To All My Friend, Lovely & Silent Readers

To All My Friend, Lovely & Silent Readers

Mohon maaf kiranya wiyah a.k.a Tuan Rumah tiada kunjungan balas/backlink /follow ke blog kalian, ini kerana disebabkan oleh ketiadaan link blog tuan/puan utk wiyah follow kalian. Jutaan maaf juga jika jarang ber'blogwalking' ke blog kalian (busy tahap cipan). In sha Allah jika ada kesempatan waktu wiyah akan ke singgah ke blog kalian..Peace No War!!

Followers

Imamku Hingga ke Hembusan Nafas yang Terakhir

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Lilypie Pregnancy tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Premature Baby tickers
"Some Love Stories...Live Forever"
Showing posts with label Mee. Show all posts
Showing posts with label Mee. Show all posts

Wednesday, November 6, 2013

Sizzling Spaghetti with Shitake

Assalamualaikum wbt

Salam Maaf Hijrah..selamat tahun baru islam 1435H & selamat melangkah ke bulan November! Welcome musim tengkujuh a.k.a November Rain!! perut sentiasa lapar..sentiasa nak mengunyah huhu

kita mulakan dengan resepi hot plate..almaklumla bila masuk musim hujan, tekak & perut mesti rasa nak makan yang panas2 jer kan..so kita try buat sizzling, 1st try alhamdulillah.

Sizzling mmg antara menu favourite wiyah & suami kalau ke foodcourt Tesco,Carefour, Giant & pasaraya yang parking free sewaktu dengannya hihi.. kalau ke food court antara yang wajib adalah hot plate & claypot!! Setakat hari ni antara sizzling yang best wiyah pernah try & teringat2 kesedapannya di Food court Jusco Klang & Giant Kuantan..Tesco Kb ok la not bad & Mesra mall kerteh sangat ok la so so tp sekali rasa cukup la kot ekeke

itu masa zaman takde wafi lagi..boleh feeling makan sambil tengok org sekeliling tp skarang fuuuhh..tak semudah tu! so the solution kena la beli hot plate & claypot..kalau teringin nak makan feeling mcm dulu2 lagi maka kena la buat sendiri & tunggu anakanda sayang tidur dulu,hurmm baru la dapat menikmati sebaiknya..

kurang serinya takde sayur sawi..guna kobis panjang pon ok la, asalkan ada rasa cukupla ekeke

Resepi asal adalah sizzling yee mee tapi ubah cket kepada spaghetti coz tak jumpa yee mee yang org melayu punya..daripada wiyah ragu-ragu nak makan..maka wiyah tukar kepada spaghetti brand Kimball, murah & berkualiti tinggi..tanpa was-was hanya Rm2.90 sepeket,

Masa duk godek2 resepi byk juga yang share resepi sizzling ni..tapi rata2 yang cakap resepi dari Lilydvalley @ Myresipi super duper sedap & ditambah lagi godaan dari blog k.nor secubit garam  masa wiyah ber'blogwalking' , alhamdulillah lama juga resepi terperam..akhirnya tergerak hati nak cuba ..hasilnya wallah mmg terbaik, suami suka & wiyah pon suka


SIZZLING YEE MEE 

Bahan-bahan:

  • 2-3 sanggul (gulung) yee mee ~ k.nor guna mee segera cintan
  • 5 ulas bawang putih
  • 5 biji cendawan shitake ( cendawan kering)- rendam sehingga agak lembut dan potong 4
  • 1 keping dada ayam- potong mengikut citarasa
  • 1 sudu besar cili mesin ~ yg ni K.Nor sj tambah, biasa la anak tekak melayu :)
  • 3 biji cili kering- potong 2
  • 2 sudu besar sos tiram *
  • 3 sudu besar kicap cair *
  • 1 sudu besar kicap pekat *-wiyah guna brand JALEN
  • 1/2 in halia- hiris nipis
  • Serbuk lada hitam
  • garam- secukup rasa
  • Beberapa titik Minyak bijan
  • 1 sudu besar Tepung jagung- dibancuh dgn sedikit air
  • sedikit minyak utk menumis

Cara penyediaan: (masak dalam kuali/periuk biasa terlebih dahulu)

  1. Tumis bawang putih, cili kering dan halia sehingga naik baunya.
  2. Masukkan ayam yg telah potong sehingga agak empuk. Masukkan 2 cawan air.
  3. Masukkan pula sos tiram, kicap cair dan kicap pekat. Masukkan pula serbuk lada hitam. Biarkan mendidih. masukkan cendawan serta sayur2 lain- tunggu 2-3 min.
  4. Masukkan campuran tepung jagung dan kacau. Titikkan minyak bijan beberapa titik-jgn banyak2.
  5. Akhir sekali, masukkan yee mee- biarkan sebentar & hidangkan panas2 
p/s: Untuk hidangan didalam hotplate

panaskan hot plate kemudian masukkan spaghetti/ yee mee/mee disertai dengan sayur kobis/sawi/carrot. Tambahkan kuah sizzling ke dalam hotplate sehingga kuah menggelegak & pecahkan telur hingga separuh masak. Hidangkan bersama cili jeruk & sambal cili merah. Yummmy..

ok daaa..selamat mencuba ;-D

Monday, February 25, 2013

1st try..Mee Kari Berapi

Assalamualaikum wbt

terasa nak meng'kari ' jer tapi takde daun kari...pasu pokok kari yg bawak semasa dari kuantan, tak tau la terjatuh dari lori ke hape..sampai sini pokok kari tu takde & bunga yang lain semuanya tercabut..hangin btol la! tak best kalau nak masak kari tp xder daun kari ( itu wiyah la)..then otw balik umah kat tepi taman perlahan kan kereta ternampak pokok kari...so apa lagi kira wakaf la kan, hak kerajaan Malaysia sbb kat tepi jalan kanhaha, siap ambik anak pokok kari lagi tanam kat umah..tak salah kan, lagi pon pokok tu terbiar jer ;-D

cari2 resepi jumpa kat umah kak Rozi Salehin , thanks akak...sodap sgt resepi ni, sori yer wiyah ada alter2 cket mengikut apa yang ada kat umah kecik ni..hehe

my 1st Mee Curry..alhamdulillah menepati citarasi kami ;-)

alkisahnya teringat kat mee kari kakak wiyah..kalau kat umah tu tang kari2 ni dia mmg expert, sbb dia pandai buat so org lain pon ala2 malas la..nak2 wiyah kalo blik umah mak mmg tersgt la malasnya nak ke dapur..rasa nak makan yg org masak jer..

