To All My Friend, Lovely & Silent Readers

To All My Friend, Lovely & Silent Readers

Mohon maaf kiranya wiyah a.k.a Tuan Rumah tiada kunjungan balas/backlink /follow ke blog kalian, ini kerana disebabkan oleh ketiadaan link blog tuan/puan utk wiyah follow kalian. Jutaan maaf juga jika jarang ber'blogwalking' ke blog kalian (busy tahap cipan). In sha Allah jika ada kesempatan waktu wiyah akan ke singgah ke blog kalian..Peace No War!!

Followers

Imamku Hingga ke Hembusan Nafas yang Terakhir

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Lilypie Pregnancy tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Premature Baby tickers
"Some Love Stories...Live Forever"

Tuesday, December 3, 2013

Johnny's Sauce Steamboat : Menu musim hujan!!

Assalamualaikum wbt

Iklan tak berbayar: Jemput Singgah Ke Page wiyah "Vitamin Souq"..supplement/vitamin lengkap untuk anda seisi keluarga.

haiii en tekak..kenapa nak makan benda yang pelik2 hukhuk ..sian kat tuan punya badan asyik kena layan tekak je sbb nak jaga hati perut!! Projek minum petang khamis lepas..knp khamis?? haha jgn fikir yg bukan2 yer..sebabnya hari khamis en.suami balik kerja awal..kul 3.30pm maka nya ada org yang jagakan  anakanda wafi sementara mummy nak masak2 layan tekak..

tak tau la lately asyik lapar aje..dah la tu mengada nak makan yg bukan2..hujan sepanjang hari bercampur dgn angin kuat..kejenya pikir nak apa ..nak makan apa!!

sos steamboat ala2 Johnny's,,,seriously mmg sedap & ada persamaan tp not totally 100% la..TQVM pada blog Aisyrania yang sudi berkongsi resepi ni..wiyah save kat buku, kat lappy takut hilang punya pasal..kuno kan hehe

wiyah takde periuk pressure cooker,slow cooker & periuk khas utk steamboat tak bleh nak grill2 bagai... yang ada cuma rice cooker jer, alhamdulillah ada drp org yg takde kan..angkat naik letak ats meja sambung karen..jadi la kan, asalkan boleh..antara nak ngan tak nak jer !alternatif kata org.. muhehehe jgn marah yer..wiyah gurau jer


  • Combo Steamboat Selection-Semua ada just pilih jer!
  • Tauhu Kering * ini wajib...mumy n babah mmg suka tauhu ni..
  • Cendawan - pilih shitake & jerami
  • Sayur -pilih carrot, brocoli  & kubis cina
  • Ayam atau Udang -buat stok
Note:
  • basuh bersih semua bahan, asingkan dalam bekas ikut kategori... 

masa baca resepi nampak macam agak remeh..tapi bila buat rasanya takde la susah sangat, ok jer..just potong2 then rebus dlm tu..menu sihat tanpa setitik minyak tapi tak sihat tang frozennnn food tu..sekali sekali takpe tp jgn selalu yer, pesan kat diri sendiri jugak..ekeke

  • Air secukupnya
  • Bawang putih 3-4 ulas * dicincang
  • 2 kiub pati ikan bilis / 2 kiub pati ayam * mumy pakai jenama knorr
  • Tulang dan sedikit isi ayam * supaya kuah tu nanti jadi macam stok..
  • Daun ketumbar * dicincang
  • Sedikit garam * kalau kuah masih tawar..lau kuah dah ok tak perlu garam ok...
Cara wiyah: tekan cook..tunggu sampai sup menggelegak..masukkan bahan yang lambat empuk dulu cth mcm ayam, daging (tapi wiyah tak letak sume tu)..simple jer..so letak semua bila dah terapung @ naik atas..masukkan sayur..tunggu kejap dah boleh makan dgn sos..haihhh kecur liur la plak bila duk cite2 ni..mcm nak kena buat lagi jer esok?? perlu ke..perlu ke??
makan berulang2 dari petang hari  sampai ke pagi esoknya..dekat 4x kot wiyah duk ulang ambik kat dapur,,bangun pagi panaskan kuah rebus lebihan & makan lagi. Mmg tak menjemukan sos ni..buat lagi telan liur bila teringat balik..dapppnyer dappnyer ! tak rugi mencuba..

