To All My Friend, Lovely & Silent Readers

To All My Friend, Lovely & Silent Readers

Mohon maaf kiranya wiyah a.k.a Tuan Rumah tiada kunjungan balas/backlink /follow ke blog kalian, ini kerana disebabkan oleh ketiadaan link blog tuan/puan utk wiyah follow kalian. Jutaan maaf juga jika jarang ber'blogwalking' ke blog kalian (busy tahap cipan). In sha Allah jika ada kesempatan waktu wiyah akan ke singgah ke blog kalian..Peace No War!!

Followers

Imamku Hingga ke Hembusan Nafas yang Terakhir

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Lilypie Pregnancy tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Premature Baby tickers
"Some Love Stories...Live Forever"
Showing posts with label Sayur. Show all posts
Showing posts with label Sayur. Show all posts

Tuesday, July 30, 2013

Somtam Istimewa Pembuka Selera Ketika ber-Iftar

Assalamualaikum wbt

alhamdulillah sudah masuk 10 hari terakhir dibulan ramadhan..cuaca tahun ni agak mencabar sedikit coz cuaca yang panas amat berbeza dari tahun2 terdahulu..apa pon semoga sabar terus bersama kita utk menghabiskan sisa yang berbaki..semoga tahun hadapan masih diberi peluang utk melaluinya..in sha allah

hari ni just nak share menu pembuka selera kami..selalu jugak la beli since dari bln tak puasa pon, Somtam ni sangat istimewa bagi wiyah..ada rasa pedas2 cili padi +bawang putih + ada rasa masam dari limau nipis + nenas + tomato, ada rasa rangup2 dari parutan betik muda + mangga lemak + kcg panjang + kangkung + kacang tanah bersama adunan gula & udang kering yang tersendiri khas utk membuat somtam...di datangkan khas dari negara jiran Thailand

 
ini somtam special yang wiyah beli..ada campuran parutan betik muda + mangga lemak + nenas! harga yg special RM3.50 jer..mmg berbaloi coz rasanya mmg la wallah sedap tak hengggat..tengok jer pon dah meleleh air liur ;-)

kalau bulan biasa..wiyah slalu beli somtam ni pada hari jumaat di Pasar Tani Wakaf Che Yeh, kena beratur & booking dulu kalau tak kena masa hehe..dtg awal cket so xpayah beratur..datang semata2 nak beli somtam yuhoooo..parking kete RM2 somtam RM3.50 hoho  tak berbalo kalau diikutkan, tp kalau alang2 dtg biarla beli sampai 3bungkus kan.. baru la puas hati, next friday  plak baru dapat makan

sebungkus sorang makan..makan ni mmg tak ingat nasi daaa ..try perkenalkan kat mak mertua..ternyata mmg MIL pon sgt suka sampaikan pesan kat wiyah.." bila2 ma datang..kita gi beli lagi eh somtam tu"..huhu cuba dulu baru tau

bulan ramadhan ni..makcik ni menege kat bazar ramadhan stadium, wiyah tak pernah ke sana lagi so far..just kirim pada en.suami balik dari kerja singgah situ..naik motor senang nak parking & jimat masa..sekali beli mmg 3 bungkus la..tmak takleh blah haha

see ant pic yg wiyah sempat snap..menggunakan lesung kayu sebesar alam, dua2 tangan bergerak ..kita boleh?? tak menang tangan melayan pembeli..mmg ramai sangat2 peminat somtam makcik ni..

antara ramuan istimewa..udang kering oren, limau nipis, mangga lemak & ect

p/s:barang dah beli, blik raya nanti nak try buat kat umah mak..tunjuk skill even tak pernah buat..rasanya boleh kot coz slalu dukusha makcik ni buat..hehe

Thursday, July 4, 2013

Masak Lemak Putih Petola Manis

Assalamualaikum wbt

Haish tenggelam timbul blog ni..bukan takat berabuk terus bersawang! kena rajin lap2 nak raya da kan... haih susahnya la nak update, slalunya tertangguh tak sempat nak habis satu entry dah bangun budak keci ni..aptb!

sesi warming up utk ramadhan nanti..kena rajin buka blog utk dapatkan resepi yg latest n glemer..in sha allah kalo diberi kesempatan wiyah share resepi yang tak seberapa dari dapur kecil wiyah..perkongsian yang bermanfaat dgn niat yang ikhlas in sha allah akan dikurniakan pahala seadanya..;-D


resepi yang cukup ringkas & mudah disediakan. Wiyah lebih suka sediakan bahan lebih awal, bila nak makan baru wiyah masak lauk ni..campak2 5min dah pun siap! syok makan panas ngan ikan goreng + sambal belacan..mmg masak nasi lebih la kalau wat lauk ni..slalunya hr jumaat or sabtu jer wiyah masak ni coz husband ada kat rumah..baru la best ada geng nak makan hihi, hari lain wiyah jarang masak just tapau breakfast or oreng mee/nugget saja..tp badan maintain gak naik mcm kena pam huhu

ok sebelum tu..wiyah just nak share pic dr mr.google rupa petola ni,sayur petola adalah dari keluarga pokok menjalar serta bersifat sejuk! so be ware pd yg tak boleh makan sayur yg sejuk2 ni yer.. kadang tu mungkin jugak ada yg panggil dgn nama lain..wiyah panggil petola tp kat kampung org panggil  sayur'Tenne' (tak tau betol ke tak ejaan & pronouns nya)..hoho apapun sayur yg sama tp nama lain2 ;-D

ehsan dari: mr.google

Masak Lemak Putih Petola Manis
By : wiyah & family

its for our lunch! seriously..sgt2 sedap tp awas coz 'santan' ;-)

