To All My Friend, Lovely & Silent Readers

To All My Friend, Lovely & Silent Readers

Mohon maaf kiranya wiyah a.k.a Tuan Rumah tiada kunjungan balas/backlink /follow ke blog kalian, ini kerana disebabkan oleh ketiadaan link blog tuan/puan utk wiyah follow kalian. Jutaan maaf juga jika jarang ber'blogwalking' ke blog kalian (busy tahap cipan). In sha Allah jika ada kesempatan waktu wiyah akan ke singgah ke blog kalian..Peace No War!!

Followers

Imamku Hingga ke Hembusan Nafas yang Terakhir

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Lilypie Pregnancy tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Premature Baby tickers
"Some Love Stories...Live Forever"
Showing posts with label Buah. Show all posts
Showing posts with label Buah. Show all posts

Monday, December 2, 2013

Pajeri Nenas Menu Musim Hujan

Assalamualaikum

Iklan: Jemput Singgah Ke Page wiyah "Vitamin Souq"..supplement/vitamin lengkap untuk anda seisi keluarga.

Maaf yer kawan-kawan, wiyah sedikit busy lately..x sempat nak jalan2 lawat rumah kawan2 semua..lama sgt wiyah dah tak share resepi..terperuk dalam draft..

Hari ni wiyah nak share resepi peberet ...nak2 time hujan macam ni, dpt lauk ni dah cukup buat wiyah bertambah2..hurm pajeri nenas @ pajeri terung semuanya suka. 1st time buat cedok resepi kat blog K.Nor Secubit garam, tapi wiyah paling suka pajeri nenas yg mak buat..of couse air tangan mak paling best kan!! SETUJU TAK???

musim hujan ni tak berani nak beli ikan laut..coz khuatir ikan yg di awet! so beli ikan keli /patin/talapia segar..confirm tak di awet!!

Percubaan pertama buat pajeri nenas..slalu makan yg mak wiyah buat mmg puas hati sedap tak terkata ..wiyah buat sedikit berkuah makan sama ikan goreng , ayam goreng atau pun ikan masin dgn nasi panas...wallllah mmg terbaik la! Confirm menambah2 la wiyah..telan liur bila teringat balik ngeee :-)

Kalau menurut resepi mak wiyah a.k.a resepi asli masakan org terengganu wajib gunakan rempah masak & rempah gulai cap bunga ros, kalau takde rempah ni maka tak cukup syarat la maksudnya hehe, Ini pun wiyah import dari pasar dungun, cari kat area pasar n kedai kat kota bharu tp takde jual pun huhu..aptb :-)

Makan sama itu ikan keli n ayam goreng..mmg xcukup sekali..2x baru cukup syarat ;-D

PACERI NENAS@ PAJERI NENAS

Bahan2:
  • 1 biji nenas ~ dibuang kulit dan hiris membulat (wiyah celur sekejap)
  • 1 labu bawang besar *
  • 3 ulas bawang putih *
  • 1inci halia *
  • 1 sudu besar udang kering *- dikisar bersama
  • 1 sudu besar cili mesin
  • 2 sudu besar rempah kari (daging)
  • 2 sb rempah gulai -cap bunga
  • 2sb rempah masak -cap bunga
  • 3/4 cawan santan fresh@pekat (kotak) 2 cawan air lebihan celur nenas 
  • Rempah menumis-5 bj  cengkih,3 bj buah pelaga,1 btg kulit kulit kayu manis,1/2 kuntum bunga lawang
  • 1 sudu besar kerisik
  • garam, gula
  • minyak
Note:
Kisar bahan2 bertanda * dan ketepikan.Bancuh rempah kari bersama rempah gulai bersama sedikit air hingga menjadi paste.
  1. Panaskan kuali dan masukkan bahan2 penumis (cengkih, pelaga, kayu manis dan bunga lawang).Bila wangi masukkan bahan2 yg dikisar tadi. Tumis sehingga kering sedikit dan masukkan rempah tadi.
  2. Goreng hingga pecah minyak dan masukkan nenas  wiyah masukkan kemudian sebab wiyah celurkan terlebih dahulu nenas.Kacau seketika dan masukkan santan fresh dan air. Masukkan juga kerisik, garam dan gula.Biarkan mendidih dan masak sehingga kuah pekat.
  3. Akhir sekali masukkan nenas, masak seketika bagi ianya sebati dengan kuah. Kemudian bolehlah diangkat dan dihidangkan.
Ok Selamat mencuba..Musim hujan lauk apapun mesti berselera makan kan, sedap aje ;-)