ini pinggan pertama..paling suka cendawan shitake , crab stick, babycorn & sosej


  • 8 tangkai lada merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 5 sb minyak bijan
  • 5 sb apple cider * nak pakai cuka biasa pun boleh 
  • 5 sb sos ikan
  • 2 sb sos tiram
  • 2 sb kicap 
  • 1/2 cawan air
  • 1/2 sb sunquick *  
  • Bijan * disangai 
  • 1 sb tepung jagung * dibancuh dgn sedikit air suam untuk pekatkan sos..
  • Daun ketumbar * racik halus
  • Garam dan gula secukup rasa
CARA :

  1. Kisar lada bersama bawang putih.Masak atas dapur bersama air, minyak bijan,sos ikan,apple cider @ cuka, kicap,sos tiram..
  2. Masak sampai pekat then baru masuk sunquick dan bancuhan tepung jagung ( kalau perlu je ) .
  3. Perasakan dengan garam n gula masukkan sikit bijan yg dah disangai dengan daun ketumbar.
ok..setakat ni jer pelajaran kita hari n i yer, in sha Allah minggu depan kita buka topik lain plak..feeling jadi cikgu jap ekekek

Monday, December 2, 2013

Pajeri Nenas Menu Musim Hujan

Assalamualaikum

Iklan: Jemput Singgah Ke Page wiyah "Vitamin Souq"..supplement/vitamin lengkap untuk anda seisi keluarga.

Maaf yer kawan-kawan, wiyah sedikit busy lately..x sempat nak jalan2 lawat rumah kawan2 semua..lama sgt wiyah dah tak share resepi..terperuk dalam draft..

Hari ni wiyah nak share resepi peberet ...nak2 time hujan macam ni, dpt lauk ni dah cukup buat wiyah bertambah2..hurm pajeri nenas @ pajeri terung semuanya suka. 1st time buat cedok resepi kat blog K.Nor Secubit garam, tapi wiyah paling suka pajeri nenas yg mak buat..of couse air tangan mak paling best kan!! SETUJU TAK???

musim hujan ni tak berani nak beli ikan laut..coz khuatir ikan yg di awet! so beli ikan keli /patin/talapia segar..confirm tak di awet!!

Percubaan pertama buat pajeri nenas..slalu makan yg mak wiyah buat mmg puas hati sedap tak terkata ..wiyah buat sedikit berkuah makan sama ikan goreng , ayam goreng atau pun ikan masin dgn nasi panas...wallllah mmg terbaik la! Confirm menambah2 la wiyah..telan liur bila teringat balik ngeee :-)

Kalau menurut resepi mak wiyah a.k.a resepi asli masakan org terengganu wajib gunakan rempah masak & rempah gulai cap bunga ros, kalau takde rempah ni maka tak cukup syarat la maksudnya hehe, Ini pun wiyah import dari pasar dungun, cari kat area pasar n kedai kat kota bharu tp takde jual pun huhu..aptb :-)

Makan sama itu ikan keli n ayam goreng..mmg xcukup sekali..2x baru cukup syarat ;-D

