To All My Friend, Lovely & Silent Readers

To All My Friend, Lovely & Silent Readers

Mohon maaf kiranya wiyah a.k.a Tuan Rumah tiada kunjungan balas/backlink /follow ke blog kalian, ini kerana disebabkan oleh ketiadaan link blog tuan/puan utk wiyah follow kalian. Jutaan maaf juga jika jarang ber'blogwalking' ke blog kalian (busy tahap cipan). In sha Allah jika ada kesempatan waktu wiyah akan ke singgah ke blog kalian..Peace No War!!

Followers

Imamku Hingga ke Hembusan Nafas yang Terakhir

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Lilypie Pregnancy tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Premature Baby tickers
"Some Love Stories...Live Forever"
Showing posts with label Pregnency. Show all posts
Showing posts with label Pregnency. Show all posts

Tuesday, December 10, 2013

Alhamdulillah..Dah boleh ajar panggil Along!!

Assalamualaikum wbt

Syukur pada NYA yang memberi kan rezeki..In Sha Allah dalam tempoh 7 bulan lagi wafi akan jadi abang!! Tahun depan berempat..wink wink ^_^..perancangan Allah lebih hebat dari perancangan manusia..kun fayakun!

Entry ini dibawakan oleh Vitamin Souq (Jemput LIKE page wiyah)

Delay period 1 minggu..Alhamdulillah terang & Jelas! 

Terkejut pada mulanya, saling berpandangan dengan suami & berfikir apakah kami mampu melaluinya..fikiran tertumpu pada anakanda wafi yang super duper aktif tp bukan hyperactive..huhu, setelah semalaman berfikir panjang..kami terima pemberiannya dengan redho & penuh rasa syukur..Sesungguhnya Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk hambanya..Ini juga di namakan rezeki! Harapan kami semoga kandunganni "bayi perempun" amin amin ya rabbal alamin.

Anakanda Aisy El Wafiey sudah mencecah 1tahun 2 minggu, walaupun rasanya wafi masih kecil tapi In ShaAllah kami akan cuba lakukan yang terbaik untuknya. Sekarang wafi terlebih manja & nak bertempek sepanjang masa..mungkin dia lebih awal faham apa yg mummy bakal lalui..hehe


Untuk kawan2 yang sedang ber TTC wiyah doa kan semoga rezeki kalian juga akn menyusul selepas ini..in sha Allah, Mohon jasa bai kawan2 juga Jemput Singgah/ Like page wiyah Vitamin Souq..Sokongan kawan2 amatlah wiyah alu2 kan..terima kasih.

Wiyah fokuskan produk kesuburan suami isteri, Alhamdulillah mendapat sambutan. Tentang harga?? Jangan risau..wiyah akan berikan harga yang terbaik & paling rendah di pasaran & free consultation sepanjang masa..

Photo: ♥SET KESUBURAN BAJET♥HARGA TERBAIK -RM100 ONLY!! ♥♥ 2 set sahaja♥♥Berminat?? Pm me or call/ sms / whatsapp 0199775808 | wiyah for fast reply. Tqvm.
SET BAJET..harga mampu milik!!


Full set suami isteri ..Harga terbaik di pasaran!! pm/sms/call/whatsapp for more details 

sekian..wassalam

Thursday, November 15, 2012

Tanda-tanda Hampir Bersalin

Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah sakarang dah masuk mggu ke-37++ kandungan..berat baby 3.3kg so far, insyaAllah pada mggu ke 38 wiyah dah dimasukkan ke wad..surat cinta dari hospital utk check in juga sudah dapat iaitu 20/11/12 seawal pukul 8 pagi melapor diri di Lobi Makmur HTAA Kuantan, 21/11/12 pula appoinment utk c-zer section coz baby wiyah berada dalam keadaan sonsang..;-(

di ketika ni..masih berdoa & berharap semoga ada keajaiban berlaku, harapan agar baby dlm kandungan ini akan berpusing kepala ke bawah..agar wiyah dapat bersalin secara normal! semoga Allah mendengar doa kami..amin Ya rabbal alamin

kepada semua kawan2..doakan semoga wiyah & baby selamat kedua-duanya

just for info tutk diri wiyah yang tgh berdebar2 menanti kelahiran ni & juga kawan2 yang mungkin tertanya2 apakah di antara tanda-tanda awal sebelum kelahiran..

kedudukan sebenar bayi & menunjukkan proses kelahiran \hampir berlaku..kelahiran secara normal

Tanda-Tanda Bersalin dari Alam Hamil.

