To All My Friend, Lovely & Silent Readers

To All My Friend, Lovely & Silent Readers

Mohon maaf kiranya wiyah a.k.a Tuan Rumah tiada kunjungan balas/backlink /follow ke blog kalian, ini kerana disebabkan oleh ketiadaan link blog tuan/puan utk wiyah follow kalian. Jutaan maaf juga jika jarang ber'blogwalking' ke blog kalian (busy tahap cipan). In sha Allah jika ada kesempatan waktu wiyah akan ke singgah ke blog kalian..Peace No War!!

Followers

Imamku Hingga ke Hembusan Nafas yang Terakhir

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Lilypie Pregnancy tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Premature Baby tickers

Follow by Email

"Some Love Stories...Live Forever"

Saturday, December 31, 2011

Sayonara 2011 welcome 2012

assalamualaikum...wbt

* Last entry for year 2011..entry yang ke 193*  
hai semua,,,,agak lama wiyah tak bersiaran ,hampir sebulan rasanya kot! sori sgt2 wiyah tersangat lah busy lately..alhamdulillah semalam dah setel semua kesibukan tu, selesai pembentangan projek sarjana wiyah & housemate,,semuanya berjalan lancar & ada sedikit correction..syukur pengorbanan bagi kami dibalas dengan penuh kesyukuran...segalnya telah di permudahkan walaupun sangat sukar utk hadapi semua tu,,apapun thanks pada famili, kawan2 especially housemate yang banyak bagi sokongan, tunjuk ajar & semangat sampai siap report tu sampai jadi macam tongkang pecah umah kita..penuh dengan kertas ;-)

semua ni adalah kenangan manis bagi kami,,aktiviti belajar yg paling beri kenangan manis buat wiyah,,so wiyah nak share kat sini..if something happen at least we have our memory's here,,sedikit kenangan kami b4 pergi ke viva session..wiyah doakan semoga kita semua cepat di posting nanti..cepat dapat keje..cepat kawin..cepat bertemu jodoh & berbahagia hingga ke akhirnya InsyaAllah...


masih mampu tersenyum..dalam hati tuhan jer yg tahu betapa takutnya nak hadapi situasi tu

nuha..thanks yer coz banyak bagi semangat & sumber idea, pendapat semua! nuha seriously muka berdebar2 & jelas nampak kat riak muka tu,,alhamdulillah kita dah hampir merdeka kan ;-)

Ajaa...alhamdulillah dah selesai semuanya walaupon keadaannya yg sgt 2 tak mengizinkan,,,thanks for ur doa sebelum kita keluar rumah tu yer,, touching sangat2 time tu,, sempat jugak jatuh air mata wiyah time tu

rumah kami ;-)

oke...pikcer kat bawah ni plak,,kawan2 yang present sama sesi ngan wiyah..6  orang sumenya! congrats u all we r pass with few corrections... good job ! alhamdulillah


&
kat bawah ni adalah pikcer panel2 kami,,Dr. Asri Selamat & Puan Hajjah Sarebah...thanks coz memudahkan segala urusan kami..jasa kalian akan kami kenang ,,insyaAllah


insyaAllah jika di beri umur yang panjang, pemikiran yang masih waras, semangat yang masih kuat..bertemu lagi kita di peringkat Phd plak yer..amin

InsyaAllah pertengahan bulan Januari nanti..kami akan tamat pengajian, rasa cepatnya masa berlalu..jumpa lagi tahun depan  yer ;-)

Monday, November 28, 2011

1 Muharam 1433H ---> Puding Masam Manis

Assalamualaikum wbt

Dessert ni wiyah buat khas untuk majlis kenduri umah mak wiyah 1 muharam 1433 H sempena kenduri arwah, tahlil, bacaan yasin & majlis cukur jambul anak buah..menu last minute coz byk kedai tutup so untuk mendapatkan bilangan yang banyak kena lebih kreatif untuk dapat banyak bekas haha,,must be within d budjet la kan,,setakat mana bekas acuan yang ada saja

wiyah tak tau nak namakan apa puding ni sebenarnya tapi disebabkan rasanya masam & manis so wiyah namakan dia Puding Masam Manis la..agak2 sesuai tak?? hehe

dari bawah : Lapisan puding strawberi + lapisan crystal jelly + lapisan dadih coklat + crystal jelly

Jom kita share resepi :Bahan-bahan - Lapisan A, B & C

A. Lapisan Puding Pink atau Strawberi : [ sedikit keras dari dadih tp lagi lembut dari crystal jelly]

  • 1 paket serbuk agar-agar { wiyah gunakan brand Nona & warna Merah}
  • 600 ml air
  • 1 tin susu cair (400ml) 
  • 1 cawan gula
  • 2 sk perisa strawberi
Caranya:


  1. Campurkan serbuk agar-agar bersama 600ml air & 1 cawan gula + perisa strawberi
  2. Masak & kacau sehingga semua bahan terlarut. Masukkan susu cair & padamkan api.
  3. Tuangkan kedalam acuan , ikut ketebalan yang diingini & biarkan mengeras.