PACERI NENAS@ PAJERI NENAS

Bahan2:
  • 1 biji nenas ~ dibuang kulit dan hiris membulat (wiyah celur sekejap)
  • 1 labu bawang besar *
  • 3 ulas bawang putih *
  • 1inci halia *
  • 1 sudu besar udang kering *- dikisar bersama
  • 1 sudu besar cili mesin
  • 2 sudu besar rempah kari (daging)
  • 2 sb rempah gulai -cap bunga
  • 2sb rempah masak -cap bunga
  • 3/4 cawan santan fresh@pekat (kotak) 2 cawan air lebihan celur nenas 
  • Rempah menumis-5 bj  cengkih,3 bj buah pelaga,1 btg kulit kulit kayu manis,1/2 kuntum bunga lawang
  • 1 sudu besar kerisik
  • garam, gula
  • minyak
Note:
Kisar bahan2 bertanda * dan ketepikan.Bancuh rempah kari bersama rempah gulai bersama sedikit air hingga menjadi paste.
  1. Panaskan kuali dan masukkan bahan2 penumis (cengkih, pelaga, kayu manis dan bunga lawang).Bila wangi masukkan bahan2 yg dikisar tadi. Tumis sehingga kering sedikit dan masukkan rempah tadi.
  2. Goreng hingga pecah minyak dan masukkan nenas  wiyah masukkan kemudian sebab wiyah celurkan terlebih dahulu nenas.Kacau seketika dan masukkan santan fresh dan air. Masukkan juga kerisik, garam dan gula.Biarkan mendidih dan masak sehingga kuah pekat.
  3. Akhir sekali masukkan nenas, masak seketika bagi ianya sebati dengan kuah. Kemudian bolehlah diangkat dan dihidangkan.
Ok Selamat mencuba..Musim hujan lauk apapun mesti berselera makan kan, sedap aje ;-)

Monday, November 18, 2013

Special Entry To All TTC'ans- Tawaran Hebat!!

Asslamualaikum wbt

Di doakan pada semua kawan yang sedang menjalani TTC..terus kan usaha kalian, jgn berputus asa & semoga Allah mengurniakan nikmat ITU suatu hari nanti..In Sha Allah.
Di sini wiyah nak kongsikan diantara ikhtiar yang wiyah pernah lakukan samaada tradisional /moden..ada yang wiyah kongsikan cerita disini & ada juga yang tidak berkesempatan utk dikongsi faktor masa/internet /kesihatan/ appoinment klinik hosp dll. Alhamdulillah hari ni terdetik utk mengongsikan pengalaman wiyah..maaf walaupun setahun berlalu, harap ianya membantu kalian..

mohon scroll sampai ke bawah kerna ada BERITA BAIK menanti anda!!



*****************
Alhamdulillah syukur anakanda Aisy El-Wafiy  menginjak ke usia 1 tahun pada 21.11.13 ..cepatnya masa berlalu. So, this is special entry utk semua kawan2 TTC yang sedang berusaha/ikhtiar utk hamil. Sedikit perkongsian dari pengalaman yang tak seberapa, semoga wiyah dapat membantu rakan2 seangkatan.
**************** 
"terlebih dahulu wiyah mohon maaf kiranya entry ini ada mengguris hati rakan2/pembaca/silent reader/ atau sesiapa sahaja yang berkaitan dgn ubatan/kaedah rawatan yang akan wiyah kongsikan"

Dulu nya wiyah juga tergolong dalam kategori wanita/isteri yang tak pernah berputus asa untuk merasai nikmat alam hamil/mengandung/melahirkan zuriat sendiri. Berusaha..apa saja yang kawan2 syorkan ubat itu & ini, pasti wiyah akan dapatkannya antara cepat dan lambat. Yang pasti perlu dapatkannya!!..Alhamdulillah dikurniakan suami yang sangat sentiasa memahami /menyokong/ berkorban masa/wang ringgit/perasaan sedih pilu gembira bersama. (menulis ketika anakanda sdg lena di ulit mimipi)

# Utk makluman..sejarah kehamilan yang wiyah alami# 5x okeh...
  • 1st 2008- Ectopic pregnancy @ 7weeks (left follopian tube has been removed)
  • 2nd 2009- Miscarriage @ 10weeks - No D&C
  • 3rd 2010-Miscarriage @ 12weeks - No D&C
  • 4th2011-Miscarriage @ 7weeks -No D&C
  • 5th 2012- Aisy El Wafiey (21-11-2012)
# Diantara amalan/kaedah/ubatan yang wiyah cuba ikhtiar..wiyah tak pasti yang mana satu serasi dgn wiyah..apa pun sekadar perkongsian ikhtiar/usaha kami utk mendapatkan zuriat ..wallahuwaklam #

1. Berurut/sengkak rahim- wiyah difahamkan drp bidan menyatakan bahawa rahim wiyah sangat rendah & perlu di perbetulkan melalui cara "angkat rahim". Menurut kata bidan, rahim wiyah tak dapat menampung coz kedudukan rahim terlalu rendah. Masa mengeandung di sarankan tak buat kerja berat & makan benda yang bersifat tajam. 

