To All My Friend, Lovely & Silent Readers

To All My Friend, Lovely & Silent Readers

Mohon maaf kiranya wiyah a.k.a Tuan Rumah tiada kunjungan balas/backlink /follow ke blog kalian, ini kerana disebabkan oleh ketiadaan link blog tuan/puan utk wiyah follow kalian. Jutaan maaf juga jika jarang ber'blogwalking' ke blog kalian (busy tahap cipan). In sha Allah jika ada kesempatan waktu wiyah akan ke singgah ke blog kalian..Peace No War!!

Followers

Imamku Hingga ke Hembusan Nafas yang Terakhir

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Lilypie Pregnancy tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Premature Baby tickers
"Some Love Stories...Live Forever"

Sunday, September 29, 2013

AEW turn to 10months

Assalamualaikum wbt

Hi sis, hi bro, hi aunty, hi uncle, hi friends..my name is wafiey, I am 10 months already!
tik tok tik tok..dah 10bulan pon anak bujang kami, how really fast time flies!..check up 10bln wafiey pd 22.09.2013 yg lalu tak byk perubahan pada beratnya just naik 400g dlm tempoh 2bln & tingginya naik 5cm..hurm ukur lilit kepala 44cm, 

suka main kat bawah meja, kabinet tv ta kira kat umah kami, umah tokwan or umah nenek..bila terhantuk / tak boleh turun menangis sekuat hati...hurmmm itulah Aisy El-Wafiey !

alhamdulillah so far perkembangannya sgt cepat..sangat banyak akal..dah pandai nak berkawan, tak ira besar kecik tua muda...bila berselisih/berjumpa jer mesti angkat tangan , senyum sampai ke telunga..ketawa seolah-olah di agah..rata2 yang berjumpa wafiey mesti tanya brapa tahun,,,amboi bulatnya mata dia, cerahnya mata dia..hurm ikut mata sape pon tak tau ;-)... wiyah senyum jer & ckp baru 10bulan makcik/akak/atuk/nenek..fizikalnya seperti org umur 1thn ++

hurm pakai baju saiz 12-18bln okeh..by baju yg dah kena simpan!


owhh anakku..cpt nya kamu membesar sayang!..syukur di atas kurniaan mu ya Allah, sesungguhnya kurniaan yang tiada nilai tandingnya apa pun jua di dunia ini..


tidur ta kira kat mana mesti nak selesa..bantal peluk mmg tak leh tinggal,! perlu sentiasa spare dlm kete..kalau takde dia mcm tak lena nak tdo..bantal busyukk yer wafiey, dah hapak bau bantal tu


seee..tunjuk skill mengemas dia! 
ini semua..cikgu2 wafiey time kat umah nenek...pening kepala kala ada 4org ni, itu x masuk yg lagi 14 org..tunggang langgang jd nya umah nenek huhu

o..counting for 12months @ 1st besday batch wafiey plak..mommy dah berangan na celebrate kat umah nenek cuti sekolah bln 12 nanti..

Thursday, September 26, 2013

Beef Steak & Sweedish Ikea Gravy

Assalamualaikum wbt..

"Wake Me Up When September End"

Tenggelam timbul tenggelam timbul..September is was nearly ends..mood ke laut sungguh la, walaupun rumah di tengah bendang sawah & amatlah jauhnya dengan laut hihi..bila timbulnya hambis terus update entry makanan,.hurm wiyah dan makanan mmg tak dpt nk dipisahkan..pantang tgk orgh tayang pikcer maanan kat pesbuk..mula la meleh airi liur

hurmmm ini pon ira gara2 teringin sangat la ni..tertengok kawan2 kat fb duk post mkn meatbal kat ikea..haih telan liur!! seriously seumur hidup tak pernah merasa lagi menda alah ni..so for the solution is untuk memenuhi keinginan tekak & perut kena la aggap umah ni macam IKEA yer..feelingg duk kat IKEA la kejap haha


sangat2 teringin nak makan yang Ikea punya meatball tu, tapi alahai jauhnya nak ke sana semata2 nak makan meatball, haihhhh mmg confirm takkan dilayan la kan!

try google resepi..alhamdulillah ada yang sudi berkongsi resepi sehebat chef , terus ke dapur godek2 peti...syukur semua bahan ada kecuali daging isar/ meat ball..yg ada daging lembu fresh sahaja, maka misi diteruskan lagi..fikir punya fikir malas nya nak buat meatbal, last2 ini la jadinya takde meatball tapi ada Beef Steak..makan bersama gravy ala2 Ikea tu..kalau mengikutkan cadangan penggunaan meatball utk resepi ni adalah dari brand MARINA & AZMY..inshaAllah next kalau terjumpa boleh beli & buat lagi, tak puas makan lg hihi

en.suami suka isteri lagi la suka 4x ekeke...next time abg try beli lamb plak kita wat mcm ni, actually hot plate ni baru dirasmikan..beli masa bulan puasa yg lepas ingatkan nak try buat sizzling tp belum berkesempatan lagi nampaknya 

makan ini cukup mengenyangkan..mungkin banyak kot...sbb tu kenyang sgt ekekeke, ok jom wiyah share resepinya kat sini..btw thanks pada yang sudi berkongsi resepi..Semoga Allah merahmati kalian Amin

Beef Steak with Sweedish Ikea Gravy
Olahan By: Mommy Wafiey
Bahan untuk Steak
Sumber : MyResipi
  • 2 kpg Daging lembu (ketuk pada daging dengan hulu pisau utk melembutkan tekstur daging)
  • 2 sb cuka
  • 3 sb sos tiram
  • Lada hitam yang ditumbuk
  • Sedikit garam & mentega/marjerin (untuk memasak daging)
P/S: Semua bahan digaul n perap selama 30min dalam peti sejuk..kalau blh perap dalam bekas tertutup.

