To All My Friend, Lovely & Silent Readers

To All My Friend, Lovely & Silent Readers

Mohon maaf kiranya wiyah a.k.a Tuan Rumah tiada kunjungan balas/backlink /follow ke blog kalian, ini kerana disebabkan oleh ketiadaan link blog tuan/puan utk wiyah follow kalian. Jutaan maaf juga jika jarang ber'blogwalking' ke blog kalian (busy tahap cipan). In sha Allah jika ada kesempatan waktu wiyah akan ke singgah ke blog kalian..Peace No War!!

Followers

Imamku Hingga ke Hembusan Nafas yang Terakhir

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Lilypie Pregnancy tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Premature Baby tickers
"Some Love Stories...Live Forever"
Showing posts with label Daging. Show all posts
Showing posts with label Daging. Show all posts

Monday, October 28, 2013

Sup Tulang Rempah Mak Siti

Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah masih dalam mood aiduladha..kepada semua jemaah haji selamat kembali dgn selamat & semoga mendapat haji yang mabrur insya allah

Bersempena aidiladha yg lalu..rezki dr nya syukur alhamdulillah, kami juga mengambil kesempatan menjalankan ibadah korban satu bahagian & menjalankan aqiqah 2 bahagian utk anakanda aisy el Wafiey Di rumah mertua kg pulau serai, dungun terengganu (ada org dungun ke..hihi).syukur segalanya berjln lancar, 

Dan di sini satu-satu nya menu yg wiyah sempat masak menggunakan daging yang di agihkan pd hr hari pertama korban..walaupun sedikit alhamdulillah berkat cukup utk keluarga besar wiyah..tak dpt daging, kuah ngan tulang pon boleh la kan..sikit2 sama merasa la kan hehe

Sup tutulang mmg kawan baik dgn bwg holand daun sup daun bawang..baru la meletup :-)

telur masin plak..mmg bff sup tulang! Tak boleh di pisahkan..hihi

biasanya wiyah buat sup tulang ala thai coz rasanya yang tidak terlalu muak/berlemak/berminyak..tp kali ni try gunakan rempah mak siti, slalu juga gunakan tp x berkesempatan nak update..1paket ada rempah kasar & sup bunjut skali..senang sekaligus semuanya ada..

Sup Tulang Rempah Mak Siti

sambal kicap penambat rasa..nak pedas buh cili padi, nak masam ckit perah asam limau...mabelesss!

Bahan-bahan: ( 2-4 orang makan)
  • 1/2 kg Tulang lembu -wiyah guna bahagian rusuk 
  • bawang merah/besar + bawang putih & halia-dikisar
  • 1 paket rempah sup tulang mak siti + 3sb perencah sup debu + serai  
  • ubi kentang + carrot 
Bahan tambahan:
  • daun sup + daun bawang + bawang goreng
  • 1biji bawang besar holland 
  • cili padi-jika nak rasa sedikit pedas
  • asam limau nipis
  • sambal kicap
  • lada sulah
Cara Penyediaan:

Tulang hendaklah direbus lebih awal sehingga empuk.Tips utk pastikan samaada daging telah empuk, perhatikan sekiranya daging & tulang sudah renggang/terpisah.
  1. Panaskan sedikit minyak & tumiskan rempah kasar bersama bawang,halia yang dikisar sehingga kekuningan/ naik bau.
  2. Kemudian masukkan air rebusan tulang, sup bunjut, ubi kentang masak & serai sehingga ubi kentang empuk. Setelah itu, masukkan tulang bersama carrot masak seketika. Perasakan SESEDAP RASA gula,garam & lada sulah.
  3. Padamkan api. Taburkan daun bawang + daun sup + bawang holland + bawang goreng serta sedikit.  perahan asam limau nipis.Siap utk dihidangkan.
Alhamdulillah...blurrrp kenyang, ada lg sebahagian daging blom tau nak buat apa..stop dulu mkn dagibg daging utk sementara nanti naik darah kang susah plak huhu

Thursday, September 26, 2013

Beef Steak & Sweedish Ikea Gravy

Assalamualaikum wbt..