tapi bila duk berjauhan macam ni..terpaksalah rajin kan diri utk masak sendiri, walaupon nak buat tu punyala pikir macam2...susah la renyah la..tp bila dah start buat tu baru la terpikir sebenarnya antara nak dgn tak nak jer..rajin ngan tak rajin jer, semuanya bergantung pada diri sendiri ..paham kan??? hehe


Mee Kari Berapi
Sumber : Rozi Salehin , Olahan oleh: wiyah
Bahan kuah:

  • Santan secukupnya
  • isi ayam + udang segar + isi kerang + ketam segar
  • fish cake &fish ball
  • 5 biji bawang merah*
  • 4 ulas bawang putih *
  • 1cm lengkuas*
  • 1cm halia* dikisar/tumbuk bersama
  • 1tangkai daun kari
  • 1sb udang kering - ditumbuk
  • 4 sb rempah kari ayam/daging BABAS
  • 5sb cili giling  (pedas gila lada kering ni)
  • 1 biji kentang - direbus dan dilecek

Bahan-bahan sampingan: dicelur seketika
  • 1paket mee kuning
  •  sawi
  • taugeh
Cara Penyediaan:

  1. Panaskan sedikit minyak masak dalam periuk, masukkan daun kari & bahan yang bertanda * sehingga naik bau.
  2. Masukkan cili giling & rempah kari,. Masak sehingga naik bau dan pecah minyak. Masukkan  ayam, udang kering, udang segar, isi kerang, ketam segar sehingga separa masak. Masukkan santan. Kacau biar sekata dengan api sederhana tambahkan fish ball & fish cake .
  3. Masukkan kentak yang dilecek bagi memekatkan uah

Cadangan menghidang:

Masukkan mee diikuti kuah serta bahan yang lain. Letakkan sawi & taugeh diatasnya. Tambahkan telur rebus jika suka.

anyone?? ;-D

Tuesday, February 5, 2013

Spaghetti Bolognaise Segera Maggi

Assalamualaikum wbt

entry dipetang hari semalam punya cerita hehe..alkisahnya 2 3 hari ni laki bini duk kemaruk nak makan makanan org itali..agak jemu nak nasi, roti pon ala2 jemu juga..disebabkan tekak ni nak makan segera..so perlulah gunakan bahan segera kan! alkebetulan stock daging kisar/cincang pon ada..apa lagi terus letak periuk kuali tung tang tung tang dah pon siap..

sebenarnya rencah Spaghetti Bolognaise Maggi ni wiyah dapat percuma beli buku majalah wanita 2bln lepas..sebelum ni tak pernah tau pon Maggi ada keluarkan produk ni, hurmmm lepas ni lagi senang la kerja wiyah kat dapur ;-)

rasanya memuaskan hati memang sedap (2kali menambah masing2)...en.suami  memuji sedap, slalunya en.suami mmg kureng cket ngan ready made paste ni..tapi kali ni en.suami bagi two thumbs up! sgt sesuai utk org bujang & small family mcm kami ;-)

Spaghetti Bolognaise Segera Maggi
Sumber : belakang paket rencah


ini cara wiyah...lebih kurang jer sebenarnya rasanya pon akan tetap sama ekeke

Spaghetti Bolognaise Segera Maggi
By : Wiyah a.k.a Mommy Wafiey

Bahan di perlukan:
  • 1 paket rencah Spaghetti Bolognaise Maggi
  • 1/2 paket daging kisar-kalau yang brand Ramly ada 2 ketul, just guna 1 pon dah memadai
  • 1/4 paket spaghetti- direbus bersama 1sk minyak zaitun
  • 1biji bawang besar holland
  • 3sb sos cili 

Cara Penyediaan:
  1. Panaskan 2sb minyak zaitun & tumiskan bawang besar holland sehingga naik bau. Kemudian masukkan daging kisar sehingga separa masak.
  2. Masukkan 3 cawan air dan perencah spaghetti bolognaise Maggi serta sos cili. Masak sehingga kuah mendidih dan menjadi sedikit pekat.
  3. Hidangkan bersama spaghetti yang dah direbus tadi. Makanan itali dah siap..tak payah pergi jauh2 pizza bagai hehe

ok bleh try nanti..kalau nak tau rasanya macamana sila ke pasaraya terdekat dapatkan segera rencah spaghetti bolognaise maggi...harganya wiyah tak tau berapa sebab dapat free ;-D

Tuesday, January 29, 2013

Mee Sup Tulang Ayam Claypot


Assalamualaikum wbt

Salam sejahtera, yeay sempat nak update entry sementara wafiey tgh tdo lena..hari ke-2 ganti puasa hari ni masih byk berbaki huhu..mood nak makan macam2 selepas berpantang ni, bunyi seperti org yg dah lama tak makan ekeke

sebenarnya nak makan mee celup di mlm hari bebehari lepas tp bila ke kedai berkenaan Restoran Terminal Tom Yam bersebelahan terminal makmur..pelayan kedai cakap mee celup di jual pd siang hari jer...dulu wiyah biasa datang makan waktu malam (ada jer even dah kul 11 malam) ..hurm maka kempunan la wiyah! 

esoknya wiyah ke pasaraya utk membeli stock barang basah & sayuran..ternampak ada di jual rangka/tulang ayam kat area barang basah (sebelum tak pernah tahu pun rangka/tulang ayam ada jual gak)..hurm fyi tulang/rangka ayam ni bukan tulang sepenuhnya tau..ada juga isinya macam tulang lembu tu..best kalau buat sup coz tak memuakkan + akan lebih terasa kemanisan air tulang ayam tu!

