To All My Friend, Lovely & Silent Readers

To All My Friend, Lovely & Silent Readers

Mohon maaf kiranya wiyah a.k.a Tuan Rumah tiada kunjungan balas/backlink /follow ke blog kalian, ini kerana disebabkan oleh ketiadaan link blog tuan/puan utk wiyah follow kalian. Jutaan maaf juga jika jarang ber'blogwalking' ke blog kalian (busy tahap cipan). In sha Allah jika ada kesempatan waktu wiyah akan ke singgah ke blog kalian..Peace No War!!

Followers

Imamku Hingga ke Hembusan Nafas yang Terakhir

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Lilypie Pregnancy tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Premature Baby tickers
"Some Love Stories...Live Forever"
Showing posts with label Ayam. Show all posts
Showing posts with label Ayam. Show all posts

Saturday, July 20, 2013

Mangkuk Sarapan/ Minum Petang/Sahur Yang Ohsem

Assalamualaikum wbt

Seminggu berpuasa dah tak tau nak makan apa daa utk sahu..beli roti utk bersahur baru 2-3 keping yang luak & tarikh luput sudah sampai ke penghujungnya..nak buang rasa membazir, duk termenung kejap nak buat apa dgn roti yer tak nak bagi membazir..

hurm tiba2 tingggg! terus teringat kat resepi yang wiyah copy dr Buku Resepi..khas utk roti2 sahaja, baca punya baca resepi nak match dgn apa yang ada dalam peti ais..akhirnya resepi ni yang menjadi pilihan hati, alhamdulillah laku juga walaupun 1st time buat & 1st time makan..syukur at least roti tu tak terbuang mcm tu saja, , hehe panjang lebar cite nya..padahal pasal roti yang dah nak capai tarikh luput jer pon kihkih

rasanya cukup utk kami bertahan seharian keesokan hari, mudah-mudahan in sha allah..ada roti + sosej ayam + carrot tomato + sos & mayonis

rupanya tak la secantik tart telor/tart buah/cheese tart bagai..tapi rasanya alhamdulillah boleh diterima daripada takde baik ade..welll nak ckp per lagi dah ni jer yg ada, hehe jgn marah errr! 

serious bagi wiyah & husband ianya not bad..bergantung pada inti yang kita buat, roti tu tak bersalah langsung kalau rasanya tak sedap ek ;-D

Sumber Dari Fb : Buku Resepi
Kiriman Dari : Puan Saadah Yusof (Inspirasi daripada blog Martha Stewart)


BAHAN-BAHAN:
  • Beberapa keping roti sandwich putih
  1. Gelek roti bagi sedikit nipis & Terap pada acuan bulat menggunakan cawan/mangkuk ke atas roti. Susun kedalam dulang muffin yang disapu dengan sedikit marjerin.
  2. Kemudian, bakar roti berkenaan selama 5 minit pada suhu 180 darjah. Keluarkan.
Bahan untuk Inti:
  • Semangkuk kecil isi ayam  sosej ayam- dipotong dadu
  • 3ulas bawang merah , 2ulas bawang putih- dicincang 
  • Semangkuk kecil sardin
  • 1/biji tomato- cincang dadu
  • 1/4 biji carrot-cincang dadu
  • 2sb sos cili, 1sb sos tomato & 1sb sos lada hitam
  • Sedikit kucai untuk taburan
  • Beberapa biji telur 
  • Taburan lada hitam  pizza topping (mozarela & cheddar cheese)

CARA MENYEDIAKANNYA:
  1. Panaskan sedikit minyak, tumis bawang merah di ikuti bawang puteh sehingga kekuningan. Masukkan sosej ayam, masak seketika sehingga sosej agak garing.
  2. Masukkan carrot, tomato dan sos cili, sos tomato serta sos lada hitam.Masak seketika, tak perlu di tambah gula & garam.
  3. Isikan inti  sosej ayam tadi ke dalam mangkuk roti. Letakkan topping cheese. Bakar lagi selama 15-20 minit bergantung kepada oven anda.
ini lebihan roti bahagian tepi..wiyah susun2 dapat jadi mangkuk juga, alhamdulillah tiada pembaziran walaupun rupanya comot cket tp rasanya tetap sama dgn yang cantik rupanya..wallahuwaklam, satu pengajaran yang miskin tak semestinya hodoh & sebaliknya ..P&P utk hari ini ;-)

Thursday, July 18, 2013

Nasi Mandy & Ayam Percik Kelantan

Assalamualaikum wbt

Syukur alhamdulillah, dah seminggu kita berpuasa..syukur dipermudahkan segala urusan menguruskan anakanda wafiey & menyediakan juadah iftar kami +  puree utk anak bujang kesayangan.

