To All My Friend, Lovely & Silent Readers

To All My Friend, Lovely & Silent Readers

Mohon maaf kiranya wiyah a.k.a Tuan Rumah tiada kunjungan balas/backlink /follow ke blog kalian, ini kerana disebabkan oleh ketiadaan link blog tuan/puan utk wiyah follow kalian. Jutaan maaf juga jika jarang ber'blogwalking' ke blog kalian (busy tahap cipan). In sha Allah jika ada kesempatan waktu wiyah akan ke singgah ke blog kalian..Peace No War!!

Followers

Imamku Hingga ke Hembusan Nafas yang Terakhir

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Lilypie Pregnancy tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Premature Baby tickers
"Some Love Stories...Live Forever"

Wednesday, October 24, 2012

!st time me'roti' Garlic Rolls with Mushroom Soup

Assalamualaikum wbt

Mood nak meroti membuak2 @ 34 weeks pregnancy! macam2 roti nak menerai lps dah jadi skali hurm....selang sehari buat roti ekeke..di ikuti ngan pizza ;-) Garlic Roll resepi roti pertama yang wiyah try..alhamdulillah 1st try, so Mr.husband cakap not bad la..next time bleh improve..buat 1/2 adunan & buat kecik2 jer coz takut tak menjadi or tak masak

wiyah just buat garlic roll & mushroom soup just guna yg instant Campbells Cream of Mushroom Soup, panaskan & tambahkan sedikit isi ayam serta lebihan garlic spread kedalamnya ..

bakar 1/2 jam befor Mr.husband balik dr kerja..so makan panas2 sesuai ngan musim hujan, kejap je licin pinggan tu hehe

Garlic Rolls 
Sumber :Yatiememories
Bahan2 Utk Garlic Rolls 
  • 3 cawan tepung gandum ~ Yatie guna tepung roti
  • 1 cawan air suam
  • 1 sudu besar yeast
  • 1 sudu teh garam
  • 2 sudu besar gula
  • 2 sudu besar olive oil - wiyah ganti minyak jagung
  • 1sk bread softener &1 sk bread improver (wiyah tambah)

Cara-Caranya
  1. Campurkan semua bahan kecuali minyak dalam sebuah bekas dan uli sehingga menjadi doh yang lembut
  2. Tambahkan minyak dan uli semula sehingga mendapat doh yang elastik
  3. Sapukan sedikit minyak pada doh, tutup doh dengan tuala lembab yang bersih dan biarkan doh rehat selama 40 ~ 45 minit
  4. Doh akan naik sekali ganda
  5. Sementara menunggu doh naik kita sediakan garlic spread
Garlic Spread (atau boleh gunakan yang dah siap kat pasaran-brand buttercup )
  • 50 gm Butter bergaram ~ suhu bilik
  • 3 ulas bawang putih ~ dicincang halus
  • 2 pokok daun ketumbar ~ dicincang halus
  • sedikit lada hitam kisar ~ ita tambah, Yatie pun sama
  • Gaulkan semua bahan
  • Siap digunakan
Kita sambung citer Garlic Roll td :-)
  1. Setelah adunan doh naik buka tuala lembab dan tumbuk-tumbuk doh dan uli sekejap
  2. Kemudian bahagikan doh kepada 2 bahagian ~ seelok-eloknya di timbang setiap bahagian supaya sama beratnya.
  3. Gelek doh dengan kayu pencanai 1/2 inc tebal berbentuk empat segi memanjang.
  4. Sapukan 1 sudu Garlic Spread di atasnya dan gulung.
  5. Buat kaedah yang sama pada doh yang kedua juga
  6. Potong doh sama lebar sebanyak 4 potongan.
  7. Kita akan mendapat 8 potongan doh.
  8. Susun doh dalam tray yang telah di sapu dgn butter hingga habis.
  9. Tutup semula doh dengan kain lembab dan rehatkan semula selama 30 minit supaya doh naik sekali ganda lagi.
  10. Angkat kain lembab tadi dan sapukan baki Garlic Bread di doh tadi.
  11. Sapukan kuning telur pada permukaan doh dan taburkan bijan atau serbuk lada hitam jika suka.
  12. Bakar doh dalam oven pada suhu 170 - 180 C selama 20 - 25 minit.

Panduan :- Untuk mengetahui sama ada roti sudah masak betul atau belum, jentik bahagian bawah roti. Jika bunyinya seperti kosong, tandanya roti telah di masak dengan sempurna ~ Chef Wan

Jemput makan Garlic Rolls cicah Mushroom Soup ;-)



6 comments:

mala said...

mmg tak cukup ni kalau jamu kat anak2 ...

Wiyah said...

mala kena wat triple la hehe..tp serius mmg sedap la bg beginner mcm wiyah ni ;-)

Ena's Stories said...

Menyelerakan!!! Wat sndri lg bes kan...

Wiyah said...

yup..wat sendiri lg puas hati tp takleh lawan pizza hut punya la ;-)

Lee said...

Hello Wiyah, your garlic rolls look simply delicious.
I think 4 pieces will do me fine, with iced coffee. Looks sedap best!
Can see you ada black belt in baking.
Have fun and keep a song in your heart.
Lee.
ps, selamat hari raya haji.

Wiyah said...

thanks uncle lee..its my 1st bread actually, i'm still new in cooking which i like to learn more in the future..btw tqvm & salam aidiladha ;-)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...