To All My Friend, Lovely & Silent Readers

To All My Friend, Lovely & Silent Readers

Mohon maaf kiranya wiyah a.k.a Tuan Rumah tiada kunjungan balas/backlink /follow ke blog kalian, ini kerana disebabkan oleh ketiadaan link blog tuan/puan utk wiyah follow kalian. Jutaan maaf juga jika jarang ber'blogwalking' ke blog kalian (busy tahap cipan). In sha Allah jika ada kesempatan waktu wiyah akan ke singgah ke blog kalian..Peace No War!!

Followers

Imamku Hingga ke Hembusan Nafas yang Terakhir

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Lilypie Pregnancy tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Premature Baby tickers
"Some Love Stories...Live Forever"

Wednesday, May 25, 2011

Mari kita sejukkan badan & legakan tekak!!

assalamualaikum...

hai...kat tempat u ol panas tak skang neh??? serius kat kuantan tersangat la panas..wiyah tak tahan ngan cuaca skang..dah 4 hari demam + selsema + batuk + sengal2 badan + tak boleh tidur  disebabkan cuaca panas & hujan yang tak menentu...

dan utk sejukkan badan selepas minum air asam jawa + gula batu + minum air masak lebih dari sepatutnya!! tapi still tak menjadi gak..last2 wiyah amalkan ni & alhamdulillah its work!! mengurangkan cket sakit tekak & panas kat dalam badan...nak try gak ?? jom.. ;-)

******************
untuk sejukkan badan: Amalkan minum air barli fresh [ rebus sendiri yer]
*****************

Air Barli berkhasiat sebagai penyejuk badan. Rasulullah s.a.w pernah memberikan sup (air)  barli kepada orang yang mengidap demam. Minum air barli di waktu cuaca yang panas dan tak menentu sekarang mmg sangat sesuai. Tambahan pulak jika tekak terasa kering dan perit akibat kekurangan cecair dalam badan.

Khasiat barli dipercayai dapat menyejukkan badan, baik untuk melawaskan kencing dan meningkatkan kesihatan buah pinggang.Selain itu, barli juga dikesan boleh membantu merendahkan kolesterol, meredakan sembelit dan mencegah penyakit kanser.
Bijirin Barli kaya dengan khasiat pemakanan seperti fiber, vitamin dan mineral penting (Vitamin B3), thiamine ( Vitamin B1), selenium, iron, magnesium, zinc, phosphorus, copper dan niacin) serta sedikit lemak dan tidak mengandungi kolesterol seperti lain-lain bijirin.Jika meminum air barli selalu diamalkan, ianya dapat mengurangkan risiko kencing manis, menyejukkan badan, memelihara buah pinggang, melawaskan kencing dan membantu untuk sistem penghadaman. Sumber dari website dr.rozmey kat SINI

wiyah masak barli + daun pandan + gula &  cincau beli kat pasar


menjadi buah yang wajib ada dlm peti ais wiyah...honeydew + asam boi

Khasiat Tembikai susu (honeydew) dapat mengatasi masalah sembelit
Buah tembikai susu kaya dengan vitamin A, B kompleks dan C. Ia sesuai untuk penjagaan kulit dan saraf, juga dikatakan dapat membantu mengatasi masalah sembelit. Selain boleh menurunkan berat badan disebabkan kandungan kalorinya yang rendah, tetapi mampunyai kandungan air yang banyak. Oleh itu, ia boleh membuatkan seseorang itu rasa kenyang bila memakannya.

Tembikai susu mengandungi pelbagai jenis nutrisi iaitu vitamin – vitamin seperti A, B6 dan C, Folat, Potasium, Zink serta lain – lain enzim berkaitan dengan penghadaman. Mengambil kitavitamin C sahaja, ianya bertindak sebagai antioksida yang mana kita tahu antioksida inimembantu dalam melindungi tubuh dari penyakit – penyakit kronik khususnya kanser. Malahvitamin C juga membantu dalam meningkatkan sistem imun tubuh dan sekaligus menghalang tubuh dari dijangkiti selesema dan batuk. Untuk vitamin B6 pula, ianya penting untuk kesihatan kulit dan sistem peredaran darah tubuh anda

Selain itu tembikai susu turut merupakan sumber asid folik yang bagus, dimana asid folik ini bagus untuk ibu yang mengandung dimana ia boleh mencegah kecacatan ketika lahir. Malahtembikai susu dilihat mempunyai kandungan sodium yang kurang, bebas lemak, bebas kolestrol dan rendah kalori, oleh itu ianya sedang elok untuk diterapkan dalam menu diet anda yang ingin mengurangkan berat badan.
Potasium yang terkandung dalam tembikai susu dapat mencegah otot dari mengalami kekejangan dan membantu dalam mengawal tekanan darah, serta kandungan air tembikai susu yang banyak akan membantu tubuh anda dari kekurangan air. Untuk rekod, satu mangkuk keciltembikai susu hanya mengandungi 60 kalori dan membekalkan vitamin C yang mencakupi 70% keperluan harian tubuh anda.
Tembikai susu boleh disimpan dalam suhu bilik sehingga 4 hari, manakal jika disimpan ke dalam peti  sejuk ianya boleh bertahan selama 5 hari
refer kat SINI banyak bercerita tentang khasiat buah-buahan


buah pear + asam boi : buah pear ni mempunyai kandungan air yang banyak dalam buahnya

Tahukah anda, pir paling mujarab utk melegakan sakit dada akibat batuk yg keterlaluan, contohnya akibat penyakit Tuberculosis (TB) atau batuk kering. Pengidap TB akan merasai sakit menusuk di paru2 setiap kali batuk yg berlanjutan. Pir dipercayai dapat melegakan kesakitan itu walaupun untuk sementara

Selain itu, pir juga bersifat diuretik dan laxcitive. Ia sesuai untuk melancarkan sistem penghadman terganggu akibat pengambilan makanan yg terlalu berminyak atau terlalu pedas. Oleh kerana ia mempunyai serat, pir baik utk alat pencernaan dan saluran makanan dalam tubuh seperti perut, usus kecil dan besar. Perut yg sebu akibat terlebih makan juga dapat dilegakan dengan segelas jus pir

Pir juga bersifat sejuk dan ini menjadikan ia sesuai untuk meredakan demam panas. Bagi wanita mengandung, ia dapat meredakan rasa loya akibat morning sickness dan juga untuk mabuk perjalanan.

Antara khasiat buah pear untuk anda ialah:
1. Menghilangkan rasa dahaga dan muak.
2. Menghilangkan rasa sakit akibat kerap buang air besar.
3. Menghilangkan lendir yang terdapat dalam darah.
4. Baik untuk usus.
5. Mengatasi masalah kencing tak lawas.

oke tamat sudah...semoga wiyah cepat sembuh!! sentisa beringat..Allah berikan kita sakit kerna Allah sayangkan kita & mahukan kita sentiasa beringat kepadanya..


2 comments:

Cik Puan Izan❤ said...

izan pun suka minum air barli..nak2 kalo musim panas atau demam...tapi biasanya suka suam2 tuh...macam mkn bubur...sedap..

Wiyah said...

btol la izan..panas2 mmg sesuai sgt minum barli ni,,wiyah masak & simpan dlm peti!! tak kira tengah malam pon wiyah sebat air ni gak..hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...