~ sementara menunggu lapisan strawberi mengeras~
Jom kita prepare untuk lapisan kedua plak..lapisan blackcurrent crstal jelly


B. Lapisan Jelly atau Blackcurrent :[ lapisan ni agak keras ]

  • 1 paket Crystal Jelly { wiyah gunakan brand Nona & Perisa Blackcurrent}
  • 400ml air
  • 2sk paste Blackcurrent { wiyah gunakan blackcurrent sanquick}
Caranya:
  1. Campurkan sebuk crystal jelly kedalam 400ml air + perisa blackcurrent yang sedang didihkan secara perlahan.
  2. Kacau sambil memasak & padamkan api selepas mendidih. Teruskan mengacau sehingga larutan tidak lagi berbuih.
  3. Tuangkan ke atas lapisan strawberi (pink) tadi. 
Note : Pastikan lapisan tadi telah mengeras sebelum menuang lapisan jelly ini

~ Sementara menunggu lapisan Crystal Jelly ni mengeras~
jom kita prepare lagi satu lapisan...lapisan coklat

C. Lapisan Dadih Coklat: [lapisan ni sangat soft]
Lapisan coklat ni dadih sebenarnya, teksturnya sangat lembut & perumpamaan dadih sememangnya perlu dimakan dengan menggunakan sudu ;-)
  • 1 paket serbuk dadih perisa coklat
  • 1 tin susu cair 
  • 3000 liter air
  • 1/2  cawan gula
Caranya:
  1. Didihkan air & masukkan gula sehingga gula betul2 hancur
  2. Masukkan serbuk dadih & susu cair. Padamkan api & kacau bahan sehingga larutan sebati dan tidak berbuih lagi.
  3. Tuang ke atas lapisan crysral jelly tadi. Pastikan lapisan tapi telah mengeras sebelum menuang lapisan dadih ni.






Kenduri nya semalam..tapi petang ni baru sempat merasa puding ni,,,just 2 gelas ni jer yang tinggal kat umah,, yang lain2 tak sempat nak ambil gambar..sekelip mata jer dah sold out!! huhu..tetamu mmg sangat2 ramai..tak muat rumah & semua lauk jugak sold out..alhamdulillah syukur coz tak ada pembaziran..

Doa Kami : insyaallah mudah-mudahan tahun depan turn wiyah & suami plak buat kenduri cukur jambul..hopefully doa kami didengari& dimakbulkan olehNYA.. amin amin ya rabbal alamin

Saturday, November 26, 2011

Dimana boleh beli buah zuriat ---> buah adam hawa & serbuk bunga kurma??

assalamualikum...wbt

salam maal hijrah 1433H..semoga tahun baru islam ini akan memberi lebih keberkatan hidup kepada kita semua insyaallah! Doa wiyah menyambut tahun baru islam adalah semoga impian wiyah utk mendapatkan cahaya mata termakbul pada tahun ini..amin amin ya allah,, semoga doa kami didengari serta di makbulkan olehMu Ya Allah..( sambil menulis menitis air mata,,tak dapat tahan rasa sebak coz hari ni seharian duk main ngan baby cukina..rasa sayang sangat & feeling jd ibu walaupon sebagai ibu sadara saja) ;-(

disini wiyah nak share satu blog yang memang khas menjual produk usaha untuk mendapatkan zuriat dari mekah..ramai yang bertanya kat mana nak beli buah adam hawa & serbuk bunga kurma,,ok kat sini wiyah sertakan link & pakej produk yang dijual di blognya

** wiyah pernah buat n3 & cara makan produk ini kat SINI **

InsyaAllah sekiranya terdapat kemuskilan..apa yang wiyah boleh bantu,, wiyah akan cuba sedaya upaya,,kita hanya berusaha, mencuba, berdoa & bertawakkal pada yang maha PEMURAH..

