To All My Friend, Lovely & Silent Readers

To All My Friend, Lovely & Silent Readers

Mohon maaf kiranya wiyah a.k.a Tuan Rumah tiada kunjungan balas/backlink /follow ke blog kalian, ini kerana disebabkan oleh ketiadaan link blog tuan/puan utk wiyah follow kalian. Jutaan maaf juga jika jarang ber'blogwalking' ke blog kalian (busy tahap cipan). In sha Allah jika ada kesempatan waktu wiyah akan ke singgah ke blog kalian..Peace No War!!

Followers

Imamku Hingga ke Hembusan Nafas yang Terakhir

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Lilypie Pregnancy tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Premature Baby tickers
"Some Love Stories...Live Forever"
Showing posts with label Breakfast. Show all posts
Showing posts with label Breakfast. Show all posts

Sunday, October 28, 2012

Salam Eiduladha & Nasi Lemak Susu Cair

Assalamualaikum wbt

Salam Eiduladha 1433H..Semoga pengorbanan tahun ini memberi sejuta makna dalam hidup kita insyaAllah! Maaf lambat plak ucapan ni..almaklumla rakaman bukan siaran langsung ekeke..dah la hari ke-3 plak tu ;-)

sehebat manakah pengorbanan kita pada tahun ni? apa pun pengorbanan yang kita buat bergantung kepada niat asal kita..bkn kepada berapa bahagian or brapa ekor haiwan yg kita korbankan..betul tak?? since wiyah & suami dah mula pening & sakit perut may be disebabkan daging! kata org daging fresh lg cepat bertindak pada badan kita..hurm di atas dasar kesihatan wiyah & suami sebolehnya mengurangkan pengambilan daging..tahap kawalan!

Nasi Lemak..Eiduladha ke-3


hr ni pagi2 lagi en.suami  dahbg hint..baby! abg rasa mcm tak sedap la nak breakfast kat luar..rasa sakit perut la & mcm2 lagi..so paham2 jer la maksudnya kan ;-)..so wiyah ke dapur , tak tau nak masak apa sebenarnya sbb takde apa2 dlm esbok tp last2 jd jugak nasi lemak ni ..

Nasi lemak basmathi tak ber'santan' yg digantikan dgn susu cair  + sambal bawang semata-mata + ayam goreng 2 ketul + telur 2 biji ngam2! 

Jemput makan semua & salam Eiduladha ^_^ peace !!

Sekian..wassalam

Monday, October 22, 2012

Sarapan Pagi dengan Laksam Kelantan

Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah mood kembali pulih seperti sedia kala..walaupon tiap masa terbayangkan wajah terakhir arwah, tiap perkara hingga terbawak2 dalam mimpi..kekadang tu wajah ayah mertua kadang tu adik ipar, seakan2 tak dapat terima ketentuan takdir Allah..Ya Allah ampunilah kami semua, kami memohon diberi kerdhoaan utk menerima takdir Mu..kami mendoakan semoga rohnya tenang disana, semoga Allah meringankan azab seksaan kubur..amin ya rabbal alamin

kita yang hidup harus meneruskan tanggungjawab sbg khalifah sebaik-baiknya..wiyah sbg isteri & mommy to be juga perlu menjalankan amanah terbaik dr Allah utk menjadi yang terbaik buat keluarga..InsyaAllah (panjang plak muqaddimah hari ni ..hehe)

ok la..wiyah just nak share resepi Laksam yang wiyah buat beberapa mggu yg lepas tp baru berkesempatan nak update kat sini..utk tatapan kawan2 & rujukan buat wiyah

sesuai dimakan ketika breakfast & minum petang

LAKSAM KELANTAN
Sumber Resepi: Mr Yani
Olahan Resepi : Wiyah

Bahan-bahan utk Laksam: (wiyah buat 1/2 adunan sahaja)
  • 3 cawan tpg beras
  • 1/2 cawan tpg gandum
  • 4 cawan air suam
Note : Juga boleh dibeli yang dah siap, RM2 utk 3batang di pasar Dungun.