Friday, October 4, 2013

Homemade Jeruk Pauh Tipikal & Pedas

Assalamualaikum wbt

Salam Jumaat..welcome october! Hai kawan2 semua, apa khabar sihat?? anak bujang baru jer tidur, bangun pukul 9.30 pagi pukul 6.30 petang baru tidur semula..huh dasyat btol, bertahan mata sbb hari ni daddy cuti yer sayang..hurm main la ngan daddy ..mommy nak blogwalking ini hari ekeke, mommy jugak nak share homemade jeruk pauh cara nenek wafiey buat ..buat sama2 ngan mak masa teringin nak makan tatkala wafiey 5bln++ dlm perut mommy ( ayat merapu2 hihi)

inilah hasilnya..jeruk pauh tipikal(masam2 manis) & jeruk pauh pedas (masam manis pedas)

ok..hari mood rajin skit, cuaca sejuk tiap2 petang mesti hujan ribut bagai..so hati pon sejuk juga maka boleh menulis dengan tenang & tenteram sambil dgr bunyi air hujan menitik2 kat lantai porch. hurmm rasanya mungkin ramai dalam kalangan kawan2 dah biasa tgk org jeruk buah pauh/mangga/mempelam kan..org ampung wiyah panggil buah pauh..ada sesetengah yang panggil mangga/mempelam, just to share & to remind me later..

alkisahnya sebab mr.husband bawa balik banyak sgt buah pauh ni dari site.. wiyah dah buat kerabu pauh tomato ikan bilis, sambal belacan..masih lagi banyak berbaki, selepas 2 hari terperuk kat dapur barulah terfikir nak men'jeruk'kan buah ni..knp 2 hari sebelumnya tak terfikir yer?? hurmm..ikuti kisah selanjutnya,, 

JERUK PAUH TIPIKAL & PEDAS
Sumber: Nenek Wafiey

wiyah tak reti nak explain procedure buat jeruk ni @ tulis entry ni mcm mana, wiyah try buat tulis yang terbaik.. harap kawan2 dapat faham apa yg wiyah cuba sampaikan ni yer..
  1. Buah pauh di potong mengikut citarasa masing2 sama ada nak dibuang kulit atau pun dijeruk besama kulitnya sekali. Kalau yang masih muda boleh potong mcm biasa, tetapi kalau buah yang sudah tua/ bersabut..potong buah sisi kiri kanannya sahaja. 

 
ni rupa buah pauh yang fresh..wiyah lebih suka makan jeruk yang ada kulit..rasanya lain lebih asli skit dari yang dibuang kulit 

2.    Buah yang dah siap potong tadi dibasuh terlebih dahulu & direndam bersama garam kasar selama 2 hari        2 malam (macam bercuti la plak kan) atau sehingga warna kulit buah pauh tadi bertukar jadi warna kuning..(seperti gambar dibawah) ini bermaksud dah bleh buat step seterusnya. Buang air garam & toskan buah pauh tadi.


Jom wiyah share resepi yang ta seberapa ni, jeruk ni tak menggunakan sebarang bahan pengawet utk bagi dia tahan lebih lama atau dengan kata lain tak menggunakan ibu jeruk , asid , cuka , pewarna & bahan lain yang boleh memberi kesan pada kita terutama bagi yang sedang hamil kerana ianya sgt tajam okeh. Maka kesudahannya sebab duk teringin sangat, wiyah buat jeruk sendiri masa mengandungkan anakanda Aisy El-Wafiey dulu..tapi ada jugak curi2 makan Jeruk Madu Pak Ali tu! hehe..takpe sikit jer buat ubat teringin kata org tua2..ekeke

Resepi Untuk Jeruk Pauh tipikal/ biasa
( Rasa masam2 manis)


Bahan-bahan:(sukatan bergantung kepada kuantiti buah atau kemanisan yang di inginkan)
  • Gula
  • Air

Caranya:
  1. Masak air bersama gula sehingga larut dan sejukkan sebelum dimasukkan buah yang siap direndam bersama air garam tadi. (kira dah boleh di panggil jeruk dah yer)
  2. Simpan jeruk dalam bekas tertutup semalaman. Cara penyimpanan yang terbaik adalah meletakkannya kedalam peti sejuk. Tahan berbulan-bulan, makin lama makin mesra rasanya. 