Kontraksi Rahim
  • Kontraksi adalah tanda awal dan isyarat yang paling penting yang menunjukkan anda sudah sampai masa untuk bersalin. Sekiranya kontraksi sudah ada, cuba perhatikan masa, tempoh dan berapa minit jarak diantaranya. Kontraksi yang sebenar berlaku secara teratur dan pada jarak yang konsisten. Sekiranya ia berlaku setiap 5 min secara teratur dan semakin kerap, pergilah berjumpa dengan doktor untuk mendapat kepastian. Kontraksi biasa atau Braxton Hicks contraction agak berbeza, ia kurang menyakitkan dan tidak teratur dan akan hilang dengan sendirinya tidak lama kemudiannya.
Sakit Belakang
  • Sakit belakang sering menjadi masalah utama wanita hamil, tetapi ia juga mungkin satu tanda kelahiran. Sakit ini akan semakin kerap dan kuat dan rasa lebih teruk pada bahagian bawah belakang.
Pecah Ketuban
  • Dalam cerita drama atau filem, wanita selalunya sedar yang mereka bakal melahirkan apabila ketuban mereka pecah. Tapi ia bukan realiti sebenar. Kebanyakkan wanita langsung tidak mengalami pecah ketuban sehinggalah di saat-saat akhir proses bersalin. Yang kerapnya, doktor yang akan memecahkan ketuban anda untuk mempercepatkan proses bersalin. Pecah ketuban berlaku pada segelintir wanita hamil sahaja dan sekiranya anda mengesyaki yang ketuban sudah pecah, jumpalah dengan doktor dengan segera.
Bloody Show
  • Di saat awal anda bakal melahirkan, selalunya terdapat lendir pekat bercampur darah keluar dari faraj. Ini adalah pluk mukus yang menghadang sebarang kemasukkan asing kedalam serviks. Ia juga menghalang sebarang kuman dari merebak kepada bayi. Sekarang pluk ini sudah tiada dan bayi sudah boleh bergerak kebawah dengan perlahan-lahan.
Serviks Terbuka
  • Sebaik sahaja kontraksi berlaku, pangkal rahim anda akan menjadi lebih lembut dan lebih nipis. Walaubagaimanapun, cuma doktor sahaja yang boleh mengetahui perubahan ini semasa pemeriksaan faraj.

Tanda-Tanda Bersalin dari Forum Ratu Hati.

Bayi Turun Ke Bawah
  • Perut menjadi ringan sekitar dua minggu sebelum kelahiran kerana kepala bayi sudah pun 'turun' ke dalam kawasan rangka tulang pelvis. Anda mungkin terasa:
  • Sakit di bahagian kelangkang kerana bayi menekan.
  • Kerap membuang air kecil semasa ini kerana bayi menekan pundi kencing
  • Sakit perut & memulas
  • Kerap buang air besar
  • Kerap terkentut
Keluar Lendir Pekat Atau Keluar Darah Bercampur Lendir
  • Lendir pekat seperti gam lekang dari laluan pintu rahim apabila pintu rahim mula menipis.
  • Lendir bercampur darah pula keluar apabila pintu rahim mula membuka. Boleh berlaku beberapa jam atau beberapa hari sebelum bersalin. Segera ke hospital.
Sakit Belakang
  • Bayi beralih dan menekan tulang belakang anda.
  • Untuk mengurangkan sakit belakang anda, posisikan diri anda seperti merangkak (tapi jangan merangkak ke depan!), dan angkat atau tinggikan badan anda ke atas, tunggu kiraan 5 dan rehatkan badan anda. Ulangi lagi.
  • Anda juga boleh mengurangkannya dengan banyakkan berjalan. Ia juga akan mempercepatkan kelahiran anda.
  • Jika sukar untuk anda berjalan, minta suami anda urut belakang anda dengan kuat semasa anda berbaring mengiring.
Pecah Air Ketuban
  • Air ini biasanya keluar dengan banyak dari vagina. Warnanya jernih, tanpa bau. Segera ke hospital.
Pintu Pangkal Rahim Terbuka Dan Menipis
  • Doktor akan melakukan pemeriksaan vagina. Pembukaan di bahagian pangkal rahim atau servik dikesan dengan skala 1 hingga 10.
Kontraksi Yang Tetap Dan Berterusan
  • Kira kontraksi atau pengecutan otot rahim anda.

Tanda-Tanda Bersalin dari mengandung.com.

Biasanya ada 3 tanda utama yang menunjukkan seseorang itu telah hampir masa untuk melahirkan anak, iaitu:
  • Lumrahnya, apabila berlaku pengeluaran lendir yang bercampur dengan darah di faraj. Pengeluaran ini menunjukkan bahawa ruang serviks anda telah mula membuka dan menyebabkan cecair lendir bercampur darah tadi keluar.
  • Apabila air ketuban mula pecah dalam proses pengecutan rahim yang menyebabkan pemecahan karung bayi. Air ketuban ini berbau hanyir dan tidak bewarna. Tidak seperti air kencing yang bewarna kuning dan berbau hancing. Pastikan pada masa ini anda telah sampai di pusat bersalin yang telah dipilih, jika tidak segera dapatkan bantuan untuk ke hospital.
  • Apabila anda mula berasa sakit di bahagian perut dan belakang seumpama sakit tatkala senggugut, tapi yang ini lebih sakit dari senggugut. Sakit ini datang sekali sekala yang biasanya selang sejam, kemudian makin kerap sehingga selang 15 minit dan seterusnya setiap 5 minit dan rasa sakit makin kuat. Setiap kali rasa sakit itu datang, ia akan berlarutan sehingga 15 ke 30 saat.

Wednesday, October 31, 2012

WW: 35week pregnancy!

