To All My Friend, Lovely & Silent Readers

To All My Friend, Lovely & Silent Readers

Mohon maaf kiranya wiyah a.k.a Tuan Rumah tiada kunjungan balas/backlink /follow ke blog kalian, ini kerana disebabkan oleh ketiadaan link blog tuan/puan utk wiyah follow kalian. Jutaan maaf juga jika jarang ber'blogwalking' ke blog kalian (busy tahap cipan). In sha Allah jika ada kesempatan waktu wiyah akan ke singgah ke blog kalian..Peace No War!!

Followers

Imamku Hingga ke Hembusan Nafas yang Terakhir

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Lilypie Pregnancy tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Premature Baby tickers
"Some Love Stories...Live Forever"
Showing posts with label kerabu. Show all posts
Showing posts with label kerabu. Show all posts

Tuesday, July 30, 2013

Somtam Istimewa Pembuka Selera Ketika ber-Iftar

Assalamualaikum wbt

alhamdulillah sudah masuk 10 hari terakhir dibulan ramadhan..cuaca tahun ni agak mencabar sedikit coz cuaca yang panas amat berbeza dari tahun2 terdahulu..apa pon semoga sabar terus bersama kita utk menghabiskan sisa yang berbaki..semoga tahun hadapan masih diberi peluang utk melaluinya..in sha allah

hari ni just nak share menu pembuka selera kami..selalu jugak la beli since dari bln tak puasa pon, Somtam ni sangat istimewa bagi wiyah..ada rasa pedas2 cili padi +bawang putih + ada rasa masam dari limau nipis + nenas + tomato, ada rasa rangup2 dari parutan betik muda + mangga lemak + kcg panjang + kangkung + kacang tanah bersama adunan gula & udang kering yang tersendiri khas utk membuat somtam...di datangkan khas dari negara jiran Thailand

 
ini somtam special yang wiyah beli..ada campuran parutan betik muda + mangga lemak + nenas! harga yg special RM3.50 jer..mmg berbaloi coz rasanya mmg la wallah sedap tak hengggat..tengok jer pon dah meleleh air liur ;-)

kalau bulan biasa..wiyah slalu beli somtam ni pada hari jumaat di Pasar Tani Wakaf Che Yeh, kena beratur & booking dulu kalau tak kena masa hehe..dtg awal cket so xpayah beratur..datang semata2 nak beli somtam yuhoooo..parking kete RM2 somtam RM3.50 hoho  tak berbalo kalau diikutkan, tp kalau alang2 dtg biarla beli sampai 3bungkus kan.. baru la puas hati, next friday  plak baru dapat makan

sebungkus sorang makan..makan ni mmg tak ingat nasi daaa ..try perkenalkan kat mak mertua..ternyata mmg MIL pon sgt suka sampaikan pesan kat wiyah.." bila2 ma datang..kita gi beli lagi eh somtam tu"..huhu cuba dulu baru tau

bulan ramadhan ni..makcik ni menege kat bazar ramadhan stadium, wiyah tak pernah ke sana lagi so far..just kirim pada en.suami balik dari kerja singgah situ..naik motor senang nak parking & jimat masa..sekali beli mmg 3 bungkus la..tmak takleh blah haha

see ant pic yg wiyah sempat snap..menggunakan lesung kayu sebesar alam, dua2 tangan bergerak ..kita boleh?? tak menang tangan melayan pembeli..mmg ramai sangat2 peminat somtam makcik ni..

antara ramuan istimewa..udang kering oren, limau nipis, mangga lemak & ect

p/s:barang dah beli, blik raya nanti nak try buat kat umah mak..tunjuk skill even tak pernah buat..rasanya boleh kot coz slalu dukusha makcik ni buat..hehe

Monday, September 3, 2012

Kerabu Mangga Ikan Bilis..Beranang Mari!

