To All My Friend, Lovely & Silent Readers

To All My Friend, Lovely & Silent Readers

Mohon maaf kiranya wiyah a.k.a Tuan Rumah tiada kunjungan balas/backlink /follow ke blog kalian, ini kerana disebabkan oleh ketiadaan link blog tuan/puan utk wiyah follow kalian. Jutaan maaf juga jika jarang ber'blogwalking' ke blog kalian (busy tahap cipan). In sha Allah jika ada kesempatan waktu wiyah akan ke singgah ke blog kalian..Peace No War!!

Followers

Imamku Hingga ke Hembusan Nafas yang Terakhir

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Lilypie Pregnancy tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Premature Baby tickers
"Some Love Stories...Live Forever"

Thursday, March 1, 2012

2nd time..Pink Pavlova !

assalamualaikum

tak tau la tekak ni nak makan macam2 haih...apada perut ni,, alkisahnya sbb wiyah duk ganti pose sepanjang minggu so pantang tgk org tayang makannan apa mesti terliur..huhu,, tang pavlova ni sampai termimpi-mimpi duk makan yummy2...then masa g shoping groceries terjumpa buah kiwi, plum, strawberi, manggo bagai...terus cari bahan2 yg lain & malam tu jugak buat! hehe sgt tak sabar kan wiyah ni...

bila letak atas meja..takde dah versi potong2,, terus guna sudu & garfu ngan mr.suami...tak sampai 1 jam terus licin..pelahap sungguh laki bini ni kan!!..takpe takpe sekali sekala jer..next nak try wat lagi, coz kali ni bulatan agak besar so jadi nipis cket..kalo tebal lagi mesti best! resepi dari blog Fazlinil Irma,,beliau wat online jual kek yg mmg memikat hati wiyah ni sokmo!! wiyah slalu gak BW kat blog k.irma...cuci mata tgk kek2 yg best..nak order alahai jauh sgt nak pick up kat mana kan..kalau la dekat,,, aih tak leh bayangkan hehe...thanks to k.irma coz sudi share resepi pavlova ni && sori k.irma,, wiyah menderhaka gi gatal tangan tambah color pink sbb baru beli esen pink semalam ngehngeh (mintak izin C&P resepi akak kat sini yer)
PAVLOVA

2nd time buat...kali ni wat 1/2 resepi jer!! baru puas hati kek yg ,mabeles  & tebal..alhamdulillah licin tak sampai 20 minit hehhe..kalau ada sytrawberi mesti lagi best kan ;-)


beza antara 1st & 2nd pavlova yang wiyah buat, yang 1st kek agak nipis & tak puas hati dats y wiyah buat lagi skali..kek yang lagi tebal ! pikcer credit to fb Mr.suami...pikcer via ipad,,kualiti pikcer kurang memberansangkan!