so wiyah terfikir kalau buat mee sup best gak ni..hurm so beli 2 ketul & suruh potong kecil2 terus kat situ (dasar pemalas & nak memudahkan kan kerja ekeke)..kemudian sambung beli barang lain, balik rumah..basuh2 semua bahan & teruskan misi memasak sup tulang/rangka ayam terlebih dahulu..sup kalau di masak lebih awal akan lebih sedap!

di hidangkan di dalam claypot bersama sambal kicap pedas..merasmikan buat kali pertamanya, dah lama beli tapi belum berkesempatan nak guna lagi..RM 5.90 per pot, 2 biji cukup la skadar ada ekeke


Mee Sup Tulang Ayam
Sumber resepi : Belakang Paket Sup BABAS

Bahan Utama:
  • 1 bungkus mee kuning (wiyah guna spaghetti rebus)
  • 2 ketul rangka/tulang ayam (di potong kecil)
  • 3 gelas air
  • 1 paket kecil rempah kasar
  • 3 ulas bawang merah *
  • 2 ulas bawang putih *
  • 2 inci halia muda * - dikisar/ ditumbuk bersama
  • 3sb rempah sup BABAS - dibancuh dengan sedikit air
  • kobis cina/daun sup/daun bawang/ tomato 
  • cili padi - jika ingin pedas

Cara Penyediaan:

  1. Panaskan sedikit minyak & tumis rempah kasar seketika. Kemudian masukkan bahan kisar sehingga naik bau dan kekuningan.
  2. Tambahkan tulang/rangka ayam yang dipotong kecil bersama air. Rebus tulang sehingga empuk (lagi lama rebus lagi sedap rasanyacoz terasa kemanisan air tulang ayam tu). 
  3. Masukkan rempah sup ke dalam rebusan tulang & kacau sehingga sebati.Perasakan sesedap rasa. Tutup api & biarkan..panaskan apabila hendak dihidangkan.

Cara Hidangan:
  1. Letakkan mee/spaghetti ke dalam mangkuk calypot (utk mengekalkan kepanasan sup pada kadar yang lebih lama) & masukkan kuah beserta tulang ke dalamnya. 
  2. Taburkan kobis cina, daun sup & daun bawang, tomato dadu, serbuk lada putih & sambal kicap pedas. (wiyah lebih suka apabila sayur di taburkan secara mentah bg mengekalkan kerangupan sayur tersebut)
  3. Sesuai di makan dalam suasana sejuk a.k.a waktu hujan @ hidangan makan malam.

sori yer..meja bersepah, mana tak nya sume benda nak letak kat atas tu..en. suami balik kerja pon belum sempat mandi terus tercongok kat kerusi tu..lapar la katanya ;-)... waktu makan malam kami mmg pukul 7malam so petang dah kena masak2 siap la..

sekian..wassalam

Monday, August 27, 2012

Pernah Makan Mee Lidi Goreng????

Assalamualaikum wbt

Pernah makan mee lidi tak?? pernah tengok mee lidi tak?? may be ada yang tak pernah koz...meh nak cite ckit pengalaman masa wiyah duk Besut dulu ( ni kes mengidam)..last2 blik kuantan beli banyak2,, kat besut mr.husband pergicari kat merata kedai mmg takde jual..siap makcik tu jawab seumur hidup makcik tak pernah dgr lagi mee lidi..apatah lagi makan mee lidi! then tanya lagi rupanya macam mana..mr.husband pon xreti nak cite, almaklumla tahu makan jer..huhu...ingat nak masak utk makcik kedai tu tp xsempat coz mr.husband kena transfer kerja plak..hurm tak merasa la makcik tu! agak2nya apa yang makcik tu bayangkan ek..maybe lidi penyapu tu kot digoreng,,, huahaha

Jom try..bleh jadikan menu sampingan utk tetamu yg datang bertandang musim raya ni ;-)

memperkenalkan inilah..Mee Lidi Goreng!!

Meh wiyah tunjuk ..maybe ada yang 1st time dengar perkataan @ makanan " Mee Lidi" ni..actually Mee lidi ni rupa dia ala2 spagethi macam tu..tapi sedikit lembut dr spagethi la, since wiyah di haramkan dr makan mee kuning oleh doktor kecuali dr anak2 beranak spagethi,, bunyi agak mengada kan!! ...so wiyah dah beli stok Mee Lidi ni banyak2 kat sbg alternatif bila wiyah teringin nak makan mee goreng..Harga Mee Lidi ni..kalau tak silap wiyah  RM1.20 sebungkus..


Mee Lidi Goreng Seafood

Bahan-bahan:
  • 1 bungkus Mee Lidi (direbus sama cara mcam spagethi)
  • Sedikit ayam,sotong & udang
  • 2ulas bawang putih & 3 ulas bawang merah (ditumbuk)
  • 3sb pes cili kering
  • 2sb kicap pekat
  • Sedikit sayur- wiyah letak carrot, kobis & baby corn

Cara Menyediakannya:

  1. Mee lidi direbus bersama sedikit minyak bagi mengelakkannya melekat antara satu sama lain. Basuh & toskan.
  2. Tumiskan bawang yang ditumbuk sehingga wangi, masukkan pes cili kering hingga naik minyak.
  3. Masukkan ayam, udang & sotong, masak seketika. Masukkan kicap pekat & bahan perasa SESEDAP RASA.
  4. Kemudian masukkan Mee Lidi yang telah ditoskan tadi bersama sayuran lain. Gaul sebati & boleh tambahkan sedikit air sekiranya agak terlalu kering.
  5. Siap utk dihidangkan bersama cili jeruk & keropok keping (versi org timur makan mee @ nasi goreng wajib kena da keropok keping)
Mee Lidi ni..lagi sedap kalau dimakan masa panas2 ditambah dengan cili jeruk..memang menambah2!  (itu wiyah & husband la),  bila dah sejuk dia akan sedikit mengembang & may be akan jadi sedikit muak bila makan..or goreng masa naka makan! senang siap terus makan..hehe