Bahan-bahan:
  • 2biji petola manis- dibuang kulit kerasnya serta dikikiskan sedikit kulit luarnya & di potong menyerong
  • 1cawan santan pekat + 1/2 cawan santan cair
  • 2 ekor ikan selayang/kembung - direbus & ambil isi nya sahaja *
  • 3biji bawang merah*
  • 2ulas bawang putih *
  • 1/2 sk lada hitam * Tumbuk/kisar lumat bersama
  • 1biji bawang besar- potong memanjang
  • 1 biji cili merah - potong memanjang
Cara penyediaan:
  1. Masukkan santan ke dalam periuk, kemudian masukkan bahan yang di tumbuk. Didihkan seketika menggunakan api sederhana. 
  2. Kemudian masukkan sayur petola + bawang besar + cili merah, tunggu sayur sehingga agak layu & masak (tidak menggelegak) untuk mengelakkan santan daripada pecah. 
  3. Tambahkan garam gula sesedap rasa. Angkat & sedia utk di hidangkan.

note: sodap dimakan di waktu lunch..ada nasi panas + ikan goreng/ikan masin garing + sambal belacan! walllllah mmg menambah2 la ..itu kami la mmg makan banyak hikhik 




Thursday, April 18, 2013

Masak Bening Lada Hitam Labu Air

Assalamualaikum wbt

fuhhhhh fuhhh..sapu habuk! hurm..lamanya wiyah cuti ber'blog' & cuti memasak..now back to normal ;-)

ambik mood nak update..jadi lupa plak stail menulis wiyah! hurmmm refresh balik.. hari ni wiyah ber'menu' masakan kampung..dah agak lama jugak rasanya tak masak lauk ni, rindu plak kat kampung time berkumpul makan ramai2 dgn adik beradik ipar duai  anak buah..mak masakkan lauk2 simple mcm ni ..mmg sure tak cukup la nasi..haih rasa mcm nak balik sekarang jer..terasa kemeriahan gelak ketawa kami bercerita..sob sob sob ( padahal tak sampai semggu lagi balik dari kampung hihi)

baru2 ni mak wiyah ada tanam labu air & labu kuning (kami panggil labu peringgi) ni kat kebun...tanam 2 3 pokok jer tapi buah nya masyaallah banyak sungguh..tak habis nak makan. Siap boleh sedekahkan kat org yang nak buat kenduri kawe..bayangkan banyaknya buah! memang tak rugi berbudi pada tanah, buah labu air ni cpt membesar so mak wiyah perlu petik 2 hari sekali.. menjadi rezki jiran tetangga..wiyah pon angkut sebiji masa nak balik dr kuantan baru2 ni..so hari ni baru berkesempatan nak masak , lama btol ambik masa nak masak hehe


step 1: potong labu air mengikut citarasa anda
step 2: didihkan air bersama bahan tumbuk & masukkan labu air bersama daun kesom
step 3: masak seketika & perasakan sesedap rasa
step: sedia utk dihidangkan

Sayur Bening Lada Hitam Labu Air
By : wiyah

Bahan-bahan:
  • 1biji labu air- dikupas kulit & potong mengikut kegemaran
  • daun kesom 
  • 2 ekor ikan selayang-dikukus * 
  • 4ulas bawang kecil *
  • 2 ulas bawang putih *
  • 2sk lada hitam * ditumbuk bersama
  • 5 cawan air (mengikut citarasa masing2)
  • 1sk budu
Cara Penyediaan:
  1. Masukkan air & bahan yang ditumbuk kedalam periuk, masak dengan api sederhana sehingga mendidih.
  2. Kemudian masukkan labu air, budu, daun kesom & gula serta garam sesedap rasa. Masak seketika & padamkan api. Siap utk dihidangkan
P/s: sedap dimakan pada waktu tengah hari, dihari hujan bersama ikan goreng panas1..ditambah lagi ada ulaman dicicah bersama budu. sure menambah2 sampai tak cukup nasi..ekeeke


ok daa..selamat menjamu selera ;-)

Thursday, March 7, 2013

Moist Carrot Cake Untuk Mertua

Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah..bumi kota bharu dibasahi hujan 2 hari berturut...cuaca mendung & lembab! jadi lemau jer..asyik lapar & mengantuk huhu..dlm kepala asyik terfikir nak makan jer, habis la..walaupun tak ambik nasi..tp still ambik makanan yg tinggi kandungan kolestrol, lemak, gula, minyak...adusss tadi pagi before mr.hubby pergi kerja dia sempat berseloroh..muka baby jd bulat la..nampak besar..huh apakah maksudnya tu???

lps ni kena diet bersungguh2 la..bia dah ada yg tegur tu, so kena alert la kan..kata nak diet tapi ber'entry' makanan jugak..haha, sebenarnya ni sempena mak mertua dtg umah..petang2 tu mcm takde apa jer nak makan sementara tunggu wafiey tidur & mr.hubby blik kerja..means br bleh keluar berpoya2, br best complete family kan ;-)