Assalamualaikum wbt

otw ke HTAA utk appoinment dgn pakar O&G..serta CTG Baseline utk jantung baby...Alhamdulillah segalanya dlm keadaan normal & terkawal..syukur pada mu Ya Allah

membesar & membulat dgn jayanya..alhamdulillah masih boleh drive ke sana sini ;-)
Hari ni : 31 Okt 2012 dapat anak buah baru..Syukur segalanya selamat, amin ya rabbal alamin

mata sembab,hidung bulat , muka berminyak2 & kembang semangkuk tak boleh blah..last week berat naik over d targer! 1.7kg in 2 weeks bayangkan betapa bersemangat nya mommy ni ;-)

esok ada appointment klinik lagi..rasa takut plak nak naik penimbang tu huhu

Monday, October 29, 2012

Handmade Khas Untuk Anakanda Tercinta

Assalamualaikum wbt

Excited menyambut 1st baby..hasil keras tangan dr moomy buat anakanada! walaupun takde ilmu jahit menjahit, tak pernah ada minat menjahit & of course takde mesin jahit !! dirumah hanya da set jarum & beberapa gulung benang basic color..tp demi utk mu anakanda, mommy cuba sedaya upaya utk membuatnya..mengambil masa hampir 2bulan utk disiapkan..Alhamdulillah walaupun senget benget , tak kemas jahitannya..tp mommy sgt berpuas hati ;-)

Tilam 100% kekabu oval shape with 1 bantal karipap bertelinga , 1 bantal 4 segi  & 2 bantal golek (tiada dlm gambar, siap lebih awal so simpan dlm kotak.. mls nak buka kotak)

yang ni plan nak wat travel..senang nak angkut coz kecik, setakat ni dah beli 3 jenis tilam baby + yg ni jadi 4..melampau kan ekeke

yang ni plak swaddle baby, asalnya beli kain flannel cotton kat kamdar utk buat tempah binder ..tp tukang jahit ckp kain byk lebih, dah buat barut 15helai (3 jenis kain) still ada kain lebih lagi...ambil kain lebih & wiyah terfikir nak buat swaddle ni, mmg sgt bercinta utk siapkannya! tp bersyukur..bila dah siap swaddle, sgt bepuas hati senyum sampai telinga..swaddle ni lain dr yg lain, takde jual kat mana kedai even dalam & luar negara tau! ekeke..ayat melampau kan!

corak kartun lebihan dr set cadar baby pon boleh la..en.suami gelak jer tgk wiyah ;-)

zoom dr dekat..swaddle with polkadot lace! 

Syukur dah sampai ke tahap trimester & minggu2 terakhir..insyaAllah lagi 3mggu menantikan saat2 yang indah tu akan tiba..semoga segalanya dipermudahkan olehNYA amin ya rabbal alamin

Wednesday, October 10, 2012

WW: 32 weeks pregnancy..Dah siap basuh !

Assalamualaikum wbt

hari ni entry tak bercakap..so kita layan gambar jer la! hihi..sebagai kenangan kami utk menerima kehadiran permata hati anakanda pertama kami...coming soon insyaAllah! Drp baju2 yang wiyah beli ni..Cer teka..gegirl or boboy?? hehe



















Alhamdulillah..mostly barang2 baby sumenya dah setel..hanya menunggu masa utk tiba ke saat itu..semoga semuanya selamat..amin ya rabbal alamin

Thursday, October 4, 2012

Mengidam di tengah malam: Spaghetti Sardin Simple

Assalamualaikum wbt

Selamat petang semua, hurmm tgh buat apa tu? bikin menu petang kah?? ngehh, hari ni hari BSP so kena control makan utk elakkan bacaan gula jadi merah..haha, control makan hari BSP saja..hari lain semuanya telan ;-), tak jujur pada diri sendiri kan..

apa bleh buat, selera makan lately jadi macam2 plak..seperti org yg mengidam di awal kehamilan! Bagi wiyah mmg tak mengidam sangat 5bln pertama dulu..adalah nak mkn itu ini, tapi kalau dpt lambat bleh bertahan lg..tp bila dah masuk trimester ke-3 jadi pelik plak..bila rasa teringin nak makan, nak time tu jugak! haishh sabar jer la..


disebabkan itu..terjadilah spaghetti sardin simple ni, kul 10 malam tiba2 rasa nak makan spaghetti..dasyat sungguh! bisik2 ngan mr.hubby..abg tolong baby masak spaghetti boleh?? mr.hubby ckp yes..apa lg terus ke dapur tung tang tung tang dah siap..guna 2 dapur 1 rebus spaghetti & 1 masak kuah ;-), saja wiyah nak share sini..nanti baby kecik ni bleh tau apa yg mommy dia mengidam kan  heheh

Hanya menggunakan bahan yang ada di dapur, rasanya lengkap secukup rasa (ala malaysia) walaupun bahannya tak selengkap original spaghetti..huhu 

Spaghetti Sardin Simple
Bahan-bahan:

  • 1/2 paket spaghetti (rebus bersma 1sb minyak masak)
  • 2 biji bawang besar holland (dicincang halus)
  • 1 tin kecil sardin (dihancurkan) *
  • 1 tin kecil tomato puri * wiyah guna ayam brand
  • 1/2 tin air
  • 2 biji tomato masak (diblender)
  • Garam dan gula
Cara penyediaan: 15 minit masa penyediaan
  1. Panaskan sedikit minyak jagung/zaitun & tumiskan bawang besar sehingga layu serta naik bau.
  2. Masukkan sardin hancur \,tomato puri , tomato kisar & air. Masak sehingga sebati. Gunakan api yang perlahan. Masukkan bahan perasa sesedap rasa.
  3. Biarkan bahan-bahan mendidih & menjadi agak pekat. Tak perlu lama kerana sardin sememangnya sudah masak.
  4. Cara hidangan: Putarkan spaghetti & letakkan di atas pinggan, kemudian curahkan sos spghetti/ kuah ke atas nya.Siap utk dihidangkan

Jemput makan semua, alhamdulillah walaupon hanya meggunakan bahan-bahan asas sahaja, tp sudah cukup memuaskan hati dapat penuhi keinginan nak ber'spaghetti' di tengah malam! syukur Alhamdulillah dgn rezki Mu ya Allah..


Tuesday, September 25, 2012

Panduan utk 1st tme Mommy to be!


Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah syukur 30minggu telah berlalu..rasa macam sekejap je masa berjalan, insyaAllah sekiranya tiada apa2 masalah..may be wiyah akan bersalin pada antara minggu ke 36-38..jaminan doktor yang wiyah tak boleh pergi sampai ke 40minggu disebabkan beberapa masalah kesihatan..

sebelum wiyah teruskan entry ni..wiyah mohon sejuta maaf andai kata entry ni ada mengguris hati kawan TTC..insyaAllah wiyah doakan semoga kalian dikurniakan rezki cahaya mata..sesungguhnya Allah maha mengetahui bila masa yang sesuai dengan kita!

so far..mostly barangan keperluan baby wiyah dah sediakan sedikit sebanyak menggunakan checklist yang wiyah google dr blog ibrahim-jihan.. terima kasih byk2, checklist ni sgt2 membantu wiyah utk membuat persediaan our 1st baby..of course mmg excited masa shoping barang baby..xboleh nak kawal diri ;-)..Jom wiyah share checklist keperluan baby..ada tambahan sikit2 wiyah tanya dr kakak2, kawan & org yg berpengalaman

NOTE: quantity bagi setiap barang wiyah tak follow, depends pada kita nak decide the qtty! Kalau ikutkan senarai wiyah mmg over budget..bila nak basuh baru perasan yg wiyah beli pakaian baby lebih dr 50 pasang!! wow mmg wiyah sendiri pon terkejut..hehe, tak perasan masa membeli sbb byk peringkat..bila kumpul2 semua yg sama color & pattern pon ada..hihi sabar jer la ;-)

Clothing ( wiyah bersalin musim hujan..so kena consider baju lebih skit)

  • Baju Lengan Pendek - 4
  • Baju Lengan Panjang - 4 (kalau rumah sejuk/kalau tak 2 pun cukup - tambah bj lengan pendek)
  • Seluar Pendek - 2
  • Seluar Panjang - 6
  • Baju Jalan - 2
  • Barut - 10 - dapatkan 2 saiz
  • Bedung - 3 helai
  • Handkerchief - 4
  • Romper & carters - 3
  • Mittens & Booties - 8
  • Socks - 2
  • Hat - 1

Untuk baju n seluar saiz (New Born/Size 12/Size 14) - Campur2! Kalau rumah panas..beli yang baju yang lubang-lubang..selesa baby pakai siang..

Feeding (Bergantung kepada nak Breatfeeding or campur)

  • Breast Pump* - 1
  • Termos - 1 
  • Feeding Bottle - 2
  • Bottle and Teat Brush - 1

Nursery 

  • Baby Cot* 
  • Mattress - 1
  • Baby Pillow & Bolster - 1
  • Baby Pillow & Bolster Case - 1
  • Mosquito Net - 1
  • Receiving Blanket - 1
  • Blanket - 1

Bathing 

  • Bath Tub - 1
  • Toiletries (Travel Pack)- 1p
  • Towel - 2
  • Cotton Balls - 1p
  • Cotton Buds - 3p
  • Baby Comb/Brush - 1
  • Baby Manicure Set - 1
  • Nasal Aspirator - 1 - penting kalau baby selsema

Diapering 

  • Changing Mat - 1
  • Baby Wipes (Pureen) - 2p
  • Disposable Diaper (Newborn) - 1p
  • Napkins - 2p
  • Diaper Rash Cream (Drapolene)- 1 ( xjumpa cari)

Traveling

  • Stroller* - 1
  • Infant Carrier/Moses Basket* - 1
  • Diaper Bag - 1
  • Baby Sling* - 1

Others

  • Nappy Kleen - 1
  • Bakul Baju Baby* - 1 (wiyah beli storage box jer)
  • Minyak Telon - 1 ( bayini mestika, yu yee)
  • Gripe Water - 1Album* - 1 ( x tau air apa ni)
  • Toy* - 1

Mommy's Care

  • Socks - 2 @ lebih
  • Kain batik ( berpantang kan mana bleh pakai seluar)
  • Nursing Bra - 4
  • Nursing Pad (Washable) - 2
  • Nursing Pad (Disposible)- 1p
  • Maternity Pad (Pureen) - 2p
  • Disposable Panty - 3p
  • Nipple Cream - 1

Semoga checklist ini dapat menjadi info pd semua mommy to be ;-)

Tuesday, September 11, 2012

Allah Lebih Menyayangimu..Alfatihah buat Bapa Mertua!

