Assalamualaikum wbt
Alhamdulillah mood kembali pulih seperti sedia kala..walaupon tiap masa terbayangkan wajah terakhir arwah, tiap perkara hingga terbawak2 dalam mimpi..kekadang tu wajah ayah mertua kadang tu adik ipar, seakan2 tak dapat terima ketentuan takdir Allah..Ya Allah ampunilah kami semua, kami memohon diberi kerdhoaan utk menerima takdir Mu..kami mendoakan semoga rohnya tenang disana, semoga Allah meringankan azab seksaan kubur..amin ya rabbal alamin
kita yang hidup harus meneruskan tanggungjawab sbg khalifah sebaik-baiknya..wiyah sbg isteri & mommy to be juga perlu menjalankan amanah terbaik dr Allah utk menjadi yang terbaik buat keluarga..InsyaAllah (panjang plak muqaddimah hari ni ..hehe)
ok la..wiyah just nak share resepi Laksam yang wiyah buat beberapa mggu yg lepas tp baru berkesempatan nak update kat sini..utk tatapan kawan2 & rujukan buat wiyah
sesuai dimakan ketika breakfast & minum petang
Bahan-bahan utk Laksam: (wiyah buat 1/2 adunan sahaja)
- 3 cawan tpg beras
- 1/2 cawan tpg gandum
- 4 cawan air suam
Cara Penyediaan:
- Panaskan kukusan sebelum membancuh adunan. Bancuh adunan sehingga sebati. Adunan tak terlalu cair ataupun pekat sgt.
- Sapukan sedikit minyak pada tudung periuk/ loyang bagi mengelakkannya daripada melekat.
- Tuangkan 1 senduk adunan ke atas tudung periuk (wiyah guna loyang rendah). Kukus lebih kurang 5 minit atau sehingga masak.
- Angkat &biarkan seketika kemudian baru digulung utk menghasilkan laksam yang licin dan cantik. Ulangi step 3 & 4 sehingga adunan habis.
- Ikan selayang/ kembung (direbus,dibuang tulang & dihancurkan isinya)
- 3 cawan Santan
- 4 ulas bwg merahr, 2 ulas bwg putih & 1 inci halia (ditumbuk/kisar)
- 1sb lada hitam * ditumbuk kasar
- 2 keping asam gelugur
- Masukkan santan kedalam periuk & didihkan seketika dengan api yang kecil.Masukkan semua bahan-bahan, kacau sentiasa bg mengelakkan kuah drp berketul-ketul disebabkan oleh isi ikan.
- Tambahkan bahan rasa mengikut cita rasa sendiri.
Bahan untuk ulam:
Aksesori tambahan:
- belacan (potong dadu kecil2)
- garam (bergantung pad individu)
- limau (kasturi/ nipis)
Sambal cili:
- cili merah
- belacan (wiyah tak letak)
- garam
- limau (wiyah ganti dg sedikit cuka)
* Blender semua bahan sehingga hancur
Cara menghidang utk satu hidangan:
- Potong laksam mengikut citarasa masing-masing. Kemudian tambahkan kuah ke atasnya & sedikit garam.
- Tambahkan bahan-bahan ulam bersama aksesori tambahan. Siap utk dimakan.
wiyah buat sebagai menu sarapan pagi..alhamdulillah kenyang syukur!
2 comments:
suka makan tp xpandai buat:-)
wiyah pon sama..sbb ssh nk dpt, kena rajinkan diri jugak..kalo tak asyik teringat jer la telan liur ;-)
Post a Comment