To All My Friend, Lovely & Silent Readers

To All My Friend, Lovely & Silent Readers

Mohon maaf kiranya wiyah a.k.a Tuan Rumah tiada kunjungan balas/backlink /follow ke blog kalian, ini kerana disebabkan oleh ketiadaan link blog tuan/puan utk wiyah follow kalian. Jutaan maaf juga jika jarang ber'blogwalking' ke blog kalian (busy tahap cipan). In sha Allah jika ada kesempatan waktu wiyah akan ke singgah ke blog kalian..Peace No War!!

Followers

Imamku Hingga ke Hembusan Nafas yang Terakhir

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Lilypie Pregnancy tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Premature Baby tickers
"Some Love Stories...Live Forever"
Showing posts with label Puding. Show all posts
Showing posts with label Puding. Show all posts

Wednesday, March 14, 2012

Puding Triffels Oren & Kiwi

assalamualaikum wbt

skang ni musim hujan..tiap2 hari hujan macam musim banjir la plak rasanya. hurm hari ni nak update resepi last week..masa cuaca panas sangat2,, so bila time panas mesti tekak terasa kering jer kan & nak basahkan tekak dengan benda manis & sejuk. Tapi kalau hari sejuk/hujan taksesuai makan ni sebab nanti asyik nak ulang alik toilet jer haha..Last minute b4 en.suami balik kerja baru terpikir nak buat ni..nasib baik sempat sejuk & mengeras time suami balik keje. Bila dah buat baru la tau..rupa tak la susah sangat buat triffels ni yer,,,mmg tak pernah buat sebab ingat susah hehe,,rupanya tak sampai 1/2 jam pon dah siap sebab nya bahan semuanya readymade just masuk2 jer dah pon siap...zaman canggih so semuanya cepat,, tinggal rajin ngan tak jer kan!! wiyah memang tak la..kena ikut mood hihi

ok..jom wiyah share resepi dari kak hanieliza...sifu masakan wiyah! tak kira la kat blog ke, fotopages ke, buku2 masakan beliau ke...memang tempat rujukan utama wiyah. Baru2 ni kawan wiyah kawen & wiyah hadiahkan buku 1 hari 1 resepi...alhamdulillah pengantin suka sangat2..untuk keberkatan air tangan isteri masak utk suami & anak2 kan insyaAllah..itu la tujuan wiyah sebenarnya ;-)

kombinasi antara kek vanila swiss roll + kastad susu + agar2 perisa sanquick + buah kiwi fresh

Triffels Oren & Kiwi

Bahan-Bahan:  ( wiyah buat 1/3 dari adunan kat bawah ni )
  • 1 bungkus/pek kek swiss roll 
  • 1 kotak agar-agar segera (Lady's Choice) - perisa strawberry - wiyah guna yang asli pastu tambah 2sb pes oren sanquick
  • 1 tin fruit cocktail - wiyah guna potongan buah kiwi fresh / boleh juga guna buah laici dalam tin
  • 2 sudu besar tepung kastard 
  • 3 sudu besar gula 
  • 3 cawan susu segar -wiyah guna susu cair

Cara Penyediaan:
  1. Campurkan tepung kastard, gula dan susu dan masak sehingga menggelegak dan kepekatan. angkat dan biar sejuk. 
  2. Potongkan kek swill roll dan susun ke dalam bekas (kalau nak cantik..masukkan dalam bekas kaca..nanti nampak lapisan triffle ni) sehingga penuh.
  3. Kemudian ambil sedikit jus buah cocktail dan tuangkan keatas kek tadi.-wiyah skip sbb guna buah kiwi fresh
  4. Tuangkan kastard tadi keatas kesemua kek sehingga rata. Biarkan ia mengeras sekejap dalam 15 minit. 
  5. Taburkan buah cocktail/ buah laici/buah fresh keatas kastard tersebut. 
  6. Bancuh agar-agar segera mengikut arahan yang telah disediakan dan tuangkan keatas buah cocktail tadi. 
  7. Masukkan ke dalam peti sejuk. Siap untuk dihidangkan.