Assalamualaikum wbt

Ucapan takziah buat keluarga en.suami diatas pemergian ayahda tercinta pada hari isnin yang lepas..03 Sept 2012 bersamaan 16 syawal 1433, 11.45am di Hospital Dungun, Terengganu. Sesungguhnya Allah lebih menyayanginya..Al-fatihah buat beliau..Semoga rohnya dicucuri rahmat & diletakkan dalam golongan orang2 yang dikasihi ...Amin Ya rabbal Alamin.

Al-fatihah buat;

Allahyarham Ramli Binti Fatimah
02 Januari 1950 - 03 September 2012
(52 tahun)

Ya Allah..kami bermohon pada Mu agar segala amalan kebaikannya di dunia diterima olehmu..Ya Allah kau ampunilah dosa-dosa sepanjang hayatnya, Ya Allah kau ringankanlah azab kubur padaNya ..Ya Allah kau tempatlah arwah dalam kalangan orang-orang yang di kasihi..Amin Ya rabbal Alamin.

Nota mommy baby: Baby wiyah tak bergerak lebih dr 24 jam..berfikir positif & terus berdoa tanpa henti mohon Allah panjangkan usia zuriat kami & dijauhi dari segala perkara negatif..Alhamdulillah syukur baby bergerak semula pada tengah malam berikutnya..fikiran wiyah & suami, mungkin baby dapat merasakan kesedihan yang kami alami menyebabkan baby tak seaktif biasa..Doa kami semoga baby kami sihat walafiat, amin ya rabbal alamin.

Thursday, August 16, 2012

Salam Aidilfitri 1433H @ 24weeks pregnancy

Assalamualikum wbt

Dikesempatan ini..wiyah nak ucapkan selamat tinggal Ramadhan 1433H & Selamat datang Syawal 1433H kepada semua kawan2, blogger, silent reader & pada semua yg sudi menyinggah kat sini..Semoga amalan ibadah kita diterima oleh Allah swt & mendapat keberkatan..amin

-Harapan semoga tahun hadapan kita dipanjangkan usia & dapat bertemu lagi InsyaAllah-
Mohon maaf diatas segala kekasaran bahasa yang mungkin menyinggung sesiapa sahaja sepajang wiyah menulis disini..maaf diatas segala ketidaksengajaan..Jutaan ampun wiyah pohonkan.

Ingatan tulus IkhlasDari :
Wiyah, Husband & our  baby


Syukur alahamdulillah..tahun ni kami akan beraya 2 3/4..insyaAllah tahun depan bertiga plak..setelah 5 tahun kami beraya berdua..Sesungguhnya Doa kami didengari. Apa yg lebih mengembirakan..kami buat detail scan last week & alhamdulillah progress baby so far so good, normal & active! Doc xleh nak ambil picture baby coz baby gerak terlalu active..patutla perut wiyah rasa macam berkeroncong jer slalu..sepanjang hari, rupanya2 disebabkan baby bergerak terlalu active..it's ok wiyah sgt happy dgn perkembangan baby..pengalaman yang sangat indah tak dapat nak diluahkan dgn kata..

sgt2 tembam..berat naik 3kg sepanjang pregnant!! Doc sudah bising..huh

" bergenang air mata KAMI tgk baby yg sedang bergerak2 dlm perut"
Doc kata..baby tengah azan (tapak tangan pada telinga)..so sweet, so excited & cant wait to face d moment..

credit to mr.google 

SALAM AIDILFITRI 1433H...MAAF ZAHIR & BATIN

Friday, June 1, 2012

Week 14 & Recipe Paru & Kentang Goreng Berlada

assalamualaikum wbt

Percubaan untuk update blog semula, ambil mood utk menulis.. dr tgh hari tadi jenuh nak buat 1 entry hehe tp alhamdulillah bleh publish gak kan! Mood dah kembali seperti sediakala. Dah boleh masak2 tapi MALAS nak ke dapur..nak basuh pinggan pon alahai bercinta kat sinki tu ;-)

Syukur..hari ni dah masuk minggu ke-14 kandungan wiyah. Scan dah nampak heartbeat baby..laju berdegup. 
Doktor ckp baby  aktif..& lebih besar dr progress sepatutnya. lega sgt2 bila doc ckp baby aktif tp ada yg tak leganya ada diabetes la plak..next week dah start jumpa dietition, BSP, perlu insulin 4x sehari 2 minggu sekali. Apa pon wiyah harap semoga semuanya berjalan lancar & pemakanan perlu dijaga..dats y dah kena masak sendiri. so sendiri mau ingat la kan apa yg bleh & apa yg tak bleh ;-)

hehe..dalam masa yang sama wiyah nak update resepi dapur yg baru berasap..just simple2 walaupun bkn slalu ke dapur huhu.


