To All My Friend, Lovely & Silent Readers

To All My Friend, Lovely & Silent Readers

Mohon maaf kiranya wiyah a.k.a Tuan Rumah tiada kunjungan balas/backlink /follow ke blog kalian, ini kerana disebabkan oleh ketiadaan link blog tuan/puan utk wiyah follow kalian. Jutaan maaf juga jika jarang ber'blogwalking' ke blog kalian (busy tahap cipan). In sha Allah jika ada kesempatan waktu wiyah akan ke singgah ke blog kalian..Peace No War!!

Followers

Imamku Hingga ke Hembusan Nafas yang Terakhir

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Lilypie Pregnancy tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Premature Baby tickers
"Some Love Stories...Live Forever"
Showing posts with label Western. Show all posts
Showing posts with label Western. Show all posts

Tuesday, December 3, 2013

Johnny's Sauce Steamboat : Menu musim hujan!!

Assalamualaikum wbt

Iklan tak berbayar: Jemput Singgah Ke Page wiyah "Vitamin Souq"..supplement/vitamin lengkap untuk anda seisi keluarga.

haiii en tekak..kenapa nak makan benda yang pelik2 hukhuk ..sian kat tuan punya badan asyik kena layan tekak je sbb nak jaga hati perut!! Projek minum petang khamis lepas..knp khamis?? haha jgn fikir yg bukan2 yer..sebabnya hari khamis en.suami balik kerja awal..kul 3.30pm maka nya ada org yang jagakan  anakanda wafi sementara mummy nak masak2 layan tekak..

tak tau la lately asyik lapar aje..dah la tu mengada nak makan yg bukan2..hujan sepanjang hari bercampur dgn angin kuat..kejenya pikir nak apa ..nak makan apa!!

sos steamboat ala2 Johnny's,,,seriously mmg sedap & ada persamaan tp not totally 100% la..TQVM pada blog Aisyrania yang sudi berkongsi resepi ni..wiyah save kat buku, kat lappy takut hilang punya pasal..kuno kan hehe

wiyah takde periuk pressure cooker,slow cooker & periuk khas utk steamboat tak bleh nak grill2 bagai... yang ada cuma rice cooker jer, alhamdulillah ada drp org yg takde kan..angkat naik letak ats meja sambung karen..jadi la kan, asalkan boleh..antara nak ngan tak nak jer !alternatif kata org.. muhehehe jgn marah yer..wiyah gurau jer


  • Combo Steamboat Selection-Semua ada just pilih jer!
  • Tauhu Kering * ini wajib...mumy n babah mmg suka tauhu ni..
  • Cendawan - pilih shitake & jerami
  • Sayur -pilih carrot, brocoli  & kubis cina
  • Ayam atau Udang -buat stok
Note:
  • basuh bersih semua bahan, asingkan dalam bekas ikut kategori... 

masa baca resepi nampak macam agak remeh..tapi bila buat rasanya takde la susah sangat, ok jer..just potong2 then rebus dlm tu..menu sihat tanpa setitik minyak tapi tak sihat tang frozennnn food tu..sekali sekali takpe tp jgn selalu yer, pesan kat diri sendiri jugak..ekeke

  • Air secukupnya
  • Bawang putih 3-4 ulas * dicincang
  • 2 kiub pati ikan bilis / 2 kiub pati ayam * mumy pakai jenama knorr
  • Tulang dan sedikit isi ayam * supaya kuah tu nanti jadi macam stok..
  • Daun ketumbar * dicincang
  • Sedikit garam * kalau kuah masih tawar..lau kuah dah ok tak perlu garam ok...
Cara wiyah: tekan cook..tunggu sampai sup menggelegak..masukkan bahan yang lambat empuk dulu cth mcm ayam, daging (tapi wiyah tak letak sume tu)..simple jer..so letak semua bila dah terapung @ naik atas..masukkan sayur..tunggu kejap dah boleh makan dgn sos..haihhh kecur liur la plak bila duk cite2 ni..mcm nak kena buat lagi jer esok?? perlu ke..perlu ke??
makan berulang2 dari petang hari  sampai ke pagi esoknya..dekat 4x kot wiyah duk ulang ambik kat dapur,,bangun pagi panaskan kuah rebus lebihan & makan lagi. Mmg tak menjemukan sos ni..buat lagi telan liur bila teringat balik..dapppnyer dappnyer ! tak rugi mencuba..

ini pinggan pertama..paling suka cendawan shitake , crab stick, babycorn & sosej


  • 8 tangkai lada merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 5 sb minyak bijan
  • 5 sb apple cider * nak pakai cuka biasa pun boleh 
  • 5 sb sos ikan
  • 2 sb sos tiram
  • 2 sb kicap 
  • 1/2 cawan air
  • 1/2 sb sunquick *  
  • Bijan * disangai 
  • 1 sb tepung jagung * dibancuh dgn sedikit air suam untuk pekatkan sos..
  • Daun ketumbar * racik halus
  • Garam dan gula secukup rasa
CARA :