Moist Carrot Cake utk Mertua...wallah baunya harum semerbak masa tgh bakar tu! habis sebiji MIL makan, esok tu tanya lagi..ada lagi tak kek carrot semalam..huhu kesian la plak, so wiyah buat kan lagi..alhamdulillah mak mertua suka! hihi

satu adunan dpt 2biji saiz sedang..satu nak simpan makan esok plak! erk??

terdetik hati nak wat carrot cake since malam sebelum tu ada beli carrot yang sgt gemuk2 & fresh..duk terfikir nak buat apa, carrot juice??? we all tak minum ice buat masa sekarang la sbb hujan..hihi , pastu br terfikir buat kek la..hr tu pernah buat tp kureng menjadi! dlm hati harap2 menjadi..jgn buat malu muka depan mertua kan..;-)

seeeeee..gemuk & fresh kan carrot ni! 


BAHAN-BAHANNYA

  • 1 cawan tepung gandum*
  • 1 camca teh baking powder*
  • 1/2 camca teh soda bicarbonate*
  • 1/2 camca teh garam halus*
  • 1 1/4 camca teh serbuk kulit kayu manis (*disatukan dan diayak)
  • 2 biji telur gred "A"
  • 3/4 cawan minyak jagung
  • 3/4 cawan gula halus (resipi asal guna 1 cawan)-wiyah gantikan dgn 1/2 cawan gula perang
  • 1 1/4 cawan parutan lobak merah, perah sedikit airnya1/2 cawan nenas dalam tin, toskan dan cincang kasar- wiyah tak letak
  • 1/2 cawan kelapa kering
  • 1/2 cawan kacang walnut, cincang-wiyah guna biji kuaci, biji labu putih & badam

Cream Cheese Topping- wiyah tak buat, just gantikan dgn kuaci labu sbg topping...almaklumla MIL yang nak makan,,tak makan cheese2 sume ni ;-)

Enjoy...hepi coz mak mertua mintak resepi & minta buatkan lagi bila balik dungun nanti! ...wiyah?? malu2..hehe


Saturday, October 6, 2012

Lauk kenduri hidangan tengahari

Assalamualaikum wbt

Salam berhujung minggu..apa plan hari ni? cuaca sangat panaskan..kalau ikutkan hati nak aje ajak mr.hubby pergi mandi air terjun..tp memandangkan perut yg besar ni, x nak ambik risiko..so bersabar jer la walaupun kepanasan huhu

hari ni wiyah nak share satu lauk berasaskan labu..selalunya kalau kat negeri pantai timur ianya dihidangkan di majlis kenduri kawen atau kenduri2 yang lain, dihidangkan bersama ikan goreng/ikan masin, ulaman, sambal belacan & nasi putih..kalau ada lauk ni mmg wiyah tak pandang lauk lain dah, tp bg org yang dah biasa makan may be tak heran sgt lauk kampung macam ni..tp bagi wiyah lauk ni sgt sedddap la! ;-)


disebabkan lambat sgt nak tggu ada org kawen & kalau ada pon belum tentu ada lauk ni kan..so alang2 wiyah dah terjumpa labu ni, so kuatkan semangat utk masak sendiri..tanya sama omak cara masaknya, Alhamdulillah menjadi so wiyah share kat sini ;-)


wiyah 1/4 biji jer coz just utk 2 org makan..alkebetulan kat supermarket umah wiyah tu ada jual dlm kuantiti sedikit..sesuai la dengan kami..beli syur & brg basah setiap hari coz wiyah suka yg fresh + bila teringin baru la di beli..elakkan sikap pembaziran!

-Masak Lemak Labu Kuning-

Bahan-bahan: (hidangan utk 2-3 org)
  • 1/4 biji labu kuning (dikupas kulit & dipotong besar)
  • 2 cawan santan pekat + 1/2 cawan air
  • 2 ulas bawang merah *
  • 1 ulas bawang putih *
  • 1sk lada hitam *
  • 1 ekor ikan kukus (selayang/kembung) * ditumbuk bersama
p/s: ada juga yang menggantikan ikan kukus dengan ikan bilis yang direndam & ditumbuk bersama bahan yang lain

Cara Penyediaan:
  1. Masukkan labu, santan, air & bahan yang ditumbuk kedalam periuk. Masak diatas api yang perlahan & kacau selalu bagi mengelakkan pecah minyak.
  2. Masak sehingga labu empuk/ masak.Masukkan garam secukup rasa & siap utk dihidangkan bersama nasi putih.
Note: Lauk ni sesuai dimakan waktu lunch coz tak muak ( lauk bersantan) berbanding waktu dinner, sesuai dimakan bersama ulaman, ikan goreng & sambal belacan. Memang bertambah-tambah la jawabnya (itu wiyah & suami la) haha

Jemput makan semua..lepas kenyang, kita solat zohor then kita zzzzzzzzzzzzzzzzzz ;-)

Monday, October 1, 2012

Menu wajib dalm setiap hidangan kami!

Assalamualaikum wbt

Selamat tengah hari..wake up me when september end! Alhamdulilllah..welcome October, syukur masih bernafas hari ini..dikurniakan kesihatan yg baik,dimurahkahkan rezeki alhamdulillah..