Paru & Kentang Belada (versi taki pedas)

Bahan-bahan: 
  • 200g paru (direbus bersama sedikit lengkuas & serai)-> utk hilangkan bau hamis
  • 2biji kentang (dipotong memanjang & di goreng seketika sehingga masak)
  • 1biji bawang besar (dipotong memanjang/bulat/dadu)
  • 3sb cili kisar & 3sb sos cili
Cara Penyediaan:
  1. Panaskan sedikit minyak & tumis bawang sehingga wangi. Masukkan pes cili kisar, masak sehinga pecah minyak.
  2. Masukkan cili sos & sos tiram. Perasakan dgn sedikit garam serta gula. 
  3. Masukkan paru bersama kentang. Gaul rata & siap utk dihidangkan.

Monday, May 21, 2012

Sapu-sapu habuk & Terima kasih semua

Assalamualaikum wbt

1st skali wiyah nak ucapkan jutaan terima kasih pada semua ahli keluarga & kawan2 yang sudi mendoakan keselamatan wiyah+baby. Semoga hidup kalian dirahmati oleh Allah swt. wiyah doakan pada semua kawan2 yang masih menjalani TTC..teruskan usaha anda & jgn berputus asa, insyaAllah  akan dimakbulkan satu hari kelak. A big congats pada emmy yang berjaya..& double happiness dianugerahkan twin baby, penantian yang sangat besar nikmatnya... Syukur dipermudahkan perjalanan 3bulan pertama semoga perjalanan seterusnya akan terus dipermudahkan utk mengharungi 40minggu nan indah bersama kawan2 semua.

Alhamdulillah syukur, masih bleh berblog..mood dah ok! dah lama rasanya tak mengarut kat sini, hampir 2bln lebih kot!  mood mmg totally down sehabis2nya ..langsung semuanya ke laut, ke hutan,berterbangan di udara.. Huh mood nak masak, nak membaca , nak mengedit pe tah lg mood nak menulis. 

Berada di akhir Trimester Pertama, mood pon dah semakin ok..dah boleh memasak & buat pe yg suka dulu kecuali buat keja2 bakery & masak nasi  (bau busuk masa nasi mendidih mmg tak leh nak tahan langsung) jer yang tak boleh.. Sebagai tanda kesyukuran kami diatas rezki yang diberi, wiyah & suami mengadakan sedikit kenduri kesyukuran. Pulut kuning + Rendang Ayam dibawa ke masjid semasa ceramah mingguan kat kampung wiyah, disertai dgn solat hajat beramai2 bersama ahli keluarga semua. Syukur alhamdulillah semuanya berjalan dgn lancar.

wiyah tak sempat abadikan kenangan masa kenduri tempoh hari, kamera pon tak tau duk mana time tu skang br la nyesal sbb tak amik gambar hanya 1 ni jer guna tab masa rendang duk dlm kuali..itu pon sbb nk upload kat fb sbb nak jeleskan adik wiyah nun jauh di Sabah..hehe ni la padahnya bila niat jahatkan. ;-)


Terima Kasih diatas pemberian nikmat rezeki yang tak henti..Amin

Monday, April 2, 2012

Terima Kasih Ya Allah..

assalamualaikum wbt

Alhamdulillah syukur pada Mu Ya Allah..terima kasih diatas kurniaan ini..terima kasih kerna mendengar doa kami..InsyaAllah dalam masa 7 bulan ++ kami akan jadi bertiga amin Ya rabbal Alamin. 


wiyah nak alami saat2 indah macam ni..insyaAllah wiyah akan lalui keindahan nikmat ini dgn penuh kesyukuran pada mu Ya Allah..Doakan perjalanan 9 bulan 10 hari wiyah di permudahkan & selamat hingga tiba masanya nanti..amin

Thursday, February 9, 2012

Himpunan petua-petua mohon zuriat

 assalamualaikum wbt

wiyah terbaca dari blog the inspiration..& terdetik utk dikongsikan bersama,, semoga kita mendapat manfaat daripada ilmu ini..Jom sama-sama kita amalkan & memohon kepadanya...macam-macam petua dikumpul apa pun, berdoalah kepadaNya mohon ikhsan Allah untuk beri rezeki kerana Kun Fayakun Allah maha hebat!

Sumber : share dari blog The Inspiration (tokey homestay kat langkawi) ..view berdekatan dengan sawah padi,, sgt syok!! dah lama mengidam nak stay kat umah tepi bendang,, bangun tgk bendang alahai mesti syok kan ;-)..sambil beramal  jom sama kita berhanimun kat homestay villa langkawi..;-),, puan rose ada promosi lg ke?? 
nice kan..bangun pagi dpt tengok ni & hirup udara segar ;-)

Himpunan petua-petua mohon zuriat
  • amalkan makan secara konsisten suami dan isteri,, pesan seorang sahabat --> kismis hitam dengan susu
  • ada pula sahabat--> minta cuba amalkan makan buat zuriat buah adam dan hawa
  • ini ada lagi petua--> makan kurma dan susu lembu

Kpd psgn yg belum mendapat cahaya mata...segenggam kurma yg dibuang bijinya dari suami, segenggam dari isteri, dicampurkan dgn susu kambing,kemudian di blend together, minum sorang segelas shj.amalkan sekali shja..kemudian setiap pagi amalkan minum susu kambing dan amalkan bacaan surah mariyam ayat 1-12. Insyaallah dlm msa setahun....ianya lebih dari 1000 psgn dah terbukti....wallahu'allam....

