To All My Friend, Lovely & Silent Readers

To All My Friend, Lovely & Silent Readers

Mohon maaf kiranya wiyah a.k.a Tuan Rumah tiada kunjungan balas/backlink /follow ke blog kalian, ini kerana disebabkan oleh ketiadaan link blog tuan/puan utk wiyah follow kalian. Jutaan maaf juga jika jarang ber'blogwalking' ke blog kalian (busy tahap cipan). In sha Allah jika ada kesempatan waktu wiyah akan ke singgah ke blog kalian..Peace No War!!

Followers

Imamku Hingga ke Hembusan Nafas yang Terakhir

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Lilypie Pregnancy tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Premature Baby tickers

Follow by Email

"Some Love Stories...Live Forever"

Tuesday, February 28, 2012

Menu wajib balik dari kenduri kawen

assalamualaikum wbt

hirm..badan masih penat 4 hari travel ke trg & kelantan,,badan penat & duit pon tenat! hahah baru balik dari kenduri kawen kawan kat pasir tumbuh kelantan..ini adalah menu wajib lepas balik kenduri sebabnya dapat banyak telur rebus..tapi sekarang ni dah agak jarang la org bagi telur..ramai yang bagi puding, buah, gula & barang2 lain...hurm masa kat kenduri lagi dah terfikir nak buat sambal telur rebus la..dah lama tak makan. nyum nyum dah merecik air liur kat situ hehehe...dulu masa kecik2 mak wiyah mmg slalu masak lauk ni..yer la adik beradik ramai kan so bila dah dapat telur haruslah di buat lauk...alhamdulillah rezeki tuhan 

makan dengan nasi panas & jangan ada lauyk lain ...confirm menjilat jari! 

Sambal Telur Rebus Orang Kawen


Bahan-bahan:
  • 4 biji telur rebus (di kupas & digoreng kekuningan serta berkulit). Belah 2 dan susun didalam pinggan.
  • 1 biji bawang besar + 2 ulas bawang putih * (di kisar/tumbuk)
  • 1 biji bawang besar (dipotong bulat)
  • 3sb cili giling
  • Carrot utk tambahan
Cara penyediaan:
  1. Panaskan sedikit minyak dan tumiskan bahan yang ditumbuk sehingga wangi & masukkan cili giling hingga pecah minyak.
  2. Masukkan carrot, bawang yang dipotong bulat & perasakan SESEDAP RASA. Sejukkan sekejap dan tuang ke atas telur tadi. Siap untuk dihidangkan.

mmg sedap sambal telur rebus ni...makan utk hidangan malam very simple to prepare but delicious ;-)

4 comments:

eKa said...

yummmyyyyyyy.... suka je masak camni

mala said...

mmg suka kalau dpt telur rebus kenduri kahwin. maknanya esok dah ada lauk hehehe .. sambal ke kari ke kicap ke hehehe

Wiyah said...

eka: btol la eka..best kan,, kalau sajae2 nak rebus telur & masak mcm ni mmg tak la kot kan ;-)

Wiyah said...

mala: aah masak kari pon best gak kan,, tak terpikir plak wiyah..bln 3 byk org kawen bvleh lka kita meng'kari' telor plak yer hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...