To All My Friend, Lovely & Silent Readers

To All My Friend, Lovely & Silent Readers

Mohon maaf kiranya wiyah a.k.a Tuan Rumah tiada kunjungan balas/backlink /follow ke blog kalian, ini kerana disebabkan oleh ketiadaan link blog tuan/puan utk wiyah follow kalian. Jutaan maaf juga jika jarang ber'blogwalking' ke blog kalian (busy tahap cipan). In sha Allah jika ada kesempatan waktu wiyah akan ke singgah ke blog kalian..Peace No War!!

Followers

Imamku Hingga ke Hembusan Nafas yang Terakhir

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Lilypie Pregnancy tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Premature Baby tickers
"Some Love Stories...Live Forever"
Showing posts with label Sup. Show all posts
Showing posts with label Sup. Show all posts

Monday, October 28, 2013

Sup Tulang Rempah Mak Siti

Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah masih dalam mood aiduladha..kepada semua jemaah haji selamat kembali dgn selamat & semoga mendapat haji yang mabrur insya allah

Bersempena aidiladha yg lalu..rezki dr nya syukur alhamdulillah, kami juga mengambil kesempatan menjalankan ibadah korban satu bahagian & menjalankan aqiqah 2 bahagian utk anakanda aisy el Wafiey Di rumah mertua kg pulau serai, dungun terengganu (ada org dungun ke..hihi).syukur segalanya berjln lancar, 

Dan di sini satu-satu nya menu yg wiyah sempat masak menggunakan daging yang di agihkan pd hr hari pertama korban..walaupun sedikit alhamdulillah berkat cukup utk keluarga besar wiyah..tak dpt daging, kuah ngan tulang pon boleh la kan..sikit2 sama merasa la kan hehe

Sup tutulang mmg kawan baik dgn bwg holand daun sup daun bawang..baru la meletup :-)

telur masin plak..mmg bff sup tulang! Tak boleh di pisahkan..hihi

biasanya wiyah buat sup tulang ala thai coz rasanya yang tidak terlalu muak/berlemak/berminyak..tp kali ni try gunakan rempah mak siti, slalu juga gunakan tp x berkesempatan nak update..1paket ada rempah kasar & sup bunjut skali..senang sekaligus semuanya ada..

Sup Tulang Rempah Mak Siti

sambal kicap penambat rasa..nak pedas buh cili padi, nak masam ckit perah asam limau...mabelesss!

Bahan-bahan: ( 2-4 orang makan)
  • 1/2 kg Tulang lembu -wiyah guna bahagian rusuk 
  • bawang merah/besar + bawang putih & halia-dikisar
  • 1 paket rempah sup tulang mak siti + 3sb perencah sup debu + serai  
  • ubi kentang + carrot 
Bahan tambahan:
  • daun sup + daun bawang + bawang goreng
  • 1biji bawang besar holland 
  • cili padi-jika nak rasa sedikit pedas
  • asam limau nipis
  • sambal kicap
  • lada sulah
Cara Penyediaan:

Tulang hendaklah direbus lebih awal sehingga empuk.Tips utk pastikan samaada daging telah empuk, perhatikan sekiranya daging & tulang sudah renggang/terpisah.
  1. Panaskan sedikit minyak & tumiskan rempah kasar bersama bawang,halia yang dikisar sehingga kekuningan/ naik bau.
  2. Kemudian masukkan air rebusan tulang, sup bunjut, ubi kentang masak & serai sehingga ubi kentang empuk. Setelah itu, masukkan tulang bersama carrot masak seketika. Perasakan SESEDAP RASA gula,garam & lada sulah.
  3. Padamkan api. Taburkan daun bawang + daun sup + bawang holland + bawang goreng serta sedikit.  perahan asam limau nipis.Siap utk dihidangkan.
Alhamdulillah...blurrrp kenyang, ada lg sebahagian daging blom tau nak buat apa..stop dulu mkn dagibg daging utk sementara nanti naik darah kang susah plak huhu

Tuesday, January 29, 2013

Mee Sup Tulang Ayam Claypot


Assalamualaikum wbt

Salam sejahtera, yeay sempat nak update entry sementara wafiey tgh tdo lena..hari ke-2 ganti puasa hari ni masih byk berbaki huhu..mood nak makan macam2 selepas berpantang ni, bunyi seperti org yg dah lama tak makan ekeke

sebenarnya nak makan mee celup di mlm hari bebehari lepas tp bila ke kedai berkenaan Restoran Terminal Tom Yam bersebelahan terminal makmur..pelayan kedai cakap mee celup di jual pd siang hari jer...dulu wiyah biasa datang makan waktu malam (ada jer even dah kul 11 malam) ..hurm maka kempunan la wiyah! 

