To All My Friend, Lovely & Silent Readers

To All My Friend, Lovely & Silent Readers

Mohon maaf kiranya wiyah a.k.a Tuan Rumah tiada kunjungan balas/backlink /follow ke blog kalian, ini kerana disebabkan oleh ketiadaan link blog tuan/puan utk wiyah follow kalian. Jutaan maaf juga jika jarang ber'blogwalking' ke blog kalian (busy tahap cipan). In sha Allah jika ada kesempatan waktu wiyah akan ke singgah ke blog kalian..Peace No War!!

Followers

Imamku Hingga ke Hembusan Nafas yang Terakhir

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Lilypie Pregnancy tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Premature Baby tickers
"Some Love Stories...Live Forever"

Wednesday, June 15, 2011

Daging Masak Merah

assalamualaikum w.b.t....

wordless wednesday???? hurm ramai yang wat tajuk n3 mcm ni hari ni yer...knp jd wordless agaknya yer??...huhu wiyah hari ni sgt2 banyak bercakap hokey...td ada class mekanik struktur II fuhhhh punya la penat..ajar bab lain ..bab lain plak yg bdk2 ni blurrr...tukar unit la cara tekan nak masukkan formula dlm calculator la...haih sabar jer la!! ini la kerja pendidik kan...pengorbanan masa,tenaga ilmu & macam2 lg....sangat mulia! apa pun wiyah gt puas hati coz they all can accept all those things....alhamdulillah!

ok la..banyak plak membebel eh hari ni! bulan ni adalah bulan daging ...haha puncanya sbb beli daging 1/2kg tak habis2 lagi,, boleh masak 3 4 jenis menu...o macam2 da pikir nak wat pe ngan daging tu...mula2 masak daging goreng kunyit then masak sup daging cendawan , mee goreng basah & last masak ni plak...daging masak merah resepi dari SINI


*****************
Daging Masak Merah
*****************
masak cket jer..tp bila dah siap masak alamak banyak la plak..ini la murah rezeki kurniaan Allah namanya kan ;-)

Jom wiyah nak share resipi ni ...[resepi ni utk 2 org makan je ;-) ]

bahan2 :

1. daging lembu 200gram [ rebus sampai empuk & hiris nipis]
2. bawang besar holland + bwag putih seulas + cili hijau + cili merah
3. sos cili + sos tomato (cap kimball) + sos ikan (cap pisau @ knife)

cara masak :

1. mula goreng daging [ agak2 kuning cket jer..jgn garing sgt coz takut keras plak]
2. then buangkan cket minyak gorengan tadi...tumiskan bawang putih + bawang besar + cili2
3. masukkan sos cili + sos tomato + sos ikan
4. then perasakan SESEDAP RASA...

wiyah suka makan ngan nasi putih/nasi goreng + sup kosong/ sup cendawan/sup sayur + sambal belacan + telur dadar

rasanya....wallllah ala2 macam makan kat kedai masak ala thailand style coz sos ikan tu beri rasa yang berbeza pada masakan tu...slalunya wiyah tak pernah guna pon coz was-was tapi baru2 niwiyah terjumpa sos ikan CAP KNIFE or CAP PISAU yang dijamin halal..tanpa was-was & ragu2 lagi ;-)....lepas ni masak mesti curah sos ikan la,,,haha


okeh...bleh try nanti yer coz sangat simple & sedap!! mudah utk disediakan...slalu order kat kedai jer  tp skang dah bleh wat sendiri alhamdulillah syukur...suami pon cakap lagi bes yang ini dari yang kat kedai itu....ahaks

Sunday, June 12, 2011

Kailan Ikan Perkasam

assalamualaikum...w.b.t

hai semua...wiyah nak straight to d point la kali nie..actually nak tdo dah tapi just nak share resepi ni b4 tdo..hehe! selalu orang masak kailan ikan masin ek..tp tu biasa la kan,, wiyah plak wat yang agak luar biasa cket...may be ada yang pernah try wat macam ni gak...Kailan Ikan Perkasam...sebenarnya ada ikan perkasam lebih yang wiyah goreng [ ex-ofismate org perak yang kasi ikan perkasam neh] ...terpikir2 nak wat apa eh...tgk dlm esbok ada kailan so y not aku combine je 2 mende alah ni...bila da siap macam ni la jdi nya...haha 


**************
Kailan Ikan Perkasam
**************
bahan2 :

1. Ikan perkasam 1 ekor [yg di goreng atau pon belum semuanya boleh]
2. kailan [ asingkan batang & daun kailan] + bawang besar + cili padi

cara masak:

