To All My Friend, Lovely & Silent Readers

To All My Friend, Lovely & Silent Readers

Mohon maaf kiranya wiyah a.k.a Tuan Rumah tiada kunjungan balas/backlink /follow ke blog kalian, ini kerana disebabkan oleh ketiadaan link blog tuan/puan utk wiyah follow kalian. Jutaan maaf juga jika jarang ber'blogwalking' ke blog kalian (busy tahap cipan). In sha Allah jika ada kesempatan waktu wiyah akan ke singgah ke blog kalian..Peace No War!!

Followers

Imamku Hingga ke Hembusan Nafas yang Terakhir

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Lilypie Pregnancy tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Premature Baby tickers
"Some Love Stories...Live Forever"

Monday, October 28, 2013

Sup Tulang Rempah Mak Siti

Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah masih dalam mood aiduladha..kepada semua jemaah haji selamat kembali dgn selamat & semoga mendapat haji yang mabrur insya allah

Bersempena aidiladha yg lalu..rezki dr nya syukur alhamdulillah, kami juga mengambil kesempatan menjalankan ibadah korban satu bahagian & menjalankan aqiqah 2 bahagian utk anakanda aisy el Wafiey Di rumah mertua kg pulau serai, dungun terengganu (ada org dungun ke..hihi).syukur segalanya berjln lancar, 

Dan di sini satu-satu nya menu yg wiyah sempat masak menggunakan daging yang di agihkan pd hr hari pertama korban..walaupun sedikit alhamdulillah berkat cukup utk keluarga besar wiyah..tak dpt daging, kuah ngan tulang pon boleh la kan..sikit2 sama merasa la kan hehe

Sup tutulang mmg kawan baik dgn bwg holand daun sup daun bawang..baru la meletup :-)

telur masin plak..mmg bff sup tulang! Tak boleh di pisahkan..hihi

biasanya wiyah buat sup tulang ala thai coz rasanya yang tidak terlalu muak/berlemak/berminyak..tp kali ni try gunakan rempah mak siti, slalu juga gunakan tp x berkesempatan nak update..1paket ada rempah kasar & sup bunjut skali..senang sekaligus semuanya ada..

Sup Tulang Rempah Mak Siti

sambal kicap penambat rasa..nak pedas buh cili padi, nak masam ckit perah asam limau...mabelesss!

Bahan-bahan: ( 2-4 orang makan)
  • 1/2 kg Tulang lembu -wiyah guna bahagian rusuk 
  • bawang merah/besar + bawang putih & halia-dikisar
  • 1 paket rempah sup tulang mak siti + 3sb perencah sup debu + serai  
  • ubi kentang + carrot 
Bahan tambahan:
  • daun sup + daun bawang + bawang goreng
  • 1biji bawang besar holland 
  • cili padi-jika nak rasa sedikit pedas
  • asam limau nipis
  • sambal kicap
  • lada sulah
Cara Penyediaan:

Tulang hendaklah direbus lebih awal sehingga empuk.Tips utk pastikan samaada daging telah empuk, perhatikan sekiranya daging & tulang sudah renggang/terpisah.
  1. Panaskan sedikit minyak & tumiskan rempah kasar bersama bawang,halia yang dikisar sehingga kekuningan/ naik bau.
  2. Kemudian masukkan air rebusan tulang, sup bunjut, ubi kentang masak & serai sehingga ubi kentang empuk. Setelah itu, masukkan tulang bersama carrot masak seketika. Perasakan SESEDAP RASA gula,garam & lada sulah.
  3. Padamkan api. Taburkan daun bawang + daun sup + bawang holland + bawang goreng serta sedikit.  perahan asam limau nipis.Siap utk dihidangkan.
Alhamdulillah...blurrrp kenyang, ada lg sebahagian daging blom tau nak buat apa..stop dulu mkn dagibg daging utk sementara nanti naik darah kang susah plak huhu

Monday, October 7, 2013

Terima Kasih Kicap Jalen

Assalamualakium wbt

Entry tertinggal kat draft! huhu..mintak maaf banyak2

Just received a big hamper from Kicap Jalen on last wednesday..Personally, a million thanks to Kicap Jalen, I'm really love & appreciate it! cakap omputih lar plok..haha, otak dah berkarat duk kat umah ni, owhhh rezki kerja bila la nak datang ni, owhh KPM bila nak bagi posting ni...dah bosan dah duk umah ni..ada gak beranak lagi sorang nanti huhu..(dah dah jgn duk merungut!!)


dapat email dr consumer Kicap Jalen bulan puasa lepas, tp mcm caya tak caya jer..tapi reply address jugak & ckp time kasih byk sbb pilih blog cap ayam ni..