  1. Kisar lada bersama bawang putih.Masak atas dapur bersama air, minyak bijan,sos ikan,apple cider @ cuka, kicap,sos tiram..
  2. Masak sampai pekat then baru masuk sunquick dan bancuhan tepung jagung ( kalau perlu je ) .
  3. Perasakan dengan garam n gula masukkan sikit bijan yg dah disangai dengan daun ketumbar.
ok..setakat ni jer pelajaran kita hari n i yer, in sha Allah minggu depan kita buka topik lain plak..feeling jadi cikgu jap ekekek

Wednesday, November 6, 2013

Sizzling Spaghetti with Shitake

Assalamualaikum wbt

Salam Maaf Hijrah..selamat tahun baru islam 1435H & selamat melangkah ke bulan November! Welcome musim tengkujuh a.k.a November Rain!! perut sentiasa lapar..sentiasa nak mengunyah huhu

kita mulakan dengan resepi hot plate..almaklumla bila masuk musim hujan, tekak & perut mesti rasa nak makan yang panas2 jer kan..so kita try buat sizzling, 1st try alhamdulillah.

Sizzling mmg antara menu favourite wiyah & suami kalau ke foodcourt Tesco,Carefour, Giant & pasaraya yang parking free sewaktu dengannya hihi.. kalau ke food court antara yang wajib adalah hot plate & claypot!! Setakat hari ni antara sizzling yang best wiyah pernah try & teringat2 kesedapannya di Food court Jusco Klang & Giant Kuantan..Tesco Kb ok la not bad & Mesra mall kerteh sangat ok la so so tp sekali rasa cukup la kot ekeke

itu masa zaman takde wafi lagi..boleh feeling makan sambil tengok org sekeliling tp skarang fuuuhh..tak semudah tu! so the solution kena la beli hot plate & claypot..kalau teringin nak makan feeling mcm dulu2 lagi maka kena la buat sendiri & tunggu anakanda sayang tidur dulu,hurmm baru la dapat menikmati sebaiknya..

kurang serinya takde sayur sawi..guna kobis panjang pon ok la, asalkan ada rasa cukupla ekeke

Resepi asal adalah sizzling yee mee tapi ubah cket kepada spaghetti coz tak jumpa yee mee yang org melayu punya..daripada wiyah ragu-ragu nak makan..maka wiyah tukar kepada spaghetti brand Kimball, murah & berkualiti tinggi..tanpa was-was hanya Rm2.90 sepeket,

Masa duk godek2 resepi byk juga yang share resepi sizzling ni..tapi rata2 yang cakap resepi dari Lilydvalley @ Myresipi super duper sedap & ditambah lagi godaan dari blog k.nor secubit garam  masa wiyah ber'blogwalking' , alhamdulillah lama juga resepi terperam..akhirnya tergerak hati nak cuba ..hasilnya wallah mmg terbaik, suami suka & wiyah pon suka


SIZZLING YEE MEE 

Bahan-bahan:

  • 2-3 sanggul (gulung) yee mee ~ k.nor guna mee segera cintan
  • 5 ulas bawang putih
  • 5 biji cendawan shitake ( cendawan kering)- rendam sehingga agak lembut dan potong 4
  • 1 keping dada ayam- potong mengikut citarasa
  • 1 sudu besar cili mesin ~ yg ni K.Nor sj tambah, biasa la anak tekak melayu :)
  • 3 biji cili kering- potong 2
  • 2 sudu besar sos tiram *
  • 3 sudu besar kicap cair *
  • 1 sudu besar kicap pekat *-wiyah guna brand JALEN
  • 1/2 in halia- hiris nipis
  • Serbuk lada hitam
  • garam- secukup rasa
  • Beberapa titik Minyak bijan
  • 1 sudu besar Tepung jagung- dibancuh dgn sedikit air
  • sedikit minyak utk menumis

Cara penyediaan: (masak dalam kuali/periuk biasa terlebih dahulu)

  1. Tumis bawang putih, cili kering dan halia sehingga naik baunya.
  2. Masukkan ayam yg telah potong sehingga agak empuk. Masukkan 2 cawan air.
  3. Masukkan pula sos tiram, kicap cair dan kicap pekat. Masukkan pula serbuk lada hitam. Biarkan mendidih. masukkan cendawan serta sayur2 lain- tunggu 2-3 min.
  4. Masukkan campuran tepung jagung dan kacau. Titikkan minyak bijan beberapa titik-jgn banyak2.
  5. Akhir sekali, masukkan yee mee- biarkan sebentar & hidangkan panas2 
p/s: Untuk hidangan didalam hotplate

panaskan hot plate kemudian masukkan spaghetti/ yee mee/mee disertai dengan sayur kobis/sawi/carrot. Tambahkan kuah sizzling ke dalam hotplate sehingga kuah menggelegak & pecahkan telur hingga separuh masak. Hidangkan bersama cili jeruk & sambal cili merah. Yummmy..

ok daaa..selamat mencuba ;-D

Thursday, September 26, 2013

Beef Steak & Sweedish Ikea Gravy

Assalamualaikum wbt..