Cara Penyediaan:
  1. Panaskan kukusan sebelum membancuh adunan. Bancuh adunan sehingga sebati. Adunan tak terlalu cair ataupun pekat sgt.
  2. Sapukan sedikit minyak pada tudung periuk/ loyang bagi mengelakkannya daripada melekat.
  3. Tuangkan 1 senduk adunan ke atas tudung periuk (wiyah guna loyang rendah). Kukus lebih kurang 5 minit atau sehingga masak.
  4. Angkat &biarkan seketika kemudian baru digulung utk menghasilkan laksam yang licin dan cantik. Ulangi step 3 & 4 sehingga adunan habis.
Bahan untuk kuah:
  • Ikan selayang/ kembung (direbus,dibuang tulang & dihancurkan isinya)
  • 3 cawan Santan 
  • 4 ulas bwg merahr, 2 ulas bwg putih & 1 inci halia (ditumbuk/kisar)
  • 1sb lada hitam * ditumbuk kasar
  • 2 keping asam gelugur
Cara Penyediaan:
  1. Masukkan santan kedalam periuk & didihkan seketika dengan api yang kecil.Masukkan semua bahan-bahan, kacau sentiasa bg mengelakkan kuah drp berketul-ketul disebabkan oleh isi ikan.
  2. Tambahkan bahan rasa mengikut cita rasa sendiri.
Nota : Kalau mak wiyah tak masukkan garam coz garam disediakan berasingan. Ditambah ketika menghidangkannya. kemasinan bergantung pada tahap masin seseorang.

Bahan untuk ulam:
  • timun batang,kacang panjang,taugeh,kobis,daun kesum(diracikhalus)
Aksesori tambahan:
  • belacan (potong dadu kecil2)
  • garam (bergantung pad individu)
  • limau (kasturi/ nipis)

Sambal cili:

  • cili merah
  • belacan (wiyah tak letak)
  • garam
  • limau (wiyah ganti dg sedikit cuka)

* Blender semua bahan sehingga hancur


Cara menghidang  utk satu hidangan:
  1. Potong laksam mengikut citarasa masing-masing. Kemudian tambahkan kuah ke atasnya & sedikit garam.
  2. Tambahkan bahan-bahan ulam bersama aksesori tambahan. Siap utk dimakan.
wiyah buat sebagai menu sarapan pagi..alhamdulillah kenyang syukur!


Sunday, September 30, 2012

Sarapan di pagi minggu

Assalamuaalikum

salam berhujung minggu semua..apa perancangan hr ni?? wiyah bangun awal hr ni coz sakit perut may be sebab lauk kenduri semlam kot..bagun lapar & prepare utk breakfast dgn apa yg ada jer..cukupla sekadar mengadar perut kan ;-)



ok daa..nak siap2 continue shoping barang mommy plak hr ni ;-)

Thursday, September 13, 2012

Nasi Lemak Daun Pisang Original Resipi

Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah dapat bersua kembali..setelah berminggu2 menghadapi pelbagai ujian, masalah dengan tanggungjawab yang telah diamanahkan. Syukur segala wasiat amanah dapat dilaksanakan dengan sebaiknya...semoga Allah memberkati segala usaha kami & doa kami agar urusan seterusnya akan lebih dipermudahkan lagi..InsyaAllah. Amin

Rasanya dah lama rumah wiyah tak buat nasi lemak..even duduk 2org jer tp wiyah lebih prefer utk masak sendiri dr membeli sekiranya ada waktu terluang. baru2 ni balik umah suami di dungun..geram tengok pokok pisang, daunnya sangat menghijau..buatkan wiyah jd teringin nak makan nasi lemak daun pisang mengikut selera sendiri..original resipi macam makan tmasa kecik2 dulu. Tiada tambahan bahan selain sambal bilis & telur rebus sahaja.

alkisahnya..terjadi la nasi lemak ni! menepati ciri2 rasa yang wiyah nak makan..nasi yang beraroma harum + sambal yang sedikit manis & no pedas!!