Assalammualaikum,

Saya Liza dari Jalen Sdn Bhd. Kami sedang mengadakan program pemberian hamper kepada penulis- penulis blog masakan yang menggunakan produk Jalen. Blog puan terpilih untuk menerima hamper produk Jalen.
Jika tidak keberatan, kami ingin alamat encik untuk tujuan penghantaran hamper.

Sekian, terima kasih.


Terima kasih banyak2 pada pihak yang memberi iaitu Kicap Jalen. Terima kasih jugak sebab memilih blog ini .Pihak penerima sangat berbesar hati menerima pemberian pihak syarikat tuan . Semoga perniagaan tuan/puan akan bertambah maju dimasa hadapan in sha Allah.

Lebih kurang 15 jenis produk utk masakan yang di beri, bermacam2 jenis ada. Meh wiyah senaraikan produk2 dr Syarikat Jalen ni yer
  1. Kicap Lemak Manis 
  2. Kicap Masin
  3. Kicap Manis
  4. Kicap Pekat
  5. Kicap Lemak
  6. Sos Cili
  7. Sos Tomato
  8. Sos Tiram
  9. Kordial Berperisa Anngur
  10. Kordial Berperisa  Laici
  11. Kordial Berperisa Ros
  12. Kordial Berperisa Oren
  13. Taucu
  14. Cuka

Terima Kasih. Orang berbudi kita berbahasa orang memberi kita merasa.Syukur Alhamdulillah di atas rezeki Mu Ya Allah. Belum ada rezki kerja..mungkin rezeki ini yang Allah nak berikan dulu, sabar & terus menunggu berita dari KPM 

Friday, October 4, 2013

Homemade Jeruk Pauh Tipikal & Pedas

Assalamualaikum wbt

Salam Jumaat..welcome october! Hai kawan2 semua, apa khabar sihat?? anak bujang baru jer tidur, bangun pukul 9.30 pagi pukul 6.30 petang baru tidur semula..huh dasyat btol, bertahan mata sbb hari ni daddy cuti yer sayang..hurm main la ngan daddy ..mommy nak blogwalking ini hari ekeke, mommy jugak nak share homemade jeruk pauh cara nenek wafiey buat ..buat sama2 ngan mak masa teringin nak makan tatkala wafiey 5bln++ dlm perut mommy ( ayat merapu2 hihi)

inilah hasilnya..jeruk pauh tipikal(masam2 manis) & jeruk pauh pedas (masam manis pedas)

ok..hari mood rajin skit, cuaca sejuk tiap2 petang mesti hujan ribut bagai..so hati pon sejuk juga maka boleh menulis dengan tenang & tenteram sambil dgr bunyi air hujan menitik2 kat lantai porch. hurmm rasanya mungkin ramai dalam kalangan kawan2 dah biasa tgk org jeruk buah pauh/mangga/mempelam kan..org ampung wiyah panggil buah pauh..ada sesetengah yang panggil mangga/mempelam, just to share & to remind me later..

alkisahnya sebab mr.husband bawa balik banyak sgt buah pauh ni dari site.. wiyah dah buat kerabu pauh tomato ikan bilis, sambal belacan..masih lagi banyak berbaki, selepas 2 hari terperuk kat dapur barulah terfikir nak men'jeruk'kan buah ni..knp 2 hari sebelumnya tak terfikir yer?? hurmm..ikuti kisah selanjutnya,, 