"Wake Me Up When September End"

Tenggelam timbul tenggelam timbul..September is was nearly ends..mood ke laut sungguh la, walaupun rumah di tengah bendang sawah & amatlah jauhnya dengan laut hihi..bila timbulnya hambis terus update entry makanan,.hurm wiyah dan makanan mmg tak dpt nk dipisahkan..pantang tgk orgh tayang pikcer maanan kat pesbuk..mula la meleh airi liur

hurmmm ini pon ira gara2 teringin sangat la ni..tertengok kawan2 kat fb duk post mkn meatbal kat ikea..haih telan liur!! seriously seumur hidup tak pernah merasa lagi menda alah ni..so for the solution is untuk memenuhi keinginan tekak & perut kena la aggap umah ni macam IKEA yer..feelingg duk kat IKEA la kejap haha


sangat2 teringin nak makan yang Ikea punya meatball tu, tapi alahai jauhnya nak ke sana semata2 nak makan meatball, haihhhh mmg confirm takkan dilayan la kan!

try google resepi..alhamdulillah ada yang sudi berkongsi resepi sehebat chef , terus ke dapur godek2 peti...syukur semua bahan ada kecuali daging isar/ meat ball..yg ada daging lembu fresh sahaja, maka misi diteruskan lagi..fikir punya fikir malas nya nak buat meatbal, last2 ini la jadinya takde meatball tapi ada Beef Steak..makan bersama gravy ala2 Ikea tu..kalau mengikutkan cadangan penggunaan meatball utk resepi ni adalah dari brand MARINA & AZMY..inshaAllah next kalau terjumpa boleh beli & buat lagi, tak puas makan lg hihi

en.suami suka isteri lagi la suka 4x ekeke...next time abg try beli lamb plak kita wat mcm ni, actually hot plate ni baru dirasmikan..beli masa bulan puasa yg lepas ingatkan nak try buat sizzling tp belum berkesempatan lagi nampaknya 

makan ini cukup mengenyangkan..mungkin banyak kot...sbb tu kenyang sgt ekekeke, ok jom wiyah share resepinya kat sini..btw thanks pada yang sudi berkongsi resepi..Semoga Allah merahmati kalian Amin

Beef Steak with Sweedish Ikea Gravy
Olahan By: Mommy Wafiey
Bahan untuk Steak
Sumber : MyResipi
  • 2 kpg Daging lembu (ketuk pada daging dengan hulu pisau utk melembutkan tekstur daging)
  • 2 sb cuka
  • 3 sb sos tiram
  • Lada hitam yang ditumbuk
  • Sedikit garam & mentega/marjerin (untuk memasak daging)
P/S: Semua bahan digaul n perap selama 30min dalam peti sejuk..kalau blh perap dalam bekas tertutup.

Cara Penyediaan:
  1. Gunakan mentega untuk memasak steak.. Cairkan mentega dlm fry pan..Bila cair masukkan daging....Masak pada api yg sederhana..Balik2 kan daging supaya daging masak sepenuhnya...Boleh juga buat half cook steak terpulang pada keinginan masing2
Bahan-bahan untuk Gravy/sos:
Sumber: Eray
  • 1 ulas bawang besar kuning (holland)-diced
  • 1 biji tomato (diced)
  • 1/2 cawan susu segar
  • 3 sudu mentega (ganti dengan minyak jagung, lebih sihat)
  • 2 sudu tepung gandum
  • 1 cawan air
  • 2 sudu sos tiram
  • 3 sudu kicap manis
  • 1/2 sudu serbuk lada hitam
  • gula dan garam secukup rasa-  wiyah takletak langsung
nota: 
-Tak menggunakan kiub ayam, gabungan semua di atas dan berikan rasa yang sedap sangat
- kacau sekerap mungkin, mengelakkan sos dari berketul-ketul

Cara-caranya
  1. Tumiskan sebentar bawang besar kuning dengan sedikit minyak jagung. Tumiskan sekali tomato bersama-sama bawang besar tadi.
  2. Dan layu, angkat dan letak dalam pinggan.
  3. Dalam kuali yang sama, tuangkan sedikit minyak jangung, masukkan tepung gandum dan goreng hingga warna bertukar coklat (api sederhana).
  4. Masukkan air dan susu segar, biar mendidih sebentar.
  5. Masukkan pula sos tiram, kicap, gula, garam dan lada hitam. Biar mendidih lagi.
  6. Akhir sekali, masukkan bawang dan tomato yang telah ditumis tadi.
nota: sebab nak betul-betul macam meatball ikea, saya blend sos yang dah siap tadi hingga halus. rasa semua bahan bersatu dengan sedapnya.