Link Blog : Rumpunnya Kasih Harmoninya Sayang  ( just click the link)

Pakej Produk yang dijual :

maaf..wiyah just copy & paste dr tuan empunya blog,, so may be sedikit tak cantik pada n3 ni yer!
1 kotak serbuk debunga kurma +
2 biji buah zuriat (percuma! ) = RM 45 termasuk pos laju



1kotak serbuk debunga kurma + 1 set buah zuriat
(ada 10biji) = RM 88.00 sahaja (termasuk poslaju!!!)


kedua-dua produk telah berada di Malaysia,, so sila dapatkannya sebelum terlambat..wiyah just bantu apa yang wiyah boleh bantu,.

~ Semoga info ini dapat membantu kalian semua~
Amin ya rabbal alamin

Friday, November 25, 2011

Sambal Belacan Quinnie

assalamualaikum wbt

n3 ringkas & pendek..just nak share respi penambah selera orang melayu kita ;-),, kalau makan nasi mmg slalu nak ada sambal belacan ni..wiyah pon sama & sentiasa mencari sambal belacan yang meletop selain dari sambal belacan mak wiyah & sambal ni wiyah C& P dr blog tuan punya sambal Mr. Quinnie

so far..dah 2x wiyah buat sambal Mr Quinnie ni,, mmg sangat best & kalau lagi masam + pedas mesti lagi best..thanks pd mr. quinnie for sharing d recipe !

ini 1st time wiyah buat ..wiyah guna blender kering je,, mmg menjadi & tak terlalu cair sangat

Sambal Belacan

Sumber : Mr. Quinnie
Sumber sepanjang hayat  : Mak Wiyah

Bahan-bahan ( 1 mangkuk )

·                     1 cawan cili padi
·                     1/4 cawan gula
·                     1/4 cawan garam
·                     1 sudu besar belacan
·                     1 biji tomato
·                     1/2 biji bawang besar
·                     1/2 biji lemon diambil airnya
·                     Sedikit air masak


note : wiyah tampah bawang merah & tomato yang dipotong dadu [ tak perlu blender bersa,ma sambal ]

Cara-cara

1.            Bakar belacan selama 2minit atau nampak garing
2.            Masak bawang besar dgn microwave dengan suhu 600w selama 2 minit atau boleh juga dibakar
3.            Kemudian kisar semua bahan-bahan di atas
4.            Siap untuk dihidang


ini plak 2nd time wiyah buat..wiyah tambah dengan bawang merah & tomato yang dipotong dadu , yang ni wiyah try guna blender basah,,kurang hancur skit coz blender tu  matanya dah tumpul!..saje nak test coz dah lama tak guna ..apa pun still habis jugak ;-)

Tom Yam Ikan Jenahak Thailand Style

assalamualaikum..wbt

salam hari jumaat & selamat bercuti panjang sempena cuti sekolah & cuti maal hijrah dapat 3 hari kan..hurm wiyah pon ambil kesempatan ni balik ke kuantan walaupun keje bertimbun2 perlu dihantar dlm masa terdekat,,ahad ni famili wiyah akan adakan kenduri arwah tokwan , bacaan yassin, tahlil & majlis cukur jambul anak buah wiyah...cukina! dats y..nak tak nak walaupon keje banyak...family is my priority no reason!!

oklah hari ni wiyah nak share 1 menu..tiba2 terfikir nak masak ni coz kalau kat batu pahat wiyah slalu makan dekat satu restoran thai yang hidangkan menu utama Tom Yam Ikan Siakap,,so alkebetulan la wiyah beli ikan jenahak pagi tadi terfikir la nak masak tom yam jugak..then teruskan pergi dapat bahan2 yang diperlukan disebabkan rumah dah lama tinggal kan & peti ais mmg dah confirm la kosong kan kecuali ada air masak jer..hihi

Tom Yam Ikan Jenahak  ( Thailand Style)
adaptasi dari resepi terdahulu :- Kueh Teow Tom Yam & Tom Yam Ketam

actually resepi tom yam wiyah belajar dari mertua  kawan wiyah masa wiyah duduk kat besut dulu..sekali rasa terus terpikat sampai la sekarang wiyah masak style yang kawan wiyah ajar tu...

