To All My Friend, Lovely & Silent Readers

To All My Friend, Lovely & Silent Readers

Mohon maaf kiranya wiyah a.k.a Tuan Rumah tiada kunjungan balas/backlink /follow ke blog kalian, ini kerana disebabkan oleh ketiadaan link blog tuan/puan utk wiyah follow kalian. Jutaan maaf juga jika jarang ber'blogwalking' ke blog kalian (busy tahap cipan). In sha Allah jika ada kesempatan waktu wiyah akan ke singgah ke blog kalian..Peace No War!!

Followers

Imamku Hingga ke Hembusan Nafas yang Terakhir

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Lilypie Pregnancy tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Premature Baby tickers
"Some Love Stories...Live Forever"
Showing posts with label Dessert. Show all posts
Showing posts with label Dessert. Show all posts

Sunday, November 11, 2012

Pernah makan Buah Tembikai Betik??

Assalamualaikum wbt

Just to share..mungkin ada yang pernah makan, pernah tengok or may be pernah dengar tentang buah tembikai betik ni..its ok what ever pon, wiyah sekadar nak berkongsi tentang buah tembikai betik ni..ramai yang tahu pasal buah ni tp tak pernah makan atau tak tahu cara makan..

buah ni sebenarnya tak de rasa langsung ..just hambar & tawar! tp berbau wangi..wiyah suka bau buah ni..sgt soft baunya ;-)


buah ni mudah di dapati pada musim panas..tanda2 buah ni akan masak, luarannya bewarna kuning menunjukkan ianya sedia di petik tp belum masak tau! apb buahnya merekah barulah di kategorikan sebagai masak ranum

tp di ingatkan..buah ni bersifat sejuk, so sape2 yang berpenyakit jgn sesekali makan dengan banyak yer! makan pada tahap beringat2 hehe

dr kebun mak wiyah..ada 3 pokok tp buahnya punya lah banyak
rupa buah tembikai betik..bentuk fizikalnya memanjang sepert buah betik & jalur buahnya seperti buah tembikai, itulah sebabnya di p[anggil buah tembikai betik. Tapi wiyah tak pasti kat tempat lain di panggil dengan nama apa..

isi buah tembikai betik ni sangat lembut..perumpamaannya seperti baldu

Manisan/ Dessert Tembikai Betik

Bahan Utama:
  • 1 biji tembiai betik masak/mengkal- dibuang kulit
  • 1/2kg santan atau 2 tin susu cair
  • 1 cawan air
  • sedikit gula & garam
Cara Penyediaan:
  1. Kupas kulit buah tembikai betik , buang bijinya & potong mengikut citarasa masing-masing.
  2. Masukkan santan & air ke dalam periuk , panaskan santan menggunakan api yang paling kecil. (Jgn sampai menggelegak)
  3. Tambahkan gula & garam ke dalam santan yang sedang dipanaskan. Kacau rata sehingga gula & garamnya sebati dan hancur bersama.
  4. Manisan ini enak di makan ketika ianya sejuk. Maka adalah di galakkan utk menyejukkan 2-3 jam larutan santai & tembikai betik sebelum menikmatinya.
Nota : Kaedah asli, emak wiyah lebih suka menggunakan perahan parutan kelapan..santan di perah menggunakan air suam. Maka santan tak perlu di panaskan.

selalunya..famili wiyah akan makan manisan ni sebagai dessert petang, waktu kami lepak2 depan rumah..memang syokk sekejap jer licin ;-)

sekian..wassalam

Monday, November 28, 2011

1 Muharam 1433H ---> Puding Masam Manis

Assalamualaikum wbt

Dessert ni wiyah buat khas untuk majlis kenduri umah mak wiyah 1 muharam 1433 H sempena kenduri arwah, tahlil, bacaan yasin & majlis cukur jambul anak buah..menu last minute coz byk kedai tutup so untuk mendapatkan bilangan yang banyak kena lebih kreatif untuk dapat banyak bekas haha,,must be within d budjet la kan,,setakat mana bekas acuan yang ada saja

wiyah tak tau nak namakan apa puding ni sebenarnya tapi disebabkan rasanya masam & manis so wiyah namakan dia Puding Masam Manis la..agak2 sesuai tak?? hehe

dari bawah : Lapisan puding strawberi + lapisan crystal jelly + lapisan dadih coklat + crystal jelly