Wednesday, August 28, 2013

Laksa Johor di Kelantan yang Ohsem

Assalamualaikum wbt

Melaksa di tengah hari..memang wallah sedap yang teramat tak dapat nak gambarkan dengan kata-kata. Alhamdulillah terlaksana sudah hajat nak makan laksa johor ni..kira ada taste la yer org johor ni, laksa yang di gunakan adalah spaghetti bukan laksa beras/laksa gandum bagai...mmg ada kelllas la org johor ni, nasib baik tak guna ikan salmon buat kuah hihi

lai lai lai..laksa johor $ 4.50 sepinggan! 

Laksa Johor mmg susah nak dapat kot area pantai timur ni , selalu jugak duk ushar kedai tepi jalan kot2 ada jual kan tapi mmg confirm takder!!..yer la kan dah namanya pantai timur semestinya yang ada confirm la laksa terengganu, laksa kelantan, laksam!hermmmm tp satu kemushkilan..kenapa laksa penang ada kat mana-mana jer tak kira negeri utara barat selatan timur even kat sabah serawak pon ramai org jual laksa penang...knp yer??? jawab jawab sape yg tau! hehe

so kalau nak makan sgt ..kena la rajin ke dapur, apa lagi buat la sendiri!! huhu

kat johor pon rasanya masa duk kat batu pahat setahun lebih tak pernah jugak jumpa kedai yg jual laksa johor,, paling banyak nampak org jual nasi beriani, mee rebus, mee bandung, bihun soto , bakso pun banyak memang di merata tempat. hurrrmm mushkil jugak ni..knp org tak jual yer??


1st time wiyah makan laksa johor masa housemate/classmate/anak tuan umah buat open house..mak dia masakkan laksa johor..seriously 1st time makan terus jatuh cinta dgn rasanya yg tersgtlah ohsem..then bila musim open house ni teringatla kat laksa johor mak dia,,mmg sgt sedap!

tiba2 masa keluar..nampak majalah mingguan wanita cover Datuk Ct, apa lagi mestilah buka tengah dulu kan Hidangan Selatan Penuhi Citarasa pucuk dicita ulam  mendatang la..kebetulan jugak mr.husband beli ikan masa g site visit kat pasir puteh..alang2 terus ke Tok Bali mencari stok barang basah kami! menyelam sambil minum air kata orang hihi..

daun selasih, daun kesom, daun kemangi semuanya ada dalam pasu ,percubaan pertama me'Laksa Johor' so apa lagi cargas terus rebus ikan utk buat kuah..planning nak makan petang tp mr.husband ajak mkn lunch..what to do , rebus la spagheti time tu jugak...

mr.husband yg 1st time makan laksa johor ni siap menambah 2x okeh..wiyah tak payah citer la mmg luar kawalan haha, jom wiyah share resepi ni..rasanya mmg cukup sedap seenaknya selazatnya selemaknya..secukup rasa la

Laksa Johor
Sumber: Majalah Mingguan Wanita Ogos 2013 & Jun 2006

Bahan-Bahan:
  • Spagheti secukupnya-direbus & ditos
  • 600g Ikan parang-direbus atau dibakar (wiyah guna ikan kembung)
  • 1paket kecil rempah kari ikan-BABAS
  • 5keping asam keping
  • 2sb kerisik
  • 1 liter santan
  • 1.5liter air rebusan ikan 
  • 2batang serai-dititik
Bahan Kisar:
  • 1sb udang kering
  • 7 biji bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 2inci kunyit
  • 5incicm halia
  • 2inci lengkuas
Bahan untuk Ulam: di hiris/di mayang
  • timun, daun selasih, bawang besar, taugeh, daun kesum, sambal belacan, lobak asin & limau nipis
Cara Penyediaan:
  1. Tumis bahan kisar sehingga naik bau, kemudian masukkan rempah kari. Kacau sehingga naik minyak.
  2. Masukkan ikan, udang segar yang telah dibuang tulang & dikisar. Tambahkan kerisik. Kacau sehingga terbit minyak kemudian masukkan air rebusan ikan, udang , asam keping &biarkan sehingga mendidih.
  3. Masukkan santan & kacau sentiasa utk mengelakkan santan pecah.Perasakan gula & garam sebelum di angkat.
percubaan pertama yg sangat mengujakan..sangat berpuas hati dgn rasanya, bukan nak memuji diri sendiri tapi resepi yang diberi secukupnya! In sha Allah next time bleh try buat lagi..