Tom Yam Ikan Jenahak Thailand Style

Bahan-bahan yang diperlukan:

1. ikan jenahak/ siakap/ merah atau boleh digantikan dengan bahan lain
2. sedikit babycorn + carrot+ bunga kobis + cendawan + tomato & bawang besar
3. 3 batang serai + daun limau purut
4. bwg putih + cili api [tumbuk lumat]
5. 4sb perencah tomyam

Cara menyediakan:

1. Tumiskan bahan tumbuk dengan sedikit minyak
2. Masukkan serai + daun limau purut [sampai masak]
3. Masukkan sayuran + perencah tom yam
4. Akhir sekali masukkan Ikan Jenahak [ ikan tak perlu dimasukkan awal sangat  sebab takut ikan tu hancur,,ikan jenis ni isinya lembut]  
5. Perasakan SESEDAP RASA masam,masin secukupnya & siap untuk dihidangkan



p/s : Lauk tom yam ni mmg sedap kalau dimakan waktu malam & musim hujan coz boleh panaskan badan.. Boleh juga dihidangkan bersama dengan sambal belacan & telur dadar & sedikit ulaman


Jom lunch....& selamat menjamu selera

Tuesday, November 22, 2011

Tahniah Harimau Malaya!!

assalamualaikum wbt

n3 just to record my random activity with freinds...Game : perlawanan akhir bola sepak Malaysia vs Indonesia sukan Sea 2011 @ Mcdonald Parit Raja, Batu Pahat Johor.

1st of all..Congratulation Harimau Malaya!! U r super dupper hebat la...sebagai tanda sokongan kepada pemain Malaysia so wiyah& housemate keluar menonton bola kat luar..semua kedai mamak of course full,, then kami ke McD,,,walau pun full jugak tp ada rezeki menyebelahi kami..still ada sit utk kami,,,waaaa sgt suka!!

Malam tadi McD mmg sangat2 full dengan student UTHM..tp bukan untuk makan tapi untuk tgk bola!! management Mcd pon agak sporting semlm coz benarkan kami angkat kerusi sana sini, menjerit-jerit, & sepah2 kan Mcd...siap pasang 2 TV Plasma lagi..mmg puas hati !

ok lah
Lets the picture tells the story ;-)
I
I
V
Separuh Masa Pertama,,masih boleh cool & bergambar posing senyum2 

housemate ------> wiyah, ajaa, fatin & nuha

nuha & muna...mmg bersemangat!

ajaa & muna mmg sgt bersemangat..siap pakai hitam + kuning lagi!

Separuh Masa Kedua...mmg tak senang nak duduk la + berdebar2,,nak ke tandas pon boleh tahan lagi... huhu

dengan tak senonohnya...dah la duk depan sekali! wah tak menahan..malu babe kalo ada mr.hubby tgk nih ;-)


5 of us ;-)


detik-detik akhir kemenangan....menjerit2 sampai sakit tekak!
ni semua pikcer candid...mmg tak leh nak control terjojol itu & ini huhahhaa...

yeay!!! malaysia menang!!



semoga perlawanan hari rabu ni memberi peluang yang lebih kepada Malaysia..Chaiyoookk Harimau Malaya!!

Sunday, November 20, 2011

Ikan Perkasam Perak Mari

assalamualikum..wbt

hurm..baru  jer balik dari kursus interpersonal skill @ Bruang Hill Resort Melaka..3D2N terasa macam seminggu lamanya..sangat tertekan jiwa & raga! huh penat tak terkata..sampai rumah lega sangat2 rasanya coz sumenye dah berakhir...dah beberapa hari tak bersiaran..huhu,,just sempat baca jer via G.tab nak menulis mmg tak de masa langsung...

hari2 hujan kan sekarang ni..tak kira pagi petang siang malam..;-),, so bila tiba jer musim macam ni [ musim banjir] ,, so makanan pon ala2 org yang ditimpa banjir..makan nasi ala kadar disebabkan malas..hehe
so hari ni wiyah nak share lauk orang banjir ...credit to ex-officemate wiyah kak.laila yang belikan ikan perkasam ni utk wiyah..tiap kali balik kampung kat Lenggong ,Perak mesti wiyah kirim beli..sangat sedap + menambah selera makan = dapat tambah lagi lemak ;-)

Ikan Perkasam Perak Mari 


wiyah kurang arif pasal ikan perkasam ni..kalau ikan masin kira ok lagi ,,mmg biasa  la bagi orang timur bab2 ikan masin! apa yang pasti ikan perkasam ni berasal dari negeri2 utara,,macam kedah, perlis & perak katanya ikan ni adalah ikan sungai @ ikan yang duk kat bendang!