esoknya wiyah ke pasaraya utk membeli stock barang basah & sayuran..ternampak ada di jual rangka/tulang ayam kat area barang basah (sebelum tak pernah tahu pun rangka/tulang ayam ada jual gak)..hurm fyi tulang/rangka ayam ni bukan tulang sepenuhnya tau..ada juga isinya macam tulang lembu tu..best kalau buat sup coz tak memuakkan + akan lebih terasa kemanisan air tulang ayam tu!

so wiyah terfikir kalau buat mee sup best gak ni..hurm so beli 2 ketul & suruh potong kecil2 terus kat situ (dasar pemalas & nak memudahkan kan kerja ekeke)..kemudian sambung beli barang lain, balik rumah..basuh2 semua bahan & teruskan misi memasak sup tulang/rangka ayam terlebih dahulu..sup kalau di masak lebih awal akan lebih sedap!

di hidangkan di dalam claypot bersama sambal kicap pedas..merasmikan buat kali pertamanya, dah lama beli tapi belum berkesempatan nak guna lagi..RM 5.90 per pot, 2 biji cukup la skadar ada ekeke


Mee Sup Tulang Ayam
Sumber resepi : Belakang Paket Sup BABAS

Bahan Utama:
  • 1 bungkus mee kuning (wiyah guna spaghetti rebus)
  • 2 ketul rangka/tulang ayam (di potong kecil)
  • 3 gelas air
  • 1 paket kecil rempah kasar
  • 3 ulas bawang merah *
  • 2 ulas bawang putih *
  • 2 inci halia muda * - dikisar/ ditumbuk bersama
  • 3sb rempah sup BABAS - dibancuh dengan sedikit air
  • kobis cina/daun sup/daun bawang/ tomato 
  • cili padi - jika ingin pedas

Cara Penyediaan:

  1. Panaskan sedikit minyak & tumis rempah kasar seketika. Kemudian masukkan bahan kisar sehingga naik bau dan kekuningan.
  2. Tambahkan tulang/rangka ayam yang dipotong kecil bersama air. Rebus tulang sehingga empuk (lagi lama rebus lagi sedap rasanyacoz terasa kemanisan air tulang ayam tu). 
  3. Masukkan rempah sup ke dalam rebusan tulang & kacau sehingga sebati.Perasakan sesedap rasa. Tutup api & biarkan..panaskan apabila hendak dihidangkan.

Cara Hidangan:
  1. Letakkan mee/spaghetti ke dalam mangkuk calypot (utk mengekalkan kepanasan sup pada kadar yang lebih lama) & masukkan kuah beserta tulang ke dalamnya. 
  2. Taburkan kobis cina, daun sup & daun bawang, tomato dadu, serbuk lada putih & sambal kicap pedas. (wiyah lebih suka apabila sayur di taburkan secara mentah bg mengekalkan kerangupan sayur tersebut)
  3. Sesuai di makan dalam suasana sejuk a.k.a waktu hujan @ hidangan makan malam.

sori yer..meja bersepah, mana tak nya sume benda nak letak kat atas tu..en. suami balik kerja pon belum sempat mandi terus tercongok kat kerusi tu..lapar la katanya ;-)... waktu makan malam kami mmg pukul 7malam so petang dah kena masak2 siap la..

sekian..wassalam

Wednesday, May 18, 2011

Sup Tulang ala2 Thailand

assalamualaikum...

wiyah tak nak cite panjang,,blog wiyah ntah apa jadi kena spam byk message & n3 yang hilang...last2 wiyah wat background putih & cari balik yang bleh cari semula...kali kedua berlaku,,blog lama langsung zero!! aduyai..sabar jer la...
oke petang ni wiyah nak share 1 resepi sup tulang yang biasa wiyah wat...walopon utk makan 2 org jer....tapi wiyah lg selesa masak sendiri coz bleh letak apa jer yg kita nak letak..tol tak? lagi pon sup tak perlukan masa yang lama..just letak dlm periuk & tinggal....tak perlu depan periuk tu :-)


****************
SUP TULANG ala2 Thailand
****************

bahan2 ( untuk 2 0rg makan)

1. Tulang lembu 1/2 kg [ambik bahagian rusuk & direbus sampai empuk]
2. rempah kasar + perencah sup bunjut tulang + serai + halia
3. ubi kentang + carrot + daun sup + daun bawang
4.  bawang merah/besar + bawang putih [blender or mayang]

cara masak

1.panaskan minyak & tumiskan rempah kasar + bawang2 + halia + serai
2. then masukkan tulang yg dah direbus + sub bunjut tulang + ubi kentang [ masak biar sampai ubi empuk]
3. then boleh perasakan SESEDAP RASA + carrot
4. kalo suka bleh masukkan tomato & lastly taburkan daun bawang + daun sup & perahkan asam limau


p/s: oke slalunya..org tak masukkan serai tp wiyah lg suka kalo sup daging or sup tulang tambah ngan serai coz bagi rasa yg agak lain, rasa masam2 & wangi serta yang paling penting kita tak rasa muak sangat...sup ala2 thailand!! org sana kalo masak sup mmg akan masukkan serai.....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...