Setiap kali selepas keguguran, (2bln ke atas) wiyah akan pergi berurut & setiap kali berurut tiap kali la menangis meraung disebabkan "angkat rahim" tersangat la sakit (bagi wiyah yg mungkin x tahan sakit). 
Bergantung juga pada bidan tu, bidan tu akan urut 3hari (pagi) berturut2. Last sekali, masa sesi "angkat rahim" akan bunyi ""karkkk"..part ni mmg sakit gila & lps tu rasa lega yang amat sangat. #Emak yang suggest..bidan urut mak since mak muda2 lagi!!

2. Wiyah juga ada mengamalkan minum air rebusan herba dari mekah buah "Adam & Hawa"& "Daun Zuriat" sekarang dah ada jual air rebusan buah Adam Hawa ni pernah ternampak ada yg promot kat fb , dulu bersusah payah nak minum air rebusan ni . Setiap hari rebus/panaskan, minum bersama2 suami sambil berdoa pada yang ESA. Lebih dari 6bulan juga rasanya wiyah amalkan minum air rebusan ni. #Emak & K.long yang belikan!!
buah " Adam & Hawa"..sebiji bulat & sebiji lagi bujur, means for men & women!

daun zurriat..minum air rebusan daun ni!

3. Selain drp tu, wiyah juga ada mengamalkan minum serbuk "Debunga Kurma" yang dicampurkan bersama "Susu Segar" yang dipanaskan. Baunya tersangat "Yerkk" tapi bila minum bersama suami, secawan sorang terasa "yippie" plak..telan dlm terpaksa. huhu. Wiyah pernah share entry mengenai serbuk debunga kurma ni # Abang yang belikan!



4. Last but not least, Ini yang wiyah nak kongsikan bersama,wiyah juga mengamalkan vitamin shaklee Vitalea & GLA tetapi pengambilan secara consisten  (masa tu wiyah beli online). Sorry to say, masa beli dulu Distributor tersebut tak menerangkan cara pengambilan supplement yang betul, just baca pd botol & pembacaan drp blog..sedikit kecewa bila dpt tau sepatutnya penjual perlu memberi consultation & follow up pembeli/pengguna/custumer beliau, skarang wiyah juga adalah distributor..Pada mulanya niat utk supplement kami sekeluarga..

TAPI..bila diperhatikan ramai kawan2 yang dah berjaya dgn set kesuburan SHAKLEE, 

  1. Kawan wiyah- 7 tahun menanti kehadiran anak ke-2, alhamdulillah dgn pengambilan GLA + Alfalfa secara konsisten beliau berjaya hamil & selamat melahirkan bayi ke-2 pada awal bulan yg lalu (kulit baby halus ,gebu& cerah). Kini masih didalam tempoh berpantang beliau mengamalkan Alfalfa + ESP sbg milk booster!
  2. Teman setaman semasa di kuantan, berkahwin 3tahun++ dan belum pernah mengandung. Wiyah sarankan beliau cuba mengambil GLA terlebih dahulu (faktor kewangan) secara konsisten..alhamdulillah belum pon habis sebotol beliau telah di sahkan hamil 7minggu.

so wiyah terfikir juga nak bantu kawan seikhlas hati menawarkan set kesuburan serta supplement yang lain dengan harga ahli wiyah +  free consultation & follow up !! In sha Allah semoga dipermudahkan urusan kita

boleh COD area Kota bharu! Berminattt?? Jom sihat & cantik dari luar &dalam secara semulajadi! psssst wiyah sgt sukakan Vitamin E @ juga dipanggil "Vitamin cinta" atau sex foods ekekeke

boleh add fb wiyah : Robiatul Adawiyah Binti Mohamed

boleh dipilih..ta perlu mengambil semua! pm /sms/whatsapp wiyah utk pertanyaan..