"Wake Me Up When September End"

Tenggelam timbul tenggelam timbul..September is was nearly ends..mood ke laut sungguh la, walaupun rumah di tengah bendang sawah & amatlah jauhnya dengan laut hihi..bila timbulnya hambis terus update entry makanan,.hurm wiyah dan makanan mmg tak dpt nk dipisahkan..pantang tgk orgh tayang pikcer maanan kat pesbuk..mula la meleh airi liur

hurmmm ini pon ira gara2 teringin sangat la ni..tertengok kawan2 kat fb duk post mkn meatbal kat ikea..haih telan liur!! seriously seumur hidup tak pernah merasa lagi menda alah ni..so for the solution is untuk memenuhi keinginan tekak & perut kena la aggap umah ni macam IKEA yer..feelingg duk kat IKEA la kejap haha


sangat2 teringin nak makan yang Ikea punya meatball tu, tapi alahai jauhnya nak ke sana semata2 nak makan meatball, haihhhh mmg confirm takkan dilayan la kan!

try google resepi..alhamdulillah ada yang sudi berkongsi resepi sehebat chef , terus ke dapur godek2 peti...syukur semua bahan ada kecuali daging isar/ meat ball..yg ada daging lembu fresh sahaja, maka misi diteruskan lagi..fikir punya fikir malas nya nak buat meatbal, last2 ini la jadinya takde meatball tapi ada Beef Steak..makan bersama gravy ala2 Ikea tu..kalau mengikutkan cadangan penggunaan meatball utk resepi ni adalah dari brand MARINA & AZMY..inshaAllah next kalau terjumpa boleh beli & buat lagi, tak puas makan lg hihi

en.suami suka isteri lagi la suka 4x ekeke...next time abg try beli lamb plak kita wat mcm ni, actually hot plate ni baru dirasmikan..beli masa bulan puasa yg lepas ingatkan nak try buat sizzling tp belum berkesempatan lagi nampaknya 

makan ini cukup mengenyangkan..mungkin banyak kot...sbb tu kenyang sgt ekekeke, ok jom wiyah share resepinya kat sini..btw thanks pada yang sudi berkongsi resepi..Semoga Allah merahmati kalian Amin

Beef Steak with Sweedish Ikea Gravy
Olahan By: Mommy Wafiey
Bahan untuk Steak
Sumber : MyResipi
  • 2 kpg Daging lembu (ketuk pada daging dengan hulu pisau utk melembutkan tekstur daging)
  • 2 sb cuka
  • 3 sb sos tiram
  • Lada hitam yang ditumbuk
  • Sedikit garam & mentega/marjerin (untuk memasak daging)
P/S: Semua bahan digaul n perap selama 30min dalam peti sejuk..kalau blh perap dalam bekas tertutup.

Cara Penyediaan:
  1. Gunakan mentega untuk memasak steak.. Cairkan mentega dlm fry pan..Bila cair masukkan daging....Masak pada api yg sederhana..Balik2 kan daging supaya daging masak sepenuhnya...Boleh juga buat half cook steak terpulang pada keinginan masing2
Bahan-bahan untuk Gravy/sos:
Sumber: Eray
  • 1 ulas bawang besar kuning (holland)-diced
  • 1 biji tomato (diced)
  • 1/2 cawan susu segar
  • 3 sudu mentega (ganti dengan minyak jagung, lebih sihat)
  • 2 sudu tepung gandum
  • 1 cawan air
  • 2 sudu sos tiram
  • 3 sudu kicap manis
  • 1/2 sudu serbuk lada hitam
  • gula dan garam secukup rasa-  wiyah takletak langsung
nota: 
-Tak menggunakan kiub ayam, gabungan semua di atas dan berikan rasa yang sedap sangat
- kacau sekerap mungkin, mengelakkan sos dari berketul-ketul

Cara-caranya
  1. Tumiskan sebentar bawang besar kuning dengan sedikit minyak jagung. Tumiskan sekali tomato bersama-sama bawang besar tadi.
  2. Dan layu, angkat dan letak dalam pinggan.
  3. Dalam kuali yang sama, tuangkan sedikit minyak jangung, masukkan tepung gandum dan goreng hingga warna bertukar coklat (api sederhana).
  4. Masukkan air dan susu segar, biar mendidih sebentar.
  5. Masukkan pula sos tiram, kicap, gula, garam dan lada hitam. Biar mendidih lagi.
  6. Akhir sekali, masukkan bawang dan tomato yang telah ditumis tadi.
nota: sebab nak betul-betul macam meatball ikea, saya blend sos yang dah siap tadi hingga halus. rasa semua bahan bersatu dengan sedapnya.