daun pisang dari rumah mertua..dr dungun duk terbayangkan nasi lemak, alangkah bestnya..apa lg otw balik terus singgah beli santan bagai..projek utk esok hari ;-)

masak pada hari biasa..means hari bekerja! hari isnin u.. sbb dah tak sabar sgt nak makan...lps en.suami pergi kerja wiyah teruskan misi masak nasi lemak..bila dah siap sume, wiyah call en.suami suruh balik breakfast ngan wiyah..haha jahat kan, nasib baik la en.suami free time tu..so bleh la layan karenah mengarut isteri dia ni..sabar jer la kan..nak wat camno, dah teringin nak buat sendiri & makan ngan daddy hihi...

Alhamdulillah dapat 4 bungkus..boleh makan sampai petang! sebungkus pon boleh kenyang melingkar mcm ular sawa sbb nasi lemak ni sgt la banyak..tukang bungkus pemurah hati! hihi

amacam ada style tak nasi lemak wiyah??? hehe

Nasi Lemak Daun Pisang Original Resipi

Bahan2 untuk nasi:

  • 2cawan beras basmathi (direndam 1/2 jam)
  • 3cawan santan cair
  • 2 helai daun pandan - di simpul
  • 1/4 sudu teh halba
  • 1 inci halia -diketuk @ dihiris
  • 1 ulas bawang merah - dihiris
  • secubit garam
Cara Penyediaan:
  1. Masukkan semua bahan kedalam 'rice cooker' seperti biasa.
Bahan2 untuk sambal:
  • 1 biji bawang besar *
  • 10 biji cili kering *
  • 1 inci halia * - dikisar bersama
  • 1/4 ketul menisan
  • ikan bilis halus
  • bawang besar- dihiris
Cara Penyediaan:

  1. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan yang telah di kisar sehingga wangi & naik minyak.
  2. Masukkan ikan bilis, bawang besar yang dihiris serta manisan , garam SESEDAP RASA.
  3. Masak sehingga sebati rasanya. Siap utk dihidangkan.
Cara Hidangan:
  1. Bahan tambahan: Telur rebus, timun batang, ikan bilis goreng & kacang tanah goreng.
  2. Dibungkus menggunakan daun pisang & kertas pembungkus nasi ketika nasi masih panas bagi membangkitkan aroma bau daun pisang.
note: wiyah bungkus 10 minit awal then baru makan..bila buka bungkusan..walllah mmg terbaik la baunya, smbal dah menyerap pada nasi..next bleh buat lagi kalau masih larat ;-)

Sunday, February 19, 2012

Hari yang sangat rajin..Jom breakfast !

assalamualaikum..wbt

Hai..salam berhujung minggu,, hari ni mood terlebih rajin cket! slalu nya jgn harapla..terus jer brunch coz pagi2 en.suami mmg jenis tak minum awal pagi so mmg wiyah tak kalut la pagi2..kul 10am baru minum,, tapi hari ni kami minum sama ;-) !bangun wat breakfast & update blog & join excercise ngan en.suami sambil teman ambil angin pagi..wiyah just jalan2 jer ;-)


Roti Telur Lemak Manis

Bahan-bahan: (untuk 2 org makan)
  • 4 keping roti [potong X so 1 keping roti akan dpt 4 keping roti kecil saiz segi tiga]
  • 2 biji telur + 1/2 sk garam + 1sb susu lemak manis [ dikocok bersama]
  • minyak masak utk menggoreng
Cara penyediaan:
  1. panaskan sedikit minyak , jgn byk sgt coz roti telur akan serap byk minyak
  2. celup roti kedalam bancuhan telur & goreng hingga garing. Balik-balikkan.
  3. Siap utk dihidangkan bersama sos cili atau sambal sardin pon sedap ;-)


waah da kenyang...so bleh berjalan dgn tenang,,jgn sakit perut dah ler ngehngeh...jom makan!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...