Jemput makan puding tapi puding dah habis ngappp daa...nak rasa bleh try buat resepi ni eh SELAMAT MENCUBA

Tuesday, March 13, 2012

Caramel Super Moist Choc Cake

assalamaualaikum wbt

alhamdulillah syukur kerna dapat bersiaran lagi hari ni setelah sekian lama..lebih kurang 3 minggu kot,, mood tak tau pergi ke mana..even nak view blog pun malas apatah lagi nak menulis kan..alhamdulillah hari ni semangat nak ber n3 datang dgn tiba2..tak tau dtg dari mana hihi...so bila dah datang mood tu mesti la cargas cket kan..transfer pikcer, edit pikcer bagai..harap mood nak berblog tak stop macam tu jer..

semalam wiyah terasa nak makan kek..then terus cergas ke kedai bakery walaupun hujan lebat,,haiiih teruk kan! ..balik tu terus buat tung tang tung tang sampaikan nasi pon lupa masak kahkah,, so makan kek jer la we all semalam,,,may be gak mood datang lepas makan kek semalam..ishh bleh plak macam tu kan...hehehe,,apa2 je la wiyah ni..mengarut je ;-D

ok lah..since mood wiyah nak ber n3 hari ni ok,, so wiyah nak share resepi kek yang wiyah buat semalam. Walaupun tak seberapa..tapi syukur alhamdulillah dapat buatkan kek dengan air tangan sendiri untuk suami & keluarga ;-)

Caramel Super Moist Choclate Cake


kek ni adalah combination antara kek coklat super moist yang bagi wiyah mmg the best ever lah hihi dr Puan Munira Baharom di C&P dari blog kak normasni@coretan dari dapur & puding topping dari Sky Blue's Kitchen. Rasa kek ni mmg hebat..ayat poyo haha,, oke2 serius wiyah cakap rasa lembut, lemak puding tu mmg perfect la dengan rasa kek coklat yang tak manis sgt & ada rasa pahit2 cket rasa nescafe sbb tak nak bagi muak sangat...hurm ini 1st ry,, next week bleh buat utk birthday kenduri umah mak wiyah la plak ..introduce hehee

Resepi Topping Karamel

Topping  wiyah C&P resepi dari dapur Sky Blue's Kitchen..baru2 ni  kak ummi ada kongsikan kek karamel coklat tapi menggunakan kaedah bakar,, wiyah mmg tak ada acuan canggih yg boleh masuk oven macam tu! hehe so wiyah adjust cket la guna kaedah kukus..hehe. 

Bahan Puding Karamel 
  • 3 biji kuning telur (wiyah tak letak sbb takut muak + kek coklat yg dah byk telur kan)
  • 1 cawan susu cair 
  • 3/4 cawan susu pekat manis
  • 1/2 sudu teh esen vanila
Cara Penyediaan:
  1. Kacau sebati semua bahan (tak perlu kuat-kuat, kacau lembut sahaja ).
  2. Tapiskan dan tuang atas gula karamel / gula hangus tadi. (wiyah tapis semua bahan & tuang kedalam acuan)
  3. Bakar sekejap dalam oven dengan kaedah "bain-marie" (letak loyang kek dalam loyang berisi air ) selama lebih kurang 20 minit hingga nampak mengeras sikit / pekat sikit permukaan puding tu... jangan terlampau keras pula nanti tak boleh sebati dengan kek - ( pada suhu 160°C dengan menggunakan api atas bawah ). ---> wiyah guna kaedah KUKUS je
  4. Ketepikan dan sejukkan puding lebih kurang 30 minit....(sementara tu sediakan adunan kek coklat ).

Resepi Kek Coklat Kukus : Kak Munira 

Bahan A
  • 1 cawan gula pasir - hana dan kak.noor letak 3/4 cawan aje,, wiyah pon sama gak ;-)
  • 1 cawan serbuk koko
  • 1 cawan susu cair - hana gune susu segar
  • 1 cawan susu pekat
  • 1 cawan minyak masak
  • 1 sudu kecil serbuk nescafe - resepi asal xde
Cara Penyediaan:
  1. semua bahan di atas digaul sebati dan masak atas api perlahan sehingga gula larut. Matikan api dan rehatkan sekejap bila dah sebati.
Bahan B - di ayak
  • 3/4 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil (sudu kfc) soda bikarbonat
  • 1 sudu kecil (sudu kfc) baking powder
Bahan C
  • 4 biji telur - diblender ( wiyah guna 2 biji telur A)
Cara Penyediaan:
  • Satukan bahan B dan bahan C ke dlm bahan A secara berselang seli dan gaul dgn senduk aje.
  • Bila dah sebati masukkan ke dlm loyang yg digris dan dilapik kertas kalis minyak.
  • Kukus selama 1 jam atau sehingga masak. Jgn buka pengukus semasa proses mengukus 45 min yg pertama takut kek jd mendap
yang ni kes tak sabar punya pasal haha...since wiyah ada kukus lebihan adunan kek tu tapi tanpa topping caramel la,, so wiyah ngap dulu kek sementara tunggu en. suami balik keje lewat semalam,,ngapp kek dengan yogurt buahan campuran,,, hurm not bad rasanya coz kek yang manis & muak kalau makan banyak la dipadankan dengan yogurt yang masam2 sejuk tu...mmg perfect combination! 