bagi orang timur macam wiyah...wiyah lebih biasa ikan masin or ikan jeruk [ikan jeruk ni lebih kurang macam ikan perkasam juga tapi dijeruk ngan garam jer]..

ini rupa ikan perkasam mentah yang siap disediakan & sedia untuk digoreng...Pikcer ehsan dari mr.google

ikan perkasam ni umpama menu tambahan bagi menambah selera makan..fungsinya sama juga macam sambal belacan, budu, cincaluk,sambal tempoyak & lain2 lagi. Famili wiyah kalau lunch mesti ada salah satu daripada semua tu..makan bersama ulaman kampung memang terbaik lah!

bahan yang diperlukan :

  1. ikan perkasam [ 2 or 3 ekor]
  2. bawang besar holland + cili padi
  3. asam limau + tamoto 

cara penyediaan :_
  1. panaskan sedikit minyak [dlm 3sb jer]
  2. goreng ikan perkasam dengan api yang perlahan ~ goreng garing
  3. masukkan bawang besar + cili padi
  4. matikan api & angkat { perahkan asa limau sebelum menghidang]
p/s : sedap di makan bersama nasi panas & musim2 hujan yang membuatkan perut jadi selalu lapar! ;-)




ok..kalau ke utara jangan lupa beli ikan perkasam. yer ..;-)

Friday, November 18, 2011

Aiskrim Goreng..Panas diluar Sejuk didalam

assalamualikum..wbt

salam malam jumaat semua..;-D,, apa senyum??? ngehngeh ,hurm tadi baca yassin tak?? hah tak baca?? alahai seminggu sekali jer kawan2,,tak sampai 20 minit pon kan...kepada yang baca & sedekahkan pada semua umat islam yang telah dahulu dijemput oleh Allah swt,,alhamdulillah syukur!..bukan apa at least sekarang kita beringan pada yang dah tiada..dengan harapan bila dah tiada nanti ada juga orang yang akan ingat kita & sedekahkan bacaan yassin untuk kita kan...

p/s : peringatan utk diri sendiri & kawan2 semua yang wiyah sayangi..kalau ada yang berkeci hati seribu kemaafan wiyah pohonkan,, tak berniat untuk menyindir or sakitkan hati sesiapa pon!

malam ni a.k.a pepagi buta kul 12.45am ni wiyah nak tayang aiskrim goreng la..boleh x???

[ versi wiyah..aiskrim goreng rejected] ;-(

[ pikcer diatas sangat jelik & sangat tak menyelerakan..sila abaikan,,tapi still nak tunjuk gak]...tak malu kan!!

cerita macam ni..sambil duk borak2 ngan anak buah semua terkeluar la cerita pasal makanan & pasal aiskrim goreng! terus anak2 buah tanya camana nak buat so wiyah ajarkan pada anak buah cara nak buat semua itu & ini [ walaupon pada amnya wiyah sendiri pon tak pernah try buat tp ex-consultant wiyah pernah ajar 2 tahun yang lalu...uit ingat lagi hehe]..then petang tu dia terus buat dulu,, apa lagi meleleh la air liur makcik dia ni tengok dia duk tayang kat fb,,

wiyah panggil anak buah wiyah kakak,,semua org panggil dia kakak!! tak kira tuar, budak kecik or rg tua...student tahun 2 food technologist kat Uitm kuala pilah N9..1st time kakak buat aiskrim goreng ni tapi terus menjadi tak mcm yang wiyah buat..huhu,bleh tengok & usha blog KAKAK yang tak tau la blog ke berapa dah dia buat,,asyik tukar jer! pening makcik dia nak follow haha...disebabkan sedap sangat & tak cukup then malam tu adik2 dia request dia wat lagi ,,2nd time KAKAK buat untuk adik2 nya! sweet kan..;-D

1st aiskrim goreng dari air tangan kakak..adik2 dia berebut katanya ;-)

then malam tu adik2 dia request mintak buatkan lagi..so si kakak ni pon buatkan la,,sanggup gi beli roti + aiskrim malam2...sama gak ngan wiyah terus ajak mr.hubby g beli aiskrim + roti lepas tgk kakak tayang kat fb..huhu,,mmg tak penyabar langsung wiyah ni,, dan2 gi beli time tu juga ;-)

sape boleh tahan kalau tengok pikcer makanan yang sangat menggiurkan..kan??

opps lupa nak share resepi plak...credit to blog kakak jer la yer coz sama jer stepnya ..hehe

