To All My Friend, Lovely & Silent Readers

To All My Friend, Lovely & Silent Readers

Mohon maaf kiranya wiyah a.k.a Tuan Rumah tiada kunjungan balas/backlink /follow ke blog kalian, ini kerana disebabkan oleh ketiadaan link blog tuan/puan utk wiyah follow kalian. Jutaan maaf juga jika jarang ber'blogwalking' ke blog kalian (busy tahap cipan). In sha Allah jika ada kesempatan waktu wiyah akan ke singgah ke blog kalian..Peace No War!!

Followers

Imamku Hingga ke Hembusan Nafas yang Terakhir

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Lilypie Pregnancy tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Premature Baby tickers
"Some Love Stories...Live Forever"

Friday, November 11, 2011

Paprik Campur 111111

assalamualikum...wbt

hehe title tak menahan nak gak 111111 tu..ngehngeh

salam hari jumaat yang mulia...penghulu segala hari disamping salam permulaan nombor..SATU permulaan segala-galanya...111111 sungguh cantik date hari ni,,mungkin tarikh ni yang satu-satunya wujud kat dunia ni dalam seusia kita sekarang..kepada yang menyambut hari jadi & kepada yang melangsungkan perkahwinan & tak lupa juga pada yang menyambut kelahiran bayi hari ni...wiyah ucapkan tahniah & semoga hidup kalian semua di indahi  serta dipenuhi dengan keberkatan,rahmat, kebahagian, syukuri setiap 1 nikmat yang diberi dengan sebaiknya...

oklah sempena 111111 ni wiyah pon nak mulakan segalanya yang baru, penambahbaikan dalam kehidupan sebagai seorang  ISTERI dalam sebuah rumahtangga yang dah berusia 4tahun ++ without baby ;-( ,,segalanya wiyah nak ubah ke arah kebaikan,,insyaAllah secara perlahan-lahan semoga dalam redhoNya..amin

Paprik Campur 111111 

paprik campur 111111 ni wiyah jadikan sebagai titik permulaan...1 step move ;-D

wiyah pernah masak Paprik Ayam + Sotong sebelum ni,,rasanya lebih kurang jer kot

Bahan yang diperlukan:
  • sedikit isi ayam [potong ikut suka kecik or besar]
  • sedikit udang
  • sedikit sotong
  • 2 ulas bawang putih [diketuk] + 1 biji bawang besar [di mayang] +
  • 10biji cili padi [diketuk/tumbuk ~ ikut suka tahap kepedasan]
  • 2batang serai [dititik] + 3helai daun lipau purut [koyak jer]
  • 3sb pes cili kering + 2sb sos ikan
  • baby corn + carrot
  • sedikit air perahan asam limau 
  • daun bawang + daun sup [utk hiasan]

wiyah tambah sedikit kicap pekat sebab mr.hubby lagi suka kalau ditambahhkan dengan kicap dlm apa2 masakan pon..

Cara menyediakannya:
  1. panaskan sedikit minyak & tumiskan bawang putih , cili padi serta bawang besar sampai wangi
  2. masukkan pes cili kering , serai & daun limau purut
  3. masukkan ayam [ masak dalam 3min], baru masukkan udang & sotong
  4. masukkan sos ikan, perahan air asam limau , carrot & baby corn
  5. perasakan dengan gula & garam SESEDAP RASA
  6. siap untuk dihidangkan

p/s : lauk paprik ni lagi sedap dimakan bersma2 dengan telur dadar & sambal belacan  + ulama seperti timun batang  or kacang botor or salad ;-)

Jemput makan semua

OK...SELAMAT MENJAMU SELERA (pssstt makan apa lunch hari ni?) & SELAMAT MENCUBA


Wednesday, November 9, 2011

Wordless Wednesday I Jom Breakfast!