ok..daaa,,huh bercinta depan laptop nak siapkan satu n3 ;-D..SELAMAT MENCUBA

Monday, November 28, 2011

1 Muharam 1433H ---> Puding Masam Manis

Assalamualaikum wbt

Dessert ni wiyah buat khas untuk majlis kenduri umah mak wiyah 1 muharam 1433 H sempena kenduri arwah, tahlil, bacaan yasin & majlis cukur jambul anak buah..menu last minute coz byk kedai tutup so untuk mendapatkan bilangan yang banyak kena lebih kreatif untuk dapat banyak bekas haha,,must be within d budjet la kan,,setakat mana bekas acuan yang ada saja

wiyah tak tau nak namakan apa puding ni sebenarnya tapi disebabkan rasanya masam & manis so wiyah namakan dia Puding Masam Manis la..agak2 sesuai tak?? hehe

dari bawah : Lapisan puding strawberi + lapisan crystal jelly + lapisan dadih coklat + crystal jelly

Jom kita share resepi :Bahan-bahan - Lapisan A, B & C

A. Lapisan Puding Pink atau Strawberi : [ sedikit keras dari dadih tp lagi lembut dari crystal jelly]

  • 1 paket serbuk agar-agar { wiyah gunakan brand Nona & warna Merah}
  • 600 ml air
  • 1 tin susu cair (400ml) 
  • 1 cawan gula
  • 2 sk perisa strawberi
Caranya:


  1. Campurkan serbuk agar-agar bersama 600ml air & 1 cawan gula + perisa strawberi
  2. Masak & kacau sehingga semua bahan terlarut. Masukkan susu cair & padamkan api.
  3. Tuangkan kedalam acuan , ikut ketebalan yang diingini & biarkan mengeras.

~ sementara menunggu lapisan strawberi mengeras~
Jom kita prepare untuk lapisan kedua plak..lapisan blackcurrent crstal jelly


B. Lapisan Jelly atau Blackcurrent :[ lapisan ni agak keras ]

  • 1 paket Crystal Jelly { wiyah gunakan brand Nona & Perisa Blackcurrent}
  • 400ml air
  • 2sk paste Blackcurrent { wiyah gunakan blackcurrent sanquick}
Caranya:
  1. Campurkan sebuk crystal jelly kedalam 400ml air + perisa blackcurrent yang sedang didihkan secara perlahan.
  2. Kacau sambil memasak & padamkan api selepas mendidih. Teruskan mengacau sehingga larutan tidak lagi berbuih.
  3. Tuangkan ke atas lapisan strawberi (pink) tadi. 
Note : Pastikan lapisan tadi telah mengeras sebelum menuang lapisan jelly ini

~ Sementara menunggu lapisan Crystal Jelly ni mengeras~
jom kita prepare lagi satu lapisan...lapisan coklat

C. Lapisan Dadih Coklat: [lapisan ni sangat soft]
Lapisan coklat ni dadih sebenarnya, teksturnya sangat lembut & perumpamaan dadih sememangnya perlu dimakan dengan menggunakan sudu ;-)
  • 1 paket serbuk dadih perisa coklat
  • 1 tin susu cair 
  • 3000 liter air
  • 1/2  cawan gula
Caranya:
  1. Didihkan air & masukkan gula sehingga gula betul2 hancur
  2. Masukkan serbuk dadih & susu cair. Padamkan api & kacau bahan sehingga larutan sebati dan tidak berbuih lagi.
  3. Tuang ke atas lapisan crysral jelly tadi. Pastikan lapisan tapi telah mengeras sebelum menuang lapisan dadih ni.






Kenduri nya semalam..tapi petang ni baru sempat merasa puding ni,,,just 2 gelas ni jer yang tinggal kat umah,, yang lain2 tak sempat nak ambil gambar..sekelip mata jer dah sold out!! huhu..tetamu mmg sangat2 ramai..tak muat rumah & semua lauk jugak sold out..alhamdulillah syukur coz tak ada pembaziran..