Thursday, March 29, 2012

Kue Teow Goreng Mudah

assalamualaikum..wbt

1, 2, 3 & 4....apa tuuu?? herm itu tajuk Semanis Kurma malam ni,, alhamdulillah tajuk yang menarik & sedikit sebanyak dapat menambah ilmu yang sedia ada. Sambil tu wiyah update menu kue teow goreng pedas. Sejak akhir2 ni boleh kata kan tiap hari wiyah makan & masak mee tak kira la maggie, mihun, mee kuning or kue teow. This week periuk nasi masih belum berasap lagi. Banyak plak bebel kan..meh wiyah share dinner kami malam ni..walaupon simple tp syukur alhamdulillah atas nikmat yang diberi..semoga hari2 mendatang kami di rezeki kami akan lebih di berkati olehNYA ..amin ya rabbal alamin ;-)

Kue Teow Goreng Mudah (10 minit masa penyediaan)


Bahan-bahan:
  • 1 bungkus kue teow (cuci & toskan)
  • sedikit isi ayam, udang & sotong
  • 1biji bawang besar, 2 ulas bawang putih [dimayang & ketuk sahaja]
  • 5sb pes cili kering (kalau suka lg pedas boleh tambah lagi)
  • tomato & carrot serta cili jeruk utk tambahan
Cara Penyediaan:
  1. Panaskan 3sb minyak & tumis bahan kisar hingga wangi. Kemudian masukkan pes cili kering hingga naik minyak.
  2. Masukkan isi ayam, udang & sotong & masak seketika.
  3. Masukkan carrot & kue teow , kicap serta tomato. Perasakan sesedap rasa & gaul sebati.
  4. Hidangkan bersama cili jeruk & daun sup, daun bawang.

Kesimpulan: Hasil dari pemerhatian yang sebelum ni, kalau buat mee 1 bungkus mmg confirm tak habis so untuk hidangan kami berdua..wiyah just masak separuh bungkus mee yang 500g tu jer. InsyaAllah kalau lapar mmg akan habis.


Jemput makan semua ;-D

Friday, March 23, 2012

Laksa Utara..slurrrrp pekat melekat!!

assalamualaikum..wbt

menu minum petang semalam..dah lama teringin nak buat laksa sendiri! pernah makan laksa yg sedap sangat2..tapikadang tu ada jugak laksa yang tak sedap langsung..kuahnya alahai cair jer! so bila nak makan yang kuah pekat2...kena la buat sendiri walaupun tak pandai kan..at least bila kita cuba so kita boleh modified sendiri apa rasa yg kita nak kan??? either nak masam, pedas, manis, telur rebus yg besar or ulam yang bermacam2 kan...kena la buat sendiri okeh! kalau nak semuanya lebih...haha

sambil duk saja..wiyah baca resepi lama yang wiyah kumpul dari majalah mingguan wanita. Memang banyak koleksi resepi dari majalah mingguan wanita..setakat ni dah ada 2 file!! mmg tak ter'buat' kalau di ikutkan betul..semalam tergerak hati nak baca & try resepi laksa utara sebab tgk gambarnya yang sangat menyelerakan..Alhamdulillah rasanya tak mengecewakan...memang puas hati sangat2!! 3x wiyah makan tau..tgh hari, petang & malam...sepanjang hari makan laksa! en.suami pon cakap kuahnya mmg sedap..tak rugi mencuba ;-)..lain kali bleh buat lagi insyaAllah


Laksa Utara
Sumber resepi : Majalah Mingguan Wanita

BAHAN A :
  • Sebungkus mee laksa- wiyah guna yang dah siap rebus 500g Jenama Laksa Panjang (sangat kenyal & laksanya tak putus)
  • 250g ikan kembung/selayang rebus- anggaran 4-5 ekor ikan 
BAHAN B:
  • 2 biji bawang besar *
  • 5 ulas bawang putih *
  • 1 inci belacan *
  • 3 biji cili besar & 10 biji cili padi * wiyah guna pes cili kering (dikisar bersama)
  • 6 keping asam keping/ asam jawa
  • 1 batang bunga kantan
  • 1 ikat daun kesom 

 BAHAN B: ( Ulaman- dihiris halus/ memanjang)

  • daun selom
  • timun batang
  • telur rebus
  • limau kasturi/ limau nipis
  • hirisan cili padi/ cili besar
  • bawang besar
  • hirisan nenas -wiyah tak letak
  • petis udang- wiyah tak letak

CARA PENYEDIAAN:
  1. Rebus ikan kembung/ selayang dan asingkan isi dan tulangnya. Simpan air rebusan ikan tadi.
  2. Kisar bahan A dan masukkan kedalam air rebusan ikan tadi bersama ikan yang telah dikisar. Tulang yang dikisar perlu ditapis sebelum dimasukkan kedalam air rebusan tadi.
  3. Masukkan asam keping,bunga kantan & daun kesom. Biarkan kuah mendidih & sesuaikan rasanya SESEDAP RASA. Rasa masam, masin, pedas perlu sebati barulah sedap.

CARA MENGHIDANG:
  1. Masukkan mee laksa ke dalam mangkuk. Tambah hirisan bahan B ulam timun, daun selom, bawang besar, cili padi,telur rebus. 
  2. Kemudian tuangkan kuah ke atasnya. Perah asam limau nipis/ kasturi mengikut selera masing-masing.

Jemput makan semua...ini round ke-2 wiyah!! haha..rasa masam & pedas nya cukup pekat melekat...tgh menulis ni pon terasa lagi kecur air liur fuhhhh heehe

wiyah makan sampai jadi licin macam ni..abis hirup seme kuahnya!! nasib baik kat umah...kalau kat luar haih malu la den...;-D

ok ...selamat mencuba & wiyah jamin mmg puas hati sangat rasanya!!