Jom breakfast Tuna Sandwich...bangun pagi nak gi appointment hospital hari ni,, ada 5 apointment hari ni ! Semoga semuanya berjalan lancar...amin.

wiyah letak kat atas meja...jemput la makan,,jangan segan2,,,tambah lagi ada banyak lagi kat dapur tu...hikhik




erkkkkk kenyangnya,,,alhamdulillah syukur rezeki hari ni,,wiyah gerak dulu yer ;-D

Tuesday, November 8, 2011

Alahai Cek Mek Molek

assalamualaikum wbt

salam hari selasa..mesti ramai yang liat nak bangun pagi & pergi kerja hari ni kan,,mana taknya cuti raya 1 hari jer huhu mmg tak patutla..mr.hubby jeles ngan wiyah coz wiyah cuti 1 minggu kehkeh..lps subuh boleh tdo semula! tapi tak tidur pon...setelkan mendobi kain yang berbakul2 hari ni sementara cuaca panas cantik & cuci kete yang tak pernah2 wiyah basuh sendiri..aargh rasa seronok plak keluar peluh & matikan lemak daging yang dah banyak makan musim raya 2 3 hari lepas..so need to workout la plak...perlu berganda2 ;-)


ok la sambil2 wiyah nak tunggu kain siap dibasuh..wiyah nak update cite pasa kueh cekmek molek yg 1st time wiyah buat seumur hidup...haha,, terukkan! alkisahnya sbb ada jiran bagi ubi keledek yang sgt banyak...tak tau nak buat apa terpikir la kat kueh ni,mcm2 bentuk jadinya..tapi rasanya alhamdullillah tak menghampakan disebabkan oleh keledek yg fresh...rasanya manis & sedikit creamy yummy ;-)

apa yang bestnye..jiran bagi keledek color yang sangat cun..purple, oren & light pink  membuatkan wiyah taksabar nak main ngan keledek yang comel2 ni..terpikir nak wat karipap juga tapi tak tau menjadi ke tak coz tak pernah buat kulit karipap [ selau guna kulitt popiah jer],,hehe

wiyah tgk tips & resepi kueh cek mek molek ni kat SINI


Kueh Cek Mek Molek
  • 300g keledek [direbus & di lenyek] ~ kalau guna keledek yang berlainan color wiyah suggest asingkan keledek tu coz lagi cantik & colorful selain dari dapat rasa keledek yang berbeza isinya
  • lebih kurang 20% tepung gandum dengan berat keledek yang digunakan [ bergantung kepada jenis keledek] ~ keledek oren agak lembek isinya & keledek purple agak keras isinya so perlukan tepung gandum yang berbeza kuantitinya
  • gula biasa @ gula melaka [ WIYAH GUNA GULA MELAKA]



Cara Penyediaan 

  1. keledek yang sudah siap direbus & dilenyekkan tadi dicampurkan bersama tepung
  2. gaul & uli sampai tak melekat kat tangan 
  3. ambil doh & bulatkan leper [jgn nipis sangat coz takut gula terkeluar masa menggoreng nanti]
  4. letakkan gula biasa @ gula melaka kat tengah & tutupkan [ buat macam pikcer kat bawah]
  5. goreng dalam minyak yang panas dengan api sederhana coz takut kueh tak masak kat bahagian dalam

kueh wiyah...jadi bermacam bentuk ;-D

wiyah suka combination color kueh ni..color oren & purple,,tapi macam seram jer tengok yang color purple tu bila menggoreng..mmg nanpak weird mr.suami tengok pun boleh tergelak berdekah-dekah,, u all agak2 apa yang melucukan pada kueh ni kalau kita tak muncungkan kat bahagian hujungnya tu..hehe,, jangan fikir yang bukan2 yer..hanya org yang berkahwin jer boleh paham ;-D

dapat 13biji semuanya..tapi wiyah dah makan 3 biji sambil menggoreng sbb tersangat lapar dek kerana terlalu lapar malas nak masak dari pagi..hanya minum herbalife huhu


JEMPUT MAKAN SEMUA ;-)

Friday, November 4, 2011

Salam Aidiladha & Ketam Masak Tom Yam

assalamualimkum...wbt

hai & salam aidiladha buat semua blogger & reader..berkorban kah anda tahun ni??? hurm..kat sini wiyah nak ambil kesempatan utk ucapkan selamat berwukuf  pada semua jemaah haji Malaysia..semoga dipermudahkan segala urusan merka...amin

hurm sambil2 tgk Anugerah Skrin yang tak berapa nak best langsung tu, wiyah nak update satu resepi la boleh ke??? haha..skarang kan musim ombak bergelora so ikan agak berkurangan tp seafood still ada lagi,,so wiyah prefer beli ketam tadi coz nampak sangat fresh & besar...so apa kata kita check bahan apa yang perlu untuk masak lauk ni ;-)

Ketam Masak Tom Yam


wiyah just beli 3 ekor je tadi...RM18 per kg,,so wiyah beli tiga ekor harganya RM10! hurm murahkan..kalo makan kat luar tu berapa puluhan agaknya yer,,hehe tiba2 nak berkira plak! slalunya makan takde teringat pon tang situ yer...

