To All My Friend, Lovely & Silent Readers

To All My Friend, Lovely & Silent Readers

Mohon maaf kiranya wiyah a.k.a Tuan Rumah tiada kunjungan balas/backlink /follow ke blog kalian, ini kerana disebabkan oleh ketiadaan link blog tuan/puan utk wiyah follow kalian. Jutaan maaf juga jika jarang ber'blogwalking' ke blog kalian (busy tahap cipan). In sha Allah jika ada kesempatan waktu wiyah akan ke singgah ke blog kalian..Peace No War!!

Followers

Imamku Hingga ke Hembusan Nafas yang Terakhir

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Lilypie Pregnancy tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Premature Baby tickers
"Some Love Stories...Live Forever"

Thursday, October 4, 2012

Mengidam di tengah malam: Spaghetti Sardin Simple

Assalamualaikum wbt

Selamat petang semua, hurmm tgh buat apa tu? bikin menu petang kah?? ngehh, hari ni hari BSP so kena control makan utk elakkan bacaan gula jadi merah..haha, control makan hari BSP saja..hari lain semuanya telan ;-), tak jujur pada diri sendiri kan..

apa bleh buat, selera makan lately jadi macam2 plak..seperti org yg mengidam di awal kehamilan! Bagi wiyah mmg tak mengidam sangat 5bln pertama dulu..adalah nak mkn itu ini, tapi kalau dpt lambat bleh bertahan lg..tp bila dah masuk trimester ke-3 jadi pelik plak..bila rasa teringin nak makan, nak time tu jugak! haishh sabar jer la..


disebabkan itu..terjadilah spaghetti sardin simple ni, kul 10 malam tiba2 rasa nak makan spaghetti..dasyat sungguh! bisik2 ngan mr.hubby..abg tolong baby masak spaghetti boleh?? mr.hubby ckp yes..apa lg terus ke dapur tung tang tung tang dah siap..guna 2 dapur 1 rebus spaghetti & 1 masak kuah ;-), saja wiyah nak share sini..nanti baby kecik ni bleh tau apa yg mommy dia mengidam kan  heheh

Hanya menggunakan bahan yang ada di dapur, rasanya lengkap secukup rasa (ala malaysia) walaupun bahannya tak selengkap original spaghetti..huhu 

Spaghetti Sardin Simple
Bahan-bahan:

  • 1/2 paket spaghetti (rebus bersma 1sb minyak masak)
  • 2 biji bawang besar holland (dicincang halus)
  • 1 tin kecil sardin (dihancurkan) *
  • 1 tin kecil tomato puri * wiyah guna ayam brand
  • 1/2 tin air
  • 2 biji tomato masak (diblender)
  • Garam dan gula
Cara penyediaan: 15 minit masa penyediaan
  1. Panaskan sedikit minyak jagung/zaitun & tumiskan bawang besar sehingga layu serta naik bau.
  2. Masukkan sardin hancur \,tomato puri , tomato kisar & air. Masak sehingga sebati. Gunakan api yang perlahan. Masukkan bahan perasa sesedap rasa.
  3. Biarkan bahan-bahan mendidih & menjadi agak pekat. Tak perlu lama kerana sardin sememangnya sudah masak.
  4. Cara hidangan: Putarkan spaghetti & letakkan di atas pinggan, kemudian curahkan sos spghetti/ kuah ke atas nya.Siap utk dihidangkan

Jemput makan semua, alhamdulillah walaupon hanya meggunakan bahan-bahan asas sahaja, tp sudah cukup memuaskan hati dapat penuhi keinginan nak ber'spaghetti' di tengah malam! syukur Alhamdulillah dgn rezki Mu ya Allah..


6 comments:

Marsita Yahya said...

Salam kenal & join sini,
sedap nampak spagetti tu...
www.my-mintroom.blogspot.com

mala said...

lama dah mala tak buat spagetthi sardin ni. budak2 suka ... mak budak suka sbb senang kerja hehehe

Wiyah said...

Marsita: Salam kenal, thans sudi singgah sini..aah spaghetti ni sgt cepat nak sediakan, ada masa try la buat ;-)

Wiyah said...

mala: kan kan..senang buat spaghetti sardin ni menjimatkan masa & yg paling penting memudahkan kerja kita + sedap hehe, dah lama tak buat bleh la try minggu ni ;-)

nurul said...

assalamualaikum , resepi ini untuk berapa orang makan ya ? nak buat tin besar takut banyak pula nanti . thank you ! resepi mudah !

AnekaResipi said...

Yumm, mudah tapi sedap

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...