Tuesday, February 5, 2013

Spaghetti Bolognaise Segera Maggi

Assalamualaikum wbt

entry dipetang hari semalam punya cerita hehe..alkisahnya 2 3 hari ni laki bini duk kemaruk nak makan makanan org itali..agak jemu nak nasi, roti pon ala2 jemu juga..disebabkan tekak ni nak makan segera..so perlulah gunakan bahan segera kan! alkebetulan stock daging kisar/cincang pon ada..apa lagi terus letak periuk kuali tung tang tung tang dah pon siap..

sebenarnya rencah Spaghetti Bolognaise Maggi ni wiyah dapat percuma beli buku majalah wanita 2bln lepas..sebelum ni tak pernah tau pon Maggi ada keluarkan produk ni, hurmmm lepas ni lagi senang la kerja wiyah kat dapur ;-)

rasanya memuaskan hati memang sedap (2kali menambah masing2)...en.suami  memuji sedap, slalunya en.suami mmg kureng cket ngan ready made paste ni..tapi kali ni en.suami bagi two thumbs up! sgt sesuai utk org bujang & small family mcm kami ;-)

Spaghetti Bolognaise Segera Maggi
Sumber : belakang paket rencah


ini cara wiyah...lebih kurang jer sebenarnya rasanya pon akan tetap sama ekeke

Spaghetti Bolognaise Segera Maggi
By : Wiyah a.k.a Mommy Wafiey

Bahan di perlukan:
  • 1 paket rencah Spaghetti Bolognaise Maggi
  • 1/2 paket daging kisar-kalau yang brand Ramly ada 2 ketul, just guna 1 pon dah memadai
  • 1/4 paket spaghetti- direbus bersama 1sk minyak zaitun
  • 1biji bawang besar holland
  • 3sb sos cili 

Cara Penyediaan:
  1. Panaskan 2sb minyak zaitun & tumiskan bawang besar holland sehingga naik bau. Kemudian masukkan daging kisar sehingga separa masak.
  2. Masukkan 3 cawan air dan perencah spaghetti bolognaise Maggi serta sos cili. Masak sehingga kuah mendidih dan menjadi sedikit pekat.
  3. Hidangkan bersama spaghetti yang dah direbus tadi. Makanan itali dah siap..tak payah pergi jauh2 pizza bagai hehe

ok bleh try nanti..kalau nak tau rasanya macamana sila ke pasaraya terdekat dapatkan segera rencah spaghetti bolognaise maggi...harganya wiyah tak tau berapa sebab dapat free ;-D

Sunday, January 27, 2013

Menu pertama seorang ibu :Daging Goreng Kunyit

Assalamualaikum wbt

alhamdulillah dah boleh masuk dapur, curi2 masa time wafiey tdo..menu pertama dapur baru..masak menu yang mudah & cepatla bila ada anak kecik ni kan..hari dah mula mengganti puasa yg sebulan ditinggalkan..segalanya utk wafiey, syukur wafiey dah 2bln++ & sihat walafiat

dah lama tak update menu kat sini sampaikan lupa dah style wiyah menulis..ekeke, hr ni sesi panaskan dapur & lap semua periuk kuali..


menu campak2 jer..style wiyah bila beli barang basah wiyah akan bersihkan siap2 potong & simpan dlm esbok! bila nak masak just keluarkan..basuh semula & dah boleh mula masak..memudahkan kerja,

By : Wiyah
  1. Daging lembu potong nipis & diperap bersama garam ngan kunyit dlm 1/2 jam
  2. bawang besar holland 
  3. cili padi/ cili besar -lagi sedap kalo ada cili thailand yang orang wat lada jeruk or solok lada tu coz lada ni kurang pedas 
  4. carrot, kacang panjang/kacang buncis & tomato
  5. Daun bawang/daun sup utk hiasan
Cara Penyediaan:
  1. Panaskan kuali & masukkan daging yang diperap tadi masak sehingga air daging kering & daging empuk. Pastikan kuali ditutup yer.
  2. Kemudian masukkan sedikit minyak masak & goreng daging sehingga warna nya agak perang.
  3. Masukkan bawang besar & sayuran lain. Tambahkan secubit gula & garam  SESEDAP RASA. Siap utk dihidangkanbersama nasi panas .