Bersambung di Part 2..banyak lagi tips yang wiyah nak kongsikan

Wednesday, November 6, 2013

Sizzling Spaghetti with Shitake

Assalamualaikum wbt

Salam Maaf Hijrah..selamat tahun baru islam 1435H & selamat melangkah ke bulan November! Welcome musim tengkujuh a.k.a November Rain!! perut sentiasa lapar..sentiasa nak mengunyah huhu

kita mulakan dengan resepi hot plate..almaklumla bila masuk musim hujan, tekak & perut mesti rasa nak makan yang panas2 jer kan..so kita try buat sizzling, 1st try alhamdulillah.

Sizzling mmg antara menu favourite wiyah & suami kalau ke foodcourt Tesco,Carefour, Giant & pasaraya yang parking free sewaktu dengannya hihi.. kalau ke food court antara yang wajib adalah hot plate & claypot!! Setakat hari ni antara sizzling yang best wiyah pernah try & teringat2 kesedapannya di Food court Jusco Klang & Giant Kuantan..Tesco Kb ok la not bad & Mesra mall kerteh sangat ok la so so tp sekali rasa cukup la kot ekeke

itu masa zaman takde wafi lagi..boleh feeling makan sambil tengok org sekeliling tp skarang fuuuhh..tak semudah tu! so the solution kena la beli hot plate & claypot..kalau teringin nak makan feeling mcm dulu2 lagi maka kena la buat sendiri & tunggu anakanda sayang tidur dulu,hurmm baru la dapat menikmati sebaiknya..

kurang serinya takde sayur sawi..guna kobis panjang pon ok la, asalkan ada rasa cukupla ekeke

Resepi asal adalah sizzling yee mee tapi ubah cket kepada spaghetti coz tak jumpa yee mee yang org melayu punya..daripada wiyah ragu-ragu nak makan..maka wiyah tukar kepada spaghetti brand Kimball, murah & berkualiti tinggi..tanpa was-was hanya Rm2.90 sepeket,

Masa duk godek2 resepi byk juga yang share resepi sizzling ni..tapi rata2 yang cakap resepi dari Lilydvalley @ Myresipi super duper sedap & ditambah lagi godaan dari blog k.nor secubit garam  masa wiyah ber'blogwalking' , alhamdulillah lama juga resepi terperam..akhirnya tergerak hati nak cuba ..hasilnya wallah mmg terbaik, suami suka & wiyah pon suka


SIZZLING YEE MEE 

Bahan-bahan:

  • 2-3 sanggul (gulung) yee mee ~ k.nor guna mee segera cintan
  • 5 ulas bawang putih
  • 5 biji cendawan shitake ( cendawan kering)- rendam sehingga agak lembut dan potong 4
  • 1 keping dada ayam- potong mengikut citarasa
  • 1 sudu besar cili mesin ~ yg ni K.Nor sj tambah, biasa la anak tekak melayu :)
  • 3 biji cili kering- potong 2
  • 2 sudu besar sos tiram *
  • 3 sudu besar kicap cair *
  • 1 sudu besar kicap pekat *-wiyah guna brand JALEN
  • 1/2 in halia- hiris nipis
  • Serbuk lada hitam
  • garam- secukup rasa
  • Beberapa titik Minyak bijan
  • 1 sudu besar Tepung jagung- dibancuh dgn sedikit air
  • sedikit minyak utk menumis

Cara penyediaan: (masak dalam kuali/periuk biasa terlebih dahulu)

