assalamualaikum wbt
slam tgh hari..dah lunch ke semua?? ermm wiyah gantung periuk & kuali hari ni coz ada kenduri kawan en.suami jap lagi..suka suka suka,, suka makan gulai kawah! k..wiyah just nak share info mengenai buah ciku yang berbuah sgt la lebat kat tepi umah mak wiyah..gambar pokoknya tak de yer, tuan umah lupa la plak ..hehe,,
info dari blog cempaka melati
Secara tradisional, buah ciku telah dikenal pasti amat mujarab untuk merawat masalah bawasir (buasir). Caranya adalah dengan mengambil buah ciku yang belum cukup tua, ditumbuk dan dicampur dengan sedikit air panas dan garam. Minumlah bahan-bahan ini setiap hari sebelum sarapan.
Selain untuk merawat bawasir, buah ciku juga mengandungi kandungan fiber yang tinggi yang amat mujarab untuk mengatasi masalah sembelit. Sering memakan buah ciku juga dipercayai dapat mengurangkan risiko untuk menghadapi kencing manis, darah tinggi dan kanser. Disamping itu, ciku juga kaya dengan bebas gula, vitamin C dan bahan mineral terutamanya kalsium. {mmg sgt sesuai utk wiyah..so lepas ni kena amalkan makan buah ciku la plak yer..buahan tempatan lg best kan} ;-)
yang ni blom dicuci lagi..cuci menggunakan sabut,, wiyah cuci buah while en.suami petik buah pakai tangga
sedikit info mengenai buah ciku sumber dar blog buah-buahan , bagus blog ni macam2 info buah ada bagus utk pebgetahuan utk di amalkan ;-)
Ciku atau nama sainsnya Achras zapota adalah antara buah-buahan tropika yang lazat rasanya dan mempunyai isi yang lembut dan halus. Buah ciku biasanya dimakan terus bukan sahaja enak dimakan malahan banyak khasiatnya. Kandungan gula, vitamin C dan mineral terutamanya kalsium dalam buah ciku adalah tinggi. (uittt mcm berlawanan ngan info kat atas la plak..yg mana satu betul ni?..hurm) Buah ciku sebenarnya setanding dengan buah pir dalam kandungan vitamin A, vitamin BI, B2 dan niasin, tetapi kandungan vitamin C dan kalsiumnya lebih tinggi. Selain dimakan terus, buah ciku boleh dijadikan halwa, jeli dan hirisan kering.
Daun ciku ialah jenis mudah, agak tebal, berwarna hijau tua dan berkilat. Daun-daun bersusun di hujung ranting muda. Bentuk daun bujur telur berukuran 5 – 13 cm panjang dan 2.5 – 6.5 cm lebar. Bunga biasanya dikeluarkan di celah daun dan kadang-kadang di hujung ranting. Bunga ciku ukuran kira-kira 5 – 6 cm lebar. Kulit buah nipis dan berwarna perang kotor ( sbb tu kena bersihkan guna sabut yer ) Buah yang cukup masak mempunyai kulit yang berwarna perang dan tidak begitu menarik. Isi ciku lembut dan berwarna perang pucat. Rasanya manis dan berjus.Teksturnya halus tetapi kadang-kadang agak kesat atau berpasir.
yang ni wiyah dah siap bersihkan & sedia utk di peram..bukan peram sgt just balut dalam kain & letak dalam besen kalau ada yg masak mesti berbau manis2
b4 makan buah ni..1st kena kupas kulitnya then potong2,, kalau wiyah lepas potong wiyah suka sejukkan dlm peti ais dulu..makan sejuk2 mmg syok sgt!...mmm yummy
P/S : hargai buahan tempatan kita ;-)
5 comments:
untungnya orang ada pokok buah kat rumah. makan fresh!
salam ziarah dan kenal.... sukanya cikuuu tu... lama x makan...
Lower the flame, cover it up, and let the content simmer until cooked. After all, the first place most people notice is your head and what you are wearing on it. Testosterone is directly responsible for the development and maintenance of sex drive in males in addition to regulating the production of semen and sperm volume and quality. [URL=http://lopolikuminr.com ]recentrifuging[/URL] You will have to be persevering and organized related to children, animals, creative pursuits, speculative projects, romantic liaisons or entertainments any of which will need a methodical routinized approach to come together. A Gemini girl is not normally a 'touchy-feely' person, she is more likely to be someone who can quickly switch from the lover to the analyst, who wants to discuss everything with you.
mala..wiyah yg untung tp org yg tanam tu sengsara nk tggu merasa buah pokok yg ditanam sendiri ;-)
norlie: salam kenal ..thanks coz sudi singgah sini,, kan best buah ciku ni..skang ni susah da nak jumpa kat market ;-)
Post a Comment