Sempena bulan ramadhan mr.hubby balik 1 jam lebih awal dari bulan yang lain..means tiada waktu rehat! So wiyah akan siapkan bahan waktu wafi tidur tgh hari & mula memasak setelah mr.hubby balik dari kerja..sambil wiyah masak mr.daddy akan suapkan anakanda makan..apa yg penting kerjasama, in sha Allah harmoni rumahtangga amin..amin..amin

Menu iftar kami yang ke-6..hanya nasi dengan satu lauk..tiada pembaziran! kueh kadang buat & kadang2 beli..tapi elakkan beli kueh yang menggunakan santan coz takut sakit perut

rasanya dah lama beli rempah segera nasi mandy Al-Baiti ni ngan adik wiyah..tapi baru tergerak hati nak buat..harganya berbaloi Rm15/kotak tu..isi dalam ada rempah tumis + rempah sebuk + beras basmathi di tambah lagi cara/kaedah memasak nasi mandy kat belakang kotak (tapi jenis rajin sgt lps buka kotak terus buang..sayang resepi tu)..hurm bila nak update menu br menyesal tak sudah huhu

kalau ikutkan kaedah resepi ni..dicadangkan utk perap ayam bersama rempah mandy & dibakar dlm oven tp tu la kan..tak ikut arahan, org ajar lain buat lain..haha last2 jadi la nasi mandy + ayam percik kelantan + acar/salsa tak buat ;-) ..nak namakan nasi mandy apa pon tak tau..nasi mandy kelantan la kot ek?? hihi

ada dua versi ayam & kambing


Nasi Arab @ Nasi Mandy
Sumber: belakang kotak (tapi kotaknya dah buang) @ Coretan Dari Dapur- Noor Masni

nasi mandy dihidangkan bersama daun pegaga..very d melayu la, nasib baik tak letak sambal belacan ;-D

Bahan-bahan: (2-3 org makan)
  • 1 1/2 cawan beras basmathi (cuci & rendam 20min)
  • 3 cawan air 
  • 1 kiub ayam - hancurkan
  • 2 biji cili hijau
  • 2 helai daun pandan -disimpul 
  • sedikit daun ketumbar 
  • sedikit daun pudina
  • 1 helai daun bay
  • 1biji tomato - potong dadu
Bahan utk menumis:
  • 2 sudu besar minyak zaitun
  • Rempah Kasar- bunga cengkih,biji buah pelaga, bunga lawang, kulit kayu manis
  • 1/2 biji bawang besar dimayang
  • 2sb rempah Nasi Mandhi Ayam Al-Baiti
Cara membuat:
  1. Panaskan minyak zaitun (kalau boleh gunakan periuk nasi rice cooker). Masukkan bahan tumis (rempah kasar) dan bawang sehingga naik bau/kekuningan. Masukkan daun bay.
  2. Masukkan beras, daun pandan,kiub ayam & tomato dadu kacau sehingga beras kelihatan berkilat warnanya. Masukkan air & pindah kan ke rice cooker.
  3. Apabila nasi hampir masak gaul nasi menggunakan garfu/chopstik (utk elakkan nasi daripada patah) masukkan cili hijau bersama daun ketumbar & daun pudina di tengah nasi. Biarkan nasi sehingga masak.
  4. Titikkan beberapa tompok pewarna kuning dan biarkan seketika. Ketika menghidang baru lah di gemburkan nasi utk warna yang cantik. 
Ayam Percik Kelantan 

  • 1/4 ekor ayam -diperam garam kunyit & panggang sehingga masak
Kuah Percik
  • 1/2 biji santan kelapa
  • 2ulas bwg merah , sedikit halia, 2batang serai (dikisar bersama)

Renehkan santan bersama bahan kisar sehingga pekat (mengikut kepekatan masing2), tambahkan gula & garam sesedap rasa. Setelah siap boleh disiram ke atas ayam yang telah di panggang.

p/s : ini adalah nasi mandy versi tekak org melayu sejati hihi..nak makan makanan org arab tapi tak ikut resepi, so pada anda diluar sana JGN TIRU CARA INI! Ini menderhaka namanya..hehe