Note: Jeruk ni syok dimakan di waktu tengah hari. Keluarkan dari peti ais duk depan tv lepas lunch memang terbaik..pastu ngantuk guling2 terus tidur ekeke

Resepi Untuk Jeruk Pauh Pedas
( Rasa masam2, manis & pedas)



Bahan-bahan:(sukatan bergantung kepada kuantiti buah atau kemanisan & kepedasan yang di inginkan)
  • Gula
  • Air
  • Pes cili giling @ cili boh

Caranya:



  1. Masak air bersama gula & pes cili sehingga larut dan sejukkan sebelum dimasukkan buah yang siap direndam bersama air garam tadi. (kira dah boleh di panggil jeruk dah yer).
  2. Simpan jeruk dalam bekas tertutup semalaman. Cara penyimpanan yang terbaik adalah meletakkannya kedalam peti sejuk. Tahan berbulan-bulan, makin lama makin mesra rasanya. 
Note : Wiyah sangat suka yang pedas2 ni, buka peti mesti nak ambik satu dua..sudahnya letak dlm mangkuk makan sambil masak. Bila habis kita buat lagi..hehe

Sambil2 tgh potong buah pauh, sebab tak tahan kecur liur kan. potong2 buah ni isi dalam mangkuk + kicap +cili padi + belacan skit walllah mmg sedap. Habis semangkuk confirm buah tak habis potong lagi..hurmmm dappp nyer la..

 
alhamdulillah tamat sudah citer pasal jeruk ni, panjang lebar jeruk biasa jer pun kan! well tu la kalo dah start menulis siap la sume nak tulis..hurm dalam peti ada lg sikit jer lagi, bulan depan boleh buat lagi dan lagi..oke daa selamat mencuba yer ;-)

Sunday, November 11, 2012

Pernah makan Buah Tembikai Betik??

Assalamualaikum wbt

Just to share..mungkin ada yang pernah makan, pernah tengok or may be pernah dengar tentang buah tembikai betik ni..its ok what ever pon, wiyah sekadar nak berkongsi tentang buah tembikai betik ni..ramai yang tahu pasal buah ni tp tak pernah makan atau tak tahu cara makan..

buah ni sebenarnya tak de rasa langsung ..just hambar & tawar! tp berbau wangi..wiyah suka bau buah ni..sgt soft baunya ;-)


buah ni mudah di dapati pada musim panas..tanda2 buah ni akan masak, luarannya bewarna kuning menunjukkan ianya sedia di petik tp belum masak tau! apb buahnya merekah barulah di kategorikan sebagai masak ranum

tp di ingatkan..buah ni bersifat sejuk, so sape2 yang berpenyakit jgn sesekali makan dengan banyak yer! makan pada tahap beringat2 hehe

dr kebun mak wiyah..ada 3 pokok tp buahnya punya lah banyak
rupa buah tembikai betik..bentuk fizikalnya memanjang sepert buah betik & jalur buahnya seperti buah tembikai, itulah sebabnya di p[anggil buah tembikai betik. Tapi wiyah tak pasti kat tempat lain di panggil dengan nama apa..

isi buah tembikai betik ni sangat lembut..perumpamaannya seperti baldu

Manisan/ Dessert Tembikai Betik

Bahan Utama:
  • 1 biji tembiai betik masak/mengkal- dibuang kulit
  • 1/2kg santan atau 2 tin susu cair
  • 1 cawan air
  • sedikit gula & garam
Cara Penyediaan:
  1. Kupas kulit buah tembikai betik , buang bijinya & potong mengikut citarasa masing-masing.
  2. Masukkan santan & air ke dalam periuk , panaskan santan menggunakan api yang paling kecil. (Jgn sampai menggelegak)
  3. Tambahkan gula & garam ke dalam santan yang sedang dipanaskan. Kacau rata sehingga gula & garamnya sebati dan hancur bersama.
  4. Manisan ini enak di makan ketika ianya sejuk. Maka adalah di galakkan utk menyejukkan 2-3 jam larutan santai & tembikai betik sebelum menikmatinya.
Nota : Kaedah asli, emak wiyah lebih suka menggunakan perahan parutan kelapan..santan di perah menggunakan air suam. Maka santan tak perlu di panaskan.