Friday, March 16, 2012

Mee Rebus Udang Galah Sungai Dungun

assalamualaikum wbt

baru2 ni balik umah mertua kat dungun..bila tau jer we all nak balik sana,, adik ipar wiyah g mancing udang galah coz katanya k.long & a.long tak rasa lagi udang galah musim ni! alhamdulillah dapat gak merasa..ada satu petang tu mr.hubby beriya2 ngan ayah nya nak g mancing udang galah sebab geram tgk adik nya dapat udang besar2..punya la bersemangat lepas asar terus turun bawak enjin bot bagai..last2 tak sampai 1/2 jam call kata dah nak balik..air pasang besar sebab ujan lebat sepanjang hari kot...huhu meroyan mr.hubby nak g mancing! kalo ngan wiyah mmg wiyah tak izinkan coz wiyah takut jadi apa2..tak boleh mmg wiyah pikir yang bukan2 nanti hehe..

mampu ambik gambar macam ni jer..malu nak ambik lebih2 haha

rezeki kami..dapat udang galah sepit biru besar2 12 ekor or lebih kurang 2 kilo macam tu! kalau kat pasaran yang saiz macam tu wiyah survey harganya dalam RM60/ kg...huh mak ai! biras wiyah simpan dalam peti tunggu sampai kami balik..nak tggu masak & makan sama2. ..ermmm mmg puas hati dapat makan udang galah ni tapi pikcer a bit kureng coz malu ngan pak mertua nak amik gambar lebih2 kan ..hihi,, apa yang ada wiyah share kat sini & resepi mee rebus terengganu dari biras wiyah yang bleh tahan gak cara masakannya..boleh menambah2 lagi ;-D

Mee Rebus Udang Galah Sungai Dungun


Mee Rebus Udang Galah Sungai Dungun
Sumber resepi : Biras wiyah anak jati Terengganu ;-)

Bahan-bahan: (sukatan agak2 jer yer)
  • 2kg Udang galah
  • 2 paket mee kuning @ mihun @ kue teow
  • sedikit sawi ,sebatang carrot, 2 biji tomato, baby corn & boleh tambah sayuran lain jika suka
  • 3 biji telur
  • daun sup & daun bawang, bawang goreng & asam limau utk nak tambah sedap kaww kaww lagi ;-)
Bahan tumis :
  • 1 bungkus kecil rempah 3 sekawan (bunga lawang, cengkih, kulit kayu manis)
  • 2 pek sup bunjut (wiyah guna ADABI)
  • 5 ulas bawang putih *
  • sedikit halia *
  • 2 sb lada hitam * (di tumbuk bersama)
  • sedikit minyak untuk menumis
  • Air (ikut suka nak kuah banyak mana)

 Cara Penyediaan:

  1. Panaskan minyak & masukkan rempah kasar 3 sekawan seketika. Kemudian masukkan bahan tumbuk dan tumis sehingga wangi & garing.
  2. Kemudian masukkan air utk kuah & masukkan sup bunjut. Biarkan mereneh & menggelegak seketika & masukkan udang galah dan sayuran lain. Dalam masa yang sama boleh pecahkan telur kedalam kuah 
  3. Perasakan masin & manis. Masukkan tomato & taburkan daun sup serta daun bawang.
  4. Siap boleh dihiudangkan bersama mee. Cara hidangan : Letakkan mee dalam mangkuk kemudian masukkan kuah & taburkan bersama bawang goreng & perahan asam limau.
p/s : kalau famili mertua wiyah..akan makan mee rebus ni bersama dengan sos cili & kicap cili padi potong. apapun bergantung kepada kegemaran masing2. Bagi wiyah lagi pedas lagi best..sampai berpeluh2 berair mata hehe

sempat jemput 2 jiran sebelah umah..rasa la sikirt sorang kan,, nak ajak u all alahai dah tak de la sori hehe...k daaaa..ok tengah kukus kek coklat moist lagi,,, malam ni ada makan2 kat umah mak...wahhh tak sabar nak makan nasi dagang kelantan malam ni..nyum2 ;-D

Friday, February 3, 2012

Kue Teow Soto

assalamualaikum...wbt

hurm...since now wiyah adalah pesakit so mulai dari hari semalam wiyah dah start list kan makanan yang perlu di elakkan..wiyah jugak dah jumpa dietition ..lama gak wiyah di consult,, dari A hinggalah Z,,so doktor ni akan jaga pemakanan wiyah..sebagai permulaan doktor mintak wiyah gantikan nasi dengan sebarang mee & elakkan semua makanan yang bersantan & berminyak..suggestion doctor suruh masak sendiri..wiyah mula tukar apa yang perlu,, next appoinment awal bulan 3! wiyah akan still publish menu2 wiyah tapi wiyah akan gantikan apa-apa yg perlu dalam pemakanan wiyah..harap maklum
  1. Gantikan minyak masak biasa dengan minyak jagung/ minyak bijan
  2. Gantikan gula dengan gula gantian stevia
  3. Lebihkan pengambilan sayuran & buah-buahan
so sbg 1st step..utk biasakan perut tanpa nasi,,bukan langung tak boleh ambil,, just kurangkan kuantiti kanji,kolestrol & karbohidrat dalam pemakanan, lebihkan pengambilan protein & vitamin,,wiyah mulakan dengan menu soto,, masih ada nasi tapi dlm kuantiti yang terhad..alhamdulillah permulaan yang menyeronokkan & insyaAllah berpanjangan

Kue Teow Soto
( Nasi impit + kue teow)


Bahan yang diperlukan:
  • 2 ketul ayam
  • 1 ketul nasi impit [poton 4] & sedikit kue teow
  • 2 ulas bawang merah + 1 ulas bawang putih + sedikit halia [ ditumbuk]
  • 1sb rempah sup adabi
  • sedikit carrot + taugeh + kacang + daun bawang & daun sup

Cara penyediaan:

