To All My Friend, Lovely & Silent Readers

To All My Friend, Lovely & Silent Readers

Mohon maaf kiranya wiyah a.k.a Tuan Rumah tiada kunjungan balas/backlink /follow ke blog kalian, ini kerana disebabkan oleh ketiadaan link blog tuan/puan utk wiyah follow kalian. Jutaan maaf juga jika jarang ber'blogwalking' ke blog kalian (busy tahap cipan). In sha Allah jika ada kesempatan waktu wiyah akan ke singgah ke blog kalian..Peace No War!!

Followers

Imamku Hingga ke Hembusan Nafas yang Terakhir

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Lilypie Pregnancy tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Premature Baby tickers

Follow by Email

"Some Love Stories...Live Forever"

Friday, March 23, 2012

Laksa Utara..slurrrrp pekat melekat!!

assalamualaikum..wbt

menu minum petang semalam..dah lama teringin nak buat laksa sendiri! pernah makan laksa yg sedap sangat2..tapikadang tu ada jugak laksa yang tak sedap langsung..kuahnya alahai cair jer! so bila nak makan yang kuah pekat2...kena la buat sendiri walaupun tak pandai kan..at least bila kita cuba so kita boleh modified sendiri apa rasa yg kita nak kan??? either nak masam, pedas, manis, telur rebus yg besar or ulam yang bermacam2 kan...kena la buat sendiri okeh! kalau nak semuanya lebih...haha

sambil duk saja..wiyah baca resepi lama yang wiyah kumpul dari majalah mingguan wanita. Memang banyak koleksi resepi dari majalah mingguan wanita..setakat ni dah ada 2 file!! mmg tak ter'buat' kalau di ikutkan betul..semalam tergerak hati nak baca & try resepi laksa utara sebab tgk gambarnya yang sangat menyelerakan..Alhamdulillah rasanya tak mengecewakan...memang puas hati sangat2!! 3x wiyah makan tau..tgh hari, petang & malam...sepanjang hari makan laksa! en.suami pon cakap kuahnya mmg sedap..tak rugi mencuba ;-)..lain kali bleh buat lagi insyaAllah


Laksa Utara
Sumber resepi : Majalah Mingguan Wanita

BAHAN A :
  • Sebungkus mee laksa- wiyah guna yang dah siap rebus 500g Jenama Laksa Panjang (sangat kenyal & laksanya tak putus)
  • 250g ikan kembung/selayang rebus- anggaran 4-5 ekor ikan 
BAHAN B:
  • 2 biji bawang besar *
  • 5 ulas bawang putih *
  • 1 inci belacan *
  • 3 biji cili besar & 10 biji cili padi * wiyah guna pes cili kering (dikisar bersama)
  • 6 keping asam keping/ asam jawa
  • 1 batang bunga kantan
  • 1 ikat daun kesom 

 BAHAN B: ( Ulaman- dihiris halus/ memanjang)

  • daun selom
  • timun batang
  • telur rebus
  • limau kasturi/ limau nipis
  • hirisan cili padi/ cili besar
  • bawang besar
  • hirisan nenas -wiyah tak letak
  • petis udang- wiyah tak letak

CARA PENYEDIAAN:
  1. Rebus ikan kembung/ selayang dan asingkan isi dan tulangnya. Simpan air rebusan ikan tadi.
  2. Kisar bahan A dan masukkan kedalam air rebusan ikan tadi bersama ikan yang telah dikisar. Tulang yang dikisar perlu ditapis sebelum dimasukkan kedalam air rebusan tadi.
  3. Masukkan asam keping,bunga kantan & daun kesom. Biarkan kuah mendidih & sesuaikan rasanya SESEDAP RASA. Rasa masam, masin, pedas perlu sebati barulah sedap.

CARA MENGHIDANG:
  1. Masukkan mee laksa ke dalam mangkuk. Tambah hirisan bahan B ulam timun, daun selom, bawang besar, cili padi,telur rebus. 
  2. Kemudian tuangkan kuah ke atasnya. Perah asam limau nipis/ kasturi mengikut selera masing-masing.

Jemput makan semua...ini round ke-2 wiyah!! haha..rasa masam & pedas nya cukup pekat melekat...tgh menulis ni pon terasa lagi kecur air liur fuhhhh heehe

wiyah makan sampai jadi licin macam ni..abis hirup seme kuahnya!! nasib baik kat umah...kalau kat luar haih malu la den...;-D

ok ...selamat mencuba & wiyah jamin mmg puas hati sangat rasanya!!

2 comments:

mOOn said...

aiyoyo.. dah buleh meniaga nie.. huhu..

Wiyah said...

haha..itu lah nak makan laksa utara yg u buat tak berkesempatan..walaupun buat kat timur tp namanya ttp utara haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...