Sunday, July 28, 2013

Carbonara Macaroni Cheese Iftar ke-10

Assalamualaikum wbt

Menu ulang tayang di iftar yg ke-18..semalam dah moreh ngan chicken chop hari nak iftar ngan macaroni cheese plak..huhu meroyan nak makan western jer tekak ni..apahal pon tak tau la! layan kan jer la tekak ni..,stock macaroni, spaghetti, beef mince, tomato puree, cheese bagai sentiasa ada dalam simpanan..barang wajib beli tiap kali shoping groceries! nak wat camano org kampung tekak western..ni namanya org kampung tak sedar diri...kahkahkah

ada anak pokok bercambah..kisahnya sbb ada lebihan daun sup yang tumbuh..ngehngeh

seminggu sekali mesti ada menu ala2 western dr dapur wiyah..menu ala2 hentam sajalah ikut suka apa yang ada kat dapur..sudah cukup bersyukur hehe, nasib baik mr hubby jenis yang tak kisah..apa taknya mr.hubby pon dah jemu makan nasi..hampir setiap hari menu iftar kami adalah nasi! sahur pun kadang tu nasi juga..coz ada lebihan nasi lagi,, membazir kalo tak makan!..susahnya la kalo org yg penyayang yg amat ni kan..haha sabo jer la..korang ada yg mcm wiyah tak??

so cheeeeezy! kata jer tak nak makanan berat ..padahal kandungan kolestrol nya lebih kurang sama jer walaupun bukan nasi, bertambah-tambah la lemak sedia ada haha

Carbonara Macaroni Cheese

Bahan-bahan: Hidangan utk 2-5 org makan
  • 1 biji bawang besar & 2 ulas bawang putih (dipotong dadu)
  • 2 cawan macaroni (direbus bersama 1sb minyak)
  • 1 tin prego mushroom carbonara 
  • 10biji cendawan butang dlm tin- dipotong 4
  • 5batang crab stick & sosej (option)
  • 3keping slice cheese
Cara Penyediaan:
  1. Panaskan 2sb minyak zaitun& tumiskan bawang besar, bwg putih sehingga sedikit layu & naik bau.
  2. Masukkan crab stick,sosej, prego sos & cendawan butang. Masak dengan api yang sederhana.kacau mesra dan masukkan makaroni yang telah siap rebus tadi. 
  3. Akhir skali masukkan slice cheese, tutup api & siap untuk dihidangkan. Sesuai dimakan masa masih panas.
anyone carbonara macaroni cheese utk iftar hari ni?? haha

daaaa...Selamat berbuka puasa & menjamu selera ^-^

Thursday, February 21, 2013

Ala-ala Chicken Chop wif Black Pepper Sauce

Assalamualaikum wbt

dah lama rasanya tak makan chicken chop..6bln lbh kot, tu pasal la teringin sgt, byk org mengidam!! erkkkk?? hehe

tp bila difikirkan anak kecil..hurm tak pe la next time jer la! pujuk hat sendiri..mana la tau kan time tgh syok makan dia mengamuk haaaih aptb ...hurm dah terkena sekali kat giant kuantan hari tu, last2 tapau..balik umah semua dah bengkak coz org tu curah kuah kat atas ayam..sudahnya rezki tong sampah la ;-(

so the solution is..kita buat sendiri ikut apa yg ada jer..alkebetulan masa CNY baru2 ni..tesco ada wat offer barang yg berkaitan, so beli apa yang patut utk seminggu punya stok..paling byk borong ada broccoli & corny flower..suka sgt2 di steam n makan bersama salad mayonis ;-D

anyone?? cukupla sekadar ada rupa..ala2 pon jadi la kan..hehe

Ala-ala Chicken Chop 
Sumber original: Dapur makcik kampung 
olahan ala-ala by Mummy wafiey


Bahan-bahan utk ayam : 2org makan

  •  wiyah gunakan 8 ketul nugget ayam Brand Ramli sebagai ganti ayam seperti chicken chop yg original tu
  • goreng sehingga warna keemasan @ garing



Bahan Sampingan:
  • Carrot, corny flower & broccoli- di steam
  • 1 tin baked bean
  • Chicken sausage
  • Mayonnaise
Sos Lada Hitam (Black pepper sauce)
  • 1/ biji bawang besar holland- dipotong dadu 
  • 2 ulas bawang putih- dipotong dadu 
  • 1/2 botol sos lada hitam
  • Cendawan butang (yang dalam tin)
  • 3sbSedikit sos tiram 
  • 1sk seasoning maggi
  • 3sb Sos manis ABC 
  • 2sb tepung jagung
Cara membuat sos.
  1. Panaskan sedikit minyak & tumiskan bawang putih, bawang besar sehingga layu dan naik bau. Masukkan sos lada hitam ke dalam periuk dan tambahkan 1/2 cawan air..
  2. Maukkan cendawan butang , sos tiram, sos manis ABC & bancuhan tepung jagung.
  3. Masakkan semua bahan-bahan pada kepekatan yang di inginkan.  
p/s: Tak perlu masukkan gula, garam & bahan perasa tau! Semuanya dah sesedap rasa ;-)