  1. panaskan 1sb minyak jagung & tumiskan bahan tumbuk sampai garing
  2. kemudian masukkan air setakat mana kuah yang diperlukan & masukkan ayam. Masak sehingga ayam empuk & keluarkan ayam tadi. Siat-siatkan isi ayam
  3. masukkan rempah sup & reneh sup tadi. Perasakan sesedap rasa & bila dah siap boleh dihidangkan. Selamat mencuba ;-)
  4. Cara hidangan: Masukkan kue teow + nasi impit, kemudian taburkan isi ayam yang disiat-siat tadi, masukkan taugeh + carrot, daun sup...akhir sekali tuangkan kuah & sambal kicap pedas jika suka

Kue teow soto + milo kosong...menu untuk tgh hari semalam 

harap wiyah dapat memotivasikan diri untuk terus bertahan & cepat sembuh..Amin Ya Allah hanya padamu ku memohon

Friday, January 27, 2012

Macaroni goreng fast food

assalamualaikum..wbt

salam hari jumaat semua..hari yang baik hari yang mulia,, semoga hidup kita diberi keberkatan olehNYA,,alhamdulillah syukur kerna masih diberikan peluang untuk menikmati keindahan alam ciptaan Allah yang maha esa..Al-kuliyyah bersama wiyah 2012 ;-)

hurm..nak share menu malam tadi,, Macaroni goreng fast food ...kawan wiyah minta tulis resepi yang tak seberapa dari wiyah..coz wiyah just goreng macam goreng mee jer,,apa pon wiyah tunaikan permintaan tu walaupon segan coz wiyah bukan expert  tang masak2 ni..huhu

menu dinner malam tadi..dah jemu makan nasi,,skali skala ubah selera pon ok gak kan

actually wiyah nak wat macaroni seafood tapi pergi cari udang + sotong +ketam..semuanya tak ada!! nak isi ayam dah agak jemu..fuh tiap2 hari ayam xbes gak kan..last2 call en.suami minta belikan chicken ball + blackpepper sausage sebagai alternatif..

Macaroni Goreng fast food

Bahan yang di perlukan :
  • 1 genggam macaroni [di rebus terlebih dahulu]
  • 1 biji bawang besar +  1 ulas bawang putih [ di cincang halus]
  • 3sb cili giling
  • 1 batang blackpepper sausage + chicken ball
  • 1 biji telur
  • 2 biji cili padi 
  • sedikit sayur [ wiyah guna carrot + baby corn ]

Cara menyediakan:

  1. panaskan 3sb minyak & tumiskan bahan yang dicincang
  2. masukkan cili giling, masak sehingga naik bau & terbit minyak
  3. masukkan hirisan chicken ball & sausage & sayur , biarkan seketika dalam 2minit...masukkan telur
  4. kemudia masukkan macaroni yang siap direbus & perasakan SESEDAP RASA [ wiyah tambahkan sedikit kicap coz warnanya yang agak kurang menarik]
  5. siap & sedia utk dihidangkan..
p/s : macaroni lebih sedap dimakan ketika masih panas coz apabila sejuk ianya akan menjadi sedikit kembang & muak bila makan..apapun bergantung kepada individu 



macaroni kurang pedas coz en.suami tak selesa perut..so wiyah kurangkan cili & tambahkan sedikit kicap bagi menceriakan warna nya...sebelum masak hanya segenggam tapi bila dah siap masak...masyaAllah jadi 3x ganda inilah rezki namanya..kami makan separuh & lagi separuh wiyah hantar kat umah adik wiyah..alhamdulillah sekiranya kita bermurah insyaAllah akan dimurahkan juga rezeki buat kita ..

wiyah makan ini jer tapi kali 3...wakaka,,macamana la badan tak bambam kan kenkonon makan dalam pinggan kecik dpt psyco diri tak mkn banyak coz..menuruk info dr hot.fm apabila kita makan dalam pinggan kecik secara tak langsung makanan tu akan nampak banyak & membuatkan kita makan tak banyak!! huhu info ni sangat tak membantu wiyah...;-)

nak g supermarket jap..kalau rajin hari ni nak wat kek coklat la,,tp x tau menjadi ke tak!! k daaa ...nk ng beli barang dapur cket ;-)

Sunday, June 19, 2011

Kue Teow Hailam

assalamualaikum..wbt

salam malam minggu semua..hurrm apa aktiviti malam ni??? celebrate fathers day ker...wiyah pon nak wish happy fathers day gak kat ayah wiyah & ayah mertua...syukur kerna di anugerahkan kalian sebagai insan yang bermakna dalam hidup...kalian telah menjalankan tanggungjawab yang sebaiknya kepada wiyah & suami sebagai anak a.k.a menantu!! semoga hidup kalian dirahmati & diberkai serta diberi kesihatan yang baik oleh Allah s.w.t hendaknya...Amin [ oke habis versi ucapan..hehe]

oke la..malam ni wiyah nak share resipi mee/kue teow hailam yang wiyah masak 2 3 hari lepas..hehe dah basi ek,,takpe la basi pon basi la!! actually sibuk cket 2 3 hari ni..famili in law ada datang sini..so tak kan la menantu kesayangan ni nak online kan..haruslah sentiasa ke dapur bancuh air kopi cicah biskut jagung...haha,,kesian mertua itu jer yang menantu ni mampu hidangkan ...tak sempat nak masak sori yer [p/s: next time jgn dtg hari menatu bekerja..dah kena makan biskut jer ekekee]~ bajet mertua baca blog neh huahaha

jom kita tgk resepi mee/kueteow hailam ni..


apa bahan yang diperlukan :

1. MeeKue teow 1 bungkus ~ wiyah lagi suka kue teow coz rasa licin jer hehe
2. udang + ayam + sotong [ wiyah suka byk lauk] ~ boleh tambah telur kalau suka
3. bawang putih + cili padi [ tumbuk / blender]
4. carrot + baby corn + bunga kubis
5. sos tiram + kicap pekat + bancuhan tepung jagung

cara masak :