A big congrat to my husband..akhirnya berjaya dlm interview 'Jurutera Awam' setelah hampir 3tahun bertaraf kontrak..syukur Alhamdulillah! Rezeki baby..wiyah juga rezeki utk wiyah lps bersalin nanti, terus dpt posting! InsyaAllah..Sesungguhnya Allah mengetahui apa yg terbaik untuk kita..realitinya kini wiyah faham seadannya..Syukur dgn pemberian bonus 1bln gaji sesetelah lahirnya baby kami..Amin Segalanya untukmu Anakanda!

Ok la..hr ni wiyah nak share simple dish dr dapur kecil kami! Setiap hidangan kami..wajib mesti ada syur goreng mahupun ulam-ulaman..kalo takde rasa macam tak lengkap hidangan kami..setiap hidangan tak kira lunch or dinner, perlu ada 1 lauk & ada 1 sayur sudah memadai bg kami..Alhamdulillah, utk itu wiyah share resepi sayur goreng di sini utk rujukan wiyah & teman2..

Taugeh Goreng Taucu (Hidangan utk 2 org)
  • Taugeh 50sen (dibuang ekor/akar)
  • sedikit carrot (dipotong menajang)
  • Sedikit ikan bilis halus (digoreng)
  • 1 ulas bawang putih *
  • 1 biji bawang merah *
  • 1 biji cili besar * (dihiris bersama)
  • 1 sb taucu, 1sb kicap manis
Cara Penyediaan:
  1. Panaskan sedikit minyak & tumis bahan hirisan * sehinggan naik bau.
  2. Masukkan kicap & taucu. Masukkan carrot seketika.
  3. Tutup api & masukkan taugeh, gaul sebati. Taburkan ikan bilis sebelum dihidangkan.
Note: Tak perlu tambah gula, garam coz taucu & kicap manis dah mem'balance'kan rasa nya.





 Kacang Panjang Goreng Telur

  • 1 ikat kacang (dlm 6 urat jer kot)
  • sedikit carrot (dipotong memanjang)
  • 1sb cili kicar/giling
  • 1sk kicap pekat
  • 1 biji telur
  • 1 ulas bawang putih *
  • 1 biji bawang merah *
  • 1 biji cili besar * (dihiris bersama)
Cara Penyediaan:
  1. Panaskan sedikit minyak & tumis bahan hirisan * sehinggan naik bau.Masukkan cili kisar.
  2. Pecahkan telur & biar ia setengah masak, kemudian baru gaul kan rata. Tambahkan kicap
  3. Masukkan carrot & kacang, tambahkan gula , garam sesedap rasa. Siap utk dihidangkan.


Pucuk Paku Hijau Goreng Belacan

  • 1 ikatcpucuk paku
  • 1 ekor sotong sederhana
  • sedikit ikan bilis *
  • 5 biji cili padi *
  • 1/2 inci belacan *
  • 1 ulas bawang putih *
  • 1 biji bawang merah * (ditumbuk/dikisar bersama)
Cara Penyediaan:
  1. Panaskan sedikit minyak & tumis bahan kisar * sehinggan naik bau.Masukkan sotong hingga separu masak.
  2. Masukkan pucuk paku, masak seketika.Rasakan gula garam sesedap rasa.
  3. Tutup api & Siap utk dihidangkan.
Note: Garam jgn byk sgt coz belacan & ikan bilis  dah memberi rasa masin pada masakan.


ok..selamat mencuba, pesanan wiyah sila pastikan ada menu sayuran dalam setiap hidangan seharian anda bagi mengimbangi kadar karbohodrat, vitamin & zat2 lain yg masuk ke dasl;

Friday, February 17, 2012

Sayur Goreng Campur

assalamualaikum wbt

hai..salam hari jumaat semua,,,apa aktiviti hari ni, masak apa yer??? wiyah just masak yang simple..xtau la takde mood nak masak..kepala rasa pening jer may be sbb cuaca yg panas sgt kot + ngan org yg renovate umah sebelah ni yg duk isap rokok daun..ishhh pening la rasa macam nak g marah2 jer suh g isap rokok kat lain...haih sape la kita kan nak marah dia huh,, since wiyah pon dah fedup sbb bising duk hack sana sini,, so wiyah nk update menu simple dr wiyah yg kena jaga pemakanan skang ni ;-)..

Sayur Goreng Campur


menu yg sgt mudah & cepat utk disediakan [kat area sini mmg dah jual sayur fresh yg dah siap potong & pack RM 2..so memudahkan wiyah coz penggunaan utk 2 org saja kan,, so bila diaorg wat mcm ni mmg sgt memberi kelebihan pada kami utk hidangan yg cepat]..