  1. Tumis bawang putih, cili kering dan halia sehingga naik baunya.
  2. Masukkan ayam yg telah potong sehingga agak empuk. Masukkan 2 cawan air.
  3. Masukkan pula sos tiram, kicap cair dan kicap pekat. Masukkan pula serbuk lada hitam. Biarkan mendidih. masukkan cendawan serta sayur2 lain- tunggu 2-3 min.
  4. Masukkan campuran tepung jagung dan kacau. Titikkan minyak bijan beberapa titik-jgn banyak2.
  5. Akhir sekali, masukkan yee mee- biarkan sebentar & hidangkan panas2 
p/s: Untuk hidangan didalam hotplate

panaskan hot plate kemudian masukkan spaghetti/ yee mee/mee disertai dengan sayur kobis/sawi/carrot. Tambahkan kuah sizzling ke dalam hotplate sehingga kuah menggelegak & pecahkan telur hingga separuh masak. Hidangkan bersama cili jeruk & sambal cili merah. Yummmy..

ok daaa..selamat mencuba ;-D

Monday, October 28, 2013

Sup Tulang Rempah Mak Siti

Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah masih dalam mood aiduladha..kepada semua jemaah haji selamat kembali dgn selamat & semoga mendapat haji yang mabrur insya allah

Bersempena aidiladha yg lalu..rezki dr nya syukur alhamdulillah, kami juga mengambil kesempatan menjalankan ibadah korban satu bahagian & menjalankan aqiqah 2 bahagian utk anakanda aisy el Wafiey Di rumah mertua kg pulau serai, dungun terengganu (ada org dungun ke..hihi).syukur segalanya berjln lancar, 

Dan di sini satu-satu nya menu yg wiyah sempat masak menggunakan daging yang di agihkan pd hr hari pertama korban..walaupun sedikit alhamdulillah berkat cukup utk keluarga besar wiyah..tak dpt daging, kuah ngan tulang pon boleh la kan..sikit2 sama merasa la kan hehe

Sup tutulang mmg kawan baik dgn bwg holand daun sup daun bawang..baru la meletup :-)

telur masin plak..mmg bff sup tulang! Tak boleh di pisahkan..hihi

biasanya wiyah buat sup tulang ala thai coz rasanya yang tidak terlalu muak/berlemak/berminyak..tp kali ni try gunakan rempah mak siti, slalu juga gunakan tp x berkesempatan nak update..1paket ada rempah kasar & sup bunjut skali..senang sekaligus semuanya ada..

Sup Tulang Rempah Mak Siti

sambal kicap penambat rasa..nak pedas buh cili padi, nak masam ckit perah asam limau...mabelesss!

Bahan-bahan: ( 2-4 orang makan)
  • 1/2 kg Tulang lembu -wiyah guna bahagian rusuk 
  • bawang merah/besar + bawang putih & halia-dikisar
  • 1 paket rempah sup tulang mak siti + 3sb perencah sup debu + serai  
  • ubi kentang + carrot 
Bahan tambahan:
  • daun sup + daun bawang + bawang goreng
  • 1biji bawang besar holland 
  • cili padi-jika nak rasa sedikit pedas
  • asam limau nipis
  • sambal kicap
  • lada sulah
Cara Penyediaan:

Tulang hendaklah direbus lebih awal sehingga empuk.Tips utk pastikan samaada daging telah empuk, perhatikan sekiranya daging & tulang sudah renggang/terpisah.
  1. Panaskan sedikit minyak & tumiskan rempah kasar bersama bawang,halia yang dikisar sehingga kekuningan/ naik bau.
  2. Kemudian masukkan air rebusan tulang, sup bunjut, ubi kentang masak & serai sehingga ubi kentang empuk. Setelah itu, masukkan tulang bersama carrot masak seketika. Perasakan SESEDAP RASA gula,garam & lada sulah.
  3. Padamkan api. Taburkan daun bawang + daun sup + bawang holland + bawang goreng serta sedikit.  perahan asam limau nipis.Siap utk dihidangkan.
Alhamdulillah...blurrrp kenyang, ada lg sebahagian daging blom tau nak buat apa..stop dulu mkn dagibg daging utk sementara nanti naik darah kang susah plak huhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...