assalamualikum wbt
salam bersiaran di hari ke-19 kita berpuasa...alhamdulillah cepatnya masa berlalu kan!! lg 10 hari inysAllah kita akan menyambut hari raya....alhamdulillah perkembangan semakin ok,,bleding pon da stop,,bertahan yer baby....mesti kuat tau! :-)
[ xde mabuk2 just xsuka shoping & xsuka tgk org ramai]
tapi baju raya,kueh raya & preparation utk raya masih blom buat apa2 lagi...sangat2 xde mood nak g shoping,,xtau la kenapa! tengok org ramai2 rasa nak marah , serabut bagai...even pergi bazar ramadhan pon tak suka..hurm apa kes wiyah yg shoperholic kang dah jadi anti shoping..mushkil tu ;-)
be strong wiyah..be positive! kesian kat en.suami yang kena buat sume keje umah...basuh pinggan, kemas umah, basuh kain , jemur kain , lipat kain bagai...hurm sabar yer abg ada lg 6bln jer heheh
oke back to d normal...desert wiyah utk lat week,,disebabkan banyak mertua & mak wiyah bagi benda yang sama...almost 12biji so kena la abiskan jugak...masih berbaki 5biji dlm peti huhu
Nekbat Terengganu
desert yang sememangnya sangat famous kat terengganu, kelantan & termasuk la pahang...ini famili wiyah jer kot sbb mmg menu wajib ada atas meja selain drp buah kurma
credit to mr.wikipidea
Kuih nekbat merupakan sejenis kuih tradisional pembasuh mulut yang diperbuat daripada tepung beras dan telur, yang popular di Malaysia, terutama di Pantai Timur iaitu di Kelantan dan Terengganu. Kuih nekbat biasanya disediakan dalam dua fasa.
Pada fasa pertama, adunan tepung dibakar dan dimasak sehingga gebu seperti buahulu tetapi tawar dan lebih keras. Apabila ia kembang dan bertukar kekuningan ia sedia untuk digunakan. Nekbat yang telah dimasak akan disimpan kering atau dijual kepada pelanggan yang akan menyediakannya sebelum dihidangkan. Nekbat kering ini tahan lebih lama dan boleh disimpan di dalam peti sejuk.
Pada fasa penyediaan akhir, nekbat ini akan disira dalam air gula yang dimasak dengan daun pandan dan cengkih bagi memberi bau wangi, dan dibiarkan jelira sebelum dihidangkan berkuah dengan air gula tersebut. Nekbat yang telah disira tidak boleh dibiarkan lama, kerana ia akan menjadi kembang dan hancur.
Istilah ini juga digunakan bagi menggelar mereka yang bertubuh gempal sebagai seperti nekbat kembang.
oke...daa jumpa lg di lain n3,,sedikit malas nak berblogging coz byk kerja yg perlu disetelkan b4 cuti raya huhu..
4 comments:
1st time dgr nama nekbat...rupa cam bahulu jer kan
owh minat u nekbat ek...alhamdulillah la xde alahan pape..jge dri leklok..xpe la biar ayie berkorban kejap ek..bsr pahala tu.ehehe...
eka: aah wiyah pon dah tua2 ni baru tau pasal nekbak ni..tapi rasa dia agak manis,,nanti kalo eka mengidam wiyah carikan eh...insyaAllah muda2an ;-)
aida: nak kata minat sgt tu tak jugak..tp xtau la mggu lps b4 dpt tau i preggy..ckp kat mak lama tak makan kueh yg mcm bahulu manis2 tu..last2 blik mggu lps mak i dah beli kan..mengidam rupanya ek..hehe ye ke?
Post a Comment