To All My Friend, Lovely & Silent Readers

To All My Friend, Lovely & Silent Readers

Mohon maaf kiranya wiyah a.k.a Tuan Rumah tiada kunjungan balas/backlink /follow ke blog kalian, ini kerana disebabkan oleh ketiadaan link blog tuan/puan utk wiyah follow kalian. Jutaan maaf juga jika jarang ber'blogwalking' ke blog kalian (busy tahap cipan). In sha Allah jika ada kesempatan waktu wiyah akan ke singgah ke blog kalian..Peace No War!!

Followers

Imamku Hingga ke Hembusan Nafas yang Terakhir

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Lilypie Pregnancy tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Premature Baby tickers

Follow by Email

"Some Love Stories...Live Forever"

Thursday, April 5, 2012

Siakap Kukus Asam Masin

assalamualaikum wbt

salam semua,,alahai kejap jer rasanya dah masuk bulan april kan..tak sedar hari2 & masa yang berlalu begitu pantas sekali. Actually ikan ni wiyah beli 1minggu lebih dah kat carefour RM 8.99/ ekor + ikan talapia RM 5.99/ekor..itu pun wiyah just goreng biasa cicah sambal kicap..tak sampai seru nak memasak..alkisahnya sebab tekak ni asyik nak makan mee ajer ..tak kira la mee goreng ke, mee sup ke asalkan berasakan mee..yang lain2 tak boleh nak terima dek tekak..Alhamdulillah mood nak memasak masih ada walaupon sedikit berkurangan..seminggu sekali pon ok la kan,, ;-)


Siakap Kukus Asam Masin
Sumber : Majalah Mingguan Wanita

yang putih & panjang2 tu ialah asam masin putih..wiyah tak pasti apa nama sebenar nya


Bahan-bahan:
  • 1 ekor ikan siakap
  • 3 cawan air & 2 sb sos ikan nampla
  • 5 batang serai (dititik)
  • 2 inci halia (dihiris)
  • 3 ulas bawang putih & 1 ulas bawang merah (dihiris)
  • 5 biji cili padi (dibelah 2)
  • 1 biji tomato (dipotong 8)
  • sedikit carrot (disagat memanjang)
  • 1/2 paket asam masin putih panjang (paket yang 50sen tu)
  • 5 biji limau kasturi ( di ambil jus nya)
  • daun sup/ saderi

Cara Penyediaan:
(since ikan ni lebih besar dari periuk kukus wiyah yang comel tu..so wiyah guna kaedah ala2 kukus a.k.a rebus dalam kuali)

  1. Masukkan air ke dalam kuali  & biarkan hingga mendidih (ikut bajet sendiri nak kuah banyak mana)
  2. Masukkan bahan-bahan lain ke dalam kuali kecuali (ikan, carrot & daun sup). Tutup kuali & biarkan kuah mendidih menggunakan api yang sederhana.Masukkan garam & lain2 SESEDAP RASA. Rasakan masam, masin & manisnya. 
  3. Masukkan ikan & tutup kuali sekali lagi . Biar ikan sehingga betul-betul masak. Tambahkan carrot & daun sup. Tutup api.
  4. Siap untuk dihidangkan.
p/s: kuahnya terasa masam2, manis & masam seperti asam masin. Mmg sesuai bagi yang kurang selera makan. Dimakan bersama dengan nasi panas masa hari hujan..memang selayaknya menambah2 hehehe


alhamdulillah..setelah berminggu wiyah tak masak nasi. Jumaat lepas hubby SMS malam ni kita dinner kat umah yer, masak ikan siakap kukus..nanti abang tolong. & hasil kerjasama kami suami isteri..alhamdulillah licin ikan ini..berkat kan!..insyaAllah next time..hubby kata kita nuat lagi tapi kena tambah kuah sbb just 1 lauk mmg kuahnya tak cukup utk 2 org makan..syukur diatas rezekinya

oke daa..

1 comment:

eMMe said...

suke!!! ikan kan... leh ar try... mesti sedap.. tgk gambar pun tau sedap ni, heheheh....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...