To All My Friend, Lovely & Silent Readers

To All My Friend, Lovely & Silent Readers

Mohon maaf kiranya wiyah a.k.a Tuan Rumah tiada kunjungan balas/backlink /follow ke blog kalian, ini kerana disebabkan oleh ketiadaan link blog tuan/puan utk wiyah follow kalian. Jutaan maaf juga jika jarang ber'blogwalking' ke blog kalian (busy tahap cipan). In sha Allah jika ada kesempatan waktu wiyah akan ke singgah ke blog kalian..Peace No War!!

Followers

Imamku Hingga ke Hembusan Nafas yang Terakhir

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Lilypie Pregnancy tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Premature Baby tickers
"Some Love Stories...Live Forever"

Saturday, July 20, 2013

Mangkuk Sarapan/ Minum Petang/Sahur Yang Ohsem

Assalamualaikum wbt

Seminggu berpuasa dah tak tau nak makan apa daa utk sahu..beli roti utk bersahur baru 2-3 keping yang luak & tarikh luput sudah sampai ke penghujungnya..nak buang rasa membazir, duk termenung kejap nak buat apa dgn roti yer tak nak bagi membazir..

hurm tiba2 tingggg! terus teringat kat resepi yang wiyah copy dr Buku Resepi..khas utk roti2 sahaja, baca punya baca resepi nak match dgn apa yang ada dalam peti ais..akhirnya resepi ni yang menjadi pilihan hati, alhamdulillah laku juga walaupun 1st time buat & 1st time makan..syukur at least roti tu tak terbuang mcm tu saja, , hehe panjang lebar cite nya..padahal pasal roti yang dah nak capai tarikh luput jer pon kihkih

rasanya cukup utk kami bertahan seharian keesokan hari, mudah-mudahan in sha allah..ada roti + sosej ayam + carrot tomato + sos & mayonis

rupanya tak la secantik tart telor/tart buah/cheese tart bagai..tapi rasanya alhamdulillah boleh diterima daripada takde baik ade..welll nak ckp per lagi dah ni jer yg ada, hehe jgn marah errr! 

serious bagi wiyah & husband ianya not bad..bergantung pada inti yang kita buat, roti tu tak bersalah langsung kalau rasanya tak sedap ek ;-D

Sumber Dari Fb : Buku Resepi
Kiriman Dari : Puan Saadah Yusof (Inspirasi daripada blog Martha Stewart)


BAHAN-BAHAN:
  • Beberapa keping roti sandwich putih
  1. Gelek roti bagi sedikit nipis & Terap pada acuan bulat menggunakan cawan/mangkuk ke atas roti. Susun kedalam dulang muffin yang disapu dengan sedikit marjerin.
  2. Kemudian, bakar roti berkenaan selama 5 minit pada suhu 180 darjah. Keluarkan.
Bahan untuk Inti:
  • Semangkuk kecil isi ayam  sosej ayam- dipotong dadu
  • 3ulas bawang merah , 2ulas bawang putih- dicincang 
  • Semangkuk kecil sardin
  • 1/biji tomato- cincang dadu
  • 1/4 biji carrot-cincang dadu
  • 2sb sos cili, 1sb sos tomato & 1sb sos lada hitam
  • Sedikit kucai untuk taburan
  • Beberapa biji telur 
  • Taburan lada hitam  pizza topping (mozarela & cheddar cheese)

CARA MENYEDIAKANNYA:
  1. Panaskan sedikit minyak, tumis bawang merah di ikuti bawang puteh sehingga kekuningan. Masukkan sosej ayam, masak seketika sehingga sosej agak garing.
  2. Masukkan carrot, tomato dan sos cili, sos tomato serta sos lada hitam.Masak seketika, tak perlu di tambah gula & garam.
  3. Isikan inti  sosej ayam tadi ke dalam mangkuk roti. Letakkan topping cheese. Bakar lagi selama 15-20 minit bergantung kepada oven anda.
ini lebihan roti bahagian tepi..wiyah susun2 dapat jadi mangkuk juga, alhamdulillah tiada pembaziran walaupun rupanya comot cket tp rasanya tetap sama dgn yang cantik rupanya..wallahuwaklam, satu pengajaran yang miskin tak semestinya hodoh & sebaliknya ..P&P utk hari ini ;-)

5 comments:

asyifamustaffa said...

mcm mnarik juga nie..bole la nnti try klau ada roti...

Wiyah said...

bahan basic jer, tp hasilnya in sha allah puas hati try la syifa ;-)

mama sara nur @ Cik Nor said...

Menariklah, nmpk sedap
Mcm pizza ye

Wiyah said...

sedap kak sara..rasa mcm pizza lebih kurang la kot, try la kalau ada roti lebih hehe

IrdaBay said...

waaaa!! menarik & simple! memang saya akan cuba untuk anak2 yg selalu kelaparan bila balik sekolah.. hehehe! thanks sebab share resepi!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...