Jom kita share resepi :Bahan-bahan - Lapisan A, B & C

A. Lapisan Puding Pink atau Strawberi : [ sedikit keras dari dadih tp lagi lembut dari crystal jelly]

  • 1 paket serbuk agar-agar { wiyah gunakan brand Nona & warna Merah}
  • 600 ml air
  • 1 tin susu cair (400ml) 
  • 1 cawan gula
  • 2 sk perisa strawberi
Caranya:


  1. Campurkan serbuk agar-agar bersama 600ml air & 1 cawan gula + perisa strawberi
  2. Masak & kacau sehingga semua bahan terlarut. Masukkan susu cair & padamkan api.
  3. Tuangkan kedalam acuan , ikut ketebalan yang diingini & biarkan mengeras.

~ sementara menunggu lapisan strawberi mengeras~
Jom kita prepare untuk lapisan kedua plak..lapisan blackcurrent crstal jelly


B. Lapisan Jelly atau Blackcurrent :[ lapisan ni agak keras ]

  • 1 paket Crystal Jelly { wiyah gunakan brand Nona & Perisa Blackcurrent}
  • 400ml air
  • 2sk paste Blackcurrent { wiyah gunakan blackcurrent sanquick}
Caranya:
  1. Campurkan sebuk crystal jelly kedalam 400ml air + perisa blackcurrent yang sedang didihkan secara perlahan.
  2. Kacau sambil memasak & padamkan api selepas mendidih. Teruskan mengacau sehingga larutan tidak lagi berbuih.
  3. Tuangkan ke atas lapisan strawberi (pink) tadi. 
Note : Pastikan lapisan tadi telah mengeras sebelum menuang lapisan jelly ini

~ Sementara menunggu lapisan Crystal Jelly ni mengeras~
jom kita prepare lagi satu lapisan...lapisan coklat

C. Lapisan Dadih Coklat: [lapisan ni sangat soft]
Lapisan coklat ni dadih sebenarnya, teksturnya sangat lembut & perumpamaan dadih sememangnya perlu dimakan dengan menggunakan sudu ;-)
  • 1 paket serbuk dadih perisa coklat
  • 1 tin susu cair 
  • 3000 liter air
  • 1/2  cawan gula
Caranya:
  1. Didihkan air & masukkan gula sehingga gula betul2 hancur
  2. Masukkan serbuk dadih & susu cair. Padamkan api & kacau bahan sehingga larutan sebati dan tidak berbuih lagi.
  3. Tuang ke atas lapisan crysral jelly tadi. Pastikan lapisan tapi telah mengeras sebelum menuang lapisan dadih ni.






Kenduri nya semalam..tapi petang ni baru sempat merasa puding ni,,,just 2 gelas ni jer yang tinggal kat umah,, yang lain2 tak sempat nak ambil gambar..sekelip mata jer dah sold out!! huhu..tetamu mmg sangat2 ramai..tak muat rumah & semua lauk jugak sold out..alhamdulillah syukur coz tak ada pembaziran..

Doa Kami : insyaallah mudah-mudahan tahun depan turn wiyah & suami plak buat kenduri cukur jambul..hopefully doa kami didengari& dimakbulkan olehNYA.. amin amin ya rabbal alamin

Friday, November 18, 2011

Aiskrim Goreng..Panas diluar Sejuk didalam

assalamualikum..wbt

salam malam jumaat semua..;-D,, apa senyum??? ngehngeh ,hurm tadi baca yassin tak?? hah tak baca?? alahai seminggu sekali jer kawan2,,tak sampai 20 minit pon kan...kepada yang baca & sedekahkan pada semua umat islam yang telah dahulu dijemput oleh Allah swt,,alhamdulillah syukur!..bukan apa at least sekarang kita beringan pada yang dah tiada..dengan harapan bila dah tiada nanti ada juga orang yang akan ingat kita & sedekahkan bacaan yassin untuk kita kan...

p/s : peringatan utk diri sendiri & kawan2 semua yang wiyah sayangi..kalau ada yang berkeci hati seribu kemaafan wiyah pohonkan,, tak berniat untuk menyindir or sakitkan hati sesiapa pon!

malam ni a.k.a pepagi buta kul 12.45am ni wiyah nak tayang aiskrim goreng la..boleh x???