Monday, February 25, 2013

1st try..Mee Kari Berapi

Assalamualaikum wbt

terasa nak meng'kari ' jer tapi takde daun kari...pasu pokok kari yg bawak semasa dari kuantan, tak tau la terjatuh dari lori ke hape..sampai sini pokok kari tu takde & bunga yang lain semuanya tercabut..hangin btol la! tak best kalau nak masak kari tp xder daun kari ( itu wiyah la)..then otw balik umah kat tepi taman perlahan kan kereta ternampak pokok kari...so apa lagi kira wakaf la kan, hak kerajaan Malaysia sbb kat tepi jalan kanhaha, siap ambik anak pokok kari lagi tanam kat umah..tak salah kan, lagi pon pokok tu terbiar jer ;-D

cari2 resepi jumpa kat umah kak Rozi Salehin , thanks akak...sodap sgt resepi ni, sori yer wiyah ada alter2 cket mengikut apa yang ada kat umah kecik ni..hehe

my 1st Mee Curry..alhamdulillah menepati citarasi kami ;-)

alkisahnya teringat kat mee kari kakak wiyah..kalau kat umah tu tang kari2 ni dia mmg expert, sbb dia pandai buat so org lain pon ala2 malas la..nak2 wiyah kalo blik umah mak mmg tersgt la malasnya nak ke dapur..rasa nak makan yg org masak jer..

tapi bila duk berjauhan macam ni..terpaksalah rajin kan diri utk masak sendiri, walaupon nak buat tu punyala pikir macam2...susah la renyah la..tp bila dah start buat tu baru la terpikir sebenarnya antara nak dgn tak nak jer..rajin ngan tak rajin jer, semuanya bergantung pada diri sendiri ..paham kan??? hehe


Mee Kari Berapi
Sumber : Rozi Salehin , Olahan oleh: wiyah
Bahan kuah:

  • Santan secukupnya
  • isi ayam + udang segar + isi kerang + ketam segar
  • fish cake &fish ball
  • 5 biji bawang merah*
  • 4 ulas bawang putih *
  • 1cm lengkuas*
  • 1cm halia* dikisar/tumbuk bersama
  • 1tangkai daun kari
  • 1sb udang kering - ditumbuk
  • 4 sb rempah kari ayam/daging BABAS
  • 5sb cili giling  (pedas gila lada kering ni)
  • 1 biji kentang - direbus dan dilecek

Bahan-bahan sampingan: dicelur seketika
  • 1paket mee kuning
  •  sawi
  • taugeh
Cara Penyediaan:

  1. Panaskan sedikit minyak masak dalam periuk, masukkan daun kari & bahan yang bertanda * sehingga naik bau.
  2. Masukkan cili giling & rempah kari,. Masak sehingga naik bau dan pecah minyak. Masukkan  ayam, udang kering, udang segar, isi kerang, ketam segar sehingga separa masak. Masukkan santan. Kacau biar sekata dengan api sederhana tambahkan fish ball & fish cake .
  3. Masukkan kentak yang dilecek bagi memekatkan uah

Cadangan menghidang:

Masukkan mee diikuti kuah serta bahan yang lain. Letakkan sawi & taugeh diatasnya. Tambahkan telur rebus jika suka.

anyone?? ;-D

Friday, February 22, 2013

Rendang Ayam Pencen & Nasi Impit

assalamualaikum wbt

Gara2 terliur Rendang Ayam Rantau & Pulut Kuning kat rumah Rohah Damai Qalbu semalam.., maka bermenu hari raya la wiyah & suami har ni hehe..uish tak tau la kenapa ngan tekak ni..selera pelik2 Tak pernah2 wiyah makan ayam pencen apatah lagi nak beli & masak sendiri. Pergi RTC wakaf Che Yeh tgk mcm2 ada oooww ..angau sekejap kat situ, almaklumla g pasar seminggu sekali jer..maka membeli la dgn sepuas hati sampai tak muat peti ekeke

Menu pagi minggu(hari jumaat yer ..haha) : Nasi impit bersama rendang ayam pencen

plan asal nak beli daging lembu fresh jer  tapi bila ternampak ayam yang dah siap dibakar kulitnya (agak kekuningan & perang) terus tanya tokei tu..ayam apa ni?? ayam pencen tokei tu jawab..terus wiyah cakap nak separuh. Bila dah balik rumah baru terpikir nak masak apa ngan ayam ni ek??..sedap ker?? borak2 ngan kakak.. dia suggest buat kari or rendang coz kalau goreng or buat sup mmg keras macam kayu dia kata haha..terus teringat rendang rantau kat umah Rohah,, sesuai jer wiyah kan perantau ahakkks gelenya!

wiyah makan bersama nasi impi coz tak pernah buat lagi seumur hidup ni + periuk kukus menyorok dalam kotak + MALAS...haha