Jemput menjamu selera semua ..satu lauk jer hari ni ;-D

Friday, June 1, 2012

Week 14 & Recipe Paru & Kentang Goreng Berlada

assalamualaikum wbt

Percubaan untuk update blog semula, ambil mood utk menulis.. dr tgh hari tadi jenuh nak buat 1 entry hehe tp alhamdulillah bleh publish gak kan! Mood dah kembali seperti sediakala. Dah boleh masak2 tapi MALAS nak ke dapur..nak basuh pinggan pon alahai bercinta kat sinki tu ;-)

Syukur..hari ni dah masuk minggu ke-14 kandungan wiyah. Scan dah nampak heartbeat baby..laju berdegup. 
Doktor ckp baby  aktif..& lebih besar dr progress sepatutnya. lega sgt2 bila doc ckp baby aktif tp ada yg tak leganya ada diabetes la plak..next week dah start jumpa dietition, BSP, perlu insulin 4x sehari 2 minggu sekali. Apa pon wiyah harap semoga semuanya berjalan lancar & pemakanan perlu dijaga..dats y dah kena masak sendiri. so sendiri mau ingat la kan apa yg bleh & apa yg tak bleh ;-)

hehe..dalam masa yang sama wiyah nak update resepi dapur yg baru berasap..just simple2 walaupun bkn slalu ke dapur huhu.


Paru & Kentang Belada (versi taki pedas)

Bahan-bahan: 
  • 200g paru (direbus bersama sedikit lengkuas & serai)-> utk hilangkan bau hamis
  • 2biji kentang (dipotong memanjang & di goreng seketika sehingga masak)
  • 1biji bawang besar (dipotong memanjang/bulat/dadu)
  • 3sb cili kisar & 3sb sos cili
Cara Penyediaan:
  1. Panaskan sedikit minyak & tumis bawang sehingga wangi. Masukkan pes cili kisar, masak sehinga pecah minyak.
  2. Masukkan cili sos & sos tiram. Perasakan dgn sedikit garam serta gula. 
  3. Masukkan paru bersama kentang. Gaul rata & siap utk dihidangkan.

Friday, April 13, 2012

Blackpepper Beef..

assalamualikum wbt

salam,, wiyah mintak maaf banyak2  ..wiyah update resepi yg terperap kat draft..tak perasan wiyah tak publish rupanya, walaupun dah basi hikhik,, wiyah update juga utk rujukan wiyah masa akan datang ( almaklum la blog ni adalah buku resepi wiyah)..& utk share ngan kawan2,,resepi wiyah biasa2 aje sesuai dgn org yg baru setahun dua masuk ke dapur,, apa pun mmg banyak lagi yang perlu wiyah pelajari selok belok ilmu kat dapur ni...insyaAllah we learn by the time !

Menu harian wiyah & hubby sememangnya simple. Just cukup ada satu lauk yang berkuah & perlu ada ulam samaada salad atau timun sudah memadai bagi kami. syukur alhamdulillah.

Blackpepper Beef ( Daging Masak Lada Hitam)
Sumber : Dapur kecil wiyah  (bahan sama tapi kaedah lain)


Bahan-bahan: ( 2-4 org makan)
  • 250g daging batang pinang (dihiris nipis & lebar)
  • 2sb kicap pekat *
  • 2sb lada hitam (ditumbuk kasar) *
  • 1/2 cawan air * dibancuh bersama
  • 1 biji bawang besar (hiris bulat)
  • 1 batang carrot , 1 biji tomato & 1 biji lada besar hijau
  • 1sk tepung jagung + 2sb air (bancuh bersama)

Cara Penyediaan:
  1. Masukkan daging kedalam kuali. Tutup kuali & masak sehingga air daging agak kering. 
  2. Masukkan minyak & goreng daging seketika. Jangan lama sangat nanti keras plak nanti.
  3. Masukkan bahan bertanda *, gaul rata. Masukkan carrot, tomato, cili besar. Masak seketika.
  4. Tambahkan bancuhan tepung jagung & bahan perasa SESEDAP RASA.

wiyah hidangkan daging lada hitam ni bersama dengan nasi kukus, daun salad & sambal belacan..wiyah dah tayang nasi kukus tu baru2 ni kan ;-D

Selamat menjamu selera & selamat mencuba.