JERUK PAUH TIPIKAL & PEDAS
Sumber: Nenek Wafiey

wiyah tak reti nak explain procedure buat jeruk ni @ tulis entry ni mcm mana, wiyah try buat tulis yang terbaik.. harap kawan2 dapat faham apa yg wiyah cuba sampaikan ni yer..
  1. Buah pauh di potong mengikut citarasa masing2 sama ada nak dibuang kulit atau pun dijeruk besama kulitnya sekali. Kalau yang masih muda boleh potong mcm biasa, tetapi kalau buah yang sudah tua/ bersabut..potong buah sisi kiri kanannya sahaja. 

 
ni rupa buah pauh yang fresh..wiyah lebih suka makan jeruk yang ada kulit..rasanya lain lebih asli skit dari yang dibuang kulit 

2.    Buah yang dah siap potong tadi dibasuh terlebih dahulu & direndam bersama garam kasar selama 2 hari        2 malam (macam bercuti la plak kan) atau sehingga warna kulit buah pauh tadi bertukar jadi warna kuning..(seperti gambar dibawah) ini bermaksud dah bleh buat step seterusnya. Buang air garam & toskan buah pauh tadi.


Jom wiyah share resepi yang ta seberapa ni, jeruk ni tak menggunakan sebarang bahan pengawet utk bagi dia tahan lebih lama atau dengan kata lain tak menggunakan ibu jeruk , asid , cuka , pewarna & bahan lain yang boleh memberi kesan pada kita terutama bagi yang sedang hamil kerana ianya sgt tajam okeh. Maka kesudahannya sebab duk teringin sangat, wiyah buat jeruk sendiri masa mengandungkan anakanda Aisy El-Wafiey dulu..tapi ada jugak curi2 makan Jeruk Madu Pak Ali tu! hehe..takpe sikit jer buat ubat teringin kata org tua2..ekeke

Resepi Untuk Jeruk Pauh tipikal/ biasa
( Rasa masam2 manis)


Bahan-bahan:(sukatan bergantung kepada kuantiti buah atau kemanisan yang di inginkan)
  • Gula
  • Air

Caranya:
  1. Masak air bersama gula sehingga larut dan sejukkan sebelum dimasukkan buah yang siap direndam bersama air garam tadi. (kira dah boleh di panggil jeruk dah yer)
  2. Simpan jeruk dalam bekas tertutup semalaman. Cara penyimpanan yang terbaik adalah meletakkannya kedalam peti sejuk. Tahan berbulan-bulan, makin lama makin mesra rasanya. 

Note: Jeruk ni syok dimakan di waktu tengah hari. Keluarkan dari peti ais duk depan tv lepas lunch memang terbaik..pastu ngantuk guling2 terus tidur ekeke

Resepi Untuk Jeruk Pauh Pedas
( Rasa masam2, manis & pedas)



Bahan-bahan:(sukatan bergantung kepada kuantiti buah atau kemanisan & kepedasan yang di inginkan)
  • Gula
  • Air
  • Pes cili giling @ cili boh

Caranya:



  1. Masak air bersama gula & pes cili sehingga larut dan sejukkan sebelum dimasukkan buah yang siap direndam bersama air garam tadi. (kira dah boleh di panggil jeruk dah yer).
  2. Simpan jeruk dalam bekas tertutup semalaman. Cara penyimpanan yang terbaik adalah meletakkannya kedalam peti sejuk. Tahan berbulan-bulan, makin lama makin mesra rasanya. 
Note : Wiyah sangat suka yang pedas2 ni, buka peti mesti nak ambik satu dua..sudahnya letak dlm mangkuk makan sambil masak. Bila habis kita buat lagi..hehe

Sambil2 tgh potong buah pauh, sebab tak tahan kecur liur kan. potong2 buah ni isi dalam mangkuk + kicap +cili padi + belacan skit walllah mmg sedap. Habis semangkuk confirm buah tak habis potong lagi..hurmmm dappp nyer la..

 
alhamdulillah tamat sudah citer pasal jeruk ni, panjang lebar jeruk biasa jer pun kan! well tu la kalo dah start menulis siap la sume nak tulis..hurm dalam peti ada lg sikit jer lagi, bulan depan boleh buat lagi dan lagi..oke daa selamat mencuba yer ;-)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...