To All My Friend, Lovely & Silent Readers

To All My Friend, Lovely & Silent Readers

Mohon maaf kiranya wiyah a.k.a Tuan Rumah tiada kunjungan balas/backlink /follow ke blog kalian, ini kerana disebabkan oleh ketiadaan link blog tuan/puan utk wiyah follow kalian. Jutaan maaf juga jika jarang ber'blogwalking' ke blog kalian (busy tahap cipan). In sha Allah jika ada kesempatan waktu wiyah akan ke singgah ke blog kalian..Peace No War!!

Followers

Imamku Hingga ke Hembusan Nafas yang Terakhir

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Lilypie Pregnancy tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Premature Baby tickers
"Some Love Stories...Live Forever"

Monday, February 14, 2011

Salam Maulidur Rasul 1432H



~ Salam Maulidur Rasul 1432 Hijrah ~
Tema: 1 Malaysia 1 Ummah

Marilah kita beramai-ramai berselawat keatas Nabi Junjungan Mulia Nabi Muhammad S.A.W....masukknya waktu maghrib, menurut kalendar hijrah/islam maka telah bermulalah hari yang baru..maka maghrib hr ni [kejap lg],,marilah kita memuliakan baginda sempena mengingati hari kelahiran baginda...

***

kepada sesiapa diluar sana yang :-

  • kelapangan masa sila2 kanlah ke masjid terdekat...berselawat beramai2 lebih afdhal dan berkat
  • bagi yang mempunyai rezki lebih/ingin bersedekah..bersedekahlah dan bawalah kueh2 ke masjid sebagai tanda memuliakan baginda
  • bg Wiyah...may be kat rumah je,,baca yaasin & berselawat sendiri [kalo kat kuantan mesti dah berkumpul kat umah ayah & mak akan wat pulut kuning + kari ayam]~ bersempena hari lahir wiyah, cik nor & cik su [semua lahir pd bln rabiul awal...13 & 16 haribulan]
  • ~ berniat utk mensedekahkan sesuatu kepada pelajar SAR KAFA Kg.Sg. Ular balik hujung bulan ni..InsyaAllah semoga dilapangkan masa serta dimurahkan rezeki darinya amin..amin

*********************
sedikit info mengenai mauludur rasul
**********************
Maulidur Rasul (dalam bahasa Arab bermaksud kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada Isnin ( Dari hadith riwayat Muslim, 8/25 ) 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.



Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa upacara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.



Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal salih.

Jelas kepada kita bahawa pembalasan Allah Subhanahu Wataala terhadap kebaikan begitu cepat sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan, sudah Allah Subhanahu Wataala akan memberi pembalasan yang tiada ternilai. Seseorang yang beriman, kuat bersandar kepada Allah, ketika di dalam kesusahan dia tetap tenang dan hatinya hanya mengadu kepada Allah dan mengharapkan pertolongan dan kasih sayang Allah Subhanahu Wataala.



" Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya"
-Semoga Mendapat Keberkatan Hidup DariNYA-

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...