selamat mencuba ^_^

Tuesday, February 5, 2013

Spaghetti Bolognaise Segera Maggi

Assalamualaikum wbt

entry dipetang hari semalam punya cerita hehe..alkisahnya 2 3 hari ni laki bini duk kemaruk nak makan makanan org itali..agak jemu nak nasi, roti pon ala2 jemu juga..disebabkan tekak ni nak makan segera..so perlulah gunakan bahan segera kan! alkebetulan stock daging kisar/cincang pon ada..apa lagi terus letak periuk kuali tung tang tung tang dah pon siap..

sebenarnya rencah Spaghetti Bolognaise Maggi ni wiyah dapat percuma beli buku majalah wanita 2bln lepas..sebelum ni tak pernah tau pon Maggi ada keluarkan produk ni, hurmmm lepas ni lagi senang la kerja wiyah kat dapur ;-)

rasanya memuaskan hati memang sedap (2kali menambah masing2)...en.suami  memuji sedap, slalunya en.suami mmg kureng cket ngan ready made paste ni..tapi kali ni en.suami bagi two thumbs up! sgt sesuai utk org bujang & small family mcm kami ;-)

Spaghetti Bolognaise Segera Maggi
Sumber : belakang paket rencah


ini cara wiyah...lebih kurang jer sebenarnya rasanya pon akan tetap sama ekeke

Spaghetti Bolognaise Segera Maggi
By : Wiyah a.k.a Mommy Wafiey

Bahan di perlukan:
  • 1 paket rencah Spaghetti Bolognaise Maggi
  • 1/2 paket daging kisar-kalau yang brand Ramly ada 2 ketul, just guna 1 pon dah memadai
  • 1/4 paket spaghetti- direbus bersama 1sk minyak zaitun
  • 1biji bawang besar holland
  • 3sb sos cili 

Cara Penyediaan:
  1. Panaskan 2sb minyak zaitun & tumiskan bawang besar holland sehingga naik bau. Kemudian masukkan daging kisar sehingga separa masak.
  2. Masukkan 3 cawan air dan perencah spaghetti bolognaise Maggi serta sos cili. Masak sehingga kuah mendidih dan menjadi sedikit pekat.
  3. Hidangkan bersama spaghetti yang dah direbus tadi. Makanan itali dah siap..tak payah pergi jauh2 pizza bagai hehe

ok bleh try nanti..kalau nak tau rasanya macamana sila ke pasaraya terdekat dapatkan segera rencah spaghetti bolognaise maggi...harganya wiyah tak tau berapa sebab dapat free ;-D

Thursday, October 4, 2012

Mengidam di tengah malam: Spaghetti Sardin Simple

Assalamualaikum wbt

Selamat petang semua, hurmm tgh buat apa tu? bikin menu petang kah?? ngehh, hari ni hari BSP so kena control makan utk elakkan bacaan gula jadi merah..haha, control makan hari BSP saja..hari lain semuanya telan ;-), tak jujur pada diri sendiri kan..

apa bleh buat, selera makan lately jadi macam2 plak..seperti org yg mengidam di awal kehamilan! Bagi wiyah mmg tak mengidam sangat 5bln pertama dulu..adalah nak mkn itu ini, tapi kalau dpt lambat bleh bertahan lg..tp bila dah masuk trimester ke-3 jadi pelik plak..bila rasa teringin nak makan, nak time tu jugak! haishh sabar jer la..


disebabkan itu..terjadilah spaghetti sardin simple ni, kul 10 malam tiba2 rasa nak makan spaghetti..dasyat sungguh! bisik2 ngan mr.hubby..abg tolong baby masak spaghetti boleh?? mr.hubby ckp yes..apa lg terus ke dapur tung tang tung tang dah siap..guna 2 dapur 1 rebus spaghetti & 1 masak kuah ;-), saja wiyah nak share sini..nanti baby kecik ni bleh tau apa yg mommy dia mengidam kan  heheh

Hanya menggunakan bahan yang ada di dapur, rasanya lengkap secukup rasa (ala malaysia) walaupun bahannya tak selengkap original spaghetti..huhu 

Spaghetti Sardin Simple
Bahan-bahan:

  • 1/2 paket spaghetti (rebus bersma 1sb minyak masak)
  • 2 biji bawang besar holland (dicincang halus)
  • 1 tin kecil sardin (dihancurkan) *
  • 1 tin kecil tomato puri * wiyah guna ayam brand
  • 1/2 tin air
  • 2 biji tomato masak (diblender)
  • Garam dan gula
Cara penyediaan: 15 minit masa penyediaan
  1. Panaskan sedikit minyak jagung/zaitun & tumiskan bawang besar sehingga layu serta naik bau.
  2. Masukkan sardin hancur \,tomato puri , tomato kisar & air. Masak sehingga sebati. Gunakan api yang perlahan. Masukkan bahan perasa sesedap rasa.
  3. Biarkan bahan-bahan mendidih & menjadi agak pekat. Tak perlu lama kerana sardin sememangnya sudah masak.
  4. Cara hidangan: Putarkan spaghetti & letakkan di atas pinggan, kemudian curahkan sos spghetti/ kuah ke atas nya.Siap utk dihidangkan

Jemput makan semua, alhamdulillah walaupon hanya meggunakan bahan-bahan asas sahaja, tp sudah cukup memuaskan hati dapat penuhi keinginan nak ber'spaghetti' di tengah malam! syukur Alhamdulillah dgn rezki Mu ya Allah..


Wednesday, August 1, 2012

Macaroni Carbonara..ada yang teringain nak buat iftar hari ni??

Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah hari ni dah masuk hari ke-12 kita berpuasa..kejap jer rasanya hari ke hari berlalu & hari wiyah berkesempatan nak ngan lama cket blog ni..hr ni free xde apointment klinik & hosp..tp esok lusa mggu dpn still mcm bias sibuk mengalahkan doktor..huhu

hari ni wiyah nak share 1 resepi mudah..dah lama rasanya wiyah tak share resepi kat sini kan,,wiyah masak tp xde hati nak ambil gambar, siap masak jer terus makan..tak menyempat nak berfoto2 macam dulu hehe..pada kawan2 yang teringin bleh la try yer..ala2 secret resepi! bulan ramadhan bleh la jimat cket tak payah ke sana...kat umah pon bleh dapatkan rasa yg sebiji sama...

Macaroni Carbonara ala2 SR


untuk step lebih detail bleh tgk kat SINI ...wiyah pernah buat & attach picture lebih detail utk cara memasak nya...buat masa muda2 dulu time jd student, skang nak jadi mak budak stil kemaruk nak makan itu ini  juga hehe..

Bahan-bahan: Hidangan utk 2-3 org makan
  • 1 biji bawang besar & 2 ulas bawang putih (dipotong dadu)
  • 2 cawan macaroni ( direbus bersama 1sb minyak)
  • 1 tin prego carbonara @ prego sos spageti 'keju & Herba' ( ikut suka nak guna yg mana satu)
  • 1/2 tin cendawan butang
  • 5batang crab stick & sosej (option)
  • 3keping slice cheese
Cara Menyediakannya:
  1. Tumiskan bawang besar  dan bwg putih sehingga sedikit layu & naik bau
  2. Kemudian masukkan crab stick + sosej + prego sos + cendawan. Kacau mesra dan masukkan makaroni yang telah siap rebus tadi. [Kalau lambat lg nak makan..boleh letakkan macaroni dalam pinggan & curahkan kuak ke atasnya masa nak makan] 
  3. Akhir skali masukkan slice cheese, tutup api & siap untuk dihidangkan. Sesuai dimakan masa masih panas.
Note: Menu ni tak perlukan perasa tambahan eg: garam coz sos prego ni dah lengkap rasanya..tp kalo nak tambah takde masalah, ikut selera masing2 ;-)


Jom kita ber'makaroni hari ni'..quality picture is so bad, ambil gambar sekadar ambil jer..bila nak wat entry baru perasan gambar sgt2 teruk..apa pon redha jer la, terima seadanya yer ;-)

Selama beriftar...masak menu apa yer hr ni?

Friday, January 27, 2012

Macaroni goreng fast food

assalamualaikum..wbt

salam hari jumaat semua..hari yang baik hari yang mulia,, semoga hidup kita diberi keberkatan olehNYA,,alhamdulillah syukur kerna masih diberikan peluang untuk menikmati keindahan alam ciptaan Allah yang maha esa..Al-kuliyyah bersama wiyah 2012 ;-)

hurm..nak share menu malam tadi,, Macaroni goreng fast food ...kawan wiyah minta tulis resepi yang tak seberapa dari wiyah..coz wiyah just goreng macam goreng mee jer,,apa pon wiyah tunaikan permintaan tu walaupon segan coz wiyah bukan expert  tang masak2 ni..huhu

menu dinner malam tadi..dah jemu makan nasi,,skali skala ubah selera pon ok gak kan

actually wiyah nak wat macaroni seafood tapi pergi cari udang + sotong +ketam..semuanya tak ada!! nak isi ayam dah agak jemu..fuh tiap2 hari ayam xbes gak kan..last2 call en.suami minta belikan chicken ball + blackpepper sausage sebagai alternatif..