Doa Kami : insyaallah mudah-mudahan tahun depan turn wiyah & suami plak buat kenduri cukur jambul..hopefully doa kami didengari& dimakbulkan olehNYA.. amin amin ya rabbal alamin

Tuesday, September 20, 2011

Puding Roti Berkastad

assalamualaikum..wbt

online sementara tggu azan zohor & nak berangkat pulang ke batu pahat sudah..huhu berat rasa hati nak tinggalkan our mini home sweet home & my hubby of course hehehe

sambungan daripada Puding Karamel yang wiyah buat utk birtday mak wiyah...lg satu desert wiyah buat ini,, Puding Roti Berkastard dari dapur Kak Izzah Muffin Lover... thanks kak izzah for share d resepi,,dapatlah wiyah buatkan utk mak wiyah...alhamdulillah menjadi & tersangatla sedap resepi ni kak izzah oiii..heehe,wiyah bagi 5 bintang!!,husband pon puji cakap sedap...thanks skali lgh kak izzah yer!

puding roti kastad for d 1st time try ...& it was great!

dah banyak resepi kak izzah yg wiyah try,,sumenye sedap2! yummy kalau bab2 puding & muffin & cupcake kak izzah tau,,,so u ol bleh la rajin2 kan diri lawat umah kak izzah tgk resepi yg bes2 tu..;-)

jom wiyah nak share resepi yang tersangat la sedap ni...izinkan wiyah C&P yer kak izzah..



Bahan-bahan

8 keping Roti
* 500 ml Susu segar
* 4 sudu besar Gula halus
* 2 sudu besar Butter- cairkan

* 2 biji Telur (wiyah guna 1 jer)
* 1 sudu teh Esen vanilla
* 1 sudu besar Tepung Jagung
* 1 sudu kecil serbuk cinnamon (wiyah x letak coz xder)
2 sudu besar Kismis *saya ganti kurma

Untuk Sos Kastard

1 tin susu cair
2 s/b tepungkastad- hana ltk 11/2 sb je..
2 s/b gula

Cara-cara

Koyakkan roti dan susun dalam loyang yang telah digris dengan sedikit butter.
Gaul rata bahan-bahan bertanda * dan tuang ke atas roti tadi.
Biarkan sebentar dalam 20-30min agar roti terendam sepenuhnya.

Taburkan kismis (kurma) diatas adunan.
Bakar pada suhu 180 C selama 30 minit atau sehingga masak.

Untuk membuat kuah@sos kastad - Campurkan semua bahan ke dalam periuk dan kacau hingga agak pekat.Tuang ke atas puding roti tadi.

p/s: puding sedap makan time2 tgh hari or time cuaca panas,,sejukkan dulu dlm peti ais & bleh makan time terasa tekak kering..hehe,,wiyah mmg slalu spare dlm peti kalo xder puding tau fu faa pon boleh jer!

ok...selamat menjamu selera & jgn lupa cuba yer



Friday, September 16, 2011

Puding Karamel Di Hari Lahir Mak

Assalamualaikum w.b.t

salam 1 Malaysia..alhamdulillah wiyah cuti & balik ke kuantan semalam coz nak celebrate birthday mak wiyah yang dilahirkan pada 15 Sept 1949..alhamdulillah syukur 62tahun dah usia mak wiyah,,syukur padaNya kerna diberikan kesihatan yang baik kepada mak...semoga mak terus diberikan kesihatan yang baik serta dipanjangkan usia, dimurahkan rezeki & sentiasa berada dibawah lindungan Allah s.w.t...nanti wiyah update cite dihari lahir mak wiyah yer ;-) [ utk tatapan ank buah, abang & adik wiyah yg xdapat join sama]

just simple menu dr wiyah coz baru balik dari batu pahat  semalam &  tak sempat nak beli barang so buat apa yang tersedia ada jer la..wiyah buatkan puding karamel & puding roti berkastad ( masih dlm oven..hehhe)
thanks to PMG & k.yatie coz sudi share resepi yang simple tp sangat best ;-)...resepi asal agar-agar/ puding karamel ni dari PMG di cuba oleh k.yatie memories & wiyah pinjam lagi wat utk birthday mak wiyah,,mintak izin C&P yer PMG & k. yatie...

khas utk mak wiyah yang sangat2 suka makan agar2 & puding...tak gunakan telur of course mak wiyah suka!!