[ versi wiyah..aiskrim goreng rejected] ;-(

[ pikcer diatas sangat jelik & sangat tak menyelerakan..sila abaikan,,tapi still nak tunjuk gak]...tak malu kan!!

cerita macam ni..sambil duk borak2 ngan anak buah semua terkeluar la cerita pasal makanan & pasal aiskrim goreng! terus anak2 buah tanya camana nak buat so wiyah ajarkan pada anak buah cara nak buat semua itu & ini [ walaupon pada amnya wiyah sendiri pon tak pernah try buat tp ex-consultant wiyah pernah ajar 2 tahun yang lalu...uit ingat lagi hehe]..then petang tu dia terus buat dulu,, apa lagi meleleh la air liur makcik dia ni tengok dia duk tayang kat fb,,

wiyah panggil anak buah wiyah kakak,,semua org panggil dia kakak!! tak kira tuar, budak kecik or rg tua...student tahun 2 food technologist kat Uitm kuala pilah N9..1st time kakak buat aiskrim goreng ni tapi terus menjadi tak mcm yang wiyah buat..huhu,bleh tengok & usha blog KAKAK yang tak tau la blog ke berapa dah dia buat,,asyik tukar jer! pening makcik dia nak follow haha...disebabkan sedap sangat & tak cukup then malam tu adik2 dia request dia wat lagi ,,2nd time KAKAK buat untuk adik2 nya! sweet kan..;-D

1st aiskrim goreng dari air tangan kakak..adik2 dia berebut katanya ;-)

then malam tu adik2 dia request mintak buatkan lagi..so si kakak ni pon buatkan la,,sanggup gi beli roti + aiskrim malam2...sama gak ngan wiyah terus ajak mr.hubby g beli aiskrim + roti lepas tgk kakak tayang kat fb..huhu,,mmg tak penyabar langsung wiyah ni,, dan2 gi beli time tu juga ;-)

sape boleh tahan kalau tengok pikcer makanan yang sangat menggiurkan..kan??

opps lupa nak share resepi plak...credit to blog kakak jer la yer coz sama jer stepnya ..hehe

Jom tengok bahan & cara nak buat :
  1. sediakan 1 keping roti sandwich
  2. letakkan beberape scoop aiskrim mengikut citarasa anda kat atas roti tu
  3. kemudia letakkan dengan 1keping roti kat atas roti yang dah diletakkan aiskrim tadi
  4. ambil cawan or gelas...tekap kat bahagian atas kedua2 roti tadi
  5. pusingkan cawan/gelas tadi sampai roti tadi terpotong ikut saiz cawan/gelas tadi
  6. PASTIKAN..dibahagian tepi roti tadi tertutup rapat macam karipap tu yer.
seterusnya
  1. freeze kan selama  3 or 4 jam atau lagi baik semalaman [ kat bahagian atas tau]
  2. kemudian boleh la digoreng   bila hendak dimakan
  3. cara menggoreng lebih kurang macam kita menggoreng cekodok tu je!! kejap jer jangan lama sangat nanti hangus roti tu
ini la rupa yang baru siap di goreng..rangup diluar tapi lembut didalam
[ tapi ini versi anak buah wiyah yer...versi wiyah pikcer yang paling atas & pikcer yang paling bawah ni]
huhu..aiskrim goreng wiyah tak menjadi..maybe sebab peti wiyah tak sejuk or cepat mencair,,habis rosak dah tak cun aiskrim kat dalam tu jadi cair

menyampah tengok aiskrim goreng wiyah..tapi rasanya still sama jer walaupon jadi cair macam ni,,nak sedapkan hati sendiri ;-)