P/S: masa mengamalkan ini, elakkan mengambil makanan&minuman tajam spt limau, asam & etc..

ukhtie pula pernah menulis di blognya...Doa mohon zuriat..Doa amalan yang ingin saya kongsikan di sini adalah apa yang dikongsi oleh seorang sahabat saya ketika belajar dahulu.

"Setelah 5 tahun berkahwin dan belum dikurniakan cahaya mata, mereka berusaha melalui perubatan Islam.Mereka bertemu dgn Ustaz Tirmizi Zainal di Melbourne (mereka berada di Melbourne ketika itu).Selepas berubat dengan ustaz, ustaz memberikan doa drp buku Perubatan Islam tulisan Dato' Harun Din."

Mereka suami isteri telah mengamalkan amalan di bawah bermula bulan Ramadhan.Atas rahmat dan kasih sayangNya,sahabat saya disahkan hamil anak sulung mereka(idris) dan hampir setahun selepas kelahiran Idris mereka dikurniakan kembar lelaki pula,SubhanaAllah.

Doa ini memang sengaja dikongsikan sahabat saya ini supaya dikongsi-kongsikan dengan sahabat-sahabat yang lain.Perkongsian ini sangat mengharukan sekali bagi saya.Dan saya tidak tergamak menyimpannya sendiri.

AMALANNYA:

Setiap kali slps solat Subuh dan Maghrib, bacalah ayat di bawah:
1. Al fatihah, diikuti
2. Ayat 89 surah Al-Anbiya'
3. Ayat 38 surah Ali Imran
4. Ayat 30 surah Al-Anbiya'
5. Kemudian baca 7 kali doa berikut:

"Subhanahu man amruhu baynal kaafi wan nuun. Subhanahu man amruhu iza araada syai an an yaquula lahu kun fayakuun. As 'alullah al-'azim rabbul 'arsyil 'azim an yashfiyana.

SELAMAT MENCUBA

Friday, February 3, 2012

Hati bengkek kat hospital..

assalamualaikum..wbt

salam hari jumaat semua..hari ni adalah 1st day wiyah tahu bahawa diri wiyah adalah 'pesakit diabetes'..semalam appointment utk result darah 2 bulan yang lepas..doktor dah jumpa faktor/punca wiyah keguguran sebanyak 4x!! ya puncanya adalah DIABETES or kencing manis..
bacaan darah dalam keadaan puasa : 15.6 mmol/L,, bacaan selepas minum air gula : 10.3  mmol/L, ..& semalam check lagi result : 12.1 mmol/L kiranya pada tahap yang kritikal!! patutlah wiyah rasa mengah jer lately ni..jalan sikit rasa mcm naik berpuluh2 anak tangga! ini puncanya..wiyah karang ni dinasihatkan utk tak pregnant dalam maa terdekat..at least gap 2 ke 3 bulan until gula dlm darah back to normal 8-6 mmol/L
beratus biji ubat yang perlu ditelan dlm masa sebulan..ya Allah macamana ni! di usia 30tahun wiyah dah mengidap penyakit macam ni...dalam keluarga mmg tak ada ketururnan kencing manis..nak kata wiyah ni pemanis..rasanya tak suka manis!! (rasanya la kot)

***********
maaf..bukan niat utk menyalahkan sesiapa,, just sebagai pengalaman utk di share kpd yang senasib ngan wiyah..

before dis buat check up mmg normal.( every year buat check up)..tp last month HTAA ambil sampel darah 20 oz utk mencari punca kes wiyah coz wiyah buat request pada pihak hospital utk dapatkan punca kejadian till d end..yer till d end!! tak kira by hook or by group wiyah nak tau gak puncanya walau apa cara sekalipun..mmg ayat wiyah agak kasar & kejam time tu,, wiyah wat comment & surat HTAA tentang kes wiyah..then wiyah tulis lg 1 surat komen & beri ayat yg sedikit mengugut utk hantar komen ke akhbar harian..hurm lepas dari tu baru lah ada action.. 
HTAA reply surat mohon maaf atas apa yg wiyah comment dalam surat tu..& mintak tak besarkan kes ni ,,3 surat mohon maaf okeh!! ..wiyah bukan fight utk diri wiyah sorang jer tp juga utk org lain yang tak berani bersuara..kita juga ada hak sbg rakyat malaysia utk terima rawatan sebaiknya!! bila refer ke swasta kata banyak duit ..tak profesional langsung,,padalah dah senior doctor tu [ doktor sendiri yg keluarkan ayat tu dpn wiyah time wiyah warded last 2 year]
2010 & 2011 " 4x saya refer kes keguguran saya di HTAA..sampai sekarang still tak dapat cari punca kes..ambil darah dah  6 kali..tapi tiap kali pergi fail pesakit hilang, result darah blom dapat lagi walaupon dah 4 bulan???  rasanya dah 3x appointment last year..nurse bg tau fail hilang!! mmg geram sgt time tu..bagi alasan org WAD tak hantar ke unit O&G..wiyah jawab dah 3x kali saya dtg tak de fail tak kan tak buat follow up fail tu ada kat mana...terus diaorg diam & tanya wiyah kerja mana,,wiyah ckp saya suri umah sepenuh masa..hikhik
2012..semalam pon kes yg sama gak!! lebih dr 1 jam lebih wiyah tunggu utk turn..& bila dah sakit hati wiyah gi tanya kaunter..nurse jawab: fail puan hilang"..haih mmg lagi geram la..dengan nada yg keras..wiyah cakap saya tak kira hari ni saya nak jugak fail saya & nak tau keputusan darah saya!!..last2 diaorg pergi ke ward kot cari fail..tak sampai 1/2 jam dah jumpa fail!! so skang dah tau la..either wat kerja ke tak kan??? hurm..tak tuduh semua nurse tp bila dah 3x kali siapa tak hot kan...En.SUAMI adalah saksi segalanya!! HTAA gunakan prosedur apa yer utk buat filing..tiada tindakan susulan dari kes tu,