RENDANG AYAM RANTAU
Oleh:rohaisha
Bahan-bahan: (wiyah buat separuh resepi)
  • 1 kg ayam- wiyah guna 1/2 ekor ayam pencen
  • 30gm cili kering | kisar
  • 6 ulas bawang merah | kisar
  • 4 ulas bawang putih | kisar
  • 3cm halia | kisar
  • 10cm lengkuas | kisar
  • 3 sudu besar kerisek
  • 1/2 cawan santan pekat
  • Air secukupnya
  • Air asam jawa
  • 6 helai daun limau purut
  • 1 helai daun kunyit
  • Garam 
  • Gula- wiyah guna gula melaka
  • Minyak untuk menumis
Cara Penyediaan:
  1. Tumiskan bahan kisar sehingga naik minyak.Masukkan ayam dan biarkan perencah bergaul rata.
  2. Masukkan air dan daun limau purut.Biarkan mereneh bersama ayam.
  3. Apabila ayam separa empuk, masukkan santan pekat dan bancuhan air asam jawa.Biarkan kuah menjadi pekat barulah dimasukkan kerisek.Perasakan juga dengan garam dan gula.Taburkan hirisan daun kunyit.Biarkan sekejap.
  4. Tutup api setelah masak.

ada lebihan rendang ...so utk tgh hari wiyah masak nasi colorfull ni makan bersama rendang & sambal belacan...amacam rajin ke malas wiyah ni? ekeke

Thursday, February 21, 2013

Ala-ala Chicken Chop wif Black Pepper Sauce

Assalamualaikum wbt

dah lama rasanya tak makan chicken chop..6bln lbh kot, tu pasal la teringin sgt, byk org mengidam!! erkkkk?? hehe

tp bila difikirkan anak kecil..hurm tak pe la next time jer la! pujuk hat sendiri..mana la tau kan time tgh syok makan dia mengamuk haaaih aptb ...hurm dah terkena sekali kat giant kuantan hari tu, last2 tapau..balik umah semua dah bengkak coz org tu curah kuah kat atas ayam..sudahnya rezki tong sampah la ;-(

so the solution is..kita buat sendiri ikut apa yg ada jer..alkebetulan masa CNY baru2 ni..tesco ada wat offer barang yg berkaitan, so beli apa yang patut utk seminggu punya stok..paling byk borong ada broccoli & corny flower..suka sgt2 di steam n makan bersama salad mayonis ;-D

anyone?? cukupla sekadar ada rupa..ala2 pon jadi la kan..hehe

Ala-ala Chicken Chop 
Sumber original: Dapur makcik kampung 
olahan ala-ala by Mummy wafiey


Bahan-bahan utk ayam : 2org makan

  •  wiyah gunakan 8 ketul nugget ayam Brand Ramli sebagai ganti ayam seperti chicken chop yg original tu
  • goreng sehingga warna keemasan @ garing



Bahan Sampingan:
  • Carrot, corny flower & broccoli- di steam
  • 1 tin baked bean
  • Chicken sausage
  • Mayonnaise
Sos Lada Hitam (Black pepper sauce)
  • 1/ biji bawang besar holland- dipotong dadu 
  • 2 ulas bawang putih- dipotong dadu 
  • 1/2 botol sos lada hitam
  • Cendawan butang (yang dalam tin)
  • 3sbSedikit sos tiram 
  • 1sk seasoning maggi
  • 3sb Sos manis ABC 
  • 2sb tepung jagung
Cara membuat sos.
  1. Panaskan sedikit minyak & tumiskan bawang putih, bawang besar sehingga layu dan naik bau. Masukkan sos lada hitam ke dalam periuk dan tambahkan 1/2 cawan air..
  2. Maukkan cendawan butang , sos tiram, sos manis ABC & bancuhan tepung jagung.
  3. Masakkan semua bahan-bahan pada kepekatan yang di inginkan.  
p/s: Tak perlu masukkan gula, garam & bahan perasa tau! Semuanya dah sesedap rasa ;-)


selamat mencuba ^_^

Tuesday, January 29, 2013

Mee Sup Tulang Ayam Claypot


Assalamualaikum wbt

Salam sejahtera, yeay sempat nak update entry sementara wafiey tgh tdo lena..hari ke-2 ganti puasa hari ni masih byk berbaki huhu..mood nak makan macam2 selepas berpantang ni, bunyi seperti org yg dah lama tak makan ekeke

sebenarnya nak makan mee celup di mlm hari bebehari lepas tp bila ke kedai berkenaan Restoran Terminal Tom Yam bersebelahan terminal makmur..pelayan kedai cakap mee celup di jual pd siang hari jer...dulu wiyah biasa datang makan waktu malam (ada jer even dah kul 11 malam) ..hurm maka kempunan la wiyah! 