Friday, October 28, 2011

Green Apple Pastry

assalamualikum wbt

salam malam jumaat...hujan je sepanjang hari,,,mata pon redup jer..nak keje semestinya la sangat malas kan!! so hari ni wiyah duk buat keje yang tak mendatangkan hasil jer...huhu,, sambil tu nak wat rajin cket nak share n3 ni...1st time buat & alhamdulillah it was great...d 1st pastry from my cute oven! hehe

Green Apple Pastry


actually pastry ni dah lama beli..dah dekat 1bulan kot duk dlm freeze tu tapi seru nak membuatnya masih belum sampai hinggalah mode nya btol2 sampai..baru la mencuba nya..hehe wiyah dapat resepi ni masa berblogwalking kat PASTRY PAGE  & kat blog doh karipap famous macam2 menu berasaskan pastry ada kat sini...sangat simple & cepat utk disediakan..dats y wiyah suka!

1st pastry dari wiyah...dah la 1st time buat pastu alter plak resepi orang,,,haihs mintak maaf yer tuan punya resepi ni..wiyah just alter ikut kesesuaian bahan yang ada kat dapur cute wiyah tu jer...maaf banyak2 ;-)

Nama asal : Green Apple Pastry ( Nama asal : Apple Port Pastry)
Sumber resepi : Tun _ Telani

Bahan2 utk inti :
-  1 biji epal hijau ( potong dadu kecik2)
-  2 tbsp gula (blh lebihkan kalau suka manis)
1 tsp tepung jagung
-1/4 c air
-1 tsp cinnamon powder ( wiyah lwtak kayu manis sbb takde yang serbuk hehe
- sedikit kuaci & kurma ( wiyah tambah utk penambah rasa & menceriakan warna )
·                  
Cara2 penyediaan inti:
-   masak epal, gula, tepung jagung yg dibancuh dgn air, dan cinnamon powder sampai pekat
- de-freeze puff pastry ke suhu bilik [ wiyah guna jenama KAWAN]
-  Potong puff pastry segi empat tepat (ikut muat acuan)

cara membakar :
pre-heat oven terlebih dahulu
- bakar pastry tadi separuh masak lebih kurang 10minit @  suhu 170
- keluarkan dari oven & letakkan inti epal hijau tadi & bakar semula dalam 10 minit atau sehingga masak @ kuning keemasan)

wiyah buat menggunakan 1 biji epal hijau & 4 keping pastry yang dipotong 4...so dapat 16 biji Green Apple Pastry yang sangat rangup & sedap! berpuas hati..masak ngam2 time mr.hubby balik dr kerja..freshly baked for special person in my life ! ;-D

p/s : wiyah jumpa pastry puff ni dekat giant or carefour saja...dekat supermarket lainwiyah tak pasti samaada tak jumpa cari or tak dijual kat situ..apa yang yang pasti pastry ni mmg memudahkan kerja wiyah kat dapur coz nak masak macam2 tapi nak kerja yang mudah & cepat!! ini lah jawapannya kan ...;-D

Thursday, October 27, 2011

Wafer Segera Gardenia

assalamualaikum wbt

salam perayaan cahaya...heheh,,alhamdulillah safely arrived batu pahat at 7pm ngam2 jer ngan cite soffiya...macam dah tak leh nak missed dah cite tu,,hari2 makin best & xsabar nak tengok!

ok skang dah berpuas hati dpt online via lappy + broadband...nasib baik masih boleh digunakan lagi walaupun dah kemek & bercalar2 kesan kena pijak!! alhmdulillah masih rezki wiyah agaknya...syukur tak payar kena keluarkan duit beli yang baru hihi,,mlm ni share cite resepi baru la leh tak..?? 