Cara Penyediaan:
  1. Gunakan mentega untuk memasak steak.. Cairkan mentega dlm fry pan..Bila cair masukkan daging....Masak pada api yg sederhana..Balik2 kan daging supaya daging masak sepenuhnya...Boleh juga buat half cook steak terpulang pada keinginan masing2
Bahan-bahan untuk Gravy/sos:
Sumber: Eray
  • 1 ulas bawang besar kuning (holland)-diced
  • 1 biji tomato (diced)
  • 1/2 cawan susu segar
  • 3 sudu mentega (ganti dengan minyak jagung, lebih sihat)
  • 2 sudu tepung gandum
  • 1 cawan air
  • 2 sudu sos tiram
  • 3 sudu kicap manis
  • 1/2 sudu serbuk lada hitam
  • gula dan garam secukup rasa-  wiyah takletak langsung
nota: 
-Tak menggunakan kiub ayam, gabungan semua di atas dan berikan rasa yang sedap sangat
- kacau sekerap mungkin, mengelakkan sos dari berketul-ketul

Cara-caranya
  1. Tumiskan sebentar bawang besar kuning dengan sedikit minyak jagung. Tumiskan sekali tomato bersama-sama bawang besar tadi.
  2. Dan layu, angkat dan letak dalam pinggan.
  3. Dalam kuali yang sama, tuangkan sedikit minyak jangung, masukkan tepung gandum dan goreng hingga warna bertukar coklat (api sederhana).
  4. Masukkan air dan susu segar, biar mendidih sebentar.
  5. Masukkan pula sos tiram, kicap, gula, garam dan lada hitam. Biar mendidih lagi.
  6. Akhir sekali, masukkan bawang dan tomato yang telah ditumis tadi.
nota: sebab nak betul-betul macam meatball ikea, saya blend sos yang dah siap tadi hingga halus. rasa semua bahan bersatu dengan sedapnya.

Thursday, September 5, 2013

Ikan Pari Bakar Berempah Air Asam Istimewa

Assalamualaikum wbt

* Haisssh susahnya nak menaip..anakanda sayang dah cabut huruf K kat lappy ni..nak marah sayang!! redho jer la huhu *

Ikan pari fresh dari Tok Bali

Sekejap jer masa berlalu..hari terakhir syawal 1434H, semoga tahun hadapan di panjangkan usia diberikan kesihatan tubuh badan utk kita bertemu semula di Ramadhan & Syawal akan datang inshaAllah.Ok hari ni, perlu kurangkan perkataan disebabkan susah nak menaip..byk huruf yg dah jammed, x perasan anakanda main lappy..nasib baik tak patah skrin..kalo tak meraung banjir la mommy jawabnya ;-(

Di bakar berlapikkan daun kunyit...aromanya aummmm! wangi semacam jer ;-)

Hari ni..wiyah nak share resepi yang biasa2 saja, tp nak share utk air asam nya yang wiyah br dapat penambahan ilmu dari buku Mingguan Wanita.Perkongsian ilmu..semoga mendapat manfaat darinya,.masih menggunakan bahan & kaedah yang sama, cuma sedikit penambahan bahan menjadikannya lagi istimewa..Ini Mr.husband yang cakap..dia sgt sukakan rasa yang baru pd air asam ni ...auwwww ;-D



Ikan Pari Bakar Berempah Bersama Air Asam Istimewa

Bahan-bahan : (hidangan utk 2 org)
  • 1/2 ekor ikan pari segar-  dibakar bersama rempah / di bakar perapan garam kunyit/ dipanggang tawar
Untuk Air Asam: (boleh simpan lebih dr 2minggu)
  • 2 biji tomato sedang *
  • 1 biji bawang besar *
  • 10 cili padi * di potong dadu/ di kisar
  • 2 sudu besar asam jawa extra+1sb sedikit air
  • 2sudu besar gula 
  • 1sk garam
  • jus limau kasturi/limau nipis - wiyah guna 2 biji
  • 1 inci belacan yang dibakar
  • 1/2 genggam daun kesum-dihiris halus
  • 1sb kerisik --> drp buku mingguan wanita ogos 1013
Cara penyediaan:
  • Campurkan semua bahan-bahan & gaul sehingga sebati. Rasa pedas,masam, manis & masinnya sesedap rasa. Kali ni...wiyah blend semua bahan, rasanya lebih sebati & halus.
Ternyata dgn penambahan 2 bahan baru menjadikan air asam ni lebih bangkit aromanya daridaun kesum & kerisik tadi..Simpan dlm peti ais & hidangkan semasa hendak makan, coz air asam ni lebih sedap jika di sediakan lebih awal bagi memberi rasa yang lebih sebati.
dihidangkan bersama sayur taugeh goreng kunyit...very simple but very nice!

p/s : Air asam ini boleh dihidangkan secara berasingan @ dicurahkan atas ikan..juga sesuai dimakan bersama daging bakar @ ayam bakar @ sotong bakar. Ok..selamat mencuba.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...