Bahan-bahan:
  • 1 paket sayur campur yang dah siap potong [carrot, corny flower, brokoli, kacang peas & baby corn]
  • 2 ulas bawang putih & 2 biji cili padi (di ketuk)
  • 1/2 biji bawang besar  (dihiris)
  • sedikit isi ayam (dipotong dadu)
  • 1 sb tepung jagung dibancuh dgn sedikit air
  • 2sb minyak jagung utk menumis
Cara penyediaan:
  1. Panaskan  minyak & tumiskan bawang putih, bawang besar , cili padi hingga naik bau.
  2. Masukkan isi ayam 2 minit & masukkan sayuran lain sehingga masak. Masukkan bancuhan tepung jagung serta perasa SESEDAP RASA.
  3. Sedia untuk di hidangkan.


ini adalah menu wiyah saban hari..boleh katakan memang sayur wajib ada dlm setiap masakan wiyah,, just tukar2 sayur yg banyak khasiat coz doc ckp badan wiyah kurang vitamin & zat besi yang juga menjadi penyumbang kepada keguguran . Keasa dari tu wiyah dah sedar..mesti ada sayur & buah dalam setiap hidangan..insyaAllah akan jadi amalan hidup seharian kami


JEMPUT MAKAN ..SELAMAT MENCUBA

Monday, February 13, 2012

Kek Carrot Heavenly Simple dari CMG

assalamualaikum...wbt

hai..apa khabar semua?? dah lunch..wiyah tgh pikir nak masak apa utk buka puasa hr ni,, yg ni duk meroyan tgk menu2 makanan..last2 teringat kat kek carrot yg tak seberapa wiyah buat last week,,1st time wiyah buat kek carrot ni! walaupon rupanya tak cantik tapi rasanya sgt la sedap..1/2 biji kek tu en.suami boleh habiskan! uitss terkejut gak wiyah..wiyah tanya abang lapar ker?? en.suami jawab takla..ntah la tp rasa sedap la kek ni rasa lemak2 carrot + kacang kuali & kurang manis ..abang suka!...wah lps ni bleh la wat lagi since ada org suka makan kan..hehe

ok resepi kek carrot ni wiyah intai2 kat blog dapur sempadan umah CMG terliur tgk kek nya yg amatlah gebu..hurrrmm since carrot pon still berbaki dalam peti ais & jenguk2 apa bahan lain yang ada,,so bleh la kot teruskan niat nak wat kek carrot ni..dah lama mengidam hihu..

Kek Carrot Heavenly
(mohon share C&P resepi kat sini yer)

texture cake yang agak lembab..plus rasa lemak2 topping kacang badam & biji kuaci , biji labu dalam cake,,suka sangat rasa carrot yang fresh ni ;-)

Jom kita tengok resepinya ;-)

BAHAN-BAHANNYA 
  • 1 cawan tepung gandum*
  • 1 camca teh baking powder*
  • 1/2 camca teh soda bicarbonate*
  • 1/2 camca teh garam halus*
  • 1 1/4 camca teh serbuk kulit kayu manis*(*disatukan dan diayak)- wiyah x letak
  • 2 biji telur gred "A"
  • 3/4 cawan minyak jagung
  • 3/4 cawan gula halus (resipi asal guna 1 cawan)-wiyah gantikan dgn 1/2 cawan gula perang 
  • 1 1/4 cawan parutan lobak merah, perah sedikit airnya
  • 1/2 cawan nenas dalam tin, toskan dan cincang kasar- wiyah tak letak
  • 1/2 cawan kelapa kering-wiyah x letak
  • 1/2 cawan kacang walnut, cincang-wiyah guna biji kuaci, biji labu putih & badam

BAHAN CREAM CHEESE TOPING (wiyah tak buat ni,,just taburkan hirisan kacang badam sbg topping kek)
  • 100 g mentega
  • 125 g cream cheese
  • 1 camca teh esen vanilla
  • 1 1/2 camca besar gula aising, diayak


CARA MEMBUATNYA 
  1. Panaskan oven pada suhu 180C, lenser tin berukuran 7 inci x 7 inci x 3 inci dengan sedikit minyak, alas dasar tin dengan kertas minyak. Ketepikan.
  2. Dalam satu bekas, masukkan telur, minyak jagung dan gula, kacau dengan whisk hingga rata, sebati dan gula hancur (kurang lebih 5 minit). Masukkan bahan2 diayak tadi dan gaul perlahan hingga sebati.
  3. Masukkan nenas, lobak merah parut, kelapa kering dan walnut tadi. Gaul rata menggunakan spatula hingga mesra. Tuang dalam tin dan bakar selama 50 minit - 1 jam atau hingga masak.
  4. Sejukkan kek atas jaringan sebelum disapu dengan cream cheese tadi. Simpan kek dalam peti sejuk jika tidah habis dimakan
  5. UNTUK CREAM CHEESE :- Putar cream cheese dan mentega hingga sebati, masukkan gula aising dan esen vanilla, terus memutar hingga gebu dan halus. Gunakan kelajuan sederhana...Boleh sapu atas kek tadi dan hias ikut suka...