1. tumiskan bahan kisar / tumbuk sampai wangi
2. masukkan ayam ~ masak sampai agak empuk & masukkan sos tiram + kicap pekat 
3. then masukkan sotong + udang + kue teow + sayuran
4. masukkan bancuhan tepung jagung & masak sampai kuah jadi agak pekat [ ikut selera masing2]
5. boleh hidangkan dgn lada jeruk kalau suka ;-)

slalunya...mee/kue teow hailam ni sesuai utk sesi makan malam la...nak2 kalo time hujan or musim sejuk...mmg syokk habis!!! ;-)

dimasak & dimakan masa masih panas coz bila dah sejuk dia akn kembang & serap kuah tu...so akan  jadi muak serta tak sodap nanti!! or other alternative bila nak makan baru curahkan kuah kat atas mee/kue teow tu..tp makesure kuah kena la panas2..

kue teow hailam homemade @ our mini home sweet home!!

en.suami suka kuah lebih...so untuk yang ini mmg kuahnyer banjir la...hehe,,oke pada u ol boleh try nanti...resipi nya simple jer mudah untuk disediakan specially utk orang2 yang tersayang ;-)

Friday, May 20, 2011

Laksa Pahang a.k.a Laksa Lemak a.k.a Spagetthi Pahang

assalamualaikum

hai...slamat malam jumaat semua,,,,baca yasin tak tadi?? hurm skali skala at least kita sedekahkah surah al-fatihan & bacaan yasin pada semua saudara-mara serta umat islam yang telah pergi meninggalkan kita...ececeh berceramah yer wiyah malam ni,,,hehe tak de lah just peringatan utk diri sendiri jugak ..;-)

oke la..al-kuliyyah dah habis,,kita tgk kul 5.30ptg esok plak yer kat TV3...ngehngeh,,malam ni wiyah nak share satu menu/resepi  just nak memperkenalkan laksa pahang & cara2 makannya aje...resepi?? wiyah tak pandai sangat la ..sikit2 boleh la coz slalunya mak wiyah yg wat,,so today wiyah just nk tunjuk je la..hehe

or u ol bleh gak refer complet resepi kat portal rasmi Majlis Daerah Pekan, Pahang kat SINI
kalo mak wiyah just wat kuah laksa dia jer..yang lain2 sume beli kat pasar termasuklah laksa tu 1kg RM 5 kat pasar pagi kemaman slalunya mak wiyah beli...

or bleh gak tgk resepi kat SINI...lebih kurang mcm resepi mak wiyah :-)

credit to en.google


oke meh wiyah cite sikit pasal laksa ni...Laksa pahang ni lebih kurang macam laksa terengganu gak,,hurm bezanya tak tau la tang mana! LAKSAM pernah makan tak?? hah rasanya lebih kurang bezanya cuma laksa halus tp laksam tebal2 besar kan..hehe tu jer yg wiyah tau,,yang lain2 sume sama jer kot

bahan utama dalam LAKSA PAHANG: 

1. Laksa gandum beli kat pasar jer senang or rebus laksa segera yg kita slalu makan laksa penang  (tp tu laksa beras yer tak sama ngan laksa yang ni)
2. ulam-ulaman { slalunya timun, taugeh, daun kesum, ulam raja & apa2 jer bleh tambah}
3. cili kering kisar + belacan
4. kuah { ini yang paling penting kalo kuah tak sedap mmg garenti..laksa ni tak sedap tau}...wiyah suka kuah yang pekat & rasa pedas2 lada hitam...kat bawah ni cara mak wiyah buat kuah laksa ni bleh try kalo nak tau rasanya camane

****************

Bahan-bahan untuk buat kuah

Ikan kembung/selayang - 1 kilogram or agak2
Santan drp 1 biji kelapa { tgk nak kuah banyak mana la kan}
Bawang merah + bawang putih + halia 
+ Lada hitam { blender/ tumbuk}
4 keping asam keping 
garam - SESEDAP RASA

Cara-cara masak kuah laksa

1. Rebuskan ikan & asingkan isi dan tulang. then blender / tumbuk isi ikan kalo rajin :-) hingga halus.
2. Panaskan santan ngan api yang kecik jer then masukkan bahan yg di blender/tumbuk  & isi ikan + asam keping
3. Biarkan kuah mendidih dengan api yang kecil ( kacau slalu kuah tu yer nanti berketul2 plak ) + bahan perasa SEDEDAP RASA
4. Sedia dihidang bersama  laksa macam kat bawah ni...

*****************

masukkan laksa + kuah + belacan + cili kering + ulam

then gaulkan semuanya...perahkan asam limau & makan!! slurppppp hehe

P/S : insyaAllah kalau datang ke Pahang & Terengganu akan dapat jumpa ngan laksa ni..may be kelantan pon sama gak kot,,tp wiyah tak pasti sangat la..coz we ol kan berjiran so mesti la ada benda yang tersama kan..may be cara masak jer kot lain!! oke kalo dtg ke pantai ti ur jemputla rasa yer :-) daaa..thanks for reading

Saturday, March 26, 2011

Meehoo Goreng Singapura


oke..assalamualaikum,,,wiyah ada prasan visitor dari singapore tp wiyah xtau sape...if blogger tu baca,,wiyah harap sangat akak/adik dapat tinggalkan jejak kat sini...at least wiyah bleh dtg lawat umah akak plak yer...;-)

hurm pg ni wiyah masak meehoon singapura,,since perut lapar & meehoon yg dicelur utk mee sup mlm tadi pon ada lg so wiyah pon goreng la..dapat 1 mangkuk,,jadi la kan wat alas perut!! makan sorang2 dpn tv + air tea O panas..hukhuk sedih ;-(

oke layan jer la...resepi ni yer,wiyah xtau btol ke x cara wiyah ni,,akak/adik blogger singapore kalo wiyah salah sila betulkan yer...hehhe


*******************************
Meehoon Goreng Singapura


bahan2 :