Thursday, November 17, 2011

Menambah Lemak di Sate Zul, Kuantan

assalamualiakum

ini cerita sudah basi yer...sila abaikan semua bau masam yang dah basi tu hehe!! just nak share tempat makan yang best kat kuantan...manalah tau kan kot2 ada ke kuantan & nak cari tempat makan yang agak berlainan cket dari yang lain...so ini wiyah tunjukkan tempatnya! ;-)

malam minggu yang lalu..kami JJCM area bandar kuantan coz dah bosan minum tea tarik ever ynight kat area yang sama..huhu kalau tak g balok g area beserah , tak pun kat kedai mamak dalam taman, or tepi pantai batu hitam & kadang tu sampai ke tanjung lumpur perginya..apa yang pasti mmg setiap malam b4 tdo mr.hubby ajak pekena tea tarik dulu..borak2 cite pasal hari berkenaan..alhamdulillah dapat suami sehaluan begini kan ;-)


kat sini ada bermacam-macam menu stay ada AYAM, DAGING, KAMBING, ARNAB & RUSA [harga berbeza-beza ikut jenis satay yer]...selain dari tu ada juga nasi lemak, laksa penang, rojak & macam2 lagi yang tu wiyah tak pasti sangat tentang menu & harganya..ok SATAY ZUL ni ada 2 cawangan kat Kuantan,,selain daripada kuantan mmg wiyah tak tahu..;-)

Cawangan pertama : Jalan utama dari bandar Kuantan menuju ke Teluk Chempedak or TC [ location nya betul tepi jalan sebelah kiri] 

Cawangan kedua : Bangunan Malay Town berdekatan dengan East Cost Mall (ECM)..location betul-betul tengah bandar Kuantan @ berdepan dengan Stadium Makmur @ Terminal Makmur.~ kami pergi ke cawangan yang ini !

sate ayam & sate daging ...RM 0.70 per cucuk

mmg sangat besar & puas hati sate kat sini...perut lapar gila so jadi tamak la kejap ambil 10 batang ayam & 10 batang daging..hurm last masih berbaki 8batang...apa citer? sape yang rugi..kena bebel satu baldi ngan mr.hubby huhu

sate + kuah kacang = best sangat2 siap boleh tambah2 lagi w/o any charge

ada pesanan dari panaja...share dr fb,,terpulang nak percaya atau pon tak tapi wiyah mmg percayakannya coz bukan sush pun utk kita amalkan..just makan timun jer utk mengelakkan dari barah yang berpunca dari makanan yang dibakar! ;-)

Jika anda makan SATAY jangan lupa makan bersama timunnya kerana memakan SATAY bersama karbon yang terhasil selepas pembakaran akan mendatangkan kesan karsinogen...apakah sebenarnya karsinogen tu??? hurmm....karsinogen tu adalah satu keadaan/ agen yang boleh mengakibatkan BARAH manakala timun pula boleh bertindak sebagai anti-karsinogen...maka kesimpulannya SATAY + TIMUN adah kombinasi yang sangat baik untuk diamalkan..bukan sahaja jika makan satay tetapi juga jika memakan makanan yang berbakar yang lain..

set wajib tambah :- set timun + nasi impit RM 2 

total semua yang kami makan tak sampai RM 20 pon..so boleh recommend la kat kawan2 semua utk datang & rasa sate kat kuantan pula ;-)

makan sambil online..disebakan galaxy tak ada bateri so wiyah angkut jer laptop yang besar gajah tu,,sambil tu bleh cari info pasal assignment! eh yer ker..buka fb ngan blog ker?? haha

~ Menghabiskan masa dimalam minggu bersama tersayang sesungguhnya saat yang paling indah dalam hidup AYIE & WIYAH~ 

daa..datang ke kuantan sila-silakan lah mencari tempat ini yer ;-)