Jom tengok bahan & cara nak buat :
  1. sediakan 1 keping roti sandwich
  2. letakkan beberape scoop aiskrim mengikut citarasa anda kat atas roti tu
  3. kemudia letakkan dengan 1keping roti kat atas roti yang dah diletakkan aiskrim tadi
  4. ambil cawan or gelas...tekap kat bahagian atas kedua2 roti tadi
  5. pusingkan cawan/gelas tadi sampai roti tadi terpotong ikut saiz cawan/gelas tadi
  6. PASTIKAN..dibahagian tepi roti tadi tertutup rapat macam karipap tu yer.
seterusnya
  1. freeze kan selama  3 or 4 jam atau lagi baik semalaman [ kat bahagian atas tau]
  2. kemudian boleh la digoreng   bila hendak dimakan
  3. cara menggoreng lebih kurang macam kita menggoreng cekodok tu je!! kejap jer jangan lama sangat nanti hangus roti tu
ini la rupa yang baru siap di goreng..rangup diluar tapi lembut didalam
[ tapi ini versi anak buah wiyah yer...versi wiyah pikcer yang paling atas & pikcer yang paling bawah ni]
huhu..aiskrim goreng wiyah tak menjadi..maybe sebab peti wiyah tak sejuk or cepat mencair,,habis rosak dah tak cun aiskrim kat dalam tu jadi cair

menyampah tengok aiskrim goreng wiyah..tapi rasanya still sama jer walaupon jadi cair macam ni,,nak sedapkan hati sendiri ;-)


Thursday, November 17, 2011

Menambah Lemak di Sate Zul, Kuantan

assalamualiakum

ini cerita sudah basi yer...sila abaikan semua bau masam yang dah basi tu hehe!! just nak share tempat makan yang best kat kuantan...manalah tau kan kot2 ada ke kuantan & nak cari tempat makan yang agak berlainan cket dari yang lain...so ini wiyah tunjukkan tempatnya! ;-)

malam minggu yang lalu..kami JJCM area bandar kuantan coz dah bosan minum tea tarik ever ynight kat area yang sama..huhu kalau tak g balok g area beserah , tak pun kat kedai mamak dalam taman, or tepi pantai batu hitam & kadang tu sampai ke tanjung lumpur perginya..apa yang pasti mmg setiap malam b4 tdo mr.hubby ajak pekena tea tarik dulu..borak2 cite pasal hari berkenaan..alhamdulillah dapat suami sehaluan begini kan ;-)


kat sini ada bermacam-macam menu stay ada AYAM, DAGING, KAMBING, ARNAB & RUSA [harga berbeza-beza ikut jenis satay yer]...selain dari tu ada juga nasi lemak, laksa penang, rojak & macam2 lagi yang tu wiyah tak pasti sangat tentang menu & harganya..ok SATAY ZUL ni ada 2 cawangan kat Kuantan,,selain daripada kuantan mmg wiyah tak tahu..;-)

Cawangan pertama : Jalan utama dari bandar Kuantan menuju ke Teluk Chempedak or TC [ location nya betul tepi jalan sebelah kiri] 

Cawangan kedua : Bangunan Malay Town berdekatan dengan East Cost Mall (ECM)..location betul-betul tengah bandar Kuantan @ berdepan dengan Stadium Makmur @ Terminal Makmur.~ kami pergi ke cawangan yang ini !

sate ayam & sate daging ...RM 0.70 per cucuk

mmg sangat besar & puas hati sate kat sini...perut lapar gila so jadi tamak la kejap ambil 10 batang ayam & 10 batang daging..hurm last masih berbaki 8batang...apa citer? sape yang rugi..kena bebel satu baldi ngan mr.hubby huhu

sate + kuah kacang = best sangat2 siap boleh tambah2 lagi w/o any charge

ada pesanan dari panaja...share dr fb,,terpulang nak percaya atau pon tak tapi wiyah mmg percayakannya coz bukan sush pun utk kita amalkan..just makan timun jer utk mengelakkan dari barah yang berpunca dari makanan yang dibakar! ;-)

Jika anda makan SATAY jangan lupa makan bersama timunnya kerana memakan SATAY bersama karbon yang terhasil selepas pembakaran akan mendatangkan kesan karsinogen...apakah sebenarnya karsinogen tu??? hurmm....karsinogen tu adalah satu keadaan/ agen yang boleh mengakibatkan BARAH manakala timun pula boleh bertindak sebagai anti-karsinogen...maka kesimpulannya SATAY + TIMUN adah kombinasi yang sangat baik untuk diamalkan..bukan sahaja jika makan satay tetapi juga jika memakan makanan yang berbakar yang lain..