1. meehoon
2. telur + ayam + ayur kubis + carrot
3. bwg merah + bwg putih + cili padi [ dihiris]
4. lada hitam [ditumbuk]


cara wiyah masak : ;-) [ikut suka hati jer]

1. goreng telur bagi hancur
2. then tumiskan bahan2 hiris td + ayam + telu + sayur
3. masukkan meehoon + lada hitam
4. tambahkan perasa SESEDAP RASA

actually kali ke-2 wiyah wat meehoon nie...dulu lupa da wat cane,,kali ni gunakan jer apa yg ada,,tp not bad ada gak rasa lada hitam tu la kehkeh

********************************

boleh cuba kalo teringin nak rasa yer ;-)
THANKS FOR READING

Tuesday, March 8, 2011

Kue Teow Tom Yam ala Thailand


selamat tengah malam semua..haih xkan da tdo kot!! awal lg kan..malam masih muda yer,,hurm bg student mcm wiyah ni mmg time mcm ni br nak bukak buku la..
skang bukak blog dulu then br buku yer..haha nk amik mood utk study statistik test hr khamis ni,,dr td buka buku mcm blur jer so better wiyah wat 1 n3 dulu la kan...
jom kita share resipi ni
....................
credit to YANA coz share this recipe & tips...for ur info yana ni officemate wiyah masa keje ngan developer kat besut dulu,,sangat baik & caring orang nyer!! lama sgt da tak jumpa,,xder masa sori yer yana sibuk sangat2 skang ni..slagi xabis blaja mcm ni la nampaka gaya nyer...
ada masa pjg umur insyaAllah kita jumpa nanti
....................
.
.
masak time blik kuantan hr tu,,masak utk adik wiyah yg tgh duk mabuk2 tu xberselera nk makan..asyik muntah jer!! [sampai adam pon ckp..ibu ni asyik muntah jer,,,eee kotor la ibu ni] erk pandai plak adam ckp mcm tu kan..tp mulut dia mmg ckp non stop mcm org tua skang neh!!

ok jom tgk resepi kali ni...masak apa yg ada jual kat kedai runcit tu jer!!

*****************************
KUE TEOW TOM YAM
*****************************


adam ckp...hurm cedap nye bau mee cik yah!! hehe

bahan2:

1. ayam+udang+sotong
2. babycorn + carrot+ bunga kobis + tomato & bawang besar
3. serai + daun limau purut
4. bwg putih + cili api [tumbuk lumat]
5. perencah tomyam
6. kue teow...meti la wajib kan!!


cara masak:

1. tumiskan bahan tumbuk
2. then masukkan ayam+udang+sotong+ serai + daun limau purut [sampai masak]
3. masukkan sayur + perencah
4. perasakan SESEDAP RASA masam,masin cukup
5. hidangkan [letak kue teow then curahkan kuah] macam kat bawah ni
.
.
.
V

erm..cane mudah kan,,;-)

hidang macam ni kalo nk taburkan daun saderi bagi bangkit bau..

OK...bila free & nk tau apa rasa tomyam ala thailand ni...bleh la try nanti yer,,last thank to yana coz sudi share tips ni,,mmg confirm sgt sedap!!

~ SHARING IS CARING~
uit yer ker....lain2 boleh tp suami tidak boleh dikongsi yer!! sangat2 membangkang POLIGAMI!!
haha tetiba jer kan..kahkah

Tuesday, February 1, 2011

Mee sup ke Mee Celup??

meh jemput makan semua...kehkeh

hurm plan dalam hati nak wat mee sup daging cuti CNY baru2 neh coz ada beli daging panas [fresh] kat pasar baru2 ni...blik pasar terus rebus disbb kn freez dah penuh,,so terpaksala direbus & dihiris nipis siap2 utk jimatkan space freez tuh...hajat dihati bleh buat daging masak merah nanti...[ nanti wiyah upload resepi tu yer]

bila da siap hiris daging tu...wiyah wat la rempah tumis utk mee sup,,oky sume jadi mcm resepi asal la....tapi bila makan en.hubby tanya nie mee sup ke mee celup?errrk??
aah wiyah br terfikir...wiyah wat mee sup tp rasanya sebijik sama mcm mee celup kelantan..hebat x wiyah masak 1 tp dpt 2 rasa!!! hakhak ...
agak lain & sedap gak rasanya [hikhik puji diri sendiri]...en.hubby pon puji siap tambah & thumbs up kat wiyah lagi..may be sbb lapar kot,,we oll makan kul 11malam time tuh..hehe org tdo we ol maak2 plak! thanks yer en.hubby atas pujian tu...menambahkan semangat utk try resepi2 yg lain plak!

ni la mee sup a.k.a mee celup kelantan

tambah ngan sambal kicap pedas = mmg best!

nk try resepi 2 rasa wiyah??? kalo nk try meh tgk sini...kehkeh

______________________________________________________________

bahan2:

1/2 kg daging [direbus & dihiris ]~ air rebusan guna utk wat kuah sup tu
bwg merah + bwg putih + halia = bahan tumis [ blender/ hiris]
rempah kasar + sup bunjut
daun sup + daun bawang + tomato [potong dadu]

cara nk sediakan :

tumiskan rempah kasar + bahan tumis + sup bunjut
then masukkan perasakan SESEDAP RASA & masukkan kedalam periuk yang berisi air rebusan...masak dlm 5 min lg [ ikut suka cara masing2]

then bley hidangkan dgn cara nih...;-D

isikan mee dlm mangkuk + tambahkan daging yg dah hiris td dlm mangkuk + sendukkan kuah + taburkan daun sup + daun bawang + tomato yg dihiris dadu td + bwg goreng cket

&

yg paling penting

mesti ada sambal kicap yg pedas [ bakar bwg putih 2 ulas then tumbuk ngan cili padi,,pastu leh gaul ngan kicap]..kalo ada lada jeruk lg bes !! ni kira penambah selera la...hehe

____________________________________________________________________

okeh kalo ada masa bley try nanti yer...nk tdo da daaaa


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...