1. panaskan sedikit minyak & goreng ikan perkasam sampai wangi dan garing [ buang tulang2 ikan takut terlekat plak]
2. then masukkan batang kailan + bawang besar + cili padi & last skali baru masukkan daun kailan
3. perasakan SESEDAP RASA tp jgn letak garam coz ikan ni dah masin 
4. siap utk dihidangkan...senang jer kan ;-)

p/s : wiyah suka makan dgn nasi putih / nasi goreng + telur dadar + tom yam/ sup [complete combination]

Kailan Ikan Perkasam

oke...boleh try nanti yer,, opps lupa nak inform,,ikan perkasam ni jenis ikan lumo iaitu sejenis ikan dari sungai perak...k.lela ex-ofismate yg perkenalkan kat wiyah! skang stock ikan ni dah habis & wiyah kirim rm50 utk wat stock bulan puasa...daaaaa ;-)

Friday, June 10, 2011

Ambil angin kat Pantai Batu Hitam

assalamualaikum...

salam pagi jumaat semua...semoga dihari yang baik & mulia ni... kita dikurniakan keberkatan hidup & dipermudahkan segala urusan dunia hendaknya....wiyah pon sama gak! alhamdulillah hari ni da genap 1 minggu LM kat sini...segalanya berjalan lancar & dipermudahkan....syukur

oke...pagi ni nak study chapter utk persediaan mengajar next week tp huuuuhu...cuaca agak mendung & mata pon terus jadi redup! mood nak study baca-baca blom datang lagi..nak kena ambik mood dulu la..pagi2 ni ;-)

wiyah nak citer pasal pantai batu hitam, beserah kuantan la hari ni....actually pantai ni dekat ngan umah wiyah jer,,,buka pintu dah dengar bunyi ombak & dah nampak laut!....bila dah dekat jadi terabai la kan,,tak dihargai???? opppps bukan tak menghargai..bleh katakan 2 hari kali duk pergi melangak @ melepak ambik angin kat tepi pantai tu...kira menghargai la akan keindahan alam kat situ ;-)....

meh kita share pikcer kat bawah ni..tapi maaf yer coz pikcer agak berterabur cket so jalan cite pon tunggang langgang la...al maklum & faham2 jer la hikhik ;-D

Pantai Batu Hitam diantara pantai yang tercantik kat kuantan selain dari Pantai Cherating, Pantai Teluk Chempedak, Pantai Balok, Pantai Sg Ular & Pantai Sepat

ada batu2 hitam kat pesisir pantai yang landai bila air surut...thats y dinamakan Pantai Batu Hitam

sedikit info @ intro 
Pantai Batu Hitam, Beserah Kuantan Pahang

Batu Hitam merupakan sebuah pantai yang popular dengan penduduk tempatan dan pengunjung hujung minggu Malaysia selain Balok dan Teluk Cempedak. Terletak kira-kira 10 km dari Kuantan, pantai ini dipanggil Batu Hitam untuk bentangan batu hitamnya pada pantai berpasir putih. Kawasan berpantai itu selalunya penuh sesak sepanjang hujung minggu oleh pekelah-pekelah dari jauh dan dekat.

Tarikan
Selain kemasyhuran batu hitam di sana, anda juga akan mendapati bahawa terdapat banyak ruang untuk berkhemah di pantai dan laut. Di sini, pengunjung kebanyakannya datang berkelah di pantai Batu Hitam dengan keluarga dan berenang di laut. Mandian dan kemudahan pencucian juga disediakan untuk para pelancong.

Gerai-gerai makanan laut juga boleh didapati berdekatan kawasan itu. Anda boleh mencuba hidangan setempat seperti mi goreng, mi kari, nasi goreng dan ikan bakar. Jus buah dan minuman berkarbonat juga dijual. 

wiyah ambik info ni kat sini...sume info pasal pantai ada kat SINI

pasir putih pantai & batu hitam yang menghiasi keunikan pantai ni...

batu hitam ni seperti batu karang jugak..terbentuk daripada kulit2 hidupan laut cth nya macam kerang, siput & macam2 lagi la...agak tajam & merbahaya jugak batu ni...

lukisan yang dibuat oleh si ketam...unik & menarik 

petang2...kita bleh tengok ada macam2 aktiviti kat sini,,,macam2 boleh buat contohnya macam kat bawah nie..apa yang wiyah perhati &nampak jer la

1. main layang-layang sesuai coz pantainya yang luas & angin pantai yang kuat
2. aktiviti memancing & menjala/memukat ikan ( pari,gelama,) kat tepi pantai
3. aktiviti mandi manda2 & istana pasir 
4. ada gak yang main bola sepak (beach soccer), bola tampar
5. tak kurang gak aktiviti belangkas ( manusia bercinta) sana sini...malu plak rasanya coz org melayu & muslim semuanya
6. ada yang berkhemah, ber picnic, makan ngan famili...

