To All My Friend, Lovely & Silent Readers

To All My Friend, Lovely & Silent Readers

Mohon maaf kiranya wiyah a.k.a Tuan Rumah tiada kunjungan balas/backlink /follow ke blog kalian, ini kerana disebabkan oleh ketiadaan link blog tuan/puan utk wiyah follow kalian. Jutaan maaf juga jika jarang ber'blogwalking' ke blog kalian (busy tahap cipan). In sha Allah jika ada kesempatan waktu wiyah akan ke singgah ke blog kalian..Peace No War!!

Followers

Imamku Hingga ke Hembusan Nafas yang Terakhir

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Lilypie Pregnancy tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Premature Baby tickers

Follow by Email

"Some Love Stories...Live Forever"

Tuesday, March 27, 2012

2 in 1 recipe: Blueberry & Oreo Light Cheese Cake

assalamualaikum wbt

alhamdulillah akhirnya terialisasi jugak angan2 nak nak buat cheese cake ni setelah berminggu cream cheese tu duk bertapa dalam peti..sian dia! nasib baik la anak buah wiyah datang umah & ajak menge'kek'..katanya nak makan cheese cake..slalunya adam request choc cake jer. Dengan request adam tu makan terjadi la cheese cake pertama dari wiyah..wiyah nak makan yg plian ngan blueberry tp si adam nak yang oreo plak..

hurm..alkisahnya jadi la kedua-duanya. Syukur alhamdulillah berkat sabar ngan karenah adam yang nak kacau la, nak pecah kan telur bagai. akhirnya siap jugak cheese cake ni. apapun syukur..rasanya sgt gebu & moist with cheese. tp awas tak leh makan banyak & selalu buat...nanti bertambah2 bam bam wiyah yg dah sedia tembam! ...ok la wiyah share resepi 1st cheese cake freshly bake from my small kitchen & cute oven tu ;-D


ini mr.husband punya..req nak makan ngan blueberry! wiyah pon suka yang ni juga.. rasa masam2 bluberry so tak muak sangat

jangan tak caya si adam bleh habiskan sebiji cake yang bersaiz sederhana macam ni..dasyat2 baru je bunyi 'ting' dah sebok g ambil pinggan mintak isi kan kek..tak sabar sangat dari waktu membakar asyik g jenguk oven je..haih sweet btol la adam ;-)


LIGHT CHEESE CAKE
Tutorial recipe step by step: Sue-Hasue
Sumber : Izah Daut

BAHAN-BAHAN:
  • 125g cream cheese
  • 300 ml susu segar
  • 80 g mentega atau marjerin -3sb butter
  • 80 g tepung gandum - 5sb tepung naik sendiri
  • 80 gram gula halus - 5sb gula icing
  • 3 biji telur saiz A *saya guna size B
  • beberapa titik esen vanila/jus lemon
CARA PENYEDIAAN:
  1. Masukkan susu segar dalam periuk. Masukkan cream cheese sehingga cair sambil sentiasa dikacau menggunakan hand whisk. Masukkan pula mentega/marjerin,kacau lagi sehingga cair,padamkan api dan ketepikan.
  2. Asingkan putih telur dan kuning telur, pukul putih telur bersama gula halus sehingga menjadi meringue. -meringue ialah adunan putih telur dan gula betul2 ringan (ia tidak tumpah apabila mangkuk cuba diterbalikkan)
  3. Di dalam bekas lain yang lebih besar,pukul kuning telur hingga kembang dan masukkan adunan cheese tadi, kacau seketika..ayakkan tepung sedikit demi sedikit dan pukul lagi, pastikan adunan tidak berketul -kacau menggunakan hand whisk dengan perlahan
  4. Akhir sekali campurkan merigue ke dalam adunan tadi dan berberapa titik esen vanila, gunakan cara kaup balik supaya adunan rata(boleh juga menggunakan hand whisk tapi gaul dengan perlahan2)..
  5. Glis acuan kek dengan marjerin dan alaskan dengan kertas. Masukkan adunan kek di dalam acuan. Pastikan oven sudah dipanaskan sebelum membakar kek
  6. Bakar pada suhu 160 darjah selama 45 minit (atau sehingga masak) menggunakan kaedah bain marie (loyang kek diletakkan di atas loyang yang berisi air panas ketika dibakar)
  7. Hias ikut kreativiti sendiri atau dimakan begitu sahaja. Blueberry topping
OREO LIGHT CHEESE CAKE

Masih menggunakan adunan yang tadi,, cuma loyang yang berl;ainan jer. wiyah gunakan biskut oreo sebagai base & topping. so dapat rasa 2 cheese cake sekali gus ..dasar pemalas kan! haha

Sumber : Fazlinil Irma

Bahan-bahan Untuk kek : Masih menggunakan resepi yang sama seperti diatas.

Bahan-bahan untuk dasar biskut :
  • 2 cawan penuh biskut Oreo (kalau suka tebal. Lebihkan lagi)
  • 2 sudu besar  butter
  • 1/4 cawan brown sugar -wiyah tak letak
  • 1 sudu teh serbuk kulit kayu manis -wiyah tak letak
CARA PENYEDIAAN: 
  1. Hancurkan biskut yang dah dikeluarkan krimnya. Kalau ada pengisar kering lagi senang. Cepat kerja. Nak kerja renyah pun ada. Masukkan biskut dalam plastik. Kemudian ketuk dengan lesung batu atau kayu pencanai. hehe.
  2. Gaulkan dengan butter yang telah dicairkan. Masukkan brown sugar dan serbuk kayu manis. Gaul dan cuba genggam sehingga boleh dikepal. Kalau anda tambah kuantiti biskut. Makanya silalah tambah sedikit lagi kuantiti butter ya.
  3. Kemudian tekan di atas loyang yang sudah dialas dengan kertas minyak.
  4. Sejukkan di dalam peti ais sebentar. Kemudian bolehlah teruskan dengan kerja-kerja membuat adunan cheese.
oke..ini oreo cheese cake adam! dah la oreo pastu nak curah coklat plak kat atas kek tu..haih pa daa adam ni! apa pon mmg sedapa cheese cake ni..insyaAllah next  time bleh buat lagi

5 comments:

Nora'sri said...

ok la tu yah..at least jadik gak..i nyer cream cheese bru last week selamat kt tong samph..beli taun lepas lg..nk buat xjdik2..akhirnyer ke dalam tong samph gak tempatnyer..

Wiyah said...

alahai sayangnya creame cheese tu di buang..dah la mahal kan ;-)..mulanya tak brapa yakin gak nak try ..tp dah anak buah tu sebok sgt nk cheese cake..cuba la jugak! alhamdul;i;lah jadi..u try la nanti,,serius sedap & lembab jer kek nya ;-D

Wiyah said...

alahai sayangnya creame cheese tu di buang..dah la mahal kan ;-)..mulanya tak brapa yakin gak nak try ..tp dah anak buah tu sebok sgt nk cheese cake..cuba la jugak! alhamdul;i;lah jadi..u try la nanti,,serius sedap & lembab jer kek nya ;-D

IFA Athirah said...

kek oreo tu nmpk mcm moist.btul ke?

Wiyah said...

nampak macam moist?? actually mmg moist pon..lembab sgt!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...