esoknya wiyah ke pasaraya utk membeli stock barang basah & sayuran..ternampak ada di jual rangka/tulang ayam kat area barang basah (sebelum tak pernah tahu pun rangka/tulang ayam ada jual gak)..hurm fyi tulang/rangka ayam ni bukan tulang sepenuhnya tau..ada juga isinya macam tulang lembu tu..best kalau buat sup coz tak memuakkan + akan lebih terasa kemanisan air tulang ayam tu!

so wiyah terfikir kalau buat mee sup best gak ni..hurm so beli 2 ketul & suruh potong kecil2 terus kat situ (dasar pemalas & nak memudahkan kan kerja ekeke)..kemudian sambung beli barang lain, balik rumah..basuh2 semua bahan & teruskan misi memasak sup tulang/rangka ayam terlebih dahulu..sup kalau di masak lebih awal akan lebih sedap!

di hidangkan di dalam claypot bersama sambal kicap pedas..merasmikan buat kali pertamanya, dah lama beli tapi belum berkesempatan nak guna lagi..RM 5.90 per pot, 2 biji cukup la skadar ada ekeke


Mee Sup Tulang Ayam
Sumber resepi : Belakang Paket Sup BABAS

Bahan Utama:
  • 1 bungkus mee kuning (wiyah guna spaghetti rebus)
  • 2 ketul rangka/tulang ayam (di potong kecil)
  • 3 gelas air
  • 1 paket kecil rempah kasar
  • 3 ulas bawang merah *
  • 2 ulas bawang putih *
  • 2 inci halia muda * - dikisar/ ditumbuk bersama
  • 3sb rempah sup BABAS - dibancuh dengan sedikit air
  • kobis cina/daun sup/daun bawang/ tomato 
  • cili padi - jika ingin pedas

Cara Penyediaan:

  1. Panaskan sedikit minyak & tumis rempah kasar seketika. Kemudian masukkan bahan kisar sehingga naik bau dan kekuningan.
  2. Tambahkan tulang/rangka ayam yang dipotong kecil bersama air. Rebus tulang sehingga empuk (lagi lama rebus lagi sedap rasanyacoz terasa kemanisan air tulang ayam tu). 
  3. Masukkan rempah sup ke dalam rebusan tulang & kacau sehingga sebati.Perasakan sesedap rasa. Tutup api & biarkan..panaskan apabila hendak dihidangkan.

Cara Hidangan:
  1. Letakkan mee/spaghetti ke dalam mangkuk calypot (utk mengekalkan kepanasan sup pada kadar yang lebih lama) & masukkan kuah beserta tulang ke dalamnya. 
  2. Taburkan kobis cina, daun sup & daun bawang, tomato dadu, serbuk lada putih & sambal kicap pedas. (wiyah lebih suka apabila sayur di taburkan secara mentah bg mengekalkan kerangupan sayur tersebut)
  3. Sesuai di makan dalam suasana sejuk a.k.a waktu hujan @ hidangan makan malam.

sori yer..meja bersepah, mana tak nya sume benda nak letak kat atas tu..en. suami balik kerja pon belum sempat mandi terus tercongok kat kerusi tu..lapar la katanya ;-)... waktu makan malam kami mmg pukul 7malam so petang dah kena masak2 siap la..

sekian..wassalam

Thursday, February 9, 2012

Phat Phet Chicken Ball

assalamualaikum wbt

hai salam hari khamis semua...apa khabar yer?? mesti ada yang demam kan coz skang ni musim demam.cirit -birit sana sini...rasanya musim la coz cuaca sgt2 la panas,, rasa macam nak keluar umah pon pikir banyak2 kali...adehhh la, kesimpulannya duk berkurung dalam umah jer la..lps tdo  tdo lg..makan tak boleh sbb puasa ganti yg byk lg berbaki huhu..

ok la..since wiyah ada masa nak ngadap lappy hr ni..so wiyah nak share menu yang wiyah masak time picnic ngan family..anak buah ramai so wiyah pikir yang paling cepat & diaorang suka makan..wiyah try masak phat phet chicken ball ni..lagi satu senang utk diaorg ambil coz sebiji2 kan & kerja wiyah lagi mudah la kan ..rasa pedas2  manis ckit..biasanya wiyah masak ni gunakan ayam macam wiyah masak kat SINI or lebih kurang jugak dengan Ayam masak hijau ,,lauk ayam diaorang dah biasa kan so chicken ball mmg sesuai utk diaorg yang tak leh lari dari ayam hehe..jom wiyah share resepi