 Ok..kalau suka & nak tau rasanya macamana so bleh try buat nanti ...SELAMAT MENCUBA ;-)

Friday, February 10, 2012

Kerabu Ulam Raja Chef Hanieliza

assalamualaikum..wbt

Hai., & salam hari jumaat semua! Quick entry..update cepat2 nak balik kampung kejap,, rindu ngan anak buah..huhu,,tapi b4 tu nak share kerabu yang sangat best ni! menu ni wiyah buat masa berbuka puasa semalam. Kalau puasa makan makanan yg ada rasa masam2 mmg best, dapat menambat selera. Tiap2 malam b4 tdo wiyah akan belek buku 1 hari 1 resepi chef hanieliza..thanks k.liza coz share resepi yg best& kena ngan selera wiyah & suami ;-)

En.suami cakap kerabu ni mmg best sampaikan di ratah macam tu jer..2x wiyah buat malam tadi. makan 2 org jer haha..sayur & ulaman kalau makan lebih pon tak pe kan...en.suami siap cakap lain kali wat lauk yg ulam2 mcm ni jer la ..tak payah goreng2 semua coz lagi sihat...wiyah?? uittt lagi la suka kan..haha,,x banyak kerja wiyah kan just prepare sambal lebih & boleh di tukar2 ngan ulama lain contohnya macam kacang botor, daun salom, jantung pisang , salad & lain2 lagi

KERABU ULAM RAJA
Sumber : 1 Hari 1 resepi [chef Hanieliza]
Adaptasi : kerabu kacang botor [page 166]

hurm jap lagi nak balik tayang & buat kat mak ayah plak coz sambal kerabu mmg wiyah wat banyak siap2 semalam..so senang kan, bila nak makan just gaul2 jer ..:-)

Jom wiyah share cara penyediaannya

Bahan A:
  • 1 ikat ulam raja
  • 1 labu bawang besar
  • 1/4 biji kubis ungu
  • sedikit taugeh 
  • 3 biji Limau Kasturi
Bahan B:
  • 5biji cili merah + 3biji cili api + 5 ulas bawang merah [ di kisar bersama]
  • 1/2 biji kelapa parut
  • gula & garam
Cara Penyediaan:
  1. Hiriskan Sayuran Bahan A: ulam raja, kubis & bawang besar
  2. Masukkan semua Bahan B : bahan kisar, kelapa , gula & garam kedalam kuali. Kacau sehingga sedikit kering.
  3. Sejukkan seketika & di gaulkan bersama Bahan A & perahan jus limau kasturi.
  4. Sedia untuk dihidangkan.
Kerabu ulam raja ni ada rasa manis & masam2 cket mmg sesuai bagi yang kurang selera makan or yang menjaga makan / diet ;-)

Ok ...SELAMAT MENCUBA

Sunday, January 29, 2012

Menu Sihat & Berkhasiat

assalamualaikum w.b.t

salam berhuhjung minggu semua..apa aktiviti hari ni?? mesti best kan dpt spent time with family & friends...huhu hari ni wiyah just duk melangak kat umah jer,, gara2 senggugut yg teramat sangat! ada sape2 yg tau petua utk kurangkan senggugut coz wiyah jarang kena senggugut tp x tau la dis month knp jd macam ni... asyik baring je..nak kuar makan pon x larat..last2 hubby tolong apa yg patut..wiyah gagahkan diri gak masak yg mana termampu..makan ala kadar jer la,,tapi masih terasa bestnya walaupun simple coz kita makan ngan org yg kita sayang kan hehe...gatal kau wiyah! ;-)

ikan tongkol goreng..tak perap ngan apa2 pun,,keluar dari peti ais terus goreng! + celur kangkung & sambal 

lauk tambahan..singgang kepala ikan tongkol + kacang bendi,,semalam punya hehe [ fyi..ikan singgang ni kalo diperangat lagi sedap coz lg terasa masam & ikan lg terasa manisnya]..eh ye keee?? yer..ni mak wiyah slalu praktikkan..nanti wiyah share cara masak singgang klate ni eh...

selain dari celur kangkung..wiyah jadikan salad daun utk tambahan menu,,almaklumlah menu semuanya tawar2 kan...so tambahkan sambal belacan (tapi xder belacan) ckit bg tambahkan kick time lunch..

Sambal Belacan Thai style without  belacan!
  • 10 biji cili padi + 3biji cili merah besar
  • 2 ulas bwg putih dibakar
  • 1biji limau nipis
  • gula & garam
Caranya :
  1. blender semua cili & bawang putih
  2. perasakan dengan garam, gula & air asam limau..[lg sedap kalau lebih rasa manis & masam]
  3. boleh simpan dalam peti utk jangkamasa 1 minggu boleh bertahan
p/s : sedap dimakan dengan semua jenis menu..terutamanya ulam2!




yang lain2 kat just utk tayangan peribadi jer..alang2 wiyah dah edit pikcer so wiyah upload jer la skali kan..;-) perut dah kenyang..mata buntang xleh nak tdo coz sakit perut + pinggang x reda lagi..tggu hubby solat asar jap then nak g lepak2 amik angin kat tepi pantai..harap2 reda ckit sakit ni..