Friday, August 5, 2011

Daging Masak Lada Hitam

assalamualaikum..wbt

salam ramadhan..alhamdulillah hari ni dah masuk hari ke-5 kita berpusa.,,rasa cepat jer masa berlalu walaupun seksanya nak habiskan 1 hari menunggu maghrib...sangat mencabar puasa tahun ni coz cuaca yang sgt panas!!...so camane puasa u oll's ok tak? harap2 sume nye ok la kan..;-)

hari baru wiyah ada mood nak update blog..blik keje sibuk ke dapur & malam lepas jer terawih terus pengsan..mmg x sempat nak berbelog langsung...hr ni rasa mcm relax cket,,may be dah dpt biasakan aktiviti hampir 1 minggu berpuasa kan..;-)

oke lah..wiyah nak share 1 menu yang wiyah masak time buka pasa... tak ingat dah hari apa,,hentam lah labu asalkan ada sudah,,hehheh,,wiyah nak share resepi Beef  Blackpepper or Daging Masak Lada Hitam


setiap hari wiyah akan masak 1 menu jer...nasi & lauk, itu pun tak terhabis jugak! air & kueh slalunya beli jer..senang & cepat kerja wiyah...just utk 2 orang akan tak berbaloi masak byk2..btol tak?? padahal malas kan ;-),,,ok jom kita tgk bahan2 utk masak daging lada hitam ni...wiyah tak pasti resepi ni dari mana coz dah lama sgt .. maaf yer pada tuan empunya,,slalunya  masak lauk ni time raya haji!! walllah mmg syok la kan... 

******************
Daging Masak Lada Hitam
******************

Bahan2 utama: 

1. daging lembu 300g [ dihiris nipis]
2. kicap pekat + kicap cair + sos lada hitam + lada hitam yang di tumbuk [ bahan perapan]
3. bwg besar + bwg putih [bahan tumis di mayang halus]
4. carrot + cili benggala + tomato + daun bawang [ bahan tambahan]
5. sedikit air & bancuhan tepung jagung

cara masak/menyediakan :

1. perap daging dengan bahan perapan dlm 1/2 jam
2. panakan minyak & tumiskan bahan hiris sampai wangi
3. masukkan daging + air & masak sehingga daging empuk
4. masukkan bahan2 tambahan kecuali daun bawang & perasakan SESEDAP RASA

p/s : resepi ni sesuai dihidangkan masa masih panas coz bila dah sejuk jadi macam muak cket,,kuah jadi membeku/pekat 

carrot yang wiyah gunakan utk bahan tambahan...sajer buat bunga2 bagi berselera cket time buka puasa..heheh,,

 sebelum dihidangkan..taburkan daun bawang yang dah dihiris bagi menambahkan lagi selera,,,tambah elera aje wiyah ni kan!! ;-) actually resepi ni jadi lagi sedap kalau lagi pedas2 lada hitam tu bangkit...rasa yang asli tau!!

amacam teringin tak??? (*_*)

oke...Selamat Berbuka Puasa,,hari nak masak apa tak tau lagi ;-) 

Wednesday, June 15, 2011

Daging Masak Merah

assalamualaikum w.b.t....

wordless wednesday???? hurm ramai yang wat tajuk n3 mcm ni hari ni yer...knp jd wordless agaknya yer??...huhu wiyah hari ni sgt2 banyak bercakap hokey...td ada class mekanik struktur II fuhhhh punya la penat..ajar bab lain ..bab lain plak yg bdk2 ni blurrr...tukar unit la cara tekan nak masukkan formula dlm calculator la...haih sabar jer la!! ini la kerja pendidik kan...pengorbanan masa,tenaga ilmu & macam2 lg....sangat mulia! apa pun wiyah gt puas hati coz they all can accept all those things....alhamdulillah!

ok la..banyak plak membebel eh hari ni! bulan ni adalah bulan daging ...haha puncanya sbb beli daging 1/2kg tak habis2 lagi,, boleh masak 3 4 jenis menu...o macam2 da pikir nak wat pe ngan daging tu...mula2 masak daging goreng kunyit then masak sup daging cendawan , mee goreng basah & last masak ni plak...daging masak merah resepi dari SINI


*****************
Daging Masak Merah
*****************
masak cket jer..tp bila dah siap masak alamak banyak la plak..ini la murah rezeki kurniaan Allah namanya kan ;-)

Jom wiyah nak share resipi ni ...[resepi ni utk 2 org makan je ;-) ]

bahan2 :

