Assalamualaikum wbt
Salam berhujung minggu..apa plan hari ni? cuaca sangat panaskan..kalau ikutkan hati nak aje ajak mr.hubby pergi mandi air terjun..tp memandangkan perut yg besar ni, x nak ambik risiko..so bersabar jer la walaupun kepanasan huhu
hari ni wiyah nak share satu lauk berasaskan labu..selalunya kalau kat negeri pantai timur ianya dihidangkan di majlis kenduri kawen atau kenduri2 yang lain, dihidangkan bersama ikan goreng/ikan masin, ulaman, sambal belacan & nasi putih..kalau ada lauk ni mmg wiyah tak pandang lauk lain dah, tp bg org yang dah biasa makan may be tak heran sgt lauk kampung macam ni..tp bagi wiyah lauk ni sgt sedddap la! ;-)
disebabkan lambat sgt nak tggu ada org kawen & kalau ada pon belum tentu ada lauk ni kan..so alang2 wiyah dah terjumpa labu ni, so kuatkan semangat utk masak sendiri..tanya sama omak cara masaknya, Alhamdulillah menjadi so wiyah share kat sini ;-)
wiyah 1/4 biji jer coz just utk 2 org makan..alkebetulan kat supermarket umah wiyah tu ada jual dlm kuantiti sedikit..sesuai la dengan kami..beli syur & brg basah setiap hari coz wiyah suka yg fresh + bila teringin baru la di beli..elakkan sikap pembaziran!
-Masak Lemak Labu Kuning-
Bahan-bahan: (hidangan utk 2-3 org)
- 1/4 biji labu kuning (dikupas kulit & dipotong besar)
- 2 cawan santan pekat + 1/2 cawan air
- 2 ulas bawang merah *
- 1 ulas bawang putih *
- 1sk lada hitam *
- 1 ekor ikan kukus (selayang/kembung) * ditumbuk bersama
p/s: ada juga yang menggantikan ikan kukus dengan ikan bilis yang direndam & ditumbuk bersama bahan yang lain
Cara Penyediaan:
- Masukkan labu, santan, air & bahan yang ditumbuk kedalam periuk. Masak diatas api yang perlahan & kacau selalu bagi mengelakkan pecah minyak.
- Masak sehingga labu empuk/ masak.Masukkan garam secukup rasa & siap utk dihidangkan bersama nasi putih.
Note: Lauk ni sesuai dimakan waktu lunch coz tak muak ( lauk bersantan) berbanding waktu dinner, sesuai dimakan bersama ulaman, ikan goreng & sambal belacan. Memang bertambah-tambah la jawabnya (itu wiyah & suami la) haha
Jemput makan semua..lepas kenyang, kita solat zohor then kita zzzzzzzzzzzzzzzzzz ;-)
4 comments:
Sdp je tgk...mesti sedap kn kak...tp sy xmkn sayur labu nih...
Aah bg wiyah mmg sedap..dulu mr.hubby tak makan juga sayur ni, tp bila dah try skali dah jatuh cinta plak..skali skala bleh la, kalu slalu maybe muak kot
mcm best saja lauk ni. nak try la ... . ada pulak ikan kering dan sambal belacan. lepas makan sure ngantuk punya!!
mala : aah lps makan mmg sure ngantuk hehe, mmg sedap lauk ni kalo digandingkan ngan ikan kering..lauk org kampung kata kan, yang penting sedap kan ;-)
Post a Comment