To All My Friend, Lovely & Silent Readers

To All My Friend, Lovely & Silent Readers

Mohon maaf kiranya wiyah a.k.a Tuan Rumah tiada kunjungan balas/backlink /follow ke blog kalian, ini kerana disebabkan oleh ketiadaan link blog tuan/puan utk wiyah follow kalian. Jutaan maaf juga jika jarang ber'blogwalking' ke blog kalian (busy tahap cipan). In sha Allah jika ada kesempatan waktu wiyah akan ke singgah ke blog kalian..Peace No War!!

Followers

Imamku Hingga ke Hembusan Nafas yang Terakhir

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Lilypie Pregnancy tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Premature Baby tickers
"Some Love Stories...Live Forever"
Showing posts with label Juice. Show all posts
Showing posts with label Juice. Show all posts

Wednesday, May 25, 2011

Mari kita sejukkan badan & legakan tekak!!

assalamualaikum...

hai...kat tempat u ol panas tak skang neh??? serius kat kuantan tersangat la panas..wiyah tak tahan ngan cuaca skang..dah 4 hari demam + selsema + batuk + sengal2 badan + tak boleh tidur  disebabkan cuaca panas & hujan yang tak menentu...

dan utk sejukkan badan selepas minum air asam jawa + gula batu + minum air masak lebih dari sepatutnya!! tapi still tak menjadi gak..last2 wiyah amalkan ni & alhamdulillah its work!! mengurangkan cket sakit tekak & panas kat dalam badan...nak try gak ?? jom.. ;-)

******************
untuk sejukkan badan: Amalkan minum air barli fresh [ rebus sendiri yer]
*****************

Air Barli berkhasiat sebagai penyejuk badan. Rasulullah s.a.w pernah memberikan sup (air)  barli kepada orang yang mengidap demam. Minum air barli di waktu cuaca yang panas dan tak menentu sekarang mmg sangat sesuai. Tambahan pulak jika tekak terasa kering dan perit akibat kekurangan cecair dalam badan.

Khasiat barli dipercayai dapat menyejukkan badan, baik untuk melawaskan kencing dan meningkatkan kesihatan buah pinggang.Selain itu, barli juga dikesan boleh membantu merendahkan kolesterol, meredakan sembelit dan mencegah penyakit kanser.
Bijirin Barli kaya dengan khasiat pemakanan seperti fiber, vitamin dan mineral penting (Vitamin B3), thiamine ( Vitamin B1), selenium, iron, magnesium, zinc, phosphorus, copper dan niacin) serta sedikit lemak dan tidak mengandungi kolesterol seperti lain-lain bijirin.Jika meminum air barli selalu diamalkan, ianya dapat mengurangkan risiko kencing manis, menyejukkan badan, memelihara buah pinggang, melawaskan kencing dan membantu untuk sistem penghadaman. Sumber dari website dr.rozmey kat SINI

wiyah masak barli + daun pandan + gula &  cincau beli kat pasar


menjadi buah yang wajib ada dlm peti ais wiyah...honeydew + asam boi

Khasiat Tembikai susu (honeydew) dapat mengatasi masalah sembelit
Buah tembikai susu kaya dengan vitamin A, B kompleks dan C. Ia sesuai untuk penjagaan kulit dan saraf, juga dikatakan dapat membantu mengatasi masalah sembelit. Selain boleh menurunkan berat badan disebabkan kandungan kalorinya yang rendah, tetapi mampunyai kandungan air yang banyak. Oleh itu, ia boleh membuatkan seseorang itu rasa kenyang bila memakannya.

Tembikai susu mengandungi pelbagai jenis nutrisi iaitu vitamin – vitamin seperti A, B6 dan C, Folat, Potasium, Zink serta lain – lain enzim berkaitan dengan penghadaman. Mengambil kitavitamin C sahaja, ianya bertindak sebagai antioksida yang mana kita tahu antioksida inimembantu dalam melindungi tubuh dari penyakit – penyakit kronik khususnya kanser. Malahvitamin C juga membantu dalam meningkatkan sistem imun tubuh dan sekaligus menghalang tubuh dari dijangkiti selesema dan batuk. Untuk vitamin B6 pula, ianya penting untuk kesihatan kulit dan sistem peredaran darah tubuh anda

