To All My Friend, Lovely & Silent Readers

To All My Friend, Lovely & Silent Readers

Mohon maaf kiranya wiyah a.k.a Tuan Rumah tiada kunjungan balas/backlink /follow ke blog kalian, ini kerana disebabkan oleh ketiadaan link blog tuan/puan utk wiyah follow kalian. Jutaan maaf juga jika jarang ber'blogwalking' ke blog kalian (busy tahap cipan). In sha Allah jika ada kesempatan waktu wiyah akan ke singgah ke blog kalian..Peace No War!!

Followers

Imamku Hingga ke Hembusan Nafas yang Terakhir

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Lilypie Pregnancy tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Premature Baby tickers
"Some Love Stories...Live Forever"

Friday, June 10, 2011

Ambil angin kat Pantai Batu Hitam

assalamualaikum...

salam pagi jumaat semua...semoga dihari yang baik & mulia ni... kita dikurniakan keberkatan hidup & dipermudahkan segala urusan dunia hendaknya....wiyah pon sama gak! alhamdulillah hari ni da genap 1 minggu LM kat sini...segalanya berjalan lancar & dipermudahkan....syukur

oke...pagi ni nak study chapter utk persediaan mengajar next week tp huuuuhu...cuaca agak mendung & mata pon terus jadi redup! mood nak study baca-baca blom datang lagi..nak kena ambik mood dulu la..pagi2 ni ;-)

wiyah nak citer pasal pantai batu hitam, beserah kuantan la hari ni....actually pantai ni dekat ngan umah wiyah jer,,,buka pintu dah dengar bunyi ombak & dah nampak laut!....bila dah dekat jadi terabai la kan,,tak dihargai???? opppps bukan tak menghargai..bleh katakan 2 hari kali duk pergi melangak @ melepak ambik angin kat tepi pantai tu...kira menghargai la akan keindahan alam kat situ ;-)....

meh kita share pikcer kat bawah ni..tapi maaf yer coz pikcer agak berterabur cket so jalan cite pon tunggang langgang la...al maklum & faham2 jer la hikhik ;-D

Pantai Batu Hitam diantara pantai yang tercantik kat kuantan selain dari Pantai Cherating, Pantai Teluk Chempedak, Pantai Balok, Pantai Sg Ular & Pantai Sepat

ada batu2 hitam kat pesisir pantai yang landai bila air surut...thats y dinamakan Pantai Batu Hitam

sedikit info @ intro 
Pantai Batu Hitam, Beserah Kuantan Pahang

Batu Hitam merupakan sebuah pantai yang popular dengan penduduk tempatan dan pengunjung hujung minggu Malaysia selain Balok dan Teluk Cempedak. Terletak kira-kira 10 km dari Kuantan, pantai ini dipanggil Batu Hitam untuk bentangan batu hitamnya pada pantai berpasir putih. Kawasan berpantai itu selalunya penuh sesak sepanjang hujung minggu oleh pekelah-pekelah dari jauh dan dekat.

Tarikan
Selain kemasyhuran batu hitam di sana, anda juga akan mendapati bahawa terdapat banyak ruang untuk berkhemah di pantai dan laut. Di sini, pengunjung kebanyakannya datang berkelah di pantai Batu Hitam dengan keluarga dan berenang di laut. Mandian dan kemudahan pencucian juga disediakan untuk para pelancong.

Gerai-gerai makanan laut juga boleh didapati berdekatan kawasan itu. Anda boleh mencuba hidangan setempat seperti mi goreng, mi kari, nasi goreng dan ikan bakar. Jus buah dan minuman berkarbonat juga dijual. 

wiyah ambik info ni kat sini...sume info pasal pantai ada kat SINI

pasir putih pantai & batu hitam yang menghiasi keunikan pantai ni...

batu hitam ni seperti batu karang jugak..terbentuk daripada kulit2 hidupan laut cth nya macam kerang, siput & macam2 lagi la...agak tajam & merbahaya jugak batu ni...

lukisan yang dibuat oleh si ketam...unik & menarik 

petang2...kita bleh tengok ada macam2 aktiviti kat sini,,,macam2 boleh buat contohnya macam kat bawah nie..apa yang wiyah perhati &nampak jer la

1. main layang-layang sesuai coz pantainya yang luas & angin pantai yang kuat
2. aktiviti memancing & menjala/memukat ikan ( pari,gelama,) kat tepi pantai
3. aktiviti mandi manda2 & istana pasir 
4. ada gak yang main bola sepak (beach soccer), bola tampar
5. tak kurang gak aktiviti belangkas ( manusia bercinta) sana sini...malu plak rasanya coz org melayu & muslim semuanya
6. ada yang berkhemah, ber picnic, makan ngan famili...

apapun....kat sini memang bes boleh cuci2 mata, telinga & hati juga ahakkkks....;-)

kulit-kulit kerang kat pesisir pantai...di bawah oleh ombak ke tepi 

aktiviti menjala/memukat/menangkap ikan.. wiyah pon tak pasti aktiviti yang sebenar...;-)

aktiviti suami isteri..berjalan2 keluarkan peluh,,melepak,,ambil angi sambil cuci mata tengok belangkas manusia..haha

suami isteri tak der keje...kahkah

ambik pikcer sendiri..jadi la besar gajah macam ni

macam iyah cakap tadi...kulit2 kerang melakat pada batu menjadikannya tajam & merbahaya!...wiyah berjalan tak pakai selipar dat day...tak bes la kan jalan tepi pantai pakai selipar,,licin ek...hurmm ni la jadinya wiyah jalan atas batu hitam tu..abis luka2 tapak kaki...yang ni siap terbelah ibu jari kaki berdarah banyak...pedih coz kena air masin!! so u all aklo ke sini sila hati-hati yer pakai selipar tau

permandangan di waktu maghrib...nice view dari pantai

dekat2 sini ada gak resort (black stone resort)  yang cantik & selesa...slalu perumahan wiyah wat sport day kat sini coz kawasannya yg luas!...perumahan & rumah2 kampung pon banyak kat area sini..homestay pon ada!!

permandangan matahari hampir terbenam (sunset) dari pantai ke kampung nelayan...so kat sini kita boleh dapat ikan & pelbagai hasil laut  yang fresh serta dengan harga yang murah!!

so boleh la tengok scene sunrise & sunset...interesting tau!!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...