set wajib tambah :- set timun + nasi impit RM 2 

total semua yang kami makan tak sampai RM 20 pon..so boleh recommend la kat kawan2 semua utk datang & rasa sate kat kuantan pula ;-)

makan sambil online..disebakan galaxy tak ada bateri so wiyah angkut jer laptop yang besar gajah tu,,sambil tu bleh cari info pasal assignment! eh yer ker..buka fb ngan blog ker?? haha

~ Menghabiskan masa dimalam minggu bersama tersayang sesungguhnya saat yang paling indah dalam hidup AYIE & WIYAH~ 

daa..datang ke kuantan sila-silakan lah mencari tempat ini yer ;-)

Tuesday, November 15, 2011

Shopping Tudung Lagi..Sangat Elegen & Gorjes!!

'assalamualikum...wbt

Jpm shoping..hanya dihujung jari! haha ni la keburukan teknologi kan..specially bagi diri wiyah sendiri,, susah nak control shoping online ni! dlm m2u tak boleh ada banyak...kalo banyak maka lagi banyakla me'request\' TAC & mengklik continue..huhu

skarang ni wiyah bershoping tudung online kat sini plak Shaatie's Collection ,,harga kat sini berbaloi & murah..so feel free sila la cuci-cuci mata kat page ni yer,,kat fb senangkan just add freind jer ;-D





lately ni...suka tudung readymade yang softawning coz lagi senang  nak jaga & pakai...siap basuh boleh basun mesin lagi...serius wiyah dah try buat & muka still macam biasa gak coz dia bukan hard awning .. sangat suka coz memudahkan kerja wiyah hehe;-)

ini latest shop online yang wiyah selalu cuci mata & beli kat sini juga sekarang .alhamdulillah dah selamat sampai semalam sebelum wiyah gerak balik ke batu pahat..sbb tak perasan pos laju datang,, tiba2 tgk ada note jer yang POS LAJU tinggal apa lagi terus call posmen pos laju tu & so dapat la terus ,, balik batu pahat dgn senang hati coz dah dapat tudung idaman ;-) ...kat sini senang nak deal ngan tokei kedai dia ..sangat memudahkan lagi kerja wiyah yang selalu busy tak sempat nk ber'window' shopping ni..haha yer la tu

wiyah mula pakai yang soft awning dengan tudung2 ni...kalo nak tengok beli kat mana sila klik SINI...design yang sama gak by Fazli Ferina,, mmg sgt2 selesa pakai tudung ni coz dia tak ada awning yang keras tu..tapi masih still cantik terbentuk ikut jenis muka kita tak kira bulat ataupun bujur

sori atie...wiyah pinjam promot pikcer atie yer ;-D,,credit to shaatie's collection




design yang sama tapi beli kat shop online yang lain..tgk tokei kedai upload design baru jer,, terus jadi angau berangan2 itu & ini haha!..siap boleh reserved lagi tau..kalau berkenan,kadang tu kita lambat nak transfer duit..bagi wiyah rasanya sangat  bagus coz jarang jumpa shop online yang boleh tolerate macam ni !

suka tudung2 kat bawah ni jugak..tapi tapi tapi...huhu banyaknya tapi,,poket dah bocor huhu :-)


suka jugak yang ni...tapi dah out of stock! huhu tak ada rezki..hitam lagi! tak habis2 color hitam kan ;-)


yang pon suka..tapi bajet dah lari daa,, huhu maybe next design boleh la kot..this month kena hold la dulu...mengidam jer boleh?? hehe

 oke kalau berkenan...silalah add tokei kedai ni yer ,,& happy shopping ;-D

Friday, November 11, 2011

Sedap Hingga Menjilat Jari

Assalamualaikum...wbt

Jo nak tunjuk satu tempat makan baru kat kuantan...nak kata baru tak la sangat kot, lebih kurang dalam 1/2 tahun dah buka tapi hari ni baru 1st time wiyah g sini...selalu pergi dekat cawangan yg pertama jer, mr.hubby selalu jer slalu duk cite makan itu & ini kat Foodcourt ni! so hari ni mr.hubby tunaikan janjinya kat wiyah..kami lunch Nasi Kukus Ayam Berempah @ Jungle Foodcourt Indera Mahkota, Kuantan...ini cawangan kedua Nasi Kukus Ayam Berempah JUNA, cawangan pertama berdekatan dengan Kolej Shahputra, Kuantan tapi kat situ alahai ramainya orang & perlu beratur panjang..kalau wiyah kesana just tapau jer..lagi selesa makan kat rumah! 