Selain itu tembikai susu turut merupakan sumber asid folik yang bagus, dimana asid folik ini bagus untuk ibu yang mengandung dimana ia boleh mencegah kecacatan ketika lahir. Malahtembikai susu dilihat mempunyai kandungan sodium yang kurang, bebas lemak, bebas kolestrol dan rendah kalori, oleh itu ianya sedang elok untuk diterapkan dalam menu diet anda yang ingin mengurangkan berat badan.
Potasium yang terkandung dalam tembikai susu dapat mencegah otot dari mengalami kekejangan dan membantu dalam mengawal tekanan darah, serta kandungan air tembikai susu yang banyak akan membantu tubuh anda dari kekurangan air. Untuk rekod, satu mangkuk keciltembikai susu hanya mengandungi 60 kalori dan membekalkan vitamin C yang mencakupi 70% keperluan harian tubuh anda.
Tembikai susu boleh disimpan dalam suhu bilik sehingga 4 hari, manakal jika disimpan ke dalam peti  sejuk ianya boleh bertahan selama 5 hari
refer kat SINI banyak bercerita tentang khasiat buah-buahan


buah pear + asam boi : buah pear ni mempunyai kandungan air yang banyak dalam buahnya

Tahukah anda, pir paling mujarab utk melegakan sakit dada akibat batuk yg keterlaluan, contohnya akibat penyakit Tuberculosis (TB) atau batuk kering. Pengidap TB akan merasai sakit menusuk di paru2 setiap kali batuk yg berlanjutan. Pir dipercayai dapat melegakan kesakitan itu walaupun untuk sementara

Selain itu, pir juga bersifat diuretik dan laxcitive. Ia sesuai untuk melancarkan sistem penghadman terganggu akibat pengambilan makanan yg terlalu berminyak atau terlalu pedas. Oleh kerana ia mempunyai serat, pir baik utk alat pencernaan dan saluran makanan dalam tubuh seperti perut, usus kecil dan besar. Perut yg sebu akibat terlebih makan juga dapat dilegakan dengan segelas jus pir

Pir juga bersifat sejuk dan ini menjadikan ia sesuai untuk meredakan demam panas. Bagi wanita mengandung, ia dapat meredakan rasa loya akibat morning sickness dan juga untuk mabuk perjalanan.

Antara khasiat buah pear untuk anda ialah:
1. Menghilangkan rasa dahaga dan muak.
2. Menghilangkan rasa sakit akibat kerap buang air besar.
3. Menghilangkan lendir yang terdapat dalam darah.
4. Baik untuk usus.
5. Mengatasi masalah kencing tak lawas.

oke tamat sudah...semoga wiyah cepat sembuh!! sentisa beringat..Allah berikan kita sakit kerna Allah sayangkan kita & mahukan kita sentiasa beringat kepadanya..


Monday, May 16, 2011

Everyday is mango & mango !!

Assalamualaikum...

mangga,,mempelam,pauh & macam2 lagi nama orang panggil buah ni!! since last week peti wiyah tak pernah habis ngan buah mempelam [ ni panggilan biasa wiyah]...musim buah mempelam skang neh,,,Rm 10 utk 4kg..so bayangkan brape byk wiyah beli haha..macam2 jenis wiyah beli,,, ada mempelam siku raja,mempelam lemak, mepelam harum manis & mempelam mas hitam...ni yg paling wiyah suka!! isinya kuning & sangat manis...masa wiyah tulis n3 ni pon wiyah tgh mkn mempelam lemak...dia dah agak masak cket so rasa sgt manis2 n lemak..;-)


ada gak buah mempelam epal, buah kuinin or ada gak orang panggil buah bachang yang mak angkat muar bagi last week...bau dia ya allah tuhan jer yg tau,,,lebih dr buah durian lagi...bau mcm taik kucing pon yer gak kot..haha mcm2 la wiyah ni,,, 

tp apa yg penting buah mempelam epal, pauh,kuinin or bachang sgt sedap kalo wat sambal belacan tambah dgn buah mempelam ni...racik2 kan then campur...pergh meleleh air liur or ada gak yang wat air asam mangga cicah ngan ikan bakar.....nyum nyumm dap nyer ;-)
ada gak yg wat kerabu mangga/mempelam...bila dah ada & rajin pon ada macam2 menu bleh wat kan...nak ngan tak nak jer...hurm esok cuti so kalo rajin bleh la wiyah try wat kerabu mangga  ni plak...kalau rajin la kan! ngehngeh

hurm..antara menu yang wiyah dah try & ber experiment ngan buah mempelam neh...

pulut mangga dimakan bersama pulut + mangga+ santan + gula + garam ...[ pulut lebih dr pulut seri pagi malaysia..saje mix & match ngan apa yg ada dlm peti...tak salahkan??? hehhe] kat SINI

sambal belacan  + mempelam epal...masak sup ayam ,,ayam goreng kunyit & sambal ni!! simple tp sedap tau...menu yg biasa wiyah mintak kalo g kedai kat section 8 shah alam..

ni plak sambal belacan + buah kuinin....ini lagi bes coz baunya yg kuat & masam2 buah!! pergh makan tak ingan org kiri kanan haha...coz tersangat la pedasnya!...yg hitam tu belacan yang wiyah bakar tp jd terlebih bakar la plak..wiyah  makan nasi + sup tulang + sambal belacan ni...umah wiyah hari2 is sup... tak kira la sup ayam, sup daging, sup tulang, sup sayur, singgang & macam2 sayur air lagi la...wiyah x minat sgt santan2 neh..a.k.a tak reti hehee...resipi SUP-SUP wiyah ada kat SINI

resepi sambal belacan ada wiyah tulis kat SINI bezanya just tambah ngan buah mempelam jer


wiyah ada gak wat...jus mangga since cuaca yang sgt panas ni membuatkan wiyah tersangat rajin buat fresh juice itu dan ini...senang jer just fresh fruit + air gula + ais = dah siap utk diminum!!

oke..dah abis citer untuk musim buah mempelam!! kalo ada cite lagi..nanti wiyah update lg yer daaa...hehe thanks for reading!