Assalamualaikum wbt

Mood nak share menu sudah datang ..hehe,, orang lain duk sibuk share juadah raya tp wiyah menu yg ntah musim apa pon tak tau ..hahabtw masa raya wiyah tak masak apa pon coz beraya kat umah mak & umah (1st day) & mertua (2nd day)...semuanya dah ready, wiyah just ngappp jer la..x dibenarkan tolong apa2..just tolong bancuh air & layan tetamu jer la

Just menu biasa jer  tp tulis gak utk wiyah review masa akan datang..almaklumla manusia kan mudah lupa! kot tiba2 teringain & mengidam lagi ker kan..hehe, Mangga epal ni wiyah beli masa kat Beranang, Selangor..terliur sgt tengok buah tu segar2 sampai kecur air liur time puasa..sabar jer la huhu, esok nya balik terus kan projek meng'kerabu' ni ;-)


Kerabu Mangga Ikan Bilis 

Kerabu  Mangga Ikan Bilis
Bahan-Bahan:
  • Satu cawan ikan bilis (digoreng garing)
  • Satu biji mangga muda (wiyah guna mangga epal)
  • Setengah cawan kacang tanah (ditumbuk kasar)
  • 4 keping daun salad - wiyah ganti dgn tomato
  • 1 biji bawang kecil - wiyah xletak
  • 3 biji cili api - diracik halus *
  • 1 biji limau nipis diperah airnya *
  • 1 sudu gula pasir * digaul bersama

Cara Menyediakannya:
  1. Mangga muda disagat / dihiris halus 
  2. Tomato dibuang biji & potong memanjang 
  3. Cili api diracik halus & digaul bersama air limau nipis serta juga gula 
  4. Akhir sekali,  gaul rata semua bersama bahan2 yang lain. 
p/s:
sekiranya tidak dimakan segera, ikan bilis dan kacang jangan digaul bersama dulu untuk mengekalkan keranggupan ikan bilis dan kacang tersebut

Cadangan Hidangan:
  • Makan segera bersama nasi panas dan lauk-lauk yang lain atau bersama nasi ayam (sgt menepati citarasa wiyah)..terasa makan kat Secret Recepi jer ,, hihi
slurrrrrp...alhamdulillah en.suami pon suka ngan menu kali ni, menepati citarasa katanya..kalau tak berselera makan ..next time bleh buat lagi..;-)

Friday, February 10, 2012

Kerabu Ulam Raja Chef Hanieliza

assalamualaikum..wbt

Hai., & salam hari jumaat semua! Quick entry..update cepat2 nak balik kampung kejap,, rindu ngan anak buah..huhu,,tapi b4 tu nak share kerabu yang sangat best ni! menu ni wiyah buat masa berbuka puasa semalam. Kalau puasa makan makanan yg ada rasa masam2 mmg best, dapat menambat selera. Tiap2 malam b4 tdo wiyah akan belek buku 1 hari 1 resepi chef hanieliza..thanks k.liza coz share resepi yg best& kena ngan selera wiyah & suami ;-)

En.suami cakap kerabu ni mmg best sampaikan di ratah macam tu jer..2x wiyah buat malam tadi. makan 2 org jer haha..sayur & ulaman kalau makan lebih pon tak pe kan...en.suami siap cakap lain kali wat lauk yg ulam2 mcm ni jer la ..tak payah goreng2 semua coz lagi sihat...wiyah?? uittt lagi la suka kan..haha,,x banyak kerja wiyah kan just prepare sambal lebih & boleh di tukar2 ngan ulama lain contohnya macam kacang botor, daun salom, jantung pisang , salad & lain2 lagi

KERABU ULAM RAJA
Sumber : 1 Hari 1 resepi [chef Hanieliza]
Adaptasi : kerabu kacang botor [page 166]

hurm jap lagi nak balik tayang & buat kat mak ayah plak coz sambal kerabu mmg wiyah wat banyak siap2 semalam..so senang kan, bila nak makan just gaul2 jer ..:-)

Jom wiyah share cara penyediaannya

Bahan A:
  • 1 ikat ulam raja
  • 1 labu bawang besar
  • 1/4 biji kubis ungu
  • sedikit taugeh 
  • 3 biji Limau Kasturi
Bahan B:
  • 5biji cili merah + 3biji cili api + 5 ulas bawang merah [ di kisar bersama]
  • 1/2 biji kelapa parut
  • gula & garam
Cara Penyediaan:
  1. Hiriskan Sayuran Bahan A: ulam raja, kubis & bawang besar
  2. Masukkan semua Bahan B : bahan kisar, kelapa , gula & garam kedalam kuali. Kacau sehingga sedikit kering.
  3. Sejukkan seketika & di gaulkan bersama Bahan A & perahan jus limau kasturi.
  4. Sedia untuk dihidangkan.
Kerabu ulam raja ni ada rasa manis & masam2 cket mmg sesuai bagi yang kurang selera makan or yang menjaga makan / diet ;-)

