Assalamualaikum wbt
* Haisssh susahnya nak menaip..anakanda sayang dah cabut huruf K kat lappy ni..nak marah sayang!! redho jer la huhu *
Ikan pari fresh dari Tok Bali
Sekejap jer masa berlalu..hari terakhir syawal 1434H, semoga tahun hadapan di panjangkan usia diberikan kesihatan tubuh badan utk kita bertemu semula di Ramadhan & Syawal akan datang inshaAllah.Ok hari ni, perlu kurangkan perkataan disebabkan susah nak menaip..byk huruf yg dah jammed, x perasan anakanda main lappy..nasib baik tak patah skrin..kalo tak meraung banjir la mommy jawabnya ;-(
Di bakar berlapikkan daun kunyit...aromanya aummmm! wangi semacam jer ;-)
Hari ni..wiyah nak share resepi yang biasa2 saja, tp nak share utk air asam nya yang wiyah br dapat penambahan ilmu dari buku Mingguan Wanita.Perkongsian ilmu..semoga mendapat manfaat darinya,.masih menggunakan bahan & kaedah yang sama, cuma sedikit penambahan bahan menjadikannya lagi istimewa..Ini Mr.husband yang cakap..dia sgt sukakan rasa yang baru pd air asam ni ...auwwww ;-D
Ikan Pari Bakar Berempah Bersama Air Asam Istimewa
- 1/2 ekor ikan pari segar- dibakar bersama rempah / di bakar perapan garam kunyit/ dipanggang tawar
Untuk Air Asam: (boleh simpan lebih dr 2minggu)
- 2 biji tomato sedang *
- 1 biji bawang besar *
- 10 cili padi * di potong dadu/ di kisar
- 2 sudu besar asam jawa extra+1sb sedikit air
- 2sudu besar gula
- 1sk garam
- jus limau kasturi/limau nipis - wiyah guna 2 biji
- 1 inci belacan yang dibakar
- 1/2 genggam daun kesum-dihiris halus
- 1sb kerisik --> drp buku mingguan wanita ogos 1013
- Campurkan semua bahan-bahan & gaul sehingga sebati. Rasa pedas,masam, manis & masinnya sesedap rasa. Kali ni...wiyah blend semua bahan, rasanya lebih sebati & halus.
dihidangkan bersama sayur taugeh goreng kunyit...very simple but very nice!
2 comments:
mcmana taip tu? K tak dak hehehe sedap la lauk dia ....
kena sediakan pen 1 utk tekan hihi, jemu lauk berkuah bagai..sekali sekala kita wat menu sihat ;-)
Post a Comment