BAHAN-BAHANNYA :
( wiyah C& P jer)

8 g serbuk jelly ~ k.nor guna serbuk agar2 10gm
   600 ml air ~ k.nor lebihkan 100ml
        300 ml susu cair
120 g gula halus ~ k.nor letak 5 sudu besar aje
 1 camca besar tepung kastard
      1 camca teh esen vanilla
                  1 cawan gula pasir (mat guna 3/4 cawan)*
              3 camca besar air*(*untuk karamel) 

( ikut jer resepi ni..insyaAllah jadi..wiyah just kurangkan gula jer dlm adunan puding tu..yang lain sumenye sama jer)


CARA MEMBUATNYA :

untuk karamel
           Masak gula dengan api sederhana hingga cair, kacau perlahan2 hingga gula bertukar menjadi kuning keemasan dan kelihatan berbuih. Dengan berhati2 tuang air dan kacau hingga sebati. Masak sekejap lagi hingga pekat. Angkat dan tuang dalam bekas untuk membekukan agar2.

untuk puding/ agar2

1.            Satukan susu cair dengan tepung kastard, kacau rata dan tapis. Satukan gula, air dan sebuk jelly/serbuk agar2, kacau rata dan jerang atas api dan kacau hingga semua larut dan mendidih. Perlahankan api dan masukkan bancuhan susu+kastard, kacau rata.

3.            Masak hingga bancuhan kelihatan sedikit pekat (bila angkat seduk, bancuhan jatuh bertali), matikan api dan tuang dalam bekas yang berisi karamel tadi. Biarkan suam dan simpan dalam peti sejuk 2 - 3 jam. Keluarkan agar2 dan isi dalam piring, hidangkan dingin...


ok,,,SELAMAT MENCUBA,,wiyah nak solat asar & gerak balik umah mak wiyah dah..try la bahan yg sgt simple & mudah disediakan..

Monday, July 25, 2011

Puding Kacang Merah

assalamualaikum...w.b.t

hai...dah lama nak wat puding,,bahan2 sume dah ada just masa yg tak de...so sabtu lp bw kat umah kak azlita ternampak puding yg cun melecun ni,,,terus berkenan & ajak en.suami zasss pergi beli kacang merah...


resepi asal puding ni dari dapur kak azlita...tiap resepi yang akak buat mesti wiyah jadi terliur & tak sabar2 nak try....macam yg akak cakap mmg best puding ni...rasa macam aiskrim jer bila makan!! nak2 makan bila puding tu sejuk dr peti & makan plak waktu tgh hari...mmg best la ,,wiyah bg 5bintang kat puding ni...puding yang akak buat la,,yang wiyah kurang menjadi,,huhu sbb kacang terlebih masak so wiyah blender jer semua...kalo wat based takut jadi cacat plak puding tu..sori yer kak ter 'alter' cket...apa pun thanks akak sudi share resepi ni ;-)

jadila macam ni....sumenya sebati ;-)

wiyah mintak izin share C&P resepi akak kat sini yer...

PUDING KACANG MERAH

bahan2 utama :
1 cwn Kacang Merah
1 packet / 13g Serbuk Agar-Agar
1 liter Air
240g Gula
1 tin Susu Cair 
1 sb Tpg Jagung
1 heai Daun Pandan
Sediki Pewarna Merah Jambu
secubit garam 

cara sediaan:

- Rebus kacang sehingga empuk.
- Ambil 1/2 cwn & ratakan ke dlm acuan.
- Blend baki kacang dgn susu, tpg jagung & pewarna sehingga sebati.
- Letakkan serbuk agar-agar, air, gula & daun pandan ke dlm periuk & masak sehingga hancur.
- Sendukkan +/- 1/2 cwn & tuangkan ke atas kcg merah dlm acuan tadi.
- Masukkan campuran kcg merah yg di mesin tadi ke dlm agar2 & masak sehingga mendidih.
- Biarkan lapisan kcg merah tadi mengeras sedikit sebelum di tuangkan masakan agar2.
- Biar agar2 sejuk di suhu bilik sebelum di masukkan ke dlm peti sejuk.
-Hidangkan sejuk. 

ini rupa bentuk dari tuan empunya blog....nampak menarik & sedap kan!! hurmmm dats y la wiyah tergoda...bila tgk sekali terus nak try buat ...hehe


kat bawah ni plak yang wiyah buat...jauh panggang dari api kan!!..hahah malu sebaenarnya nak share tp takpe la just utk rujukan diri sendiri & hopefully ada penambahbaikan masa akan datang ..insyaAllah

ada lg sesuku kat dlm peti..separuh wiyah dah bg jiran & lg satu adunan dah bg kat kakak semlm...just tinggal utk en.suami yg otw dr kl...hurm sabar menanti nak dinner sama...

insyaAllah semoga en suami selamat sampai ke rumah mini kami....amin ;-)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...