Ketam Masak Tom Yam

bahan2 yang di perlukan:
  • ketam [ bersihkan & potong 2]
  • 2 ulas bawaang putih + 5biji cili padi + 2 batang serai [ diketuk]
  • 3sb paste tom yam
  • sedikit air
  • carrot + corny flower
  • daun limau purut + air asam limau

cara penyediaan :
  1. panaskan sedikit minyak & tumis bahan yang diketuk
  2. masukkan paste tom yam + ketak 
  3. tutup kuali & masak gunakan api sedang,,[ ~ dlm 5min jer jgn masak lama sgt nanti x sedap]
  4. masukkan carrot + corny flower + daun limau purut + air asam limau
  5. perasakan masakan SESEDAP RASA

wiyah suka lagi pedas lagi la menyengat & lagila banyak tambah nasi wakaka

actually bagi wiyah ..ketam adalah sejenis seafood yang mudah untuk disediakan dari segi cara basuh & just perlu potong 2 nak compare ngan udang & sotong coz banyak ekor,.,.kalau ketam kan 3 ekor jer! hehe tapi nak makannya tersgt la byk masalah...perlu banyak kesabaran serta masa yang panjang utk lunch or dinner kan ...u all camana ada tak tips utk bagi mudah makan ketam???

mr.hubby suka masakan yang sedikit berkuah..so wiyah lebihkan kuah walaupon wiyah kurang suka kuah2 yang banyak ni..apa saja untukmu!

wiyah pernah masak lauk berasaskan ketam macam ketam masak cili padi  & tom yam ketam ,, tak tau la knp suka sangat mkn ketam...kalo pergi ke kedai seafood pon ni menu utama yang wiyah akan pilih..hurm nyumnyum


akhir kata..Salam aidiladha buat semua & kalau makan daging tu sila2 kan beringat bagi yang berpenyakit kencing manis, darah tinggi, jantung, gaut, migrain & lain lagi la..nanti bertambah parah plak,,wiyah remind utk diri sendiri juga coz hari selasa ada appointment hospital lagi..tak habis2 huhu

k daaa... hati2 drive pulang ke kampung halaman, wiyah akan balik ke kampung suami di dungun esok petang..mudah-mudahan selamat sampai ke destinasi yang ditujui amin..

Segmen- KAMI 1st GA

Assalamualaikum..wbt

hurm skang ni mood nak join GA..rasa teringin nak join itu & ini since cuti mid term 1 minggu so nak bercuti sakan la hehee...hari ni nak jon GA dari kak NoEn yang i think classified as new beginner Fashion Designer coz pandai reka &  jahit macam2 jenis pattern baju dewasa & kanak2, baju utk mommy to be pon hado gak tau ( tapi bila agaknya boleh tempah yer), dress baby girl yang cute miut tu, ..huh geram tgk baju2 baby girl yang kak NoEn ni jahit!


Puan blogger NoEn ni tersangatlah kreatif design baju macam2 pattern & yang paling wiyah suka dress baby girl & pregnancy nursing kurung!! tapi wiyah blom ada rezeki utk pregnant sekarang ni so wiyah decide sekiranya ada rezeki wiyah ngan GA ni so wiyah nak request akak NoEn jahitkan....ini

Apron & Hot Pads yang sgt gorjes ni untuk wiyah..sbb wiyah sgt suka duk kat dapur...boleh ke akak?? ;-)
 
&

DRESS BABY GIRL utk anak buah wiyah Cukina & Aulia yang jauh dimata tapi sentiasa dekat dihati..pengubat rindu & sedih untuk jadi MOMMY...sobsob ( eh over nya 2 orang baby boleh ker? hehe)


Nama : Robiatul Adawiyah Bt Mohamed
Email : neptoone_82@yahoo.com

Join GA sekadar suka-suka & penuhi masa sementara masih ada yang terluang & utk itu wiyah cuba nasib utk join GA ni,,hurm  join GA ni ada syarat2nya.... & wiyah dah follow semua syarat2 yang ditetapkan ;-D

Follower BLOG yang ke-86
Facebook PAGE LIKE yang ke-73
Follower mamaAlya BOUTIQUE yang ke-33

ok sesape yang nak join..boleh klik kat banner atas tu yer..jom join ramai2 & good luck! ;-D
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...