apapun....kat sini memang bes boleh cuci2 mata, telinga & hati juga ahakkkks....;-)

kulit-kulit kerang kat pesisir pantai...di bawah oleh ombak ke tepi 

aktiviti menjala/memukat/menangkap ikan.. wiyah pon tak pasti aktiviti yang sebenar...;-)

aktiviti suami isteri..berjalan2 keluarkan peluh,,melepak,,ambil angi sambil cuci mata tengok belangkas manusia..haha

suami isteri tak der keje...kahkah

ambik pikcer sendiri..jadi la besar gajah macam ni

macam iyah cakap tadi...kulit2 kerang melakat pada batu menjadikannya tajam & merbahaya!...wiyah berjalan tak pakai selipar dat day...tak bes la kan jalan tepi pantai pakai selipar,,licin ek...hurmm ni la jadinya wiyah jalan atas batu hitam tu..abis luka2 tapak kaki...yang ni siap terbelah ibu jari kaki berdarah banyak...pedih coz kena air masin!! so u all aklo ke sini sila hati-hati yer pakai selipar tau

permandangan di waktu maghrib...nice view dari pantai

dekat2 sini ada gak resort (black stone resort)  yang cantik & selesa...slalu perumahan wiyah wat sport day kat sini coz kawasannya yg luas!...perumahan & rumah2 kampung pon banyak kat area sini..homestay pon ada!!

permandangan matahari hampir terbenam (sunset) dari pantai ke kampung nelayan...so kat sini kita boleh dapat ikan & pelbagai hasil laut  yang fresh serta dengan harga yang murah!!

so boleh la tengok scene sunrise & sunset...interesting tau!!

Tuesday, June 7, 2011

Daging Goreng Kunyit Klate Style

assalamualaikum...

hai...dah lama wiyah tak update resepi kan..hehe,,jarang masak skang nie busy cket!! bukan tak masak langsung tp just masak yang simple2 jer...lapas terus ngap tak sempat nak snap pikcer pon..ngeh2
ok la hari ni wiyah nak share satu resepi dari kelantan...FYI wiyah dulu pernah stay kat Besut (sempadan kelantan) dalam setahun lebih gak..ikut husband yang transfer  kat sana & wiyah pon benti keje then cari keje kat sana,,,alhamdulillah berenti kerja terus dapat sana keje ngan company cina developer negeri  terengganu...kerja area besut, kuala terengganu & pulau perhentian coz ada projek kat sana...sweet moment kalo di ingatkan semula..........

time kerja wiyah perlu deal ngan banyak pihak berkuasa tempatan...dalam masa yang sama mesti kena terjah restoran slalu utk memudahkan urusan projek...kahkah,,itu bos wiyah yang ajar ;-) & menu ni antara peberet menu wiyah...pegi mana2 pon mmg wiyah akan cari lauk neh..mintak resepi ngan ofismate,,rupa2nya senang jer cara masaknya...sempat la belajar 3 4 jenis masakan orang sana...hah jom kita tengok

******************
Daging Goreng Kunyit
******************

bahan2: 

1. Daging lembu potong nipis & perap ngan garam ngan kunyit dlm 1/2 jam
2. bawang besar holland + cili padi/ cili besar [lagi sedap kalo ada cili thailand yang orang wat lada jeruk or solol lada tu coz lada ni pedas]
3. carrot & tomato [ just nak menceriakan masakan...;-)]

cara masak:

1. panaskan kuali & masukkan daging yang diperap tadi masak hingga air daging kering & daging empuk
2. kemudian masukkan sedikit minyak masak & goreng daging sampai agak2 garing
3. masukkan bawang (wiyah suka bawang banyak...bagi rasa agak2 manis & sedap ) + cili potong perasa SESEDAP RASA [ garam jgn letak coz tadi dah perap ngan garam] 

p/s : wiyah suka makan ngan nasi panas2 + sambal belacan + ulam timun + kicap manis kipas udang [ da cukup berselera kalo makan macam ni..tak tau la kenapa suka sangat makan macam nie...] ...suami pon pelik tengok wiyah makan...hehe

lauk ni agak kering cket...kalo nak agak berkuah boleh tambahkan sikit air la time tengah masak tu..

ini plak hati ayam goreng kunyit..cara masak pon sama jer ngan daging goreng kunyit!!


ok ...kalo nak tau rasanya,,,sila la cuba coz senang jer tak perlu banyak bahan & step yang complicated..selamat mencuba!!