Monday, May 9, 2011

Dragonfruit...u all pernah buat juice tak??

Assalamualaikum...w.b.t

sebenarnya wiyah tengah kepanasan neh....asyik nak minum ais jer kejenya!! cuaca sgt2 panas kan lately neh...1 hari bleh 3 ke 4 botol air mineral sejuk yg kecik tu...pastu duk ulang alik g toilet plak aduyai!!

tiba2 teringat...last week wiyah ada wat jus air buah naga or dragonfruit neh!! seriously sedap sgt..hilang dahaga,,wat manis2 cket & bagi sejuk btol2....mmg syok gila minum time panas mcm nie...;-0

meh wiyah perkenalkan cket buah dragonfruit @ dikenali jugak ngan nama buah naga
credit to mr google coz pinjamkan pikcer ni kat wiyah...ngehngeh


ada tiga jenis buah naga ni....1 yang isinya putih & lagi 1 yang isinya kaler pink or merun & lg 1 kaler purple
[ wiyah lg prefer yg color pink or purple...coz rasanya yg agak berbeza ngan kaler putih tu]



Sedikit Info Pasal Buah  Dragonfruit or Buah Naga

Buah Naga adalah buah daripada sejenis pokok kaktus. Ia ditanam secara komersial di Vietnam dan Australia, walaupun ia berasal dari Amerika Selatan. Buah naga yang matang adalah seberat lebih kurang 400 gram tetapi ada juga yang membesar sehingga lebih satu kilogram.
Isi buah naga berwarna putih, merah, atau ungu dengan taburan biji-biji yang berwarna hitam yang boleh dimakan. Tekstur isinya adalah seperti isi tembikai, manakala rasanya pula adalah seperti buah kiwi. Ciri-ciri unik inilah yang menjadikan buah naga amat sesuai dijadikan ramuan dalam salad buah-buahan.


Khasiat Buah Dragonfruit @ Buah Naga

Buah naga mempunyai khasiat yang bermanfaat bagi kesihatan manusia diantaranya sebagai penyeimbang kadar gula darah, pelindung kesihatan mulut, pencegah kanser usus, mengurangi kolesterol, pencegah pendarahan dan mengubati keputihan.

Buah naga diklasifikasikan sebagai buah penghilang dahaga, coz buah naga mengandungi kadar air tinggi sekitar 90 % dari berat buah. Rasanya cukup manis karena mengandungi kadar gula mencapai 13-18 yang agak tinggi. Buah naga juga dapat dihidangkan dalam bentuk jus &  pencuci mulut. 

Secara umum,pakar sependapat dan mengakui buah naga berkhasiat & kaya dengan potasium, ferum, protein, serat, sodium dan kalsium yang baik untuk kesihatan berbanding buah-buahan lain yang di import.


ni yang kaler purple....manis sgt2!!

suka potong2 macam ni...letak peti sejuk,,,mmg nikmat la mkn buah ni!

ni pokok buah naga @ dragonfruit....macam pokok kaktus kan! dia simpan air dalam batang or daun dia...ada sumber mengatakan pokok ni ambil masa yang lama untuk berbuah & masak....boleh mencecah 9 bulan macam manusia mengandung...dats y buah ni ada harga kat pasaran!

ni plak...gambaran bunga buah naga or dragonfruit neh,,,cantik kan bunga dia!!  bunga dia ada bau tau,,,,bau manis2 perfume gitu....sweet sgt! ;-)


oke kat bawah ni plak...hasil eksperimen wiyah!! lepas dah puas makan...rasa agak2 dah muak 2 3 hari asyik mkn buah ni jer...last2 wiyah terpikir y not aku buat jus plak!!
then apa lagi dgn cergasnya terus g dapur prepare bahan...haha,,on the spot siap jus tu


Dragonfruit Juice from wiyah.....

dragonfruit + air gula = blende sampai hancur then campur ngan air batu
dah siap bleh terus diminum...haha senang kan!!

rasa puas gila minum air...rasa hilang dahaga sangat2...so time cuaca panas2 mcm neh y not u all try wat jus buah naga neh!! serius tak tipu...mmg syok sangat haaha

oke ...daaaa
-THANKS FOR READING-


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...