assalamualaikum..wbt
1, 2, 3 & 4....apa tuuu?? herm itu tajuk Semanis Kurma malam ni,, alhamdulillah tajuk yang menarik & sedikit sebanyak dapat menambah ilmu yang sedia ada. Sambil tu wiyah update menu kue teow goreng pedas. Sejak akhir2 ni boleh kata kan tiap hari wiyah makan & masak mee tak kira la maggie, mihun, mee kuning or kue teow. This week periuk nasi masih belum berasap lagi. Banyak plak bebel kan..meh wiyah share dinner kami malam ni..walaupon simple tp syukur alhamdulillah atas nikmat yang diberi..semoga hari2 mendatang kami di rezeki kami akan lebih di berkati olehNYA ..amin ya rabbal alamin ;-)
Kue Teow Goreng Mudah (10 minit masa penyediaan)
Bahan-bahan:
- 1 bungkus kue teow (cuci & toskan)
- sedikit isi ayam, udang & sotong
- 1biji bawang besar, 2 ulas bawang putih [dimayang & ketuk sahaja]
- 5sb pes cili kering (kalau suka lg pedas boleh tambah lagi)
- tomato & carrot serta cili jeruk utk tambahan
Cara Penyediaan:
- Panaskan 3sb minyak & tumis bahan kisar hingga wangi. Kemudian masukkan pes cili kering hingga naik minyak.
- Masukkan isi ayam, udang & sotong & masak seketika.
- Masukkan carrot & kue teow , kicap serta tomato. Perasakan sesedap rasa & gaul sebati.
- Hidangkan bersama cili jeruk & daun sup, daun bawang.
Kesimpulan: Hasil dari pemerhatian yang sebelum ni, kalau buat mee 1 bungkus mmg confirm tak habis so untuk hidangan kami berdua..wiyah just masak separuh bungkus mee yang 500g tu jer. InsyaAllah kalau lapar mmg akan habis.
Jemput makan semua ;-D
No comments:
Post a Comment