Friday, August 12, 2011

Pecal Sihat Penambat Selera

assalamualaikum..wbt

salam bersiaran di hari jumaat....hurm dah 12 hari kita pose kan,,kejap jer lg 17 hr dah nak raya... baju raya dah iap ke?? ..hehehe,,pose tak cukup terawih pe tah lagi..du sibuk nak raya...hurm ni kaletah hidup manusia kan..termasukla yg sedang menulis ni jugak..kehkeh

oke hr ni wiyah nak share resepi ni la...permintaan drp ayah wiyah jugak nak makan Pecal Sayur ni,,mintak plak wiyah yg buat kan....adus dah la tak pandai...apa lg wiyah tibai jer la versi wiyah...sayur2 + kuah ala2 nasi impit :-)...meh kita tgk resepi tetiba terjun neh 

ayah wiyah kata so far not bad la..tpp mak byk komen cket,,eh rasa kuah dia mcm nasi impit punya kuah la..org buat mcm ni tambah itu tambah ini bla bla bla....adussss baru nak diajarkan cara buat...xleh nak buat apa nasi dah jadi bubur...heeheheh

sayur2an yang wiyah guna...sumenye yang fresh,,terasa manis lag tau tp kangkung terlupa nak beli la plak...so hentam la labu mkn jer la apa yang ada ;-)

tempe + tauhu + taugeh + timun + sengkuang + kacang panjang....campur kan jer sume,,kita kasi rojak sama dia...

resepi kuah nye??? adeeh sogan la plak..tersalah kuah ni,,buat ikut syok sendiri jer ;-)
kuantiti ikut suka yer...coz wiyah pon main campak jer time ni..heeh

bahan2:

bwg besar + bwg putih + serai [ blender je sume]
pes cili kering  + kacang tanah + menisan 
air sikit [ikut suka nak kuah byk mana[

cara masak:

tumiskan bahan blender then masukkan pes cili kering [masam sampai garing]
masukkan air + kacang tanah + menisan
masak sampai pecah minyak
dah siap..curahkan jer kat atas sayur yang kita nak makan....makan ngan nasi panas2 mmg sedap!! nyumnyum
dah siap utk dihidangkan macam ni....

ok daaa...jap lg blik keje kemas2 terus balik buka puasa umah mak & esok zassss balik umah mertua plak,,ponatnyo lah yer ulang alik sana sini huhu

Sunday, June 12, 2011

Kailan Ikan Perkasam

assalamualaikum...w.b.t

hai semua...wiyah nak straight to d point la kali nie..actually nak tdo dah tapi just nak share resepi ni b4 tdo..hehe! selalu orang masak kailan ikan masin ek..tp tu biasa la kan,, wiyah plak wat yang agak luar biasa cket...may be ada yang pernah try wat macam ni gak...Kailan Ikan Perkasam...sebenarnya ada ikan perkasam lebih yang wiyah goreng [ ex-ofismate org perak yang kasi ikan perkasam neh] ...terpikir2 nak wat apa eh...tgk dlm esbok ada kailan so y not aku combine je 2 mende alah ni...bila da siap macam ni la jdi nya...haha 


**************
Kailan Ikan Perkasam
**************
bahan2 :

1. Ikan perkasam 1 ekor [yg di goreng atau pon belum semuanya boleh]
2. kailan [ asingkan batang & daun kailan] + bawang besar + cili padi

cara masak:

1. panaskan sedikit minyak & goreng ikan perkasam sampai wangi dan garing [ buang tulang2 ikan takut terlekat plak]
2. then masukkan batang kailan + bawang besar + cili padi & last skali baru masukkan daun kailan
3. perasakan SESEDAP RASA tp jgn letak garam coz ikan ni dah masin 
4. siap utk dihidangkan...senang jer kan ;-)

p/s : wiyah suka makan dgn nasi putih / nasi goreng + telur dadar + tom yam/ sup [complete combination]

Kailan Ikan Perkasam

oke...boleh try nanti yer,, opps lupa nak inform,,ikan perkasam ni jenis ikan lumo iaitu sejenis ikan dari sungai perak...k.lela ex-ofismate yg perkenalkan kat wiyah! skang stock ikan ni dah habis & wiyah kirim rm50 utk wat stock bulan puasa...daaaaa ;-)

Friday, June 3, 2011

Kerabu Mangga Epal versi wiyah

bismillahirrahmanirrahim...

hai kawan2..u ol suka makan yang masam-masam tak?? skarang kan musim mangga sana sini tapi tu mangga yang masak la kan...yang muda mungkin agak susah nak dapat tp wiyah ada terjumpa kat pasaraya sini then terus wiyah rembat 4 biji...2 biji dah selamat makan ngan kicap then balance tak tau nak wat pe,,terpikir nak wat somtam tapi mangga ni dah agak masak takut lembik & tak sesuai plak nanti..last2 Kerabu Mangga la jadinya...dah la wat makan malam,,memang tak sesuai langsung!! haha..hubby tak suka masam so wiyah makan sorang jer... 

bahan2 :

1. 2 biji mangga epal + tomato + bawang merah + cili padi
2. sos ikan + jus limau nipis
3. segenggam ikan bilis di goreng garing & ditumbut kasar bersama garam + gula [ kalo nak tambah or gantikan dengan udang kering pun boleh juga]
4. kalau suka bleh tambah ngan kacang tanah yang ditumbuk kasar [ wiyah tak isi coz kacang beli yang dah siap hancur..so xder la stok nak tabur2]

cara penyediaan :