Wafer Segera dari Gardenia

tahu tak gardenia ada produk baru???? hurrm kalau tahu baguslah coz selain daripada roti gardenia skarang dah keluarkan produk wafer segera ni..hanya perlu pilih jer nak perisa yang mana!! haha senangkan..bila lapar boleh terus ngap jer..tak perlku pergi kedai bagai ...i likeeee ;-D

wafer dari gardenia di ubahsuai jadi macam ni...makan dengan blueberry peanut + vanilla ice cream masa masih suam2  mmg sgt sedap sambil layan cite soffiya bersama mr.hubby semalam...errrmm yummy !!

ni dia rupa produk baru dari gardenia,,memudahkan kerja wiyah actually..harganya just RM 1.90 utk 2 keping,,wiyah suka produk ni coz just re-heat jer wafer ni dalam oven dalam 3 minit...& sapukan dengan mentega/ planta , peanut + blueberry , ++ vanilla ice cream

promo..promo,,sila dapatkan di kedai runcit yang berdekatan dengan harga RM 1.90 per pack!! ;-D

kami makan berebut...syok juga skali skala macam ni,,alhamdulillah licin rezeki kurniaan dariNya,,,yang penting elakkan pembaziran kerana membazir itu amalan......sape??? jawab sendiri yer...sendiri mau ingat

ok just share d idea...mana tau kot2 ada yang teringain nak makan wafer malam2 ni kan so senang tak perlu nak bancu tepung semua...daaaa nite!

Wednesday, October 12, 2011

Kek Karamel..Edisi 1st try

assalamualaikum wbt

hurmmm bersiaran dari parit king, batu pahat..dah selamat samapai sini & sambil2 bosan wiyah nak update menu percubaan masa blik bercuti baru2 ni...blogger2 masakan asyik duk tayang kek karamel jer lately ni,,aduh tak menahan tiap2 hari asyik duk baca resepi yang sama..akhirnya selepas setel sumua keje edarkan questionnaire wiyah..wiyah teruskan ngan misi ni plak..punya la takut tak menjadi mesti kena gelak ngan mr.suami huhu..

.thanks kepada yang share resepi hebat ni ..resepi step by step dari Masam Manis dapur kak azlita aziz yang banyak kali duk tayang kek karamel ni..patu tengok plak kat blog/dapur kak fiza nordin..haih makin angau & mengidam la...tiap hari wiyah duk angau terbayang2 nak buat kek karamel ni..resepi asal dari kak munirah baharom dan akhirnya..rasa tak sabar tggu mr.suami blik keje & nak tayang serta hidang Kek Karamel ni...hehe,,

tarrrra...walaupun rupanya tak cantik gara2 tak sabar nak tggu dia keluar kat atas pinggan tu,,jadi cacatla sket texture kek karamel ni..apapun rasanya mmg tip top 1st class la..tak manis sgt & ada rasa lemak,manis, pahit  karamel..just nice

percubaan me'layer' kan kek karamel ni...wiyah buat perasa coklat, perasa pandan & pewarna biru...so kek karamel ni ada macam2 rasa..

sebelum dibakar menggunakan teknik steam bath..menurut pemilik resepi...ambil lidi & lukiskan kat atas tu,,so wiyah try & terjadi ala2 bentuk bunga la plak..tak jadi potongan macam yang ditunjukkan...hurm tangan wiyah keras nak lukis2 ni mmg confirm tak jadi huh

freshly baked from my small oven...gebu sgt & tak sabar nak tggu sejuk utk bagi regangan kat tepi kek tu bagi memudahklan proses utk keluarkan dia,,asyik ulang alik pergi buka oven jer..haha

Kek Karamel dah mula meregang dari tepi..wiyah tunggu sampai betul2 sejuk sebelum diterbalikkan kat atas pinggan..tunggu sampai kek ni jatuh sendiri kat atas pinggan. Memang tak sabar tunggu saat ni ;-)

yeayyy dah keluap pon...disebabkan tak sabar terus jer potong 1/4 kek ni dah lesap kat perut baru la teringat nak ambil gambar,,keekeh sangat gelojoh wiyah ni

sekejap je habis..mana tak nya letak dalam peti,,kejap2 buka potong ngap! mr. suami saja dah 3 slice..wiyah? makan sampaila ke potongan yang terakhir...blurrrp kenyang 1 hari makan kek karamel ni jer 

ada masa..next time nak cuba buat kek karamel alunan kasih dari dapur kak fiza nordin plak  la ;-)