Phat Phet Chicken Ball

dah siap masuk tupperware utk g picnic..kat luar umah mak wiyah jer pon hehe,, syok makan kat luar umah coz berangin sambil borak2 santai...kejap jer susun2 lauk baca doa dah licin semua..assalam,,hehe


BAHAN A: ( blender semua bahan)

  • 5 biji cili padi  & 2 biji cili besar merah (kalau nak pedas leh tambah lagi....)
  • sedikit kunyit hidup
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 biji bawang besar


BAHAN B:

  • 500G chicken ball (di goreng dahulu)
  • 1 batang serai ( dititik)
  • 4 helai daun limau purut
  • carrot & tomato 

 CARA PENYEDIAAN :
  1. Kisar Bahan A dan tumis sehingga naik bau.. setelah agak kering tumisan tadi.. masukkan secawan air.
  2. Kemudian masukkan Bahan B, iaitu sebatang serai dititik,chicken ball, daun limau purut , sayuran macam carrot.
  3. Perasakan SESEDAP RASA,  Jika suka berkuah masukkan sedikit air mengikut citarasa sendiri. Ok dah siap. Selamat menjamu selera . ok...selamat menjamu selera ;-)

p/s : rasa masakan ni lebih kurang macam masak pedas  or paprik tom yam macam tu sebab ada masukkan serai & daun limau purut sekali..bezanya wiyah gunakan semua cili fresh coz rasa dia lagi sedap! menu ni sangat cepat & mudah untuk di sediakan..

ok daa...kalau kesuntukan masa bleh try masak ni yer ;-)

Thursday, January 26, 2012

1st Menu as a full time housewife

assalamualaikum..wbt

apa khabar semua...lama sgt rasanya wiyah tak update resepi & dah lama sangat tak masak @ our mini home sweet home ni,, dkt 2 bln la jugak kot tak berasap dapur tu sampai la last week balik dr bt pahat nak masak  tup2 gas sudah abis...8 bulan 1 tong?? haha..nampak sgt punya la rajin duk dapur kan..ngehngeh

hurm..alhamdulillah skang wiyah jadi full time housewife untuk sementara waktu b4 posting...brapa lama dpt bertahan pon x bleh janji ngan en.suami..skang still ok lg coz br berapa 2 hr duk umah..yang lain duk dlm kete kehulu ke hilir..membizikan diri unpack barang [keje yg paling tak suka buat ..huhu]

en.suami bagi hint2..versi perli,, hari ni baby nak masak apa yer?? dah lama tak makan kat umah...ngeh2 so bila di beri hint mcm tu..nak tak nak kena la juga g kedai cari barang  basah cket,,barang dapur mmg dah licin sume! & for d 1st menu wiyah just hidangkan ayam goreng kunyit + nasi goreng as per req dr en.suami 

1st menu year 2012...dah nak ujung January baru 1st menu ;-D


Ayam Goreng Kunyit + Baby Corn 

wiyah pernah masak menu ni banyak kali jugak,,,versi potong kecil2 & sayur yang pelbagai bleh tengok kat SINI & SINI

Bahan2 yang diperlukan:
  • 3 ketul ayam [potong kecil2 ikut kesesuaian] ~ diperap dgn garam& kunyit
  • 1 biji bwg besar [dihiris memanjang] + 1 ulas bwg putih [ketuk]
  • bunga kobis + carrot + kacang panjang/buncis [wiyah guna baby corn jer]
  • 4 biji cili padi [ dibelah 2]
Cara penyediaan :

1. panaskan sedikit minyak & goreng ayam sampai agak garing
2. then masukkan bwg putih + bwg besar + cili padi
3. then masukkan baby corn
4. tak perlu masukkan garam lagi coz dah perap ngan garam tadi kan..
5. siap utk di hidangkan ;-)


Alhamdulillah ..syukur dengan permulaaan hidup tahun 2012,, semoga CINTA kami akan terus mekar & subur dalam hati kami InsyaAllah..Amin