selalunya..famili wiyah akan makan manisan ni sebagai dessert petang, waktu kami lepak2 depan rumah..memang syokk sekejap jer licin ;-)

sekian..wassalam

Saturday, February 11, 2012

Buah Ciku Fresh kat tepi umah omak

assalamualaikum wbt

slam tgh hari..dah lunch ke semua?? ermm wiyah gantung periuk & kuali hari ni coz ada kenduri kawan en.suami jap lagi..suka suka suka,, suka makan gulai kawah! k..wiyah just nak share info mengenai buah ciku yang berbuah sgt la lebat kat tepi umah mak wiyah..gambar pokoknya tak de yer, tuan umah lupa la plak ..hehe,, 



Secara tradisional, buah ciku telah dikenal pasti amat mujarab untuk merawat masalah bawasir (buasir).  Caranya adalah dengan mengambil buah ciku yang belum cukup tua, ditumbuk dan dicampur dengan sedikit air panas dan garam. Minumlah bahan-bahan ini setiap hari sebelum sarapan.  

Selain untuk merawat bawasir, buah ciku juga mengandungi kandungan fiber yang tinggi yang amat mujarab untuk mengatasi masalah sembelit.  Sering memakan buah ciku juga dipercayai  dapat mengurangkan risiko untuk menghadapi kencing manis, darah tinggi dan kanser.  Disamping itu, ciku juga kaya dengan  bebas gula, vitamin C dan bahan mineral terutamanya kalsium. {mmg sgt sesuai utk wiyah..so lepas ni kena amalkan makan buah ciku la plak yer..buahan tempatan lg best kan} ;-)


yang ni blom dicuci lagi..cuci menggunakan sabut,, wiyah cuci buah while en.suami petik buah pakai tangga

sedikit info mengenai buah ciku sumber dar blog buah-buahan , bagus blog ni macam2 info buah ada bagus utk pebgetahuan utk di amalkan ;-)

Ciku atau nama sainsnya Achras zapota adalah antara buah-buahan tropika yang  lazat rasanya dan mempunyai isi yang lembut dan halus. Buah ciku biasanya dimakan terus bukan sahaja enak dimakan malahan banyak khasiatnya. Kandungan gula, vitamin C dan mineral terutamanya kalsium dalam buah ciku adalah tinggi. (uittt mcm berlawanan ngan info kat atas la plak..yg mana satu betul ni?..hurm) Buah ciku sebenarnya setanding dengan buah pir dalam kandungan vitamin A, vitamin BI, B2 dan niasin, tetapi kandungan vitamin C dan kalsiumnya lebih tinggi. Selain dimakan terus, buah ciku boleh dijadikan halwa, jeli dan hirisan kering.



Daun ciku ialah jenis mudah, agak tebal,  berwarna hijau tua dan berkilat. Daun-daun bersusun di hujung ranting muda. Bentuk daun bujur telur berukuran 5 – 13 cm panjang dan 2.5 – 6.5 cm lebar. Bunga biasanya dikeluarkan di celah daun dan kadang-kadang di hujung ranting. Bunga ciku ukuran kira-kira 5 – 6 cm lebar. Kulit buah nipis dan berwarna perang kotor ( sbb tu kena bersihkan guna sabut yer ) Buah yang cukup masak mempunyai kulit yang berwarna perang dan tidak begitu menarik. Isi ciku lembut dan berwarna perang pucat. Rasanya manis dan berjus.Teksturnya halus tetapi kadang-kadang agak kesat atau berpasir. 


 yang ni wiyah dah siap bersihkan & sedia utk di peram..bukan peram sgt just balut dalam kain & letak dalam besen kalau ada yg masak mesti berbau manis2
b4 makan buah ni..1st kena kupas kulitnya then potong2,, kalau wiyah lepas potong wiyah suka sejukkan dlm peti ais dulu..makan sejuk2 mmg syok sgt!...mmm yummy


P/S : hargai buahan tempatan kita ;-)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...