Monday, October 10, 2011

Puding Karamel Lapis Coklat & Horlicks

assalamualaikum wbt

selamat petang..actually ptg ni jiwa tersagatla kacau terpikirkan suami sahabat yang telah kembali padanya,,tak tercapai dek akal wiyah kalau la semua ni berlaku pada wiyah,,ya allah mintak jauh dari semua tu ..& bila jiwa kacau mula mulut terasa nak buat itu & ini...rasa nak makan itu & ini..sambil tu kemas peti ais coz esok lps subuh dah nak gerak balik batu pahat so kena clarkan peti ais...kalau tak alamatnya berkulat la nak tunggu wiyah blik lagi 2minggu...

sambil kemas tengok susu cair masih berbaki 1/2 tin..puas pikir nak buat apa,,tiba2 tinggggg teringat puding lapis coklat kat dapur kak fiza nordin ,,hurm apa lagi terus cargas panaskan periuk kukus...hehe
thanks for share d recipe..semasa wiyah jalan2 kat blog kak fiza nordin wiyah angau kejap tgk puding coz caranya yg simple tp nampak menggiurkan,,proses membuatnya tak sampai 1/2 jam dah siap..


Sumber : Fiza Nordin
(minta izin C&P yer kak,,sori wiyah ada alter cket resepi akak)..wiyah buat 1/2 adunan jer coz utk 2 org makan...so resepi kat bawah ni bahagi 2 la yer.. yang tulisan merah resepi wiyah & yang tulisan biru resepi asal
Bahan A ( lapisan horlicks)
1 tin susu cair (1/2 tin)
5 sb gula pasir (2sb)
3 biji telur A ( 1biji)
1 sk esen vanila (1/2 sk)
1sb horlicks or boleh guna bahan lain kalau suka

Bahan B ( lapisan coklat)
1 tin susu cair (1/2 tin)
5 sb gula pasir (2sb)
3 biji telur A ( 1biji)
1 sk esen vanila (1/2 sk)
1sk nescafe + 1sk coklat emulco

Bahan C (lapisan karamel/gula hangus)
2 sb gula (dihanguskan)
1st time try buat yang berlapis...selalunya wiyah buat yang biasa jer,,alhamdulillah menjadi & manis lemak secukup rasa..;-)
Cara-cara :-
1) Kacau semua bahan A dan bahan B dalam bekas yang berlainan.Tapis kedua2 adunan.
2) Panaskan periuk kukusan.
3) Masak gula hangus.Gunakan loyang yang bersesuaian.( kalau loyang keck maka puding akan jadi tinggi & lapisan jadi cantik..kalau loyang besar maka puding akan jadi nipis & lapisan juga kurang kelihatan)
4) Masuk 4sb adunan adunan A ke dalam loyang gula hangus dan kukus 5 minit.
5) Selang selikan dengan adunan B hingga adunan habis.

wiyah sajer je letak coklat crispi kat atas coz nak bagi rasa tambahan coklat kat puding tu...

tadi dah try slurrrp cket....sikit jer la coz nak tunggu mr.hubby balik dulu,,wiyah sejukkan dalam peti ais bagi rasa nyaman kat tekak bila nak slurrp nanti...hehe


ok...selamat minum petang & selamat mencuba ;-)
nak solat asar & angkat kain diampaian..hujan nak turun daaa

Tuesday, September 20, 2011

Puding Roti Berkastad

assalamualaikum..wbt

online sementara tggu azan zohor & nak berangkat pulang ke batu pahat sudah..huhu berat rasa hati nak tinggalkan our mini home sweet home & my hubby of course hehehe

sambungan daripada Puding Karamel yang wiyah buat utk birtday mak wiyah...lg satu desert wiyah buat ini,, Puding Roti Berkastard dari dapur Kak Izzah Muffin Lover... thanks kak izzah for share d resepi,,dapatlah wiyah buatkan utk mak wiyah...alhamdulillah menjadi & tersangatla sedap resepi ni kak izzah oiii..heehe,wiyah bagi 5 bintang!!,husband pon puji cakap sedap...thanks skali lgh kak izzah yer!

puding roti kastad for d 1st time try ...& it was great!

dah banyak resepi kak izzah yg wiyah try,,sumenye sedap2! yummy kalau bab2 puding & muffin & cupcake kak izzah tau,,,so u ol bleh la rajin2 kan diri lawat umah kak izzah tgk resepi yg bes2 tu..;-)

jom wiyah nak share resepi yang tersangat la sedap ni...izinkan wiyah C&P yer kak izzah..