Macaroni Goreng fast food

Bahan yang di perlukan :
  • 1 genggam macaroni [di rebus terlebih dahulu]
  • 1 biji bawang besar +  1 ulas bawang putih [ di cincang halus]
  • 3sb cili giling
  • 1 batang blackpepper sausage + chicken ball
  • 1 biji telur
  • 2 biji cili padi 
  • sedikit sayur [ wiyah guna carrot + baby corn ]

Cara menyediakan:

  1. panaskan 3sb minyak & tumiskan bahan yang dicincang
  2. masukkan cili giling, masak sehingga naik bau & terbit minyak
  3. masukkan hirisan chicken ball & sausage & sayur , biarkan seketika dalam 2minit...masukkan telur
  4. kemudia masukkan macaroni yang siap direbus & perasakan SESEDAP RASA [ wiyah tambahkan sedikit kicap coz warnanya yang agak kurang menarik]
  5. siap & sedia utk dihidangkan..
p/s : macaroni lebih sedap dimakan ketika masih panas coz apabila sejuk ianya akan menjadi sedikit kembang & muak bila makan..apapun bergantung kepada individu 



macaroni kurang pedas coz en.suami tak selesa perut..so wiyah kurangkan cili & tambahkan sedikit kicap bagi menceriakan warna nya...sebelum masak hanya segenggam tapi bila dah siap masak...masyaAllah jadi 3x ganda inilah rezki namanya..kami makan separuh & lagi separuh wiyah hantar kat umah adik wiyah..alhamdulillah sekiranya kita bermurah insyaAllah akan dimurahkan juga rezeki buat kita ..

wiyah makan ini jer tapi kali 3...wakaka,,macamana la badan tak bambam kan kenkonon makan dalam pinggan kecik dpt psyco diri tak mkn banyak coz..menuruk info dr hot.fm apabila kita makan dalam pinggan kecik secara tak langsung makanan tu akan nampak banyak & membuatkan kita makan tak banyak!! huhu info ni sangat tak membantu wiyah...;-)

nak g supermarket jap..kalau rajin hari ni nak wat kek coklat la,,tp x tau menjadi ke tak!! k daaa ...nk ng beli barang dapur cket ;-)

Sunday, May 8, 2011

Jom kita masak macaroni cheese hari ni....

hi..slamat hari minggu u ol,,hurm apa plan hari ni...nk ke mana yer?? cuaca tersangatla panas...macam tak brape sesuai dengan outdoor activity kan...petang2 cket may be ok la kot...aktiviti wiyah hari ni just duk umah completekan slide presentation utk esk coz semalam dah pergi bergembira kan...hari kena bekerja la plak walopon di hari minggu...tp sebelom tu wiyah nk share 1 resepi...
agak lama sangat da rasanya wiyah tak masak2 n share resepi kat sini...so untuk hari ni jom kita masak macaroni cheese disebabkan tak cukup kat secret resepi tempoh hari....haa

**********************8
MACARONI CHEESE ala SECRET RESEPI
***********************

Bahan2 yang diperlukan : untuk lebiih 10 0rg punya resepi...;-) [kita pakai jer hari ni eh..kehkeh]
adaptasi resepi:  dari kawan mak kawan cik moon...
tukang masak : wiyah..cik moon..sha & epo

1 tin cendawan butang 

1 paket crab stick & 1 paket sosej [option]


1 paket macaroni direbus..tambah minyak or marjerin ckit x nk bg melekat2 nanti

1 tin prego sos...KEJU & HERBA  okeh!

ni rupa prego sos kat dalam dia...

cheese sesedap rasa nak banyak mana :-)


CARA NAK MASAK

1. Tumiskan 1 biji bawang besar +  2 ulas bwg putih yd di DADU sampai wangi
2. Patu masukkan crab stick + sosej + prego sos + cendawan [ biar agak2 masak la]
3. pastu masukkan macaroni perasakan SESEDAP RASA
4. akhir skali masukkan cheese & tutup api

kuah dia akan jadi pekat macam neh yer..

boleh dihidangkan...
makan masa panas2 coz bila dah sejuk dia akan kembang & tak syok da nak  makan
p/s : alternatif penyediaan : masukkan macaroni dlm pinggan & tuangkan kuah pon bleh gak,,so tiap kali nak makan panaskan dulu

jadi la macam neh...

amacam nampak sedap tak macaroni cheese neh???...ha nak tau sedap ke tak,,,sila la rajin ke dapur utk try masak neh!

kita closed up cket yer..

hurm yummmmy yummy nyer...

cuba compare macaroni cheese yang wiyah wat & secret resepi punya...ada beza tak?? hakhak
so kalo nak makan banyak & bahan2 yg lagi banyak sila la buat sendiri macam kami n kan...;-)

ini SECRET RESEPI punya macaroni cheese...wiyah punya??? dah tak secret lagi..hhaha,,

Sharing is Caring kan...Caring is Loving...Loving is what?? 
-THANKS FOR READING-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...