1. daging lembu 200gram [ rebus sampai empuk & hiris nipis]
2. bawang besar holland + bwag putih seulas + cili hijau + cili merah
3. sos cili + sos tomato (cap kimball) + sos ikan (cap pisau @ knife)

cara masak :

1. mula goreng daging [ agak2 kuning cket jer..jgn garing sgt coz takut keras plak]
2. then buangkan cket minyak gorengan tadi...tumiskan bawang putih + bawang besar + cili2
3. masukkan sos cili + sos tomato + sos ikan
4. then perasakan SESEDAP RASA...

wiyah suka makan ngan nasi putih/nasi goreng + sup kosong/ sup cendawan/sup sayur + sambal belacan + telur dadar

rasanya....wallllah ala2 macam makan kat kedai masak ala thailand style coz sos ikan tu beri rasa yang berbeza pada masakan tu...slalunya wiyah tak pernah guna pon coz was-was tapi baru2 niwiyah terjumpa sos ikan CAP KNIFE or CAP PISAU yang dijamin halal..tanpa was-was & ragu2 lagi ;-)....lepas ni masak mesti curah sos ikan la,,,haha


okeh...bleh try nanti yer coz sangat simple & sedap!! mudah utk disediakan...slalu order kat kedai jer  tp skang dah bleh wat sendiri alhamdulillah syukur...suami pon cakap lagi bes yang ini dari yang kat kedai itu....ahaks

Tuesday, June 7, 2011

Daging Goreng Kunyit Klate Style

assalamualaikum...

hai...dah lama wiyah tak update resepi kan..hehe,,jarang masak skang nie busy cket!! bukan tak masak langsung tp just masak yang simple2 jer...lapas terus ngap tak sempat nak snap pikcer pon..ngeh2
ok la hari ni wiyah nak share satu resepi dari kelantan...FYI wiyah dulu pernah stay kat Besut (sempadan kelantan) dalam setahun lebih gak..ikut husband yang transfer  kat sana & wiyah pon benti keje then cari keje kat sana,,,alhamdulillah berenti kerja terus dapat sana keje ngan company cina developer negeri  terengganu...kerja area besut, kuala terengganu & pulau perhentian coz ada projek kat sana...sweet moment kalo di ingatkan semula..........

time kerja wiyah perlu deal ngan banyak pihak berkuasa tempatan...dalam masa yang sama mesti kena terjah restoran slalu utk memudahkan urusan projek...kahkah,,itu bos wiyah yang ajar ;-) & menu ni antara peberet menu wiyah...pegi mana2 pon mmg wiyah akan cari lauk neh..mintak resepi ngan ofismate,,rupa2nya senang jer cara masaknya...sempat la belajar 3 4 jenis masakan orang sana...hah jom kita tengok

******************
Daging Goreng Kunyit
******************

bahan2: 

1. Daging lembu potong nipis & perap ngan garam ngan kunyit dlm 1/2 jam
2. bawang besar holland + cili padi/ cili besar [lagi sedap kalo ada cili thailand yang orang wat lada jeruk or solol lada tu coz lada ni pedas]
3. carrot & tomato [ just nak menceriakan masakan...;-)]

cara masak:

1. panaskan kuali & masukkan daging yang diperap tadi masak hingga air daging kering & daging empuk
2. kemudian masukkan sedikit minyak masak & goreng daging sampai agak2 garing
3. masukkan bawang (wiyah suka bawang banyak...bagi rasa agak2 manis & sedap ) + cili potong perasa SESEDAP RASA [ garam jgn letak coz tadi dah perap ngan garam] 

p/s : wiyah suka makan ngan nasi panas2 + sambal belacan + ulam timun + kicap manis kipas udang [ da cukup berselera kalo makan macam ni..tak tau la kenapa suka sangat makan macam nie...] ...suami pon pelik tengok wiyah makan...hehe

lauk ni agak kering cket...kalo nak agak berkuah boleh tambahkan sikit air la time tengah masak tu..

ini plak hati ayam goreng kunyit..cara masak pon sama jer ngan daging goreng kunyit!!


ok ...kalo nak tau rasanya,,,sila la cuba coz senang jer tak perlu banyak bahan & step yang complicated..selamat mencuba!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...