Bahan-bahan

8 keping Roti
* 500 ml Susu segar
* 4 sudu besar Gula halus
* 2 sudu besar Butter- cairkan

* 2 biji Telur (wiyah guna 1 jer)
* 1 sudu teh Esen vanilla
* 1 sudu besar Tepung Jagung
* 1 sudu kecil serbuk cinnamon (wiyah x letak coz xder)
2 sudu besar Kismis *saya ganti kurma

Untuk Sos Kastard

1 tin susu cair
2 s/b tepungkastad- hana ltk 11/2 sb je..
2 s/b gula

Cara-cara

Koyakkan roti dan susun dalam loyang yang telah digris dengan sedikit butter.
Gaul rata bahan-bahan bertanda * dan tuang ke atas roti tadi.
Biarkan sebentar dalam 20-30min agar roti terendam sepenuhnya.

Taburkan kismis (kurma) diatas adunan.
Bakar pada suhu 180 C selama 30 minit atau sehingga masak.

Untuk membuat kuah@sos kastad - Campurkan semua bahan ke dalam periuk dan kacau hingga agak pekat.Tuang ke atas puding roti tadi.

p/s: puding sedap makan time2 tgh hari or time cuaca panas,,sejukkan dulu dlm peti ais & bleh makan time terasa tekak kering..hehe,,wiyah mmg slalu spare dlm peti kalo xder puding tau fu faa pon boleh jer!

ok...selamat menjamu selera & jgn lupa cuba yer



Friday, September 16, 2011

Puding Karamel Di Hari Lahir Mak

Assalamualaikum w.b.t

salam 1 Malaysia..alhamdulillah wiyah cuti & balik ke kuantan semalam coz nak celebrate birthday mak wiyah yang dilahirkan pada 15 Sept 1949..alhamdulillah syukur 62tahun dah usia mak wiyah,,syukur padaNya kerna diberikan kesihatan yang baik kepada mak...semoga mak terus diberikan kesihatan yang baik serta dipanjangkan usia, dimurahkan rezeki & sentiasa berada dibawah lindungan Allah s.w.t...nanti wiyah update cite dihari lahir mak wiyah yer ;-) [ utk tatapan ank buah, abang & adik wiyah yg xdapat join sama]

just simple menu dr wiyah coz baru balik dari batu pahat  semalam &  tak sempat nak beli barang so buat apa yang tersedia ada jer la..wiyah buatkan puding karamel & puding roti berkastad ( masih dlm oven..hehhe)
thanks to PMG & k.yatie coz sudi share resepi yang simple tp sangat best ;-)...resepi asal agar-agar/ puding karamel ni dari PMG di cuba oleh k.yatie memories & wiyah pinjam lagi wat utk birthday mak wiyah,,mintak izin C&P yer PMG & k. yatie...

khas utk mak wiyah yang sangat2 suka makan agar2 & puding...tak gunakan telur of course mak wiyah suka!!

BAHAN-BAHANNYA :
( wiyah C& P jer)

8 g serbuk jelly ~ k.nor guna serbuk agar2 10gm
   600 ml air ~ k.nor lebihkan 100ml
        300 ml susu cair
120 g gula halus ~ k.nor letak 5 sudu besar aje
 1 camca besar tepung kastard
      1 camca teh esen vanilla
                  1 cawan gula pasir (mat guna 3/4 cawan)*
              3 camca besar air*(*untuk karamel) 

( ikut jer resepi ni..insyaAllah jadi..wiyah just kurangkan gula jer dlm adunan puding tu..yang lain sumenye sama jer)


CARA MEMBUATNYA :

untuk karamel
           Masak gula dengan api sederhana hingga cair, kacau perlahan2 hingga gula bertukar menjadi kuning keemasan dan kelihatan berbuih. Dengan berhati2 tuang air dan kacau hingga sebati. Masak sekejap lagi hingga pekat. Angkat dan tuang dalam bekas untuk membekukan agar2.

untuk puding/ agar2

1.            Satukan susu cair dengan tepung kastard, kacau rata dan tapis. Satukan gula, air dan sebuk jelly/serbuk agar2, kacau rata dan jerang atas api dan kacau hingga semua larut dan mendidih. Perlahankan api dan masukkan bancuhan susu+kastard, kacau rata.

