To All My Friend, Lovely & Silent Readers

To All My Friend, Lovely & Silent Readers

Mohon maaf kiranya wiyah a.k.a Tuan Rumah tiada kunjungan balas/backlink /follow ke blog kalian, ini kerana disebabkan oleh ketiadaan link blog tuan/puan utk wiyah follow kalian. Jutaan maaf juga jika jarang ber'blogwalking' ke blog kalian (busy tahap cipan). In sha Allah jika ada kesempatan waktu wiyah akan ke singgah ke blog kalian..Peace No War!!

Followers

Imamku Hingga ke Hembusan Nafas yang Terakhir

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Lilypie Pregnancy tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Premature Baby tickers
"Some Love Stories...Live Forever"

Monday, October 22, 2012

Sarapan Pagi dengan Laksam Kelantan

Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah mood kembali pulih seperti sedia kala..walaupon tiap masa terbayangkan wajah terakhir arwah, tiap perkara hingga terbawak2 dalam mimpi..kekadang tu wajah ayah mertua kadang tu adik ipar, seakan2 tak dapat terima ketentuan takdir Allah..Ya Allah ampunilah kami semua, kami memohon diberi kerdhoaan utk menerima takdir Mu..kami mendoakan semoga rohnya tenang disana, semoga Allah meringankan azab seksaan kubur..amin ya rabbal alamin

kita yang hidup harus meneruskan tanggungjawab sbg khalifah sebaik-baiknya..wiyah sbg isteri & mommy to be juga perlu menjalankan amanah terbaik dr Allah utk menjadi yang terbaik buat keluarga..InsyaAllah (panjang plak muqaddimah hari ni ..hehe)

ok la..wiyah just nak share resepi Laksam yang wiyah buat beberapa mggu yg lepas tp baru berkesempatan nak update kat sini..utk tatapan kawan2 & rujukan buat wiyah

sesuai dimakan ketika breakfast & minum petang

LAKSAM KELANTAN
Sumber Resepi: Mr Yani
Olahan Resepi : Wiyah

Bahan-bahan utk Laksam: (wiyah buat 1/2 adunan sahaja)
  • 3 cawan tpg beras
  • 1/2 cawan tpg gandum
  • 4 cawan air suam
Note : Juga boleh dibeli yang dah siap, RM2 utk 3batang di pasar Dungun.

Cara Penyediaan:
  1. Panaskan kukusan sebelum membancuh adunan. Bancuh adunan sehingga sebati. Adunan tak terlalu cair ataupun pekat sgt.
  2. Sapukan sedikit minyak pada tudung periuk/ loyang bagi mengelakkannya daripada melekat.
  3. Tuangkan 1 senduk adunan ke atas tudung periuk (wiyah guna loyang rendah). Kukus lebih kurang 5 minit atau sehingga masak.
  4. Angkat &biarkan seketika kemudian baru digulung utk menghasilkan laksam yang licin dan cantik. Ulangi step 3 & 4 sehingga adunan habis.
Bahan untuk kuah:
  • Ikan selayang/ kembung (direbus,dibuang tulang & dihancurkan isinya)
  • 3 cawan Santan 
  • 4 ulas bwg merahr, 2 ulas bwg putih & 1 inci halia (ditumbuk/kisar)
  • 1sb lada hitam * ditumbuk kasar
  • 2 keping asam gelugur
Cara Penyediaan:
  1. Masukkan santan kedalam periuk & didihkan seketika dengan api yang kecil.Masukkan semua bahan-bahan, kacau sentiasa bg mengelakkan kuah drp berketul-ketul disebabkan oleh isi ikan.
  2. Tambahkan bahan rasa mengikut cita rasa sendiri.
Nota : Kalau mak wiyah tak masukkan garam coz garam disediakan berasingan. Ditambah ketika menghidangkannya. kemasinan bergantung pada tahap masin seseorang.

Bahan untuk ulam:
  • timun batang,kacang panjang,taugeh,kobis,daun kesum(diracikhalus)
Aksesori tambahan:
  • belacan (potong dadu kecil2)
  • garam (bergantung pad individu)
  • limau (kasturi/ nipis)

Sambal cili:

  • cili merah
  • belacan (wiyah tak letak)
  • garam
  • limau (wiyah ganti dg sedikit cuka)

* Blender semua bahan sehingga hancur


Cara menghidang  utk satu hidangan:
  1. Potong laksam mengikut citarasa masing-masing. Kemudian tambahkan kuah ke atasnya & sedikit garam.
  2. Tambahkan bahan-bahan ulam bersama aksesori tambahan. Siap utk dimakan.
wiyah buat sebagai menu sarapan pagi..alhamdulillah kenyang syukur!


2 comments:

lala yusof said...

suka makan tp xpandai buat:-)

Wiyah said...

wiyah pon sama..sbb ssh nk dpt, kena rajinkan diri jugak..kalo tak asyik teringat jer la telan liur ;-)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...