1. sagat/potong memanjang mangga [masukkan dalam peti ais]
2. then hiris bawang merah + tomato + cili padi
3. then gaulkan semua bahan seperti mangga & bahan hirisan + sos ikan + jus limau nipis + ikan bilis yang ditumbuk tadi
4. gaul rata & sebati biarkan  5min dalam peti sejuk & sedia utk dihidangkan


kerabu mangga epal ersi wiyah...haha ok la terasa mangga tu!! wakaka

Tuesday, May 17, 2011

Kailan Ikan Masin

Assalamualaikum...w.b.t

kalo kita keluar makan..bila dimintak pilih sayur mesti pilih either sayur campur, kangkung goreng belacan or kailan ikan masin kan {kalo bukan u ol...wiyah la tu hehe]...we ol kalo makan kat luar or rumah mesti nak kena ada menu sayur or ulam...wajib ada!! so since menu wajib we ol.wiyah mengkaji la cara masakan & bahan2 yg dia isi dlm setiap restoren & menu yg wiyah pilih..then blik umah wiyah try buat plak..alhamdulillah kadang2 menjadi dan kadang2 ada gak yang tak jadi..ye la walaupun bahan sama tapi may be cara masak tak sama...tp yang paling penting air tangan masing2 sgt berbeza kan..even goreng telor mata kerbau pon still tak kan sama kalo org yg lain2 masak erk..

byk bebel plak wiyah ni yer..hehe,,wiyah ada try wat menu ni,,dah agak byk kali la wat,,try wat kat umah mertua..alhamdulillah mertua pon ckp oke,,so hari ni wiyah nak share kat sini plak...

****************
KAILAN IKAN MASIN
***************

bahan2:

1. mesti kena ada kailan kan { potong sesuka hati..batang diasingkan dengan & kalo batang dia besar sgt bolhh dibelah2}
2. ikan tenggiri masin/ tenggiri jeruk yg dlm botol tu
3. bawang besar + cili padi

cara nak masak :

1. mula2 panaskan minyak dlm 2 sudu besar & gorengkan ikan masin tu biar agak2 hancur cket
2. bila dah agak masak,,masukkan cili padi + bawang besar + batang kailan masak kejap je then masukkan plak daun dia [ jgn masak sgt nanti tak besh]
3. dah siap & boleh perasakan SESEDAP RASA tp di ingatkan jgn letak garam tau coz ikan tu dah agak masin

be makan ngan nasi putih + tomyam + sambal belacan

oke boleh cuba nanti...psssst kailan tak sama ngan sayur sawi tau!! ada yang cakap sama..apa yang penting kailan lagi sedap & harganya pon mahal cket drp sawi...


Ayam Goreng Kunyit

Assalamualaikum...w.b.t

hai wat pe cuti hari ni...happy wesak day to all malaysians!! hurm hari ni...wiyah seharian duk dlm umah even kat laman pon tak keluar..serius malas gila hr ni tak tau la nape,,cuaca pon tersgtla panas hari ni...suami buat kan watermelon juice tgh hari tadi,,wiyah sorang jer minum air tu satu jag...haha terkebil2 suami tgk!..minum ke apa neh.hehhehe..sabar jer la,,ok fullstop! tak cite panjang coz wiyah kena bebel tadi kahkah

ok la malam ni wiyah nk share satu menu yg senang tenang sgt nak wat...may be u ol dah tau kot resepi neh & may be gak u ol lg terer kan wat lg bes & macam2 lagi bleh tambah kan...:-) tapi takpe la ni versi Ayam Goreng Kunyit wiyah plak la yer...

****************
AYAM GORENG KUNYIT
****************

bahan2 :

1. Ayam di potong dadu {perap ngan garam + kunyit}
2. Sayur2 { carrot + brokoli + babycorn + bawang besar + hollaand + cili besar + cili padi}

cara masak :

1. mula2 skali goreng ayam tu sampai kekuningan
2. then kurang kan minyak dalam kuali & masukkan sayur2 tadi sampai agak2 3/4 masak [kalo masak sangat jadi tak sedap & tak ranmgup plak nanti]
3. perasakan SESEDAP RASA...siap boleh dihidangkan!!
senang & mudah jer kan :-)

jadi la macam ni....boleh dimakan ngan nasi putih + telur dadar + sambal belacan or nasi goreng pon bes gak!


p/s: masakan yang SIMPLE & MUDAH untuk disediakan...selain tu menu ni complete sume ada dalam satu masakan jer protein + vitamin C + zat2 yang lain...kalo wiyah tahap rajin sgt kat dapur ni jer la menu yang terpikir kat kepala wiyah..nasib baik suami tak cerewet sangat,,bersyukur di situ ...alhamdulillah!! ;-)

Saturday, February 19, 2011

Buncis telur kicap ala pemalas!!


hai,,hari ni kita makan pe yang ada kat dapor jer yer,,pe yg ada freez xpayah nk demand2 haha,,so pe yg ada kita leh create jd resepi yg mungkin pelik & dianggap resepi ntah hape2..but i like!!! meh puan wiyah tunjuk resepi goreng sayur mak dara + orang bujang di parit raja neh..
orang2 dlm umah wiyah..silalah redho jer yer,,wiyah x tau jenis masakan apa yang wiyah masak neh! kahkah...telan jer la yer
.
.
k..jom kita tengok


********************
Buncis Telur Kicap ala pemalas macam wiyah
********************

bahan2:

buncis + carrot + tomato
bwg besar + bwg putih + cili padi [hiriskan]
telur [goreng hancur]

cara masak:

1. goreng telur biar hancur
2. then masukkan bahan hiris, masak sampai wangi
3. masukkan sayur + kicap + perasa SESEDAP RASA
4. siap dah!! ;-)



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...