Buah Adam Hawa ~ Journey to have a baby

assalamualaikum...w.b.t

online & ber n3 dari FKA Polisas...awal2 ni blom ada keje lagi,,hari ni just marking paper test 1 teori structure II part 6..huhu,,,hari ni wiyah nak share ngan kawan2 yang dalam proses & usaha untuk dapatkan cahayamata/ zuriat sama macam wiyah ;-(...a journey to hava baby!!

dulu wiyah pernah share pengalaman  wiyah dalam usaha untuk mendapatkan zuriat...macam2 cara wiyah cuba antaranya yang tradisional pasal buah adam hawa kat SINI & cara makan buah adam hawa kat SINI....

ada gak pasal daun zuriat  & kat SINI gakyang kakak wiyah beli masa g buat umrah baru2 ni...tapi wiyah blom makan lagi!! lepas habis misi minum buah adam hawa ni..baru la wiyah teruskan misi daun zuriat ni..insyaAllah

alhamdulillah skarang wiyah sedang bercuti panjang...so we planning to process & to have a baby...planned to be deliver by march next year insyaAllah!....so skarang ni wiyah gunakan cara tradisional since wiyah takde masalah untuk pregnen..just masalah rahim lemah yang tak dapat nak carry baby!! buah ni dah lama mak wiyah beli time buat haji 2 tahun lepas kot haha...tp tak tau la...niat nak nak pecahkan & minum air rebusan buah adam hawa ni belom betul2 bersemangat lagi...dengan kata lain belum dapat seru lagi kot,,hehe...tapi skarang may be  seru dah sampai & mukjizat cara nak pecahkan buah tu...hubby sedaya upaya berpeluh2 nak pecahkan buah ni!! thanks yer abang...

wiyah nak share momen2 time nak pecahkan cengkerang / tempurung buah adam hawa ni...ya rabbi tersangat la keras tempurung dia...tak tau nak cakap camane!! kira tempurung kelapa tu kategori tempurung yang rapuh /lembut la...keras macm batu kot ;-)

tukul... pisau..lesung batu..parang..screwdriver..playar..sume keluar semata nak pecahkan tempurung ni!! kalo kata doktor nak wat operation...segala jenis gunting jarum semua guna huahaha

usaha suami untuk pecahkan tempurung...berpeluh2 serabai habis suami saya !! ;-) jiran sebelah duk mengintai we ol coz bunyi bising ketuk2 kat luar pagar umah..mana taknya wat keje kul 12 tgh malam..nak wat siang2 malu kot orang lalu2 tanya itu ini malas nak menjawab...nak wat dalam umah taku lantai cacat plak nanti!! haha..berkira last2 wat kat luar pagar atas jalan tar..kehkeh,,

akhirnya...
bak kata pepatah "kalau tak dipecahkan buyung manakan dapat sagunya" ...mmg btol la kata pepatah ni...usaha tangga kejayaan...kami berjaya pecahkan tempurung tu..wilaupon wiyah just duduk tengok jer hehe...bagi semangat & sokongan kat suami utk teruskan usaha..!! harapan kami sagu tu adalah baby buat kami..insyaAllah..

isi dalamnya pon..ya karim tersangat la keras,,even di cungkil dengan parang pon tak jadi apa...tempurungnya nipis jer..tapi kenapa keras sangat yer??? terpikir2 gak wiyah...kenapa ..mengapa..ciptaan & kejadian tuhan tak dapat di rungkaikkan....

sepasang buah adam & hawa bila dipecahkan...macam ni la rupanya!! 1 macam bujur cket & 1 lagi macam bulat cket..bezanya tak tau la apa..kata orang perlu diminum air rebusan sepasang buah ni ibaratkan seperti pasangan adam & hawa or lelaki & perempuan la!!

wiyah da rebus buah adam hawa ni...berjam2 lamanya wiyah rebus tapi airnya still tak bertukar jadi color kuning2 macam teh pon..wiyah wat decision may be dia tak bertukar  color kot...huhu,,so skang ni rutin wiyah hari2 wiyah akan panaskan air ni & minum sama2 nagn suami sebelum tido tiap2 hari...

dah dekat wiyah 2 minggu wiyah amalkan minum air ni...& alhamdulillah last week period tak senggugut ,,tak sakit sakit pinggang semua..period pon lancar jer macam biasa!! pendapat & firasat wiyah may be air rebusan ni jugak mencuci dalaman rahim perempuan...tapi tak tau la kebenarannya macamana...wiyah akan teruskan usaha & misi ni hingga berjaya...

to be continued...if i got good news ;-)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...