Thursday, November 17, 2011

Menambah Lemak di Sate Zul, Kuantan

assalamualiakum

ini cerita sudah basi yer...sila abaikan semua bau masam yang dah basi tu hehe!! just nak share tempat makan yang best kat kuantan...manalah tau kan kot2 ada ke kuantan & nak cari tempat makan yang agak berlainan cket dari yang lain...so ini wiyah tunjukkan tempatnya! ;-)

malam minggu yang lalu..kami JJCM area bandar kuantan coz dah bosan minum tea tarik ever ynight kat area yang sama..huhu kalau tak g balok g area beserah , tak pun kat kedai mamak dalam taman, or tepi pantai batu hitam & kadang tu sampai ke tanjung lumpur perginya..apa yang pasti mmg setiap malam b4 tdo mr.hubby ajak pekena tea tarik dulu..borak2 cite pasal hari berkenaan..alhamdulillah dapat suami sehaluan begini kan ;-)


kat sini ada bermacam-macam menu stay ada AYAM, DAGING, KAMBING, ARNAB & RUSA [harga berbeza-beza ikut jenis satay yer]...selain dari tu ada juga nasi lemak, laksa penang, rojak & macam2 lagi yang tu wiyah tak pasti sangat tentang menu & harganya..ok SATAY ZUL ni ada 2 cawangan kat Kuantan,,selain daripada kuantan mmg wiyah tak tahu..;-)

Cawangan pertama : Jalan utama dari bandar Kuantan menuju ke Teluk Chempedak or TC [ location nya betul tepi jalan sebelah kiri] 

Cawangan kedua : Bangunan Malay Town berdekatan dengan East Cost Mall (ECM)..location betul-betul tengah bandar Kuantan @ berdepan dengan Stadium Makmur @ Terminal Makmur.~ kami pergi ke cawangan yang ini !

sate ayam & sate daging ...RM 0.70 per cucuk

mmg sangat besar & puas hati sate kat sini...perut lapar gila so jadi tamak la kejap ambil 10 batang ayam & 10 batang daging..hurm last masih berbaki 8batang...apa citer? sape yang rugi..kena bebel satu baldi ngan mr.hubby huhu

sate + kuah kacang = best sangat2 siap boleh tambah2 lagi w/o any charge

ada pesanan dari panaja...share dr fb,,terpulang nak percaya atau pon tak tapi wiyah mmg percayakannya coz bukan sush pun utk kita amalkan..just makan timun jer utk mengelakkan dari barah yang berpunca dari makanan yang dibakar! ;-)

Jika anda makan SATAY jangan lupa makan bersama timunnya kerana memakan SATAY bersama karbon yang terhasil selepas pembakaran akan mendatangkan kesan karsinogen...apakah sebenarnya karsinogen tu??? hurmm....karsinogen tu adalah satu keadaan/ agen yang boleh mengakibatkan BARAH manakala timun pula boleh bertindak sebagai anti-karsinogen...maka kesimpulannya SATAY + TIMUN adah kombinasi yang sangat baik untuk diamalkan..bukan sahaja jika makan satay tetapi juga jika memakan makanan yang berbakar yang lain..

set wajib tambah :- set timun + nasi impit RM 2 

total semua yang kami makan tak sampai RM 20 pon..so boleh recommend la kat kawan2 semua utk datang & rasa sate kat kuantan pula ;-)

makan sambil online..disebakan galaxy tak ada bateri so wiyah angkut jer laptop yang besar gajah tu,,sambil tu bleh cari info pasal assignment! eh yer ker..buka fb ngan blog ker?? haha

~ Menghabiskan masa dimalam minggu bersama tersayang sesungguhnya saat yang paling indah dalam hidup AYIE & WIYAH~ 

daa..datang ke kuantan sila-silakan lah mencari tempat ini yer ;-)

Friday, November 11, 2011

Sedap Hingga Menjilat Jari

Assalamualaikum...wbt

Jo nak tunjuk satu tempat makan baru kat kuantan...nak kata baru tak la sangat kot, lebih kurang dalam 1/2 tahun dah buka tapi hari ni baru 1st time wiyah g sini...selalu pergi dekat cawangan yg pertama jer, mr.hubby selalu jer slalu duk cite makan itu & ini kat Foodcourt ni! so hari ni mr.hubby tunaikan janjinya kat wiyah..kami lunch Nasi Kukus Ayam Berempah @ Jungle Foodcourt Indera Mahkota, Kuantan...ini cawangan kedua Nasi Kukus Ayam Berempah JUNA, cawangan pertama berdekatan dengan Kolej Shahputra, Kuantan tapi kat situ alahai ramainya orang & perlu beratur panjang..kalau wiyah kesana just tapau jer..lagi selesa makan kat rumah! 