3.            Masak hingga bancuhan kelihatan sedikit pekat (bila angkat seduk, bancuhan jatuh bertali), matikan api dan tuang dalam bekas yang berisi karamel tadi. Biarkan suam dan simpan dalam peti sejuk 2 - 3 jam. Keluarkan agar2 dan isi dalam piring, hidangkan dingin...


ok,,,SELAMAT MENCUBA,,wiyah nak solat asar & gerak balik umah mak wiyah dah..try la bahan yg sgt simple & mudah disediakan..

Friday, August 19, 2011

Desert Minggu ke-2 Iftar 2011 ~Nekbat Terengganu

assalamualikum wbt

salam bersiaran di hari ke-19 kita berpuasa...alhamdulillah cepatnya masa berlalu kan!! lg 10 hari inysAllah kita akan menyambut hari raya....alhamdulillah perkembangan semakin ok,,bleding pon da stop,,bertahan yer baby....mesti kuat tau! :-)
[ xde mabuk2 just xsuka shoping & xsuka tgk org ramai] 
tapi baju raya,kueh raya & preparation utk raya masih blom buat apa2 lagi...sangat2 xde mood nak g shoping,,xtau la kenapa! tengok org ramai2 rasa nak marah , serabut bagai...even pergi bazar ramadhan pon tak suka..hurm apa kes wiyah yg shoperholic kang dah jadi anti shoping..mushkil tu ;-) 
be strong wiyah..be positive! kesian kat en.suami yang kena buat sume keje umah...basuh pinggan, kemas umah, basuh kain , jemur kain , lipat kain bagai...hurm sabar yer abg ada lg 6bln jer heheh

oke back to d normal...desert wiyah utk lat week,,disebabkan banyak mertua & mak wiyah bagi benda yang sama...almost 12biji so kena la abiskan jugak...masih berbaki 5biji dlm peti huhu

Nekbat Terengganu

desert yang sememangnya sangat famous kat terengganu, kelantan & termasuk la pahang...ini famili wiyah jer kot sbb mmg menu wajib ada atas meja selain drp buah kurma


credit to mr.wikipidea
Kuih nekbat merupakan sejenis kuih tradisional pembasuh mulut yang diperbuat daripada tepung beras dan telur, yang popular di Malaysia, terutama di Pantai Timur iaitu di Kelantan dan Terengganu. Kuih nekbat biasanya disediakan dalam dua fasa. 

Pada fasa pertama, adunan tepung dibakar dan dimasak sehingga gebu seperti buahulu tetapi tawar dan lebih keras. Apabila ia kembang dan bertukar kekuningan ia sedia untuk digunakan. Nekbat yang telah dimasak akan disimpan kering atau dijual kepada pelanggan yang akan menyediakannya sebelum dihidangkan. Nekbat kering ini tahan lebih lama dan boleh disimpan di dalam peti sejuk.

Pada fasa penyediaan akhir, nekbat ini akan disira dalam air gula yang dimasak dengan daun pandan dan cengkih bagi memberi bau wangi, dan dibiarkan jelira sebelum dihidangkan berkuah dengan air gula tersebut. Nekbat yang telah disira tidak boleh dibiarkan lama, kerana ia akan menjadi kembang dan hancur.
Istilah ini juga digunakan bagi menggelar mereka yang bertubuh gempal sebagai seperti nekbat kembang.

oke...daa jumpa lg di lain n3,,sedikit malas nak berblogging coz byk kerja yg perlu disetelkan b4 cuti raya huhu..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...