Ok ...SELAMAT MENCUBA

Saturday, February 4, 2012

Kerabu Sotong & Epal Hijau

assalamualaikum..wbt

update menu semalam hehe,, puas duk pikir menu apa yer yg tak gunakan banyak minyak or tak gunakan langsung!! ada sotong dalam peti terus teringat kat kawan time duk parit raja dulu,,,hujung2 semester we all duk menggila masak masakan thai macam2,,then terus g belek buku resepi..terjumpa kerabu epal,, hurm y not wiyah combined jer la resepi kerabu sotong + kerabu epal ni..minta maaf yer k.liza wiyah alter cket resepi k.liza..just apa yg ada kat umah jer ;-)

inspirasi daripada buku resepi chef hanieliza, wiyah pernah buat kerabu mangga epal tapi bukan buah epal ye,, buah mangga yang macam bentuk buah epal ;-)

KERABU SOTONG & EPAL HIJAU


Bahan yang diperlukan:
  1. 10 ekor sotong [ di potong & di rebus sebentar]
  2. 1/2 biji epal hijau + 1/2 biji mangga lemak manis [ dihiris memanjang]
  3. 1 batang serai + 1/2 batang bunga kantan + 2 biji tomato + daun saderi [ dihiris halus]
  4. 1/2 biji bawang holland + 3 biji cili pada [dihiris halus]
  5. 3 biji limau kasturi + garam

Cara penyediaan:

  1. Gaulkan semua bahan dalam bekas yang besar bagi memudahkan proses menggaul. Rasakan manis , masam dan masin kerabu ni. Siap untuk dihidangkan.
p/s : wiyah tak masukkan gula,, rasa manis datang dari mangga lemak manis tu, walaupon kurang kick tapi nak buat macamanakan, wiyah perlu berkorban..lupakan gula buat seketika!!


sedap makan ngan nasi or ratah macam tu jer;-)...at least ada improvement wiyah utk kurangkan penggunaan minyak & gula dalam masakan wiyah..menu ni tak gunakan setitik minyak & sebiji gula pon..alhamdulillah syukur dengan rezki hari ni..amin

Friday, June 3, 2011

Kerabu Mangga Epal versi wiyah

bismillahirrahmanirrahim...

hai kawan2..u ol suka makan yang masam-masam tak?? skarang kan musim mangga sana sini tapi tu mangga yang masak la kan...yang muda mungkin agak susah nak dapat tp wiyah ada terjumpa kat pasaraya sini then terus wiyah rembat 4 biji...2 biji dah selamat makan ngan kicap then balance tak tau nak wat pe,,terpikir nak wat somtam tapi mangga ni dah agak masak takut lembik & tak sesuai plak nanti..last2 Kerabu Mangga la jadinya...dah la wat makan malam,,memang tak sesuai langsung!! haha..hubby tak suka masam so wiyah makan sorang jer... 

bahan2 :

1. 2 biji mangga epal + tomato + bawang merah + cili padi
2. sos ikan + jus limau nipis
3. segenggam ikan bilis di goreng garing & ditumbut kasar bersama garam + gula [ kalo nak tambah or gantikan dengan udang kering pun boleh juga]
4. kalau suka bleh tambah ngan kacang tanah yang ditumbuk kasar [ wiyah tak isi coz kacang beli yang dah siap hancur..so xder la stok nak tabur2]

cara penyediaan :

1. sagat/potong memanjang mangga [masukkan dalam peti ais]
2. then hiris bawang merah + tomato + cili padi
3. then gaulkan semua bahan seperti mangga & bahan hirisan + sos ikan + jus limau nipis + ikan bilis yang ditumbuk tadi
4. gaul rata & sebati biarkan  5min dalam peti sejuk & sedia utk dihidangkan


kerabu mangga epal ersi wiyah...haha ok la terasa mangga tu!! wakaka
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...