*******

sedang mencari produk utk penyakit ni...ada sape yg ada pengalaman tentang produk dR betes keluaran DR. Rozmey??? 

wiyah nak try makan produk ni..tadi dah kol pengedar utk try dalam tempoh sebulan..
harap2 berkesan pada wiyah & dalam masa yg sama kena jaga makan ..no more cake, no more desert , no more sugar...semua kena gantikan dengan gula gantian! & yang paling penting regular excercise!

from now tiada makanan dari luar..semuanya perlu dari rumah!!!

Saturday, November 26, 2011

Dimana boleh beli buah zuriat ---> buah adam hawa & serbuk bunga kurma??

assalamualikum...wbt

salam maal hijrah 1433H..semoga tahun baru islam ini akan memberi lebih keberkatan hidup kepada kita semua insyaallah! Doa wiyah menyambut tahun baru islam adalah semoga impian wiyah utk mendapatkan cahaya mata termakbul pada tahun ini..amin amin ya allah,, semoga doa kami didengari serta di makbulkan olehMu Ya Allah..( sambil menulis menitis air mata,,tak dapat tahan rasa sebak coz hari ni seharian duk main ngan baby cukina..rasa sayang sangat & feeling jd ibu walaupon sebagai ibu sadara saja) ;-(

disini wiyah nak share satu blog yang memang khas menjual produk usaha untuk mendapatkan zuriat dari mekah..ramai yang bertanya kat mana nak beli buah adam hawa & serbuk bunga kurma,,ok kat sini wiyah sertakan link & pakej produk yang dijual di blognya

** wiyah pernah buat n3 & cara makan produk ini kat SINI **

InsyaAllah sekiranya terdapat kemuskilan..apa yang wiyah boleh bantu,, wiyah akan cuba sedaya upaya,,kita hanya berusaha, mencuba, berdoa & bertawakkal pada yang maha PEMURAH..

Link Blog : Rumpunnya Kasih Harmoninya Sayang  ( just click the link)

Pakej Produk yang dijual :

maaf..wiyah just copy & paste dr tuan empunya blog,, so may be sedikit tak cantik pada n3 ni yer!
1 kotak serbuk debunga kurma +
2 biji buah zuriat (percuma! ) = RM 45 termasuk pos laju



1kotak serbuk debunga kurma + 1 set buah zuriat
(ada 10biji) = RM 88.00 sahaja (termasuk poslaju!!!)


kedua-dua produk telah berada di Malaysia,, so sila dapatkannya sebelum terlambat..wiyah just bantu apa yang wiyah boleh bantu,.

~ Semoga info ini dapat membantu kalian semua~
Amin ya rabbal alamin

Wednesday, November 9, 2011

Wordless Wednesday I Jom Breakfast!

Jom breakfast Tuna Sandwich...bangun pagi nak gi appointment hospital hari ni,, ada 5 apointment hari ni ! Semoga semuanya berjalan lancar...amin.

wiyah letak kat atas meja...jemput la makan,,jangan segan2,,,tambah lagi ada banyak lagi kat dapur tu...hikhik




erkkkkk kenyangnya,,,alhamdulillah syukur rezeki hari ni,,wiyah gerak dulu yer ;-D

Saturday, August 27, 2011

Diuji lagi untuk kali ke-4..aku redho

assalamualikum wbt

salam ramadhan ke-27 & selamat pulang ke kampung & salam aidilfitri 2011...buat semua kawan2 , blogger & silent reader..thanks coz sudi singgah & jenguk kat sini

saat n3 ni ditulis wiyah baru jer discharge dari wad @ HTAA due to miscarriage again for the 4th time pregnancy!! alhamdulillah syukur coz complete abortion @ toilet at home by 4am on 25 August 2011 thursday... 

segalanya telah tertulis & dirancang baik olehNya.....semoga ada hikmah disebalik semua yang berlaku..Kami redho & pasrah dgn kehilangan BABY kami untuk kali ke-4,,sesungguhnya ketentuan dariMu adalah yang terbaik buat kami,,kami berdoa agar ada lagi rezeki untuk kami..

tahun ni raya dalam berpantang ;-(

akan kami terukan usaha & momohon doa pada Mu ya Allah..

pada semua...wiyah ucapkan selamat hari raya & berhati-hati semasa dalam perjalanan & selamat ampai ke destinansi yang ditujuui..insyaAllah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...