To All My Friend, Lovely & Silent Readers

To All My Friend, Lovely & Silent Readers

Mohon maaf kiranya wiyah a.k.a Tuan Rumah tiada kunjungan balas/backlink /follow ke blog kalian, ini kerana disebabkan oleh ketiadaan link blog tuan/puan utk wiyah follow kalian. Jutaan maaf juga jika jarang ber'blogwalking' ke blog kalian (busy tahap cipan). In sha Allah jika ada kesempatan waktu wiyah akan ke singgah ke blog kalian..Peace No War!!

Followers

Imamku Hingga ke Hembusan Nafas yang Terakhir

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Lilypie Pregnancy tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Premature Baby tickers
"Some Love Stories...Live Forever"

Friday, July 13, 2012

Ketam Labuan Masak Phat Phet

assalamualaikum wbt

haih dah lama tak share resepi kat sini sampai lupa dah cara penulisan wiyah..hehe. Hurm rasanya dah lama sgt wiyah tak share resepi kan..almakllumla wiyah pon jarang ke dapur skang ni apatah lagi nak masak..tak berselera dgn masakan sendiri. Wiyah lebih suka beli bahan mentah & bawak balik umah mak , biar mak yang masakkan..wiyah just prepare bahan mentah, pastu makan ramai2..bertambah selera rasanya.

baru2 ni b4 ke sabah..wiyah dah pasang angan2 nak makan ketam fresh kat Labuan coz duk terliur adik wiyah duk tayang lauk ketam jer slalu..teringin nak rasa ketam sana. Hurrrrm bila pergi pasar terjumpa & terus beli, sangat2 murah ketam kat sana. Rm18/kg dah la fresh pastu besar2 plak tu, wiyah ambik 5ekor ngam2 jer 1kg...alhamdulillah rezeki nak makan ketam kat Labuan tercapai dimakbulkan & mak wiyah suruh masak sendiri nak makan style mana coz mak tau wiyah ni cerewet cket..so wiyah masak aje la mengikit bahan yg ada.

actually..bagi seafood ni lebih sedap dimasak dgn cara yg simple bagi mengekalkan kesegaran & keaslian rasa seafood tu sendiri ..utk itu wiyah try masak phat phet, selalunya wiyah gunakan ayam or ikan utk masak thailand style ni.

KETAM PHAT PHET


Ketam Phat Phet
Bahan-bahan :
  • 1kg ketam (dibersihkan, peram garam kunyit & goreng seketika)
  • 3biji cili besar, 10biji cili padi *
  • 3ulas bawang putih, 1 biji bawang besar * [kisar bersama]
  • 2batang serai (dititik)
  • 3helai daun limau purut (wiyah xletak sbb xder stok)
  • 1batang carrot 

Cara Penyediaan:
  1. Goreng ketam yang telah diperap bersama garam kunyit sehingga kemerahan. Angkat & ketepikan.
  2. Asingkan sedikit minyak lebihan goreng ketam tadi & tumiskan bahan2 kisar sehingga naik bau. Masukkan serai & daun limau purut.
  3. Masukkan ketam, carrot & perasakan SESEDAP RASA. Gaul ketam bersama kuah sehingga rata. Sekiranya agak kering boleh tambahkan sedikit air.
  4. Siap & boleh dihidangkan bersama nasi panas.


Mood memasak dah kembali normal & insyaAllah bila dapur dah berasap maka blog ni juga akan ada entry..byk entry yg nak tulis tp kena tggu btol2 stabil dulu kepala ni haha..ok daaa

1 comment:

Anonymous said...

Selalu buat tak masukkan serai, mungkin boleh tambah serai untuk tahu rasa phat phet ni macam mana

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...