To All My Friend, Lovely & Silent Readers

To All My Friend, Lovely & Silent Readers

Mohon maaf kiranya wiyah a.k.a Tuan Rumah tiada kunjungan balas/backlink /follow ke blog kalian, ini kerana disebabkan oleh ketiadaan link blog tuan/puan utk wiyah follow kalian. Jutaan maaf juga jika jarang ber'blogwalking' ke blog kalian (busy tahap cipan). In sha Allah jika ada kesempatan waktu wiyah akan ke singgah ke blog kalian..Peace No War!!

Followers

Imamku Hingga ke Hembusan Nafas yang Terakhir

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Lilypie Pregnancy tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Premature Baby tickers
"Some Love Stories...Live Forever"

Sunday, March 3, 2013

Moist Choc Cake lagi dan lagi

Assalamualaikum wbt

kek pertama tahun 2013..sesi panaskan periuk kukus! dah lama niat nak mem'baking' tu datang tapi tak berkesempatan..dari segi masa & bahan2 yg tak memenuhi syarat..huhu almaklumlah sepanjang pregnant boleh kira brapa kali wiyah buat kueh/kek.. dah lps 3bulan bersalin baru la nak lap2 sawang & bukak kotak masa berpindah baru2 ni..esok lusa plan nak panaskan oven plak, since bahan2 basic dah dibeli so boleh la tunjuk bakat kat mertua yg nk dtg next week..try dulu wat kek coklat coz dah lama tak menge'kek' ni takut jadi bantat plak ;-)

buat kek sbg menu minum petang kami suami isteri..alhamdulillah syukur atas rezeki yang diberi

alhamdulillah..menjadi walaupun tak sehebat chef! takut gak jadi bantat..hehe, yang ni wiyah punya..choc cake with blueberry yogurt topping..3 4 kali keluar masuk peti ais baru habis ;-)...wiyah suka makan ngan yogurt coz rasa macam perfect..kek yang manis, moist, gebu + yogurt yang masam2.. ;-)

yang ni mr.hubby yang punya..LOVE choc cake with Choc Hershey's topping

tiap kali nak buat kek coklat mmg wiyah akan gunakan resepi ni..rasanya yang lembab, sedap & tak muak..simpan dalam peti keluarkan pon masih still moist jugak! tak pandang yg lain dah haha. Rasanya pernah try 2 3 resepi yang lain..tapi rasanya yg ni paling terbaik! secukup rasa gebu & lembab menawan kalbu...ayat melampau ekeke

Sumber: Kek Coklat Kukus Munira

Bahan A
  • 1 cawan gula pasir - 3/4 cawan sudah memadai
  • 1 cawan serbuk koko
  • 1 cawan susu cair - wiyah susu segar
  • 1 cawan susu pekat
  • 1 cawan minyak masak
Cara Penyediaan:
  • semua bahan di atas digaul sebati dan masak atas api perlahan sehingga gula larut. Matikan api dan rehatkan sekejap bila dah sebati.
Bahan B - di ayak
  • 3/4 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil (sudu kfc) soda bikarbonat
  • 1 sudu kecil (sudu kfc) baking powder
Bahan C
4 biji telur - diblender (wiyah guna 2 biji telur A)

Cara Penyediaan:
  1. Satukan bahan B dan bahan C ke dlm bahan A secara berselang seli dan gaul dgn senduk aje.
  2. Bila dah sebati masukkan ke dlm loyang yg digris dan dilapik kertas kalis minyak.
  3. Kukus selama 1 jam atau sehingga masak. Jgn buka pengukus semasa proses mengukus 45 min yg pertama takut kek jd mendap..

oke..pengukus yang panas dah sejuk semula, kek pon dah habis in sha allah..panjang umur ada masa ada bahan lain kali boleh panaskan lagi ;-)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...