mr.hubby punya..Nasi kuskus + Dada Ayam Goreng Berempah + Sambal Belacan + Ulam

wiyah punya ...Nasi kukus + Peha Ayam Goreng Berempah + sambal belacan + ulam

kalau nak kesini perlu awal coz kedai ni hanya mula buka pada pukul 11.00pagi & tutup pada pukul 3.00pm....kalau banyak tempahan & customer ramai lagi la awal tutupnya! so kena cepatla yer..kalau nak makan nasi ni..mmg sgt2 laku 'macam goreng pisang panas' tapi ini  ' Nasi kukus + ayam goreng panas' haha

oke..harga nasi ni RM6/bungkus konsep layan diri & jangan terkejut coz ia tak dihidangkan dalam pinggan just dalam kertas pembungkus nasi tu jer..senang lepas makan isi dalam plastik terus buang jer..kerja mudah kan! ;-)

Nasi kukus + Tea O ais limau

 wiyah ambil gambar candid mr.hubby & hubby jugak..tgk mulut wiyah ternganga luas! sangat2 lapar la katakan..tp lps makan tu amatlah kenyang sampai sekarang..malam ni tak bleh makan nasi dah tau!!!


Oke...kalau datang ke kuantan..Sila la singgah kat sini,,rugi tak rasa! mmg berpuas hati...SESEDAP RASA semuanya ..hehe

Paprik Campur 111111

assalamualikum...wbt

hehe title tak menahan nak gak 111111 tu..ngehngeh

salam hari jumaat yang mulia...penghulu segala hari disamping salam permulaan nombor..SATU permulaan segala-galanya...111111 sungguh cantik date hari ni,,mungkin tarikh ni yang satu-satunya wujud kat dunia ni dalam seusia kita sekarang..kepada yang menyambut hari jadi & kepada yang melangsungkan perkahwinan & tak lupa juga pada yang menyambut kelahiran bayi hari ni...wiyah ucapkan tahniah & semoga hidup kalian semua di indahi  serta dipenuhi dengan keberkatan,rahmat, kebahagian, syukuri setiap 1 nikmat yang diberi dengan sebaiknya...

oklah sempena 111111 ni wiyah pon nak mulakan segalanya yang baru, penambahbaikan dalam kehidupan sebagai seorang  ISTERI dalam sebuah rumahtangga yang dah berusia 4tahun ++ without baby ;-( ,,segalanya wiyah nak ubah ke arah kebaikan,,insyaAllah secara perlahan-lahan semoga dalam redhoNya..amin

Paprik Campur 111111 

paprik campur 111111 ni wiyah jadikan sebagai titik permulaan...1 step move ;-D

wiyah pernah masak Paprik Ayam + Sotong sebelum ni,,rasanya lebih kurang jer kot

Bahan yang diperlukan:
  • sedikit isi ayam [potong ikut suka kecik or besar]
  • sedikit udang
  • sedikit sotong
  • 2 ulas bawang putih [diketuk] + 1 biji bawang besar [di mayang] +
  • 10biji cili padi [diketuk/tumbuk ~ ikut suka tahap kepedasan]
  • 2batang serai [dititik] + 3helai daun lipau purut [koyak jer]
  • 3sb pes cili kering + 2sb sos ikan
  • baby corn + carrot
  • sedikit air perahan asam limau 
  • daun bawang + daun sup [utk hiasan]

wiyah tambah sedikit kicap pekat sebab mr.hubby lagi suka kalau ditambahhkan dengan kicap dlm apa2 masakan pon..

Cara menyediakannya:
  1. panaskan sedikit minyak & tumiskan bawang putih , cili padi serta bawang besar sampai wangi
  2. masukkan pes cili kering , serai & daun limau purut
  3. masukkan ayam [ masak dalam 3min], baru masukkan udang & sotong
  4. masukkan sos ikan, perahan air asam limau , carrot & baby corn
  5. perasakan dengan gula & garam SESEDAP RASA
  6. siap untuk dihidangkan

p/s : lauk paprik ni lagi sedap dimakan bersma2 dengan telur dadar & sambal belacan  + ulama seperti timun batang  or kacang botor or salad ;-)

Jemput makan semua

OK...SELAMAT MENJAMU SELERA (pssstt makan apa lunch hari ni?) & SELAMAT MENCUBA


Wednesday, November 2, 2011

Wordless wednesday???

assalamualaikum..

1st time WW..hehe,,just jamu utk breakfast hari ni! siap2 nak g kelas kul 8.00 jap lagi..harap2 tak berair mat a duk dlm kelas..haishhh tak jd WW la mcm ni kan..;-D






erkkkkkk.....ok dah kenyang! u all kenyang tak? hehhehe
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...