASA. Rasakan masam, masin & manisnya. 
  3. Masukkan ikan & tutup kuali sekali lagi . Biar ikan sehingga betul-betul masak. Tambahkan carrot & daun sup. Tutup api.
  4. Siap untuk dihidangkan.
p/s: kuahnya terasa masam2, manis & masam seperti asam masin. Mmg sesuai bagi yang kurang selera makan. Dimakan bersama dengan nasi panas masa hari hujan..memang selayaknya menambah2 hehehe

Selamat mencuba ^_^
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...