Sumber Resepi : Fazlinil Irma


Bahan-bahan : ( wiyah buat separuh jer)
  • 4 biji putih telur
  • 1 cawan gula kastor ( saya guna 3/4 cawan untuk mengurangkan manis)
  • 1/2 sudu teh esen vanilla
  • 1 sudu teh cuka masakan
  • 1/2 sudu besar tepung jagung
Topping/hiasan :
  • 1 cawan (240 ml ) whipping cream
  • 1 1/2 sudu besar gula halus - saya pakai gula icing.
  • 1/2 sudu teh esen vanilla
Tip sebelum membakar :
  1. Pastikan (baca dengan nada garang. hihi) ketika mengasingkan antara telur putih dan kuning, tiada sedikit (langsung) telur kuning yang masuk dalam telur putih. Untuk memudahkan kerja, gunakan telur yang disimpan dalam peti sejuk. Telur yang sejuk, mudah untuk diasingkan antara kuning dan putih. Bila nak digunakan, pastikan putih telur berada dalam suhu bilik. Jangan guna masa telur masih sejuk.
  2. Periksa peralatan yang digunakan bersih dari sebarang air dan kesan minyak. Lain la kalau korang tak kisah. Dalam hati duk kata," apasal la meringue aku tak bertanduk langsung." hehe
Cara-cara :
  1. Pukul putih telur menggunakan hand mixer dengan kelajuan perlahan. Kalau ada stand mixer lagi senang. Tengok je. Tangan tak payah kerja. Pukul sehingga adunan menjadi 'soft peak form'. Apa eh istilah melayu dia.?
  2. Kemudian, dengan kelajuan yang tinggi, masukkan gula sudu demi sudu sambil terus putar adunan. Masa ni adunan akan bertukar menjadi putih tapi belum lagi berkilat. Bila pegang sedikit adunan di tangan terasa lagi gula yang belum hancur.
  3. Teruskan memutar adunan dengan kelajuan tinggi sehingga bertukar menjadi putih berkilat. Bila diangkat dia akan mengeluarkan tanduk. Haha. Jangan risau. Ni tanduk bagus punya. Kalau dah bertanduk tu maknanya jadilah meringue. Jika belum, atau tanduk tak tajam dan belum mantap. Pukul lagi 2-3 minit.
  4. Masukkan esen vanilla dan pukul lagi sampai sebati.Tanda meringue anda dah jadi ialah bila diangkat adunan akan menghasilkan tanduk yang tajam dihujung. Nak lebih yakin, telangkupkan bekas meringue atas kepala. Kalau tak jatuh tu confirm jadi. Agak-agak berani tak?
  5. Masukkan tepung jagung dan cuka. Gaulkan menggunakan spatula atau senduk kayu. Bukan senduk kari ye..! Kang ada pulak rasa kari dalam pavlova.
  6. Buatkan garisan bulat di atas kertas minyak(parchment paper). Saya gunakan tin kek yang bersaiz 7 inci. Zaapp. Dah jadi bulat. 
  7. Bentukkan meringue mengikut bulatan yang kita lukis. Pastikan bahagian tepi lebih tinggi dari tengah. Konon macam tebing pendek la kan. Part ni saya tak buat. Saya buat cara saya sendiri. 
Masa membakar :
  1. Panaskan oven pada suhu 150' C. Saya panaskan 15 minit lebih awal. Letakkan rak di tengah bahagian oven. 
  2. Masukkan adunan meringue. Dalam 15 minit, turunkan suhu kepada 140'C. Masak selama 1 jam. Pavlova dimasak dengan api yang sederhana panas. Bila api terlalu panas, luarnya akan garing tapi dalam tak masak. Bila api tak cukup panas pun tak kena juga. Kang lama pulak nak masak. Takkan nak berkampung depan oven sampai 2 jam? 
  3. Masak sehingga warna meringue bertukar menjadi coklat muda. Bila dipegang terasa garing di luar dan lembut bahagian dalam. Tutup api. Biarkan pintu oven sedikit terbuka. Jangan keluarkan meringue terus dari oven. Tunggu sehingga sejuk.

Cara menghias :
  1. Pukul whipping cream dalam bekas sehingga kental. Satu petua nak mudahkan kerja. Masukkan bekas dalam peti ais bahagian beku selama 2-3 jam sebelum memukul whipping cream. 
  2. Bila whipping cream dah kental. Masukkan gula dan esen vanila. Ini pendapat sayalah kan. Whipping cream tu dah manis. Sekiranya nak kurangkan atau tak masukkan gula pun tak jadi masalah. 
  3. Masukkan whipped cream dalam plastik. Simpan dalam peti ais beku sekejap. Nanti bila nak deco baru keluarkan. 
  4. Bila rasa nak makan, baru picitkan whipped cream dan hias dengan buah-buahan yang siap dipotong. Kalau hias awal sangat nanti takut pavlova tu berderai.

OK..selamat mencuba ;-)

8 comments:

mala said...

wah! pink pavlova .. nice :-)

Wiyah said...

hehe..pavlova derhaka namanya ;-)

yannie bunny said...

wiyah... sedapnya nmpak! wiyah kna consider bukak bakery jugak la ni. rajin btol ;)

Princess Feyqa said...

wah wrna pink menarik!

Wiyah said...

yannie: hehe..wahhh bukak bakery?? wakaka buat kek kadang jadi kadang masuk tong sampah,...camane tu?? tapi kalau orchid nursery tu insyaAllah ;-)

Wiyah said...

Feyqa: tangan gatal g tambah color sebab baru nak test color..hehe! nanti feyqa try wat color purple ke, ijau ke plak eh hehe

Unknown said...

As salam Wiyah,

Namapak mcm senang nak buat pavlova tu... Looks yummy! Nak try buatlah...Tunggu my version! Verangan...ahaks! Salam kenal & follow :)

Wiyah said...

wslam..thanks coz sudi singgah & follow blog wiyah yg mengarut neh ;-)..aah mula2 mmg rasa mcm susah jer tapi bila dah sekali buat rasa tak la susah sangat,, boleh la untuk beginner macam wiyah ni..try la buat,,kat sana2 mesti banyak kan buah2 fresh..letak macam2 kat atas tu mesti sodap nyummm heheh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...