mr.hubby punya..Nasi kuskus + Dada Ayam Goreng Berempah + Sambal Belacan + Ulam

wiyah punya ...Nasi kukus + Peha Ayam Goreng Berempah + sambal belacan + ulam

kalau nak kesini perlu awal coz kedai ni hanya mula buka pada pukul 11.00pagi & tutup pada pukul 3.00pm....kalau banyak tempahan & customer ramai lagi la awal tutupnya! so kena cepatla yer..kalau nak makan nasi ni..mmg sgt2 laku 'macam goreng pisang panas' tapi ini  ' Nasi kukus + ayam goreng panas' haha

oke..harga nasi ni RM6/bungkus konsep layan diri & jangan terkejut coz ia tak dihidangkan dalam pinggan just dalam kertas pembungkus nasi tu jer..senang lepas makan isi dalam plastik terus buang jer..kerja mudah kan! ;-)

Nasi kukus + Tea O ais limau

 wiyah ambil gambar candid mr.hubby & hubby jugak..tgk mulut wiyah ternganga luas! sangat2 lapar la katakan..tp lps makan tu amatlah kenyang sampai sekarang..malam ni tak bleh makan nasi dah tau!!!


Oke...kalau datang ke kuantan..Sila la singgah kat sini,,rugi tak rasa! mmg berpuas hati...SESEDAP RASA semuanya ..hehe

Paprik Campur 111111

assalamualikum...wbt

hehe title tak menahan nak gak 111111 tu..ngehngeh

salam hari jumaat yang mulia...penghulu segala hari disamping salam permulaan nombor..SATU permulaan segala-galanya...111111 sungguh cantik date hari ni,,mungkin tarikh ni yang satu-satunya wujud kat dunia ni dalam seusia kita sekarang..kepada yang menyambut hari jadi & kepada yang melangsungkan perkahwinan & tak lupa juga pada yang menyambut kelahiran bayi hari ni...wiyah ucapkan tahniah & semoga hidup kalian semua di indahi  serta dipenuhi dengan keberkatan,rahmat, kebahagian, syukuri setiap 1 nikmat yang diberi dengan sebaiknya...

oklah sempena 111111 ni wiyah pon nak mulakan segalanya yang baru, penambahbaikan dalam kehidupan sebagai seorang  ISTERI dalam sebuah rumahtangga yang dah berusia 4tahun ++ without baby ;-( ,,segalanya wiyah nak ubah ke arah kebaikan,,insyaAllah secara perlahan-lahan semoga dalam redhoNya..amin

Paprik Campur 111111 

paprik campur 111111 ni wiyah jadikan sebagai titik permulaan...1 step move ;-D

wiyah pernah masak Paprik Ayam + Sotong sebelum ni,,rasanya lebih kurang jer kot

Bahan yang diperlukan:
  • sedikit isi ayam [potong ikut suka kecik or besar]
  • sedikit udang
  • sedikit sotong
  • 2 ulas bawang putih [diketuk] + 1 biji bawang besar [di mayang] +
  • 10biji cili padi [diketuk/tumbuk ~ ikut suka tahap kepedasan]
  • 2batang serai [dititik] + 3helai daun lipau purut [koyak jer]
  • 3sb pes cili kering + 2sb sos ikan
  • baby corn + carrot
  • sedikit air perahan asam limau 
  • daun bawang + daun sup [utk hiasan]

wiyah tambah sedikit kicap pekat sebab mr.hubby lagi suka kalau ditambahhkan dengan kicap dlm apa2 masakan pon..

Cara menyediakannya:
  1. panaskan sedikit minyak & tumiskan bawang putih , cili padi serta bawang besar sampai wangi
  2. masukkan pes cili kering , serai & daun limau purut
  3. masukkan ayam [ masak dalam 3min], baru masukkan udang & sotong
  4. masukkan sos ikan, perahan air asam limau , carrot & baby corn
  5. perasakan dengan gula & garam SESEDAP RASA
  6. siap untuk dihidangkan

p/s : lauk paprik ni lagi sedap dimakan bersma2 dengan telur dadar & sambal belacan  + ulama seperti timun batang  or kacang botor or salad ;-)

Jemput makan semua

OK...SELAMAT MENJAMU SELERA (pssstt makan